Friday, March 04, 2005 at 3/04/2005 09:30:00 AM | 0 comments  
morning..morning! hari ni aku sampai opis mcm biasa. blum 8 setengah dah terpacak kat meja opis. bos aku tak sampai lg, mcm biasa la opis ni kan dia yg punye, suka² ati dia la nak dtg kul bape pon. td sempat aku beli nasik lemak n kuih. hari² asik bekpes roti je, muak. sedap nasik lemak dia..sah² tgh hari ni aku mengantuk. Semalam ada la...seorang teman lama call aku. Guest what? Punye la lama tak dgr cerita, tup² call bagitau nak pegi LHR. Nak ikut dia gi RAH . Terkejut badak jugaklah aku mdengarnya..semerta aku check list penumpang MAS utk ke LHR akhir bulan dan sah nama budak² tu ada dalam senarai. Cayalah beb. Aku yang dpt tiket free ni pun tak pergi. Gila ahh..sampai ke sana mengejar 'dia'. Kat KL pun tak terkejar. Takpe lah, masing² ada interest sendiri.

Aku pun penah juge buat benda² yang tak penah terfikir nak buat. Ye la, minat punye pasal. Sanggup la buat apa saja. Tp itu masa aku tak ada komitmen bole la. Masa jadi student. Ah..life as a student always be remembered! Tak ada apa yang nak di pikirkan sangat kecuali exam. Sekarang ni, aku cuma pikir nak kejar karier je. Tapi, aku tetap takkan lupakan yang suatu masa dulu aku penah jadi seorang yang sanggup berhujan berpanas kerana 'dia'. Sekarang.....?? Ya, aku masih lagi meminati dia. Masih lagi dia menemani aku setiap malam di corong speaker hifi aku, masih lagi dia menemani aku setiap kali aku memandu (gantung gambar kat cermin pandang belakang)..dan ke mana saja, dia masih lagi di hati aku..!
Posted by delacroix
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates