Kertas putih salju
Ku coretkan kedukaanku
Hitam dan kelabu
Adalah warna dalam hidupku

Kejutkanlah aku kawan
Aku sedang bermimpi
Kejutkanlah aku
Yang sengsara dalam sepi

Gementar kakiku
Meniti titian usang
Berdegup jantungku
Apakah dapat ku ke seberang

Sambutlah tanganku kawan
Aku takut tenggelam
Sambutlah tanganku kawan
Jurangnya sangat dalam
Jurangnya sangat mengerikan
Ramai yang telah kecundang

Dia sedang menunggu
Untuk memimpinku
Di seberang sana
Adanya cahaya

Sambutlah tanganku kawan
Aku takut tenggelam
Sambutlah tanganku kawan
Jurangnya sangat dalam

Sambutlah tanganku kawan
Aku takut tenggelam
Sambutlah tanganku kawan
Jurangnya sangat dalam

Sambutlah tanganku kawan
Aku takut tenggelam
Sambutlah tanganku kawan
Jurangnya sangat dalam


p/s : for a friend....yang selalu keliru...
Posted by delacroix
Aku menung panjang bila seorang kawan berkata begitu pada aku pagi tadi! walaupun sebetulnya ia tak di tujukan pada aku, tapi sedikit sebanyak aku dapat rasakan apa maknanya! entah la. dari awal lagi aku dah katakan yang aku tak mahu menjadikan benda ni sebagai satu masalah. aku dah berhenti berharap. dah banyak kali aku katakan, pengalaman lalu cukup mengajar aku bagaimana nak menilai seseorang supaya lebih bererti dalam hidup. Cuma, aku tak sanggup lagi untuk menghadapi situasi yang sama. Aku tak mahu pisang berbuah 2 kali. Sebab tu aku tak amik serius sangat.

Betul, kita perlu berubah utk memastikan hidup kita lebih bermakna. Tetapi sesuatu perubahan itu perlu jika kita sendiri sedar apakah kita ini perlu berubah atau tidak? Bagi orang seperti aku yang pernah melalui zaman² yang gelap, aku cukup memahami bagaimana rasanya perasaan hendak berubah itu. Namun adakah perlu untuk kita memaksa diri kita atau orang lain memaksa kita untuk berubah? Tak guna kita berjanji untuk berubah hanya sekadar untuk menjaga hati orang lain. Rasa hendak berubah itu akan datang dengan sendiri. Pokok pangkalnya, pada hati. Tiada siapa yang tahu hati kita, melainkan kita sendiri. Aku sendiri tak tahu sama ada skrg ni aku sudah berubah atau keadaan yg mengubah aku. Aku tak pasti. Namun, aku tau ada sebilangan teman² yg kecewa. Telinga aku perit mendengar kata² nasihat. Semua aku tak peduli. Di saat itu, yang penting bagi aku hanyalah untuk melupakan apa saja masalah yang terlintas di fikiran. Aku bukanlah diriku sendiri waktu itu.

Orang lain tak mungkin merasakan betapa peritnya apa yang perlu kita lalui. Sekadar melihat luaran, tidak membawa makna apa². Kita yang merasainya, kita yang menanggungnya. Pastilah beban itu terasa lebih berat. Selalu aku terfikir, jika aku 'jatuh' suatu hari nanti..adakah tangan yang sudi menyambut aku? Tika itu, di mana kawan² sepermainan aku, kawan² semenangis dan ketawa? Adalah mereka sudi menangis bersama? Aku tak pernah ada jawapan untuk itu. Namun setelah hampir 28 tahun aku hidup di muka bumi ini, aku dapat menilai dan mentafsirkan siapa yang sanggup untuk susah senang bersama aku.

Aku tak marah kalau ada di antara mereka yg tidak sanggup untuk menangis bersama ketika aku susah. Tak pernah terlintas di hati pun. Ye lah...itukan hak masing². Cuma mungkin aku tidak akan lari dari rasa kecewa. Namun...andai suatu hari nanti, jika ada di antara mereka yang pernah menyisih dari aku itu...datang kembali pada aku...aku tidaklah sekejam mana untuk menyisihkan mereka kembali...cuma...ada perkara yang perlu di ajar kepada mereka ini supaya mereka lebih pandai menilai...

Posted by delacroix
Aku sampai ke rumah L dekat 5 pagi. Terus terbongkang kat depan tu. Cfmn budak² rumah dia ingat aku mabuk. Tapi aku tak tido pun. Entah kenapa mata ni tak mau pejam. Pusing kiri kanan..sampai la subuh. aku ttp mcm tu. At last, pukul 6.15 aku kejutkan L n cakap nak balik. Trus aku speed balik umah. Sampai je, rumah gelap. Parents aku sambung tido agaknya. Senyap² aku bukak pintu n terus naik ke bilik. Baru je nak tutup pintu bilik, aku dengar suara mak aku dari belakang. Gulpp! Aku berdoa dalam hati, mintak² lah dia tak tanya yg bukan². Malas aku nak dengar bebelan pagi² buta ni. Fuhh...nasib baik. Dia cuma mintak charger telefon. Tak banyak kira, terus aku hulurkan kat dia. Sebelum dia beredar, sempat dia ckp..."Siap cepat. Appmt kul 8." Aku sekadar mengangguk. Sepeninggalan mak aku, aku cuma berbaring di atas katil. Terasa malas nak keluar ke mana². Tapi demi tak menghampakan, aku turutkan aje.

Ada satu permintaan kedua orang tua tu buat aku menung panjang. Serba salah betul aku nak turutkan. Manalah aku nak cari dalam masa terdekat ni. Aku tak nak campur dalam hal² mcm tu. Aku tak nak! Aku tak mau esok² benda mcm ni jadi isu n aku akan di persalahkan. Arghh..benda² mcm ni bukan boleh buat main². Hak tetap ada walau sampai ke liang lahat. Tapi...siapalah aku untuk mempersoalkan tentang hak. Adoi laa...bencinya! Lambat laun, orang tua tu mesti nak suruh aku tolong setelkan jugak. Takut tak sempat, katanya!

Moral of the story, sepanjang hari semalam mmg aku di lenjan secukup²nya. terasa mcm dah jadi zombi sbb tak tido². Itu pun diorang ajak jalan lagi pada sebelah petang. Tapi aku angkat tangan awal². Aku surrender. Balik umah, tak sempat salin baju n seluar, terus aku loncat atas katil n tak sedar² sampailah pagi tadi. itu pun jenuh berkejut, baru aku bangun.

Tentang permintaan tu, aku tak kata apa pun. Rasanya tunggu balik Iph kot...
Posted by delacroix
Sepatutnya aku keluar jogging skrang ni. Tapi entah kenapa, tetiba mood hilang padahal sebelum ni berkobar² semangat aku nak jog sambil cuci mata. Mungkin sbb aku tak makan tengah hari kut. Takde energy nak jog. Tapi tu la..aku mmg tak lalu nak makan. Selera hilang. Kepala sakit. temperature turun naik. Dalam saat² mcm ni lah aku terkenangkan 'sup ayam goreng' tu. Aduhaii..kenapa la aku tak mampu nak hilangkan keinginan tu. Terasa membuak² di dada ni bila teringatkan benda tu. Punya la aku berusaha untuk membunuh keinginan tekak ni untuk melahap benda tu, tapi aku tak berdaya. Penangannya cukup kuat. Pada deknon dah ku khabarkan. Dia cuma kata 'if u really want it so badly, come la. It wont harm u'. Huhh...senang lah cakap. Bukan dia tak tau kenapa aku tak ke situ lagi. Bukannya dia tak tau apa sebab aku tak mau menjejakkan kaki aku kat situ lagi. Ahh...Planet! Banyak betul kenangan yang tercipta. Suatu ketika dulu, Planet itu merupakan 'dapur' aku. Bukan kata aku saja...malah separuh dari warga ofis aku berkampung laman kat situ tiap kali lepas kerja. Kalau ke situ...aku dan kawan² lain mmg tak mahu menu lain melainkan yang satu itu. Biar beribu kali aku makan...aku tak pernah jemu.Aku jatuh cinta padanya. Biar di hidangkan makanan dari hotel sekali pun, hati aku ttp pada yang satu itu. Entah apa la yg tukang masak tu bubuh, aku pun tak tau. Tapi yang nyatanya, menu yg satu itulah yang menghantui fikiran dan menjerut tekak aku saat ini. Adoi laa...nak mati rasanya!
Posted by delacroix
Thursday, August 23, 2007 at 8/23/2007 02:30:00 PM | 0 comments  
The strands in your eyes that color them wonderful
Stop me and steal my breath
Emeralds from mountains thrust toward the sky
Never revealing their depth
Tell me that we belong together
Dress it up with the trappings of love
I'll be captivated
I'll hang from your lips
Instead of the gallows of heartache that hang from above

I'll be your crying shoulder
I'll be love suicide
I'll be better when I'm older
I'll be the greatest fan of your life

Rain falls angry on the tin roof
As we lie awake in my bed
You're my survival, you're my living proof
My love is alive not dead
Tell me that we belong together
Dress it up with the trappings of love
I'll be captivated
I'll hang from your lips
Instead of the gallows of heartache, that hang from above

I've been dropped out, burned up, fought my way back from the dead
Tuned in, turned on, Remembered the things that you said

p/s : always be the best song ever...
Posted by delacroix
Sehari dua ni aku murung sket. Sebetulnya, masalah tu masih tak selesai. Dan aku tak punya jawapan bilakah ianya akan selesai. Mungkin bila salah seorang dari kami menutup mata, barulah nak sedar agaknya. Entahlah.Bila melibatkan soal family, ia benar² buat aku keliru dan serba salah. Aku seperti tersepit di tengah². Kiri kanan depan belakang tembak aku. Mati aku mcm nih. Aku pun manusia biasa jugak. Ada hati dan perasaan jugak. Ingat diorang tembak² aku tu, aku tak rasa apa² ke? Huh..kalau nak ikutkan hati, dah lama aku lari. Tapi tu la..cakap di mulut aje. Tapi hati tak sampai nak buat mcm tu.

Aku tau, malam tadi diorang sedaya upaya nak gembirakan hati aku. Tapi apakan daya. Sesekali bergenang juga airmata bila tak dapat nak tahan. Tapi, aku tetap bersyukur dengan adanya mereka² ini seakan memberi aku semangat dan kekuatan untuk meneruskan apa yang ada di depan mata.

Destinasi lepak untuk minum² malam tadi sedikit sebanyak buatkan aku menung panjang. Entahlah. Banyak betul kenangan kat kawasan tu. Tempat jatuh lagi di kenang kan....ah biarlah. Semua tu dah berlalu dan aku tak nak ingat semua benda bodoh tu lagi.
Posted by delacroix
Mungkin betul kata sesetengah orang..soalnya hati sukar di mengerti. Pada kita, tanggapan itu lain. Tapi pada orang..mungkin ia berbeza. Entah lah...bila melibatkan soal hati, aku angkat bendera putih! Aku tak kuasa nak memikirkan n menyesakkan kepala aku dengan persoalan yg sukar untuk di jawab. Aku tak mahu membebankan kepala aku dengan benda² yg remeh temeh. Bak kata A..'toksah ambik port'. Hmm...dia seperti tahu apa yg aku fikirkan. Tapi dia jarang berkata apa². Paling kuatpun..dia sekadar mengusap² atau menepuk bahuku sambil senyum. Damai seketika.Terasa semangat kembali menjalar dalam diri.

Bagi aku, pengalaman sangat² mengajar aku supaya lebih berhati². Bukanlah bermakna aku terus terusan mengunci hati dan tidak mempercayai semua orang. Cuma dalam meniti sesuatu perhubungan, aku lebih kepada berfikir secara rasional dan logik sebelum bertindak. Setiap orang lain ragamnya. Dan bagi mereka² yg berada di sekeliling aku, aku cuba untuk memahami setiap ragam mereka supaya tiada apa yg tidak di ingini berlaku dalam menjaga kerukunan perhubungan itu.

Tetapi...untuk memberi sepenuh kepercayaan seperti masa lalu...rasanya aku tak mampu lagi...
Posted by delacroix
Saturday, August 11, 2007 at 8/11/2007 01:54:00 PM | 0 comments  
Dah lama tak menjenguk ke sini. Selama itu jugalah aku memendam rasa. banyak perkara yang terjadi sejak 2 menjak ni. Cuma aku yang tak mau ambik port sangat. kata orang..'dun take it too seriously'. hmm..aku buat bodo aje lah. mungkin apa yg terjadi di sebalik ni semua, ada hikmahnya. aku redha. biarkan aje lah. lambat laun, keadaan akan kembali seperti normal. aku cuma perlu bersabar n cuba menjalani kehidupan seperti biasa. yeah..life still has to go on even life sucks!

kelmarin aku cuti. sengaja cuti sbb nak pegi interview. pada A aku kabarkan berita itu. lepas interview selesai, dia ajak aku tgk wayang. aku ok aje. lagipun sejak 'harry potter'..kira dah lama juge tak menonton. aku balik rumah, tukar baju dan keluar semula ke MV. mula nak ke klcc, tapi kesiankan A..jauh pulak nak masuk town. sampai MV, A dah siap beli tiket dulu. rupanya dia naik bas aje. mls nak drive katanya. aku cuma sengih. hmm..kalau boleh, aku pun nak naik bas. tak larat dah rasanya nak drive. penat! kami jalan² di MV, makan di Teppanyaki...window shopping...survey perfume...mcm² lah. bahagia betul rasanya keluar berpoya² bila hari orang lain bekerja. taklah sesak sangat. cuma bila lewat petang, nak balik tu ada sikit jem. kami tengok 'simpsons the movie'. best cite tu. lawak. aku gelak tak ingat dalam panggung.

aku menghantar A pulang ke kondonya di taman desa memandangkan dia tak drive. takkan lah nak bagi dia naik bas time orang sesak² balik keje tu. tak sampai hati pulak rasanya. sampai di tmn desa, dia ajak minum kat mamak depan tu. aku ok je. sekadar minum petang dan sembang². sambil tu sempat la berkenalan dan beramah mesra dengan 2 orang mamat kat meja sebelah...heh heh. sempat la bertukar² no hp n berjanji nak join karaoke nanti². heh heh...aku ok aje.

lepas habis minum...A hantar aku ke kereta..bye²...dan aku pun pulang ke rumah..

aku lupa nak msg H hari ni. ingat nak ajak jog petang karang. kalau dia tak available, aku sorang je lah. nak ajak A? huh..baik dia tido.

*yawnnn***.....aku dah menguap lapan ratus kali dah ni. mengantuk pulak tiba². nak balik umah n makan. lepas tu tido jap...petang pegi jog. bak kata A 'kena amalkan cara hidup sehat'...heheh...ni aku dah terjebak dengan kata² dia la nih.'mr rocks' tu pun dah lama aku tak sentuh. hari tu tgk H sebat mr rocks aku..selambe je. terkebil² je la aku. dia offer aku..aku geleng. terus dia senyum..'aiii..sejak bila dah pandai menolak ni?'..aku sengih je. tak menjawab pun soalan tu.

ah..nak balik lah......
Posted by delacroix
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates