Bosan datang bertalu² bila sesuatu yang tak di undang datang mengganggu. Aku cuma insan biasa, tak dapat lari dari perasaan marah, benci dan kecewa. Sesetengah orang mungkin tidak akan faham. Tetapi aku dah cukup memahami diriku sendiri. Aku tidak mahu berada dalam khayalan itu lagi. Dan sebaik² jalan bagi aku, adalah dengan mengundurkan diri. Katalah apa saja, aku tetap dengan keputusan ini.

Mungkin sedari mula, aku yang bersalah. Terus terusan membiarkan semua itu bercambah dari hari ke hari. Dan bila keadaan bertambah buruk, aku tersepit. Puas aku cuba untuk melepaskan diri. Puas sudah berkompromi, puas sudah mencari kata putus..namun hakikatnya aku tak pernah di lepaskan! Sedangkan aku, rela melepaskan apa yang pernah ku miliki..apa yang pernah aku lalui...

Aku tidak harus menoleh ke belakang lagi. Cukup lah..biar pun kaki ku rantai, di rentap...aku tak akan berhenti. Biar aku menangis hari ini, biar aku sakit hari ini..asalkan tidak esok hari.

Berdiam diri...itulah yang sebaik²nya!
Posted by delacroix
Tiada kata² yang dapat aku ungkapkan tiap kali aku lihat 'dia'! Indahnya perasaan itu. Datang lah sesapa pun, aku tak heran. 'Dia' lah juga di hati.

Balik dari stesen tv R malam tadi, seperti biasa aku sukar melelapkan mata. Turun ke dapur buat air, naik semula ke bilik dan capai novel. Baru 2 baris, aku dah bosan. Aku bangun semula, turun ke bawah dan pinjam telefon R. Tukar sim kad dan terus aku dail no Z. Sembang serba sikit pasal nak ke PP. Ingat nak ke rumah Z petang Jumaat ni. Haha..kontroversi lagi la nanti agaknya. Tak lekat lagi kat rumah hujung minggu ni. Apa nak buat, ada aja benda yang memenuhkan jadual harian aku. Lagipun memang dah niat nak ke sana. Aku bagitau Z aku dapat poster penyanyi kesayangan dia si 'D' itu masa aku kat stesen tv R malam tadi. Memandangkan aku tak berapa minat sangat 'D' itu..maka dengan senang hatinya aku meng'offer'kan poster itu. Ala..bukan rugi apa pun. Sebab aku tau...Z minat gila². Tu la..aku ajak pegi tengok live show, takmau. Konon takut muka masuk tv. Bila aku cerita aku jumpa D tu..mula la terjerit²...kakaka..nasib la kawan!

Dalam masa yang sama...sesekali ada juga teringat. Tapi aku tak nak terlalu memikirkan perkara itu. Entahlah..apa yang dah jadi sejarah, biarkan aja ia berlalu. Cukup la sekali aku terasa sakit. Buat insan yang telah aku tutupkan kamus hidupnya dalam diri aku ni...

Please release me, let me go
For I don't love you anymore
To waste our lives would be a sin
Release me and let me love again

I have found a new love, dear
And I will always want it to be near
The love are warm while yours are cold
Release me, my darling, let me go

(Please release me, let me go)
For I don't love you anymore
(To waste my life would be a sin)
So release me and let me love again

Please release me, can't you see
You'd be a fool to cling to me
To live a lie would bring us pain
So release me and let me love again
(Let me love, let me love)


Posted by delacroix
Tak tau apa sebenarnya apa yang berlaku. Rasa nak marah pun ada sebenarnya. Tapi bila fikir² balik, tak ada guna nak marah² sebab aku rasa tak ada isu yang mesti di besar²kan. Memang susah bila orang menilai kita melalui luaran aja. Tak semua yang tahu apa tersirat di hati kita. Apa yang di lihat, itulah yang di perkatakan. Makanya, kita yang tak apa²..terkena tempiasnya! Sampaikan soal sms dalam telefon pun, nampaknya jadi isu.
Leceh la macam ni. Ada aja yang tak kena. Argh..buatpe pening²kan kepala. Bukannya aku buat salah pun. Buat tak reti je dah la. Aku lebih selesa kalau sesapa yang tak puas hati tu, confront je. Daripada cakap² kat belakang...buat dosa...pastu sampai kat telinga aku..aku pulak yang tak puas hati..kang lagi tambah dosa!
Posted by delacroix
Petang semalam aku ke SZB lagi. Sepagi hari aku duduk umah je. Lepas parents aku balik, aku melepak depan tv tgk AF sepanjang hari. Mulanya petang tu mmg ingat nak ke SA, kononnya nak tgk rancangan M sebab 'dia' ada minggu ni. Alih² bila call M utk recfmn balik..si M ni pon mls nak pegi. Aku pun mls juge. Ingat nak tido sebab cuaca petang tu pon sejuk nyaman je, buatkan mata aku kuyu sentiasa. Tengah sedap layan mata sambil tgk AF..Z pulak call dan ajak ke SR. Pujuk punya pujuk..at last aku mengalah. Terus bangun, mandi dan siap ala kadar. Setengah jam kemudian, aku dah terpacak kat bawah umah Z. Pastu terus ke amik K kat opis dia..n shoot ke SZB Parade. Kebetulan pulak tgh hari tu aku mmg tak makan apa. Jadi bila Z kata nak belanja..heh heh..laju je aku. Rezeki jangan di tolak beb. Lepas memenuhkan perut, jalan² tgk kasut. K dah siap² beli swim suit. Hehe..lambat lagi pun nak ke PP. Aku pulak, tak beli apa² lagi. Ingat nak survey goggles..utk snorkelling.
Tau tau nak beli apa sebenarnya. Hmm..maybe kalo nak beli pun..cuma 2-3 helai baju, short dan selipar.

Lepas beli apa yang patut, terus balik ke rumah Z. Seperti biasa la, aku melepak sejam 2 kat situ. Dalam 11 lebih baru aku balik umah. Sampai umah dekat midnite. Terus masuk bilik n tido!

Hujung minggu ni aku ke FH lagi. Biasalah, kalo dah sepupu sepapat aku tu yang mengajak...very hard to say no! Ok juga..weekend aku bukan buat apa pun. Lagipun rindu nak melayan 'askar-askar' yang bertujuh tu..heheh.

Adeh..boringnya. HP buat perangai lagi. Rasa nak campak ke longkang je! Marah betul aku!
Posted by delacroix
Aku cuma mampu tersengih bila baca sms dari Y. Dia kata W dah beli LV 'Multipli Cite'..sebijik yang mcm 'dia' pakai masa kat LON dulu. Tah berapa ribu la duit W terbang gara² nak sangat beg yg sama mcm 'dia' tu. Aku sendiri tanya KZ berapa RM 'dia' beli LV tu. KZ sendiri adv kalo nak beli..jgn beli kat KL sbb harga dia melampaui batasan. 'Dia' sendiri beli kat Spore. Walaupun murah berbanding harga kat KL..kurang² pun 7-8K juge..! I wonder..how much W spend for that 'Multipli Cite'?? Kalo semua nak ikut 'dia'..pengsan la. 'Dia' tu millionaire...takat 7-8K tu..apa ada hal? Huh..mmg la W ni gile. Sampaikan hari tu call aku semata² nak bagitau...dia dah jumpe kasut kaler oren..sama mcm 'dia' punye kasut tu! Aku mengucap panjang...iskk..W ni mmg fanatik abis. Aku pun takde la sampai mcm tu. Heh heh..kalo dah minat tu, sanggup abis beribu². Well..bab² ni, aku no komen la. Kalau aku ada duit pun, aku beli jugak. Tapi nantilah dulu.

Haha..kelakar betul. Y pulak..masih mengharapkan jawapan dari aku bkenaan harga 'Multipli Cite' dari LA/LON. Masalahnya, aku pun belum dapat jawapan dari kawan aku kat sana. Nantilah..aku tanye H sekali lagi n mintak dia survey betul².

Jumaat lepas, aku spend nite kat umah Z. Heh..tak sangka pulak..hanya kerana itu, jadi kontroversi n isu. Bengang jugak pada mulanya..its not a big deal ok! Hmm..tapi entahlah. kdg² aku pun tak paham dengan sesetengah manusia ni. Di sebabkan aku malas nak panjangkan cerita, aku diam je. Kesian pulak kat Z nanti..tak pasal² dia yg jadi mangsa. Hmm...leceh betul! Moralnya..malam sabtu tu ingat nak continue spend nite kat umah Z...tp sebab aku taknak di jadikan isu lagi..aku balik je lepas melepak kat Gazebo. Masa tu pun dah dekat 1 pagi...tapi aku redah jugak balik. Kebetulan pulak adik aku nak balik kg besok pagi. So..aku jadikan adik aku sebagai alasan utk mhantar dia ke pudu pagi esoknya.

Susah la dengan orang yang tak paham² ni. Kekadang kita tak apa²..orang lain yang sebok². Hm..macam mana tu?

Posted by delacroix
Menonton cerita dari seberang ni mengingatkan aku banyak perkara. Biarpun ada setengah orang tak faham jalan ceritanya..namun bagi aku cerita itu sungguh artistik! Nak² pulak menonton bersama KZ hari tu..heh heh..lebih artistik la ceritanya.

Sejak akhir² ni C rajin mereply email aku. well..aku pun tak sangka juge. Semua secara kebetulan..dan aku makin menyenangi dia. Semuanya gara² cerita 'Sephia' tu lah.

Dia kata...someday we can hang out together. Aku cuma tersenyum panjang. Tak dapatlah aku nak bayangkan mcm mana keadaannya nanti. Apa pun, aku harap..semuanya berjalan dengan baik.
Posted by delacroix
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates