bila dengar lagu 'kenangan terindah'...sikit sebanyak hati pasti terusik. sesiapa pun pastinya tak mampu untuk menolak kenangan itu daripada hadir dan memenuhi ruang fikiran. cumanya bagi aku, kenangan itu hanyalah masa lalu..masa lampau yg dah berlalu. sama ada pahit atau manis..ianya dah jadi sejarah. dan aku tidak sesekali akan membiarkan masa lalu aku menguasai diri. bagi aku, masa lalu tak perlu di sebut² lagi. mungkin sesetengah org berpendapat, aku kuat utk membuang semuanya begitu saja. namun tiada siapa tahu apa yg aku rasa dalam hati.

bila orang bercerita tentang masa lalu...aku sekadar mendiamkan diri walau adakalanya hati aku terusik. walau cerita itu dah berkali aku dengar, walau cerita itu sudah aku tahu kesudahannya..aku tetap setia mendengar bila ia di sogokkan ke telinga. masa² terindah...masa² yg menjengkelkan..semuanya aku dengar. aku tak mampu nak kata apa..melainkan hanya terus mendengar. walau kadangkala timbul rasa iri hati di hati..namun apalah yg boleh aku buat...

aku tak berdaya nak komen apa² tentang itu. itu adalah hak masing² untuk terus mengenang. walau bagaimana aku pimpin tangannya untuk terus ke hadapan...dia tetap menoleh ke belakang.

dan aku rasa..begitu kerdil...dan gagal...
Posted by delacroix
Wednesday, March 28, 2007 at 3/28/2007 07:01:00 PM | 0 comments  
hari ni sepanjang hari aku cuba call Z...tapi dia tak angkat. naik lenguh jari jemari ni mendail no hp dia..tapi haram tak berangkat. hangin jugek aku kejap! takkan lah tepon tu jem lagi kot! hari tu dah suruh g upgrade memory card..taknak pulak. kan susah bile org kol ke..msg ke..tak dapat. dari pagi membawak ke tengah hari sampai lah ke petang..time aku dah hampir nak balik..baru la aku dapat bcakap dgn dia. at last! senang je alasan dia..'aku tido n silent kan hp'...hmm..dah la hari ni pagi² buta lagi mood dah spoiled. suey betul. menggigil² aku tahan marah. kalau lah membunuh tu bukan satu dosa...dah lama dah aku bunuh org tua tu. tembak ke..upah orang rogol dia ke (tu pun kalo ada yg selera la..), langgar dengan lori ke..eii..mcm² la pikiran jahat aku masa tu. tgh marah tu..dalam kepala otak aku takde org lain yg aku ingat untuk aku bercerita. Z lah..sape lagi. tup² pulak dia tak angkat tepon sepanjang hari. adoii la..mcm nak meletup dada ni. bila dah dapat kol..nak kuar dengan T pulak. hmm..ok lah...wateva. kepala aku dah makin sakit. rasanya kalau pegi chk darah ni..mesti melambung naik.

aku baru je bukak emel. mcm² benda yg ada. salah satu emel yg tarik perhatian aku..dari C. rasanya dah lama tak dapat emel dari dia. selalu asik sms je. bukak je emel dia..rupanya dia promo blog dia..heh heh. ok la tu..aku pun bukak la blog dia. hm..quite interesting. bleh tgk gambar..kalerful² lagi. blh gak drop few comments. tp aku mcm tak tau nak komen apa. terus aku capai hp n sms dia. lagi bes. puji la skit..heh heh. kata..lama terpeleot dgn aku. majuk kunun. takde maknanya!

tgh asik membaca blog C, aku dpt msg lagi. dari Redken pulak. dia ajak pegi IB 21apr ni. biasalah..' nak ajak tgk si'dia' tu. hm..terus terang aku kata, aku takde hati nak tgk dia skrg ni. kalau terserempak ke..kebetulan ke..takpelah. tapi kalo saje² nak pegi tgk..mcm dulu² tu..rasanya dah tak lalu lagi. lagipun aku n geng lain bukannya free sgt mcm dulu. masing² ada komitmen sendiri. ntah la..bila tgk 'dia' rasa hati terluka sikit. adalah lebih baik jgn tgk n jumpa..

tiba² aku rasa lapar...aku nak balik..hari ni hari rabu..ada pasar malam...
Posted by delacroix
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates