aku tak penah perasan sejak bila dia tu duduk kat PBC tu. tau²..dia dah ada tercongok kat situ. dgr²...transfer dari PJBC.mulanya aku buat dek je...ingat budak HQ mana tah yg bertandang. masa aku melintas meja dia nak ke bawah..MC panggil aku n kenalkan. aku mcm biasa..maintain senyum n hulur tgn. oo..budak baru rupanya. dia bagitau nama dia A. aku sengih n angkat kening je.sedap nama! perkenalan tu berlalu dengan singkat. tak sempat nak tanya lebih² sbb byk keje yg menimbun atas meja. dia pun aku tgk tak tentu arah..kejap² fon berbunyik. mls nak kacau. aku buat keje mcm biasa. sesekali bila dia melintas meja aku atau aku yg melintas meja dia..dia akan senyum. aku cuma sengih. Hmm.

Turun bawah, masa menunggu cash. Aku sempat bertandang ke meja L. Aku bisikkan kat dia "beb..kat atas ada RM baru". Terus bulat mata dia. "L ke P?" Aku sengih.. "P la". "Melayu ke Cina"...Soalan tu lagi buat aku tambah sengih. "melayu lah.." Terus L senyum². Ntah apa la yg dia pk kan. "Ok tak dia?" L tanya lagi. Aku angguk. "Ok je aku tengok. Nak cuci mata, naik atas la." L senyum simpul. "Malu lah." Huh..mula la gedik dia datang. Tu pun nak malu.

Seminggu berlalu dan L masih belum tengok budak baru tu. Aku pulak selalu sangat bercerita kat L sampaikan pada satu hari, L hempaskan pen ke atas meja sebab dah tak tahan dgr cerita aku. "hoi..ko bawak budak tu turun sini! aku nak tengok..bagus sgt ke budak tu sampaikan ko tak berenti cite psl dia!" Aku telan liur! Terkedu kejap dengan jerkahan L. Tak sangka pulak dia marah betul². Aku ingat dia main² je. Tapi, demi tak menghampakan..aku pun buat je la apa yg L nak. Naik atas...approach A n ajak dia minum petang. Sampaikan F merajuk² dengan aku sbb aku tak ajak dia sekali...heh heh.

Petang tu..aku bawak A turun pegi minum n kenalkan dengan L. Aku tengok L tak berenti senyum. Huhh...menyampah betul! Lepas sesi perkenalan tu..aku rasa...L pulak yg lebih² dari aku..heh heh...tu la...dulu kemain lagi marah aku. Tak berminat la..malas la. Tak kuasa la. Kata orang..tak kenal maka tak cinta. Sekarang ni bila aku cerita balik pasal ni kat L..mesti dia hangin kat aku.

Posted by delacroix
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates