Sunday, September 30, 2007
at
9/30/2007 11:30:00 PM
|
Semalam aku dingin Sehelai jaket biru jadi peneman Mengharungi malam gelap bersama kabus tebal Nun jauh di puncak bukit...
Pagi ini aku hangat Jaket biru tersadai di bahu Kini aku menyusuri pantai Bersama buih memutih terdampar di kaki
Teman-teman masih ada Seorang membuta, seorang berjaga Menanti waktu pagi Aku bagai zombi...
Dah ku cuba lelapkan mata Namun kantukku tak menjelang tiba Indahnya pagi jika boleh bersantap Jika bukan roti, memadailah dengan asap Jika semalam asap rokok berkepul keluar dari bibirku Pagi ini jangan kata rokok, gigi juga belum ku gosok
Apa sebenarnya yang aku cari di sini? Dari puncak Genting hingga ke pantai PD Ke manakah seterusnya destinasi lepas ini Aku tak tahu dan tak mengerti Kerna...aku hanyalah kelindan lori...
Bencikah dia? Bila aku tak lagi bertanya Bukan aku mahu menghindari Cuma aku tak dapat membohongi hati
Bencikah dia? Bila aku cuba pergi Bukan ku tak sayang lagi Tapi ku mahu merawat hati
Bencikah dia? Bila aku merisik khabar pada teman Bukan ku sengaja mendekatkan diri dengan kenangan Tapi aku tak tahan menahan kerinduan
Bencikah dia? Bila akhirnya aku mengundur diri Bukan ku tak sudi menemani Tapi kerana ada hati lain yang lebih murni
Apa jua perasaan itu Aku tak pernah membencimu Cuma kau satu dalam seribu Yang buat hatiku terus membeku
P/S ----- Venue : Starbucks Genting Time : 0003 hrs Date : 28/09/2007
Monday, September 24, 2007
at
9/24/2007 05:20:00 PM
|
I can read your mind and I know your story I see what you're going through It's an uphill climb, and I'm feeling sorry But I know it will come to you
Don't surrender 'cause you can win In this thing called love
When you want it the most there's no easy way out When you're ready to go and your heart's left in doubt Don't give up on your faith Love comes to those who believe it And that's the way it is
When you question me for a simple answer I don't know what to say, no But it's plain to see, if you stick together You're gonna find a way, yeah
So don't surrender 'cause you can win In this thing called love
When you want it the most there's no easy way out When you're ready to go and your heart's left in doubt Don't give up on your faith Love comes to those who believe it And that's the way it is
When life is empty with no tomorrow And loneliness starts to call Baby, don't worry, forget your sorrow 'Cause love's gonna conquer it all, all
When you want it the most there's no easy way out When you're ready to go and your heart's left in doubt Don't give up on your faith Love comes to those who believe it And that's the way it is...
p/s : Buat seorang teman...yang runsing hatinya...
Sesekali teringat Rindu yang tak mungkin terubat Merobek hati...
Sayang sekali Kehadiranku tak di peduli Tersisih sepi Dan di sudut itu ku membawa diri
Keriuhan yang bergema Tidak sedikit membawa ceria Malah gundah yang beraja di hati Dan perlahan ia di lukai
Kalau pun menangis... siapa yang tahu Dan airmata itu kembali semula Ke tempat asal... Tanpa dibazirkan walau setitik
Sesekali ku merenung Dan sesaat... Ku melihat senyum tawamu Riang menyarung cincin Di jari gadis itu...
Berikut adalah 10 cara yang boleh di gunapakai...
1) Solat - Ia adalah jalan yang sebaik-baik untuk kita mengatasi masalah ini. Dekatkan diri dengan Allah SWT dan mohonlah kekuatan daripadaNya kerana hanya Dia lah yang maha mengetahui dan hanya Dia lah tempat sebenar-benarnya untuk kita mengadu.
2) Mengaji & Zikir - Ia adalah cara yang amat mustajab untuk merawat hati yang parah. Puji-pujian kepada tuhan adalah lebih molek daripada menyebut dan mengingati nama bekas kekasih lama. Betul?
3) Bergaul - Cuba elakkan diri dari menyendiri dan berkurung. Sibukkan diri dengan sebarang aktiviti yang berfaedah. Bersosial bersama teman-teman sedikit sebanyak dapat mengalihkan perhatian kita daripada teringat pada kenangan yang menyakitkan.
4) Jarak - Kalau rumah dekat-dekat atau 1 ofis, memang sakit. Seeloknya larilah jauh sikit. Dekat-dekat nanti lagi susah nak merawat hati. Tengok bumbung rumah, kereta, tempat dating hatta bau nya sekalipun boleh buat kita gila. Sesekali pergi la bercuti. Tenangkan fikiran.
5) Riadah - Bawak-bawaklah beriadah. Jogging ke, berenang ke atau apa saja yang boleh keluarkan peluh. Jangan makan tidur aje. Bersenam boleh buat kita release tension.
6) Muzik - Kalau dah boring sangat, boleh dengar lagu. Tapi cik kak, janganlah dgr lagu-lagu jiwang. Ia amatlah tidak di galakkan. Lebih-lebih lagi lagu yang berunsurkan 'tangkap leleh'. Nak² lagu ala eddie hamid tu....rentikan!
7) Menulis - Luahan hati yang paling berkesan adalah melalui tulisan. Kadang-kadang kalau kita luahkan pada orang, bukan semua boleh faham. Cuma kertas dan pen saja yang boleh di percayai. Tak pun keyboard dan komputer. Zaman sekarang ni mana ada orang tulis diari lagi. Semua posting dalam blog...ye tak?
8) Proses pelupusan - Mana-mana benda yang pernah kita terima dari si dia atau yang boleh mengingatkan kita pada perkara-perkara yang menyakitkan, maka eloklah dibakulsampahkan dengan segera. Sumbat semua dalam kotak dan campak ke atas lori sampah.
9) Keterbukaan Minda - Cubalah berfikir secara rasional dan positif. Cuba terima apa yang berlaku sebagai dugaan dalam hidup dan ambil iktibar daripadanya. Jangan salahkan sesiapa sebaliknya berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri.
10) Takdir - Back to basic! Percaya pada rukun iman yang ke 6..qada' dan qadar. Semua telah di tentukan. Jadi...kenapa mesti meratap atas apa yang terjadi? Mampukah kita ubah takdir kita? Jika sesuatu itu telah di takdirkan milik kita, lambat laun ia pasti milik kita. Jika sebaliknya...maka redhalah!
Wednesday, September 19, 2007
at
9/19/2007 03:06:00 PM
|

Artistik kan? Terasa damai bila melihat laut...walaupun tak tenang sangat..ombak ganas...menikmati angin pantai di waktu petang yang sebenarnya tak lah sepoi-sepoi bahasa (wat do u xpect kalau laut kat pantai timur kan?)...tapi luas. Sementara menunggu senja untuk melihat matahari terbenam...itu lah yang kami lakukan. Duduk di atas pasir pantai yang putih dan halus. Berlari berkejaran sesama sendiri. Ambil gambar dan shoot video tak henti-henti mengalahkan orang shooting drama.Sesekali ketawa meledak bila teman-teman buat lawak bangang. Bila senja berlabuh...masing-masing mengunci mulut...menyaksikan keindahan alam ciptaan tuhan. Ada yang berbaring di atas pasir, ada yang duduk bersila dan ada juga yang duduk di atas batang pokok kelapa yang tumbang...semua diam menikmati pemandangan indah itu.
Teringat pada sebuah buku yang aku baca dulu..."artistik boleh terjadi pada sesuatu benda walaupun ianya sesimple sehelai daun." Fuhh..aku suka betul ayat tu! Simple dan tidaklah berat. Tapi dalam konteks gambar di atas...mungkin olahannya sedikit leceh dan panjang merungkai (yalah...kata laut tu luas...jadi penerangannya pun tentulah luas..ye tak?) Cuma aku rasa teknik pose dan pengambilan gambar dari belakang...dengan model-modelnya menghadap laut...itu adalah satu pose yang tak pernah langsung aku fikirkan selama ini. I love it so much!
Monday, September 17, 2007
at
9/17/2007 04:34:00 PM
|
I want you to see me in your every dreams I wanna be the eyes that look into your soul I want you to need me coz I need you more than anyone could know And I need you to never let me go I need to be deep inside your heart I want to be everywhere you are I want you to need me... Like I need you... Ermm..basically...I want you!
Ketawa... Itu pengubat duka Bila hati sedih dan tidak gembira Kawan-kawan ada untuk menceriakan jiwa
Sedih... Bila hati terluka dan pedih Bila tiada yang memahami hati yang merintih Bila tiada yang mengambil tahu perit dan jerih
Ketawa... Mampu merawat hati Kalau tak banyak..sedikit pun jadi Janganlah diam, membisu menyepi Agar tak bimbang orang di sini
Sedih... Menangislah jika mahu Usah di pendam luka di kalbu Marilah...boleh saja di bahuku Agar terurai rasa rindu
Sedih dan ketawa... Dua perasaan yang berbeza Yang mana satu dikau rasa Aku tak tahu dan tak mahu menduga Cuma... Ketahuilah temanku.. Walau apa jua yang membelenggu Aku tak betah membiarkan dirimu begitu Bersedih selalu...
Friday, September 14, 2007
at
9/14/2007 04:27:00 PM
|
Nasi putih di pinggan Tepu, penuh dan membukit Siapakah gerangan yang kuat melahap? Dan tentulah bukan aku...
Separuh nasi di pinggan Siapa pula yang punya? Terbiar berbaki di atas meja Bukan aku...bukan orang di meja hujung Bukan juga mereka yang lain
Aku juga makan nasi Tapi nasiku tidaklah tepu membukit Tidaklah pula seciput sedikit Hanya memadai jika perutku tak sakit
Siapa yang mampu sembunyikan senyuman Bila nasi licin berpinggan-pinggan Tak cukup dengan yang di tangan Yang tinggal separuh juga habis di telan
Siapakah gerangan Yang makan tinggalkan kesan Nak jadi Rihanna? Konon berangan Entah ya, entah tidak.. Aku tengok bagai di ternak-ternak
Siapakah pula gerangan insan Yang makannya tak pernah cukup walau sepinggan Diakah itu yang ku panggil teman Jika nampak rebung...masya allah...tak toleh kiri dan kanan
Ya... Mereka bukan insan yang biasa Seorang monster seorang raksasa Nak ku marah, tidak bererti Nak ku biarkan, tak sampai rasa di hati Apa nak buat? Mereka tetap sahabat-sahabatku Dunia dan akhirat...
Aku tak pernah lupakan renungan itu. Aku tak pernah lupakan warna mata itu. Coklat dan jernih. Dan renungan itu bagaikan membawa aku kembali ke zaman silam. Aku tak pernah sangka, bertahun-tahun berlalu. Dia tetap seperti itu. Cuma sedikit cengkung dengan tubuh yang kurus. Bahagiakah dia? Itu persoalan pertama yang aku fikirkan tatkala aku membalas renungan dia.
Aku tidak pernah menyangka akan bertentang mata dengannya lagi. Aku tidak perasan langsung dia di situ. Dalam keriuhan orang ramai dan mengejar masa, aku hanya tumpukan pada barang yang ingin ku beli. Aku tidak menoleh kiri dan kanan. Cuma setelah beberapa ketika, aku tersedar yang ada mata mengikuti gerak geriku sejak tadi. Aku mengangkat muka. Dan...ya...dia di situ. Berpura-pura membelek barang sedangkan matanya memerhatikan tingkah laku aku di hujung rak barang. Aku sedikit menggeletar. Dalam bangunan yang berhawa dingin itu, peluh ku mengalir. Tumpuan ku pada pemilihan barang terjejas. Aku sendiri tak tahu apa yang mahu ku beli. Segera aku tunduk. Dada mula berdebar-debar. Masihkah dia di situ? Aku mengerling dengan ekor mataku. Ya...dia masih di situ. Sekejap-sekejap dia menoleh. Aku lihat, ada senyum nipis di bibirnya. Aduhai...aku mula tak tentu arah. Kenapa dia ada di sini? Hatiku tertanya-tanya. Dan...mengapa dia seorang saja?
Kaki ku bagai di gam ke lantai. Aku tak mampu bergerak. Aku menoleh lagi. Dia kelihatan teragak-agak. Sepertinya dia ingin menghampiri. Ah...tak boleh. Aku tak boleh nak berdepan dengannya lagi. Bukan aku takut. Tapi aku tak punya kekuatan. Ya allah...tolonglah aku! Aku menolak troli ke hadapan, perlahan-lahan. Aku toleh lagi. Ya, dia mula mengorak langkah. Dan aku tahu, dia memang ingin menghampiri ku. Sorry lah, aku tak bersedia untuk itu semua. Segera aku mencuit teman di sisi yang asyik membelek barang.."Jom..balik." Dan aku terus menyorong troli ke depan dan tidak lagi menoleh ke belakang.
Waktu itu, terasa airmata ingin mengalir. Tapi ku tahan. Apa akan jadi kalau dia menghampiriku tadi? Adakah aku akan tersenyum? Adakah aku akan menangis? Atau aku ketawa? Yang pasti, aku tidak akan menangis lagi di hadapannya. Aku dah puas menangis kerana dia. Terasa bodoh sangat waktu itu sebab aku membazirkan airmata untuk lelaki yang aku tahu takkan menjadi milik aku.
Aku redha bila mendengar pengakuannya malam itu. Ya..malam di mana aku menangis hingga bengkak-bengkak mata. Malam di mana dia pun menangis bersama-samaku. Hingga aku tak ke kuliah esoknya. Hingga dia tak ke pejabat esoknya. Tapi apa yang boleh ku buat lagi? Aku tiada daya. Persiapan di sana sudahpun di buat. Hanya menunggu dia pulang ke desa dan melaksanakan tanggungjawabnya sebagai anak.
Walau apa pun alasannya, aku sudah pun menjadi pilihan kedua. Dan kerana itu, aku memilih untuk berundur. Masa aku menyatakan keputusan itu, aku rasa seperti aku menelan jarum. Pedih, perit dan sakit. Tapi, itulah hakikat yang terpaksa aku telan. Walau menangis airmata darah sekalipun, aku tetap takkan dapat bersamanya. Ya...dia marah. Dia kata aku berubah. Tapi, katalah walau apapun. Hakikatnya dia yang berubah. Dan bukan aku.
Tapi itu cerita lama. Cerita yang sudah bertahun-tahun aku lupakan. Aku tidak pernah bertemu dengannya lagi selepas itu. Walau ada sekali dua panggilan telefon, semua tak kulayan. Aku tak mahu perasaan di dalam hati bercambah dengan melayan semua itu. Tak apalah, jika bukan dia, pasti ada orang yang lebih baik untukku nanti. Itu lah kata-kata untuk menyedapkan hati walaupun aku tahu sebenarnya hati aku tak pernah dapat melupakan dia.
Dan hari itu, bila melihat lagi renungan mata coklat itu...hatiku menangis lagi.
Tangga itu Tersorok di belakang Tempat duduk mencari ilham Tempat diskusi melepaskan dendam
Dulu tangga itu Tak ramai yang suka Tinggi dan licin jadi punca Silap langkah pasti merana Lebam sana sini, dah tentu punya
Tangga itu Menjadi saksi banyak perkara Suka dan duka berbaur rasa Sedih dan pilu Semua di tangga itu
Di tangga itu Ada yang tergolek patah kaki Berbulan doktor beri MC Akhir sekali tak tahan dan terus berhenti
Di tangga itu Menjadi laluan banyak orang Walau pun sunyi dan terlindung dari pandang Bos tetap tahu siapa yang duduk di situ dan bersembang
Di tangga itu Ada juga yang berkongsi megi Cis...cis...dan ciss Berkongsi pulak tu masa aku dah pergi
Di tangga itu Khabarnya kini berkapet biru Perubahan drastik buat aku terharu Masihkah ada orang di situ Duduk sendiri melepas rindu...
Wednesday, September 12, 2007
at
9/12/2007 05:37:00 PM
|
Semalam... Di waktu senja dan sesak Aku memandu riang Membayangkan kehadiran teman-teman Bagai memberi nafas pada aku Yang kehilangan arah
Semalam... Aku menyangka Hari akan di warnai ceria Manalah tahu Tanpa di sangka Mendung tiba-tiba datang tanpa di pinta
Semalam... Hatiku sedikit terusik Bila di beri harapan palsu Tak guna mengeluh, tak guna berduka Kerana semua telah terjadi di depan mata
Aku tak marah Jika kau tak sudi Cuma aku berjauh hati Kau tak tunaikan janji...
Tuesday, September 11, 2007
at
9/11/2007 03:59:00 PM
|
Orang di meja hujung Asalnya dia bukanlah duduk di situ Tempat sebenarnya adalah di tempat aku Di tengah-tengah laman
Orang di meja hujung Aku dan dia bertukar tempat Mungkin tak serasi duduk dekat Maka bos tukarkan kami yang selalu melekat
Orang di meja hujung Duduk bersandar di tepi dinding Terperuk seorang melayan perasaan Sedangkan aku di tengah laman Sangat bahagia melempar pandang
Orang di meja hujung Selalu dia terlepas peluang Bila aku mencuri pandang Sesiapa yang suka melintas di hadapan
Orang di meja hujung Menggamit aku dari tepi dinding Melirik senyum dan jeling Minta aku keluar asing-asing Dan di tepi tangga kami duduk ketawa berdesing-desing
Orang di meja hujung Kini tinggal sendirian Walaupun ada gantinya di tengah laman Sering saja dia kerinduan...
Orang di meja hujung... Kau rindu padaku ya? heh heh..
Monday, September 10, 2007
at
9/10/2007 04:12:00 PM
|
Siapa M? Anak siapakah dia? Anak ketua kampung? Penghulu? Tok Imam? Tok kadi? Aku tak tahu... Yang aku tahu Tiap pagi pasti dia terkedek-kedek Melintasi meja di mana Penghuninya menganga bila dia melirik senyum
Siapa M? Dari mana asal usulnya? Dari mana dia datang? Aku tak tahu... Yang aku tahu Walaupun dia hampir sekampung denganku Dia telah pun... Membuat orang di meja hujung menjadi nanar
Siapa M? Apa dia mahu? Apa tujuan dia datang? Aku tidak tahu... Yang aku tahu Kehadirannya membuatkan Hati orang di meja hujung berbunga kembang
Siapa M? Bila masa dia datang? Dengan siapa dia datang? Aku tak tahu... Yang aku tahu Hampir tiap masa Orang di meja hujung...datang mengendeng di mejaku Senyum-senyum kambing Merisik khabar tentang dia
Siapa M? Sibukkah dia? Penuhkah jadualnya? Ke mana dia mahu pergi? Aku tak tahu... Yang aku tahu Orang di meja hujung...mengintai peluang Untuk makan tengah hari bersama
Aduhai M... Siapakah engkau? Monyet? Monster? Minah? Mamat? Mimi? Milah? Aku tak tahu... Yang aku tahu Orang di meja hujung...tak pernah lagi tenteram hatinya Bila M melintas lagi di hadapan Lalu menjeling tajam...
Saturday, September 08, 2007
at
9/08/2007 05:45:00 PM
|
Berikut adalah 10 fakta tentang kebenaran tajuk di atas....
1) Teruja! Tiap kali jumpa M dia ni mmg over excited. Senyum tak putus². Dengan aku tak pernah pulak senyum simpul 24 jam mcm tu. Senyum ala² malu....menyampah!
2) Apa saja untukmu! Hah...ungkapan ni mmg tersangat la tepatnya. Untuk M, rasanya dia sanggup renang lautan api agaknya. Sebagai contoh, dia sanggup bawakkan pulut kuning khas dari Gemas semata² kerana M sebut teringin nak makan. Aku? Haram sebutir pun tak merasa.
3) Majuk! Ala...standard la tu. Kalau majuk² tu tandanya sayang la. Pantang kalau M ni muncung sikit, mula lah dia ni gelabah mcm lipas kudung. Tak tentu arah. Kalau tak, takkan pertemuan pertama dulu pujuk pakai coklat snikers...ye tak? Hahaha...
4) Renungan. Haa...ingat aku tak nampak? Dia ni suka sangat la 'menelanjangi' M ni. Dari atas sampai ke bawah. Tak berani la nak bayangkan apa yang dia fikir masa merenung budak tu. Heheh. Takkan dengan aku nak renung mcm tu. Apa jadahnya? Nak kena balun? Pernah juga timbul perasaan nak korek biji mata dia. Tapi apa hal pulak kalau tiba² kawan aku nan seorang itu tak berbiji mata dan buta? Aku juga yang susah.
5) Berpimpinan! Haa...yang ni dah tentu la masa melintas jalan. Punyalah dia concern sangat kat budak tu. Takut sangat dia kalau² M tertinggal kat tengah² jalan tu. Kalau aku? Hah...ko lintas la sendiri. Agaknya kalau masa tu ada lori yang lipat maut kat jalan tu...confirm aku yang menerima malang dulu.
6)Pertuturan! Aduhaiii...lemah lembutnya intonasi suara dan bersopan santun sungguh lenggok bahasanya bila bercakap dengan M. Panggil pun 'saya'...'awak'. Cuba kalau aku yang panggil dia 'awak'...mau kena tendang sampai Kuala Pilah.
7) Posisi! Bila keluar makan, dia ni mesti nak duduk sebelah menyebelah dengan M. Aku la yang terkontang kanting tak berteman di sebelah. Nak tunggu dia ni duduk sebelah aku? Huh...kirim salam. Tunggu pulut kuning jadi pulut hijau pun belum tentu dia nak duduk sebelah aku.
8) Namamu di bibirku! Senang cerita la, nama M tak pernah lekang dari bibir dia ni. Pantang jumpa aku, asyik nama M saja yang di sebutnya. Cuba kalau dia jumpa M...ada tak nama aku asyik di bibirnya?
9) Handphone! Dalam hp dia ni, jangan kata penuh dengan sms yang dia terima dari M aja...tapi gambar, video dan segala klip psl M semua dia simpan. Memory kad dah penuh pun sanggup tak nak buang. Bila aku mintak nak tengok, kedekut pulak tu...tak nak bagi. Cuba kalau M, laju aje. Nak simpan gambar aku dalam hp dia? Jangan mimpi la kawan...
10) Emosi! Cuba kalau M tu bz ke, keluar dengan orang lain ke atau malas nak keluar bila dia ni ajak, punya la dia emosi tak ingat! Mengamuk², marah² n bengang²! Cuba kalau aku ke yang bz dan tak nak keluar, dia ok je. Sebesar lubang jarum pun dia tak heran. Huh...menyampah!
Sekian saja...kita bersambung di lain edisi...heh heh heh.
Friday, September 07, 2007
at
9/07/2007 04:56:00 PM
|
I hate the way you talk to me and the way you cut your hair I hate the way you drive my car I hate it when you stare I hate your big dumb combat boots, and the way you read my mind I hate you so much it makes me sick, it even makes my rhyme I hate the way you're always right I hate it when you lie I hate it when you make me laugh, even worse when you make me cry I hate it when you're not around and the fact that you didn't call but mostly I hate the way you I don't hate you.. not even close, not even a little bit, not even at all
Thursday, September 06, 2007
at
9/06/2007 01:29:00 PM
|
Lepas satu...satu benda yang timbul. Menyebabkan darjah kebengangan aku naik ke tahap maksimum! Sehari dua ni memang dah rasa panas je seluruh badan, tambah pulak kes kelmarin. Huh...betul² menguji tahap kesabaran umat nabi n rasul akhir zaman ini. Aku tak kisah lah kalau nak buat hal time² hati aku sejuk ke atau pun pagi² buta waktu sebelum nak pegi keje tu. Ni tidak, masa hati aku tengah menggelegak n masa jalan tengah jem macam lori gam tumpah dia buat perangai. Mak oii...tambah meletup dada aku nih. Aku cuba nak teruskan..tapi rasa tak yakin mula timbul dalam diri bila kaki yg memijaknya terasa semacam. Semerta aku bagi signal ke kiri jalan n terus berenti. Lepas berhenti...terus tak bergerak² dah! Aku menyumpah² berbakul² tak ingat!
Hasilnya, 'darling' aku itu di tarik masuk ke klinik n di operet! Ya tuan² dan puan²...bulan ni sekali lagi dia merabakkan poket aku. Mana taknya, operet siap keluarkan jantung, paru², limpa, hati...huhh..segala²nya lah. Mmg parah! Separah hati aku yang mendidih sejak akhir² ni.
Dalam masa yang sama, C msg aku dan beritahu perkembangan dirinya. Secara tidak langsung, hati aku sejuk sekejap. Mcm biasa, kami berbual. Tapi kali ni, ada kelainan daripada pertanyaan² nya. Ada beberapa isu yang dia timbulkan yang buatkan aku berfikir panjang kerana sebelum ini, dia tak pernah bertanya seperti itu. Pelik! Namun, ia tak dapat menghalang aku dari menyembunyikan senyuman. Entah la, kalau nak mengikutkan hati serta menurut permintaannya, hari ini pun boleh aku terbang ke sana. Ya lah...banyak betul yang aku hutang dengan dia. Hutang belanja kat BSC hari tu, hutang besday, hutang melawat dia...adoiii..parah!
|
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates
|