Terdetik rasa bersalah dalam hati sebab tak berdaya nak tunaikan janji. Bukannya aku sengaja nak mungkir janji tu, tapi apakan daya...kalau tak di izinkan, semua yang di rancang takkan menjadi. Semua plan malam tadi terpaksa di batalkan gara² aku sendiri. Mana tidaknya, balik aja dari kerja, ntah macam mana..badan rasa semacam. Sudahnya, aku terbongkang kat depan tv sampailah waktu berbuka. Nasiblah ada seorang teman yg menemani, dialah yg bersusah payah membeli juadah berbuka hari tu. Bangun aja dari tidur, aku lemah tak bermaya. Sebaik saja azan berkumandang, aku capai gelas air n minum beberapa teguk. Tak sampai seminit, perut menggelodak n aku berlari ke bilik air. Hasilnya, semua yg aku minum, di tendang keluar semula. Aku keluar dari bilik air dengan wajah pucat lesi. Temanku yg seorang itu sedikit panik, takut apa² yg tak di ingini terjadi, tambahan pula aku dengan serta merta menggigil dan kesejukan.Nasi atas meja sedia terhidang, namun aku hanya menjamah sedikit saja. Tak lalu! Selesai berbuka, aku kembali ke ruang tamu dan berbaring di atas sofa bersama² selimut, sweater n stokin. Terlalu sejuk rasanya.

Saat itu aku teringatkan janji. Bagaimana agaknya harus aku ke sana sedangkan keadaan aku yg ketika itu ibarat hendak mengangkat tangan pun tidak berupaya? Serba salah pula mengingatkan janji itu. Aku tak mahu menghampakan mana² pihak lebih² lagi kerana aku yg berjanji. Teman ku yg seorang itu menasihatkan agar tidak ke mana² saja malam itu memandangkan keadaan aku yg sangat lemah.

Akhirnya aku menelefon saja dia dan membatalkan pertemuan malam itu. Kedengaran suaranya sedikit kecewa. Mungkin juga marah kerana aku tak jadi datang. Tapi tak apa lah, nak buat mcm mana lagi. Bukannya aku berbohong.

Aku juga sedikit kecewa. Tapi..esok masih ada kan? Esok masih panjang untuk aku lalui masa² itu. Jika esok masih ada...'if tomorrow never comes?'...aku pasrah...
Posted by delacroix
'Kau selalu di hati, tak ku dekati, dua dunia kita berbeza'....

Mendengarkan alunan suara cik siti mengingatkan aku banyak perkara.

Faktor jarak yg jadi pemisah, buat aku gelisah selalu. Namun aku pasrah dengan apa yg berlaku.

Aku sangat menyenangi kehadirannya di sisi. Tak bermaksud untuk mengekorinya atau mengambil tahu setiap inci apa yang di lakukannya, cuma aku tenang dengan hadirnya dia meskipun hanya dengan satu deringan sms atau panggilan telefon.

Seminggu sekali memadai buat aku setakat ini. Tak perlu lebih dari itu kerana spekulasinya akan melambung tinggi jika aku tak mengawal keadaan.

Aku mampu tersenyum walau dalam saat getir. Terima kasih....

'Kesayanganku adalah kamu'....
Posted by delacroix
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates