Friday, October 06, 2006 at 10/06/2006 02:50:00 PM | 0 comments  
hari ni aku cuti. saje, nak rehat. kepala dah tepu sangat². kejap² lagi nak ke szb. mcm biasalah..nak buka posa dengan Z. dalam masa yang sama, aku tengah meng'update'kan resume..saje gatal..nak hantar kat comp lain..heh heh heh..

semalam aku cuba propose S, nak bukak posa sekali hari ni sbb sejak mula puasa sampai la ke hari ni, aku tak bkesempatan langsung nak bebuka dengan dia. ye la..nanti kata aku berat sebelah pulak kan. tapi lain pulak yg jadinya. bila aku call.. dia mcm nak tak nak je ckp dengan aku. hm.pelik lah. tak penah pulak dia mcm tu sebelum ni. banyak kali aku tanya...tapi dia mcm taknak. tah la..suka ati lah. dah org taknak, buat ape nak paksa².

R call aku, mcm biasa la..sesi luahan hati. tak tau la nak ckp mcm mana lagi. aku kesiankan dia. tapi mcm mana aku nak tolong? buntu kepala ni bila memikirkan pasal R, pasal mak..arghh. kalau nak ikutkan hati yg marah n kecewa..aku rasa mcm tak mau balik kg. hari tu W tanya aku, tak nak balik ke puasa ni. senang je aku jawab "takde ati nak balik"...W ketawa je mendengarnya. dia suruh aku banyak² sabar. hm..mmg lah aku banyak sbr. kalau tak sabar..dah lama dah...

kejap lagi nak amik Z kat ofis n terus pegi pasar ramadan. hm..nak makan apa ye hari ni?
Posted by delacroix
dah lama tak menulis kat sini. faktor kerja yg buat aku selalu tak bkesempatan. dalam tempoh masa yg berlalu ni, banyak perkara terjadi. entah la, tak tau nak mulakan dari mana. kerja, keluarga, kawan²...semuanya bercampur aduk. kalau di fikirkan sangat, mmg aku bole jadi gila. aku akui, banyak perkara yg terjadi, semuanya aku amik mudah. aku tak mahu semua tu membebankan kepala otak aku yang dah sarat, yang tunggu masa untuk meletup. hmm..apa pun, aku cuba untuk jadi yang terbaik...untuk semua pihak..walaupun pada hakikatnya..aku rasa aku tak mampu.

sekarang ni dah masuk bulan posa. mcm tahun² yg lepas, aku sering mhabiskan waktu² berbuka puasa aku bersama Z. aku rasa hidup tak lengkap sekiranya aku tak berbuat begitu. hm..entah la..yg pasti aku tak betah berbuka berseorangan tanpa dia...
Posted by delacroix
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates