Sampai sekarang aku masih kekenyangan! Sedap betul makan kat One World htl mlm td. farewell mr tan. Bila dah namanya buffett, apa lagi..makan tanpa rasa malu la. Dah tentu² org yg bayarkan untuk kita, jadi belasah je la.

Sampai dalam pukul 8 lebih. Aku duduk kejap kat meja, sembang² dengan sesapa yg ada, minum air seteguk 2, lepas tu baru round tgk makanan. Mcm biasa, we go for the most expensive one first. Kaki aku terbehenti kat seafood section. Haha..aku dah nampak 'ketam gemuk' (bahasa yg A selalu guna), pastu nampak lobster, oyster, king prawn, caviar..hmm..sume benda tu aku masukkan dalam pinggan dulu. Tak kasi can. Ketam gemuk tu punya la gemuk n keras, smpaikan kena pakai pengepit untuk pecahkan kulit dia. Time ni tak ingat la..tergelak² masa nak makan. sampaikan kulit ketam terpelanting² masuk dalam cawan. Hahaha...sampai waiter tu pun dah senyum² tgk kiteorg yg tak senonoh ni.

Mcm biasa, aku makan sampai lebam. Sampai ke tekak...sampai dah mengah..baru berenti. masa tu mula la menggelupur mintak coffee la, air limau la...smokok la..sbb perut tlampau penuh.

Selesai farewell, aku n L sempat singgah kat uptown. mcm biasa, menge'teh' secawan 2...baru balik.

Hari selasa malam tu, aku n L buat plan gila. Lepas keje tetiba je kemaruk nak pegi makan malam kat PD. Aku on je. Terus sms A n yg bestnya, dia pun agree tanpa banyak soal. Aku balik umah, mandi n siap. Shoot terus g umah L, parking kat sana, n naik kete L n terus amik A kat umah dia. Sampai PD dalam 9 lebih. terus carik port makan. Tepi laut, biasa la. seafood aje yg available. Mcm biasa, makan sampai lebam.

Lepas makan, terus pegi kat public beach. Orang dah takde pun. gelap je,. Air nampak mcm surut. Masa sampai kat pantai tu pun dah pukul 11 lebih. So kiteorg ber3 lepak kat atas pasir pantai tu sambil tgk bulan. Pergh...best gile.

Dalam 1 lebih, kiteorg angkat kaki balik KL. Pun, bukan terus balik umah. On the way nak htr A balik ke kondo dia, sempat singgah kat mamak bawah umah dia tu, minum² n sembang. Ada je benda yg nak cite, mcm takkan habis pulak. kul 4 lebih baru lepaskan A naik atas. Pastu aku n L dah terkebil² tak tau nak buat apa. Last² L drive pegi Idaman. Kali ni aku n dia je lepak. Kalau aku berdua je dengan dia ni, takde benda lain la. Mesti sesi luahan hati. Dan aku la kaunselornya. Bijak²!

Moral of the story, aku n L balik tido pukul 7 pagi. Tu pun L cakap tido kejap je, sebab mengikut perancangan awal..pukul 10 nak bangun balik sbb nak pegi CM pulak. aku cuma tersedar bila henpon aku ada call masuk. Tgk jam, dah pukul 11. Aku kejutkan L..pastu aku bangun mandi. Lepas mandi, bukak je pintu bilik, nyaris aku tak lemah jantung. Aku tgk A dah tercongok kat depan pintu.

Memandangkan dah tgh hari, aku ber3 terus pegi lunch ikan bakar kat belakang istana negara (3² cuti pulak hari yg sama). lepas lunch, pegi low yat beli pendrive, pegi jln² kat CM, pastu tgk F4 kat OU, mkn cendol kat damansara height..mcm²...

sampai umah jam 8 lebih, aku flat abis. terus terbongkang kat sofa sampai pagi!
Posted by delacroix
Lekuk indah hadirkan pesona
Kemuliaan bagi yang memandang
Setiamu simbol keanggunan
Khas perawan yang kau miliki

Akulah pengagum ragamu

Tak ingin ku menyakitimu
Lindungi dari sengat dunia yang mengancam
Nodai…Sucinya lahirmu

Karena wanita ingin dimengerti

Lewat tutur lembut dan laku agung
Karena wanita ingin dimengerti
Manjakan dia…dengan kasih sayang

Ingin kuajak engkau menari

Bermandi hangat cahaya bulan
Sebagai tanda kebahagiaan
Dari semesta…Cinta kita

Bintang Terang itulah dirimu

Janganlah redup dan mati
Aku dibelakangmu memeluk
Dan…menjagamu

p/s : terasa di buai² bila dengar lagu ni... Semerta teringat sesuatu dan buat aku tersenyum...
Posted by delacroix
Yawnn! Aku sikit mengantuk pagi ni. Malam tadi pukul 2 pagi baru balik rumah. Mana taknya, lepas ofc dalam pukul 6, aku terus ke Idaman dengan A n L. Minum, makan n sembang² mcm biasa. Ingatkan nak terus balik lepas tu. Tau² budak² ni ajak ke KTV. Haha...gila nak pegi KTV on weekdays. Malam pulak tu. Tapi bila pk² balik, aku dah seminggu tak ke sana. Pastu balik umah pun tak buat apa. Hehe..on aje la.

Mcm biasa, call Cik Shikin n buat reservation. Minah tu pun dah tau dah, kalau budak² ni yg datang, cfmn taknak bilik no 12. Mic selalu buat hal! Kali ni dia bagi bilik lain. Tak agak² bilik VIP. Belasah aje!

So malam tadi, santak melalak sampai kul 1.30 pagi. Hambik ko! Sampai nak termuntah aku! Tapi layan je. Budak² ni gila. Nyanyi lari tune pun, blasah jugak.

Balik ofc amik kete, pastu masing² balik umah. A syok la..sbb dia cuti! Ciss...
Posted by delacroix
Malam tadi layan CD kat rumah L. Dia beria-ia ajak lepak. Aku lemah sket kalau orang pujuk² ni. Last² pegi la EziVideo kat TTDI tu, pinjam 3-4 cd..pastu layan sampai ke pagi. Sudahnya, pagi ni aku liat nak bangun. Kalau tak mengenangkan aku nak pegi tgk site dengan mamat cina tu, takdanya aku nak bangun pagi² buta.

Pukul 11 pagi, A msg aku setelah beberapa hari dia menghilangkan diri. Mcm tau² je aku dgn L mengumpat dia 'sombong'. Masuk ofc pagi..kejap je. Pastu lesap ntah ke mana. Konon jumpe client la tu. tapi sampai ke petang lesapnya. Nasib aku tak jumpa dia. Kalau jumpa, tau la aku nak 'membasuh' dia mcm mana..heh heh heh. Dia takut la tu. Sbb tu main tembak² sms je. Pandai!

Minggu ni tak pegi KTV pun. Rasa gatal lak tekak ni. Nak pegi berdua je dgn L...boring lak. Aku tgk muka dia, dia tgk muka aku. Kalau ada A, meriah sket. Bantai nyanyi tonggang langgang, lari tune pun..tak apa. Aku tukang gelak kan aje. Saje memeriahkan suasana.

Aku tgh 'aim' CIMB..mggu lepas aku submit resume lagi skali. kalau dapat, mmg cantik!
Posted by delacroix
Thursday, June 21, 2007 at 6/21/2007 08:32:00 PM | 0 comments  


Myspace Mp3 Player, MySpace MP3 Players, Flash MP3 PlayersI made this MySpace Music Player at MyFlashFetish.com.




Posted by dieyna
Waktu memandu pagi tadi, aku rcvd call dari H, teman semenangis aku dari sejak dari belajr dulu sampai skrg. Dia mintak email add. Aku tak banyak soal. terus bagi. Sampai ofc, aku bukak emel...terus dapt emel berangkai² dari sume kenkawan sekelas n sekolej dulu. Arghh...best gile! Rindu betul. Semua plan nak buat gathering. Yang bujang, yang dah kawin, yg dah ada anak...bekas skandal...semua ada. hahaha..tak dpt nak bayangkan mcm mana rupa masing² bila dah berkumpul nanti. My friends...cant hardly wait to see u guys.......
Posted by delacroix
walaupun banyak perkara terjadi, aku semakin menyenangi kehidupan aku skrg ini. aku enjoy life aku, dengan apa yg aku ada...dengan kawan2 yg sanggup susah senang bersama aku..yg tak pernah meninggalkan aku di kala aku memerlukan pertolongan mereka. walaupun ada segelintir yg mengatakan aku cuma merosakkan diri dengan menjalani kehidupan seperti ini, tapi aku tak rasa itu satu masalah. lantaklah apa orang nak kata, yang penting, aku hepi dan tak kacau orang.

2-3 bulan terakhir ni...aku rasa hari2 aku cukup terisi. hmm..ntahlah. yg pasti aku sudah mula boleh tersenyum...ketawa dan yg paling best..menghabiskan masa bersama kenkawan yg aku cintai. hujung minggu pasti terisi. paling tidak pun..memadai hanya secawan teh dan sekotak sampoerna menemani kami sampai ke pagi..!balik ke rumah mencecah azan subuh pun pernah.

aku tak pernah menyangka...ketika aku rasa hidup ni tak bermakna..rupanya..ada orang lain yg nasibnya jauh lebih buruk dari aku. dan kehadiran mereka2 ini..membuatkan hidup aku terasa lebih bermakna kerana mereka sangat memahami..

A n L...u light up my life!
Posted by delacroix
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates