Sebetulnya, sejak 2 hari lepas aku asyik termenung. Masa dinner dengan A n L tempoh hari pun. aku banyak melayani perasaan sendiri sehinggakan perubahan aku itu di sedari oleh A. Dia ada bertanyakan kenapa. Tapi aku cuma menggeleng n beritahu dia aku ok. Tapi itu cumalah ayat untuk menyedapkan hati dia. Dan aku tahu, dia tahu yg aku berbohong. Hmm...entahlah. Banyak perkara yg aku fikirkan. Rokok sebatang demi sebatang lenyap sehinggakan A bertindak merampas kotak rokok dari tanganku. 'Dah banyak sgt. Sudah² la tu'...katanya. Aku tak kata apa. Cuma membiarkan. Fikiran aku kembali ke zon entah mana². Aku rasa kecewa. Aku rasa nak marah. Tapi tak boleh nak luahkan. Sebelum keluar dari kereta, A sempat mengusap² bahuku..'take care..jgn tension² k...'katanya lagi. Aku sekadar mengangguk lemah...

Ehmm..hari ni dapat msg dari C setelah sekian lama. Itu juga salah satu sebab kenapa aku bermenung. Luluh hati bila mengenangkan dia. Mungkin belum masanya untuk dia jadi sesempurna dulu. Ikutkan hati, mau aja aku terbang segera ke sana menziarahi dia. Tapi apakan daya. Mendengar suaranya yg tersekat² sudah cukup buatkan aku sebak. Doaku tak pernah putus untuk dia. Sokonganku tak pernah padam dari hari pertama aku kenal dia.

Pada masa yang sama, aku terasa seperti ingin bersendirian...
Posted by delacroix
Aku pun tak paham. Asal kuar je...mesti makan! Kalo hari² kuar, maknanya hari² la makan. Huh..tak bleh tahan la mcm ni. Mesti kena slow down. Tak bleh jadi ni. Ada la insan² yg bertanya..'wah skrg sehat..senang hati ke?'. Aku sengih² je la. Entah la..tak tau nak komen mcm mana. Orang cakap kalau mcm tu maknanya senang hati. Hmm..tp tak jugak. Kalo tensen n susah hati pun kadang² orang akan makan jugak. Btul tak? Jadi, aku sendiri tak tau nak kategorikan aku ni dalam kumpulan yg mana. Senang hati atau susah hati? Hm..nampak gayanya aku kena memulakan balik aktiviti jogging aku. Tengok A pegi gym..nampak menarik. Rasa mcm nak cuba. Tapi rasa mcm membazir lak nak byr beratus² sebulan tapi peginya belum tentu.

Mcm semalam, mmg balas dendam betul! Dah lama aku nak ke Cerana. Akhirnya pegi jugak dengan A n L. Ada live band...bes! Aku dengan A la..kerja kan ketam sampai tinggal kulit je. L tgk je sbb baru cabut gg geraham...kahkahkah! Balik umah takleh tido sbb kekenyangan yg melampau. Budak² 2 ekor tu, balik umah terus flat n tdo dgn nyenyak nya. Tak paham betul aku!

Hari ni, aku rasa A sepanjang hari ikut sesi aerobik Paula Abdul dia tu, pastu berkampung laman kat gym. Dia online kejap je pagi tadi. Pastu terus senyap! L confirm membuta. Aku? Heh heh...depan pc ni la sejak bangun tdo sampai sekarang buat menatang ni tak sudah². Pening betul. Mata pun dah naik juling. Nasib baik budak² tu tak kaco aku. Siang² buat keje masing²..stat kul 7 ptg baru sayap terbukak n terbang.

Aku nak hantar kete aku g bengkel. Nak tukar tayar depan tu. Dah botak sgt² dah. Bawak pun dah tak sedap. Stereng bgegar². Kopak lagi poket. Baru hari tu tukar timing-belt, kopak 3 rat! Tengah bulan nak kena blk kg pulak. Tak balik kang..kecik ati lak org tua tu. Beria² nak buat kenduri cukur jambul untuk Baby Ashraf pulak. Hmm..hari ni cakap lain, esok cakap lain. Tak paham aku!
Posted by delacroix
Semalam aku cuti. Bila dah cuti, mesti la aku nak balas dendam tido puas². Tapi mcm biasa, tido aku selalu terganggu dengan panggilan² telefon yg menjerit² minta di layan. Huh...tensen betul. Dekat pukul 11 pagi, sekali lagi telepon bebunyik. Rasa nak baling ke dinding je masa tu. Aku capai hp, tgk kat skrin, nama L terpampang. Hmm..aku dah tau dah. Kalau budak ni call, takde benda lain. Nak ajak lunch n lepak la tu. Aku kata ok, tapi kena tunggu aku habis mendobi kejap. Ala..bukannya lama. 1 jam tak sampai. Sambil tunggu mesin basuh aku tu berenti, aku siap² mandi. Lepas tu, sidai baju, capai kunci kete n shoot g umah L.

Sampai je kat depan umah L, mcm biasa aku call dia n bagitau aku kat luar. Malas nak tunggu dia lama². Masa tgh menunggu L angkat call tu la aku terperasankan kete A tiba² dah parking elok je kat seberang umah L. Terbeliak jap mata aku. Apsal lak kete budak ni ada kat sini? Sangsi sungguh. L angkat je call..terus aku sembur dia.."wehh..apsal kete A ada kat depan umah"..L gelak² je. Tau² 2 saat lepas tu aku tgk A terkedek² bjln ke pintu pagar..sambil sengih². Aku menggeleng. Huhh...confirm tak pegi keje budak ni. Kalau tak mc, MIA.

tengah hari tu, pegi lunch kat seksyen 17...tah ceruk mana si A ni bawak. Belasah je. Lepas lunch, teman dia pegi ofc..nak jumpa PL pasal kes nak tender tu..hmm..ikutkan aje lah. Lepas setel...g tgk Transformers la...yahooo!

Best gile tak ingat cite tu. Kena tgk banyak kali nihh. Lepas wayang..standet la..berpoya² sampai ke pagi. Pagi ni..malas betul nak bangun. Mata bengkak n kepala pening. Tapi kerana keje..ku turutkan juga..hehe

Posted by delacroix
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates