selamat hari lahir...untuk 2 orang lelaki terpenting dalam hidup aku...R yang ke 29 dan R yang ke 18...luv ya guys forever.
Posted by delacroix
14 May 2005...buat aku tersengih² sepanjang hari, sampailah ke dinihari..sampai ke esok pagi..senyuman di bibir masih meniti.

Apa tidaknya, aku tak penah buat keje² yg memerlukan kepakaran tangan yg seni..tup² kena buat benda yg mencabar kelembutan jari jemari..adoiii...tanah liat di korek ntah dari mana punya sawah padi..lepas tu kena menguli...dan membentuk suatu benda yg aku tak penah mimpi...iaitu kasut yg di pakai di kaki!

Hahaha...nak tergelak pun ada. Tapi sekali sekala..apa salahnya. Makanya, semua di wajibkan turut serta dan tiada sebarang alasan untuk tidak mencuba.

Aku merekabentuk design yang paling mudah. Tak ada pengalaman membuatkan aku sedikit susah. Hati makin gundah bila rekaan tak siap² walaupun tarikh majlis hampir menjengah. Nak tak nak, aku bersengkang mata menyiapkannya hingga sudah. Timbul pula masalah utk mewarna. Berus dan kaler dah lama tak ada. Makanya apa lagi, koreklah almari peninggalan adik lelaki.

Walaupun rasanya rekaan tak seberapa, namun aku berbangga. Aku menyiapkannya dengan penuh jiwa. Hari majlis tiba dan kami meraikan orang yang di rai dengan penuh riang ria. Orang yang di rai di tutup matanya dari tempat letak kereta sehinggalah tiba di tepi tasik di mana hidangan telah tersedia. Penutup mata di buka...dan kami menyanyikan lagu 'selamat hari jadi' bersama. Lilin tak dapat di nyala kerana angin kuat dan makanya orang yg di rai tpaksa meniup lilin secara 'buat-buat'...hehehe!

Lepas itu, berlangsung acara makan-makan. Semua dah tak segan-segan sebab masing-masing dah kelaparan.

Acara membuka hadiah paling di nanti-nanti. Kesemua kami berkumpul mengerumuni orang yang di rai. Di atas meja, kotak² hadiah tersusun rapi. Tiap kotak yang di pilih di sertai dengan orang yg empunya diri yang memberi...berdiri di sisi. Kotak di buka bersilih ganti dan hasilnya bermacam pesen design kasut yg 'berseni'....kekekeke! Aku gelak macam nak mati..hinggakan airmata keluar mengalir ke pipi. Adoii laa...

Apa pun, warna pink dan putih yang menjadi tema...benar² menarik dan ceria.
Posted by delacroix
Aku masih menanti jawapan dari LAX. Bila agaknya akan tiba? Tak sabar aku menunggu..saban hari merenung gambar nan satu...

Semalam aku ke OU. Entah kenapa aku teringin untuk membeli sekeping dua cd, padahal koleksiku dah melambak² dalam almari. Cd apa yang aku cari..aku pun tak pasti. Aku bersama Z, berjalan tanpa hala tujuan, melewati dari satu kedai ke satu kedai. Akhirnya aku masuk ke Speedy Video, menjenguk² saja. Dalam pada memerhati, pandangan mata tiba² terhenti. Tanganku segera mencapai cd 'dia' yang ku kira masih belum lagi berada dalam koleksi simpanan. Masa melewati kaunter pembayaran, tanganku sempat mencapai lagi kaset teman baik 'dia' dan tanpa banyak kira terus keluar duit dan keluar dari kedai dengan senyum ceria.

Balik ke rumah, bosan mula bertandang. Nasib baiklah ada R..teman bergaduh dan ketawa. Aku dan R melayan cd yang baru ku beli. Ketika menonton cd 'dia' itu, aku terasa seperti baru semalam aku berada di tempat yang sama. Ah...kenangan cuma tinggal kenangan. Bagaikan aku pula yang di serbu, dalam keadaan haru biru, kanan kiri menjerit memekak..sampai hati aku pula yang rasa bengkak. Aku sangat tidak selesa waktu itu, di tambah pula A setia berada di belakangku. Rasa macam nak angkat kaki dan lari.

Malam tiba dan aku seperti biasa, sukar melelapkan mata. Hp kesayangan buat perangai...tak henti² bergegar walaupun dah di padamkan. Entah apa la maunya, mungkin nak suruh aku gantikan dia agaknya. Aku capai cd teman baik 'dia..dan layan seadanya. 'Dedebu Cinta' buatkan aku rasa seperti merindu pada seseorang yang aku tak tahu....
Posted by delacroix
Saat aku duduk sorang² mcm ni, semua benda menerjah balik ke fikiran. Yang pasti, aku banyak memikirkan hala tuju hidup ni. Life aku masih mcm ni...hanging around setiap minggu. Pantang ada masa terluang, banyak masa aku habis dengan kawan² di luar. Tengok 'dia'? Hmm..tu pon kalau ada aktiviti kat luar. Cakap pasal 'dia'...lama betul aku tak jumpa dia. I mean..tgk dia mata bertemu mata. Tak tau nak describe apa perasaan aku setiap kali tengok dia. Yang pasti, lidah aku kelu utk berkata². Aku bkn seperti orang lain, menggeletis atau terkinja² setiap kali tengok 'dia' di depan mata. Aku cuma mampu pandang di kejauhan walaupun hati aku meruntun² untuk berhadapan. Ah..walaupun kadang² cuma tinggal beberapa langkah, namun aku masih tak punya kekuatan untuk membuka jalan. Sukarnya untuk memulakan langkah pertama! Tapi aku tak kisah, itu bukan masalah besar bagi aku. Asalkan aku dpt tengok..walaupun dari jauh. Itu sudah memadai. Terubat juga rindu.

Kuantan menjadi satu kenangan yang cukup bererti buat aku! Laut China Selatan...'dia' di gelanggang....
membuatkan aku sedar...bahawa dia tetap juara..meskipun suatu hari nanti tidak lagi 'juara' di pentas...namun dia tetap juara di hati aku.

I'll be the greatest fan of your life...
Posted by delacroix
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates