Bila aku cuba mendampingi
Ada silu menyinggah di hati
Bila aku cuba mengenali
Ada resah di dalam diri
Bersungguhnya aku kali ini
Sedang rindu tak pernah berhenti

Kau ...
Teristimewa di mataku kali pertama
Hingga ke detik ini masih sama
Tak terubah hati bila dikecewa
Tak tersentak rasa bila dipersenda
Kau menghalusi cinta dengan makna
Yang terkadang aku hilang punca

Mengasihimu kali ini di luar jangka
Kau tercipta lebih dari segala yang ku sangka
Terlalu alangkah segala apa yang kau ada
Hingga aku rasa jauh terasing
Hingga aku rasa sukar hendak mendamping

Kau ...
Terlalu dalam segala yang pernah ku tahu
Terlalu dalam segala apa yang pernah ku mahu.

By : SangDewi
Posted by delacroix
He called me last nite! After few months! Tiba-tiba cakap dia teringat pada aku. Ada sedikit rasa teruja, sayu dan rindu bila menerima panggilan itu.Lepas apa yang terjadi dulu, sememangnya aku yang bersikap dingin dengannya. Tapi itu bukan bermakna aku ingin menjauh dari dia. Cuma ingin memberi ruang pada diri sendiri...dan mungkin juga pada dia demi untuk memperbaiki keadaan yang seakan tak tentu arah ketika itu. Mungkin dia terasa dengan sikap ku yang acuh tak acuh. Panggilan tak di jawab. Sms tak berbalas. Apatah lagi nak berjumpa. Memang aku tak hingin langsung nak tengok muka dia masa tu. Dia tahu sebabnya aku jadi begitu. Dan aku juga tahu. Cuma aku tak mahu lagi berbincang dengannya soal itu. Kerana itu..aku dingin.

Selepas beberapa bulan, dia muncul semula. Dan dia mempertanyakan kembali kedudukannya di sisiku. Apa yang aku nak kata? Entahlah...mungkin hatiku dah sejuk namun untuk melupakannya tidak sekali². Dia seakan mengerti. Lalu " I wont force. I know how you feel. But whatever it is, my feeling towards you still the same. We'll just see where this relation bring us. Just let it be..ok?" Aku sekadar mengangguk. Mungkin ketika itu aku telah mengecewakan hati seorang lelaki yg ikhlas menyayangi aku. Tapi entah la...mungkin sebab takut...menyebabkan aku tak mahu menjanjikan apa-apa untuk kali ke 2.

Perbualan dengannya malam tadi sekaligus mengimbas waktu-waktu indah aku menghabiskan masa bersamanya dulu. 'It was a great time kan' katanya...Aku cuma mengiakan saja. Sesaat aku terfikir...aku sangat gembira ketika itu. Sangat²!

Dan bila dia kata dia sungguh-sungguh teringat pada aku...semerta hatiku sayu....! Han...I do miss you! I really do..!


Posted by delacroix
Bila lihat namanya terpapar di skrin, aku melonjak girang. Akhirnya dia online petang ini. Aku menyapanya, bertanya khabar seperti selalu. Ada rasa rindu sebab sudah lama aku tidak berbual dan berjumpa dengannya. Namun ada sesuatu yang buatkan hatiku sedikit terusik hari ini. Niatku cuma satu, hanya mengambil berat tentang dirinya. Aku tidak berniat apa² langsung. Sekadar bertanya dan prihatin terhadapnya. Apa saja yang berkaitan dengannya, aku amat mengambil berat, terlalu mengambil berat. Namun manalah aku tahu sekiranya soalan itu menyinggung hatinya. Hmm...selepas soalan itu, dia mula dingin. Hati aku mula dilanda gelisah yang teramat. Mungkin aku yang silap bertanyakan soalan itu. .iskk. Dan kini...aku dah tak mampu nak mengukir senyum. I'm sorry...
Posted by delacroix
Raya tahun ni adalah raya yang paling tak best dalam sejarah hidup aku. Pertamanya kerana konflik yang melanda seakan tiada noktah dan mengakibatkan raya kali ini tak cukup korum! Keduanya, aku telah kehilangan orang² yang amat hampir dengan hatiku..menyebabkan aku terasa ada sesuatu yang tidak sempurna seperti tahun² yang sebelumnya. Kaum kerabat yang datang beraya ke rumah sedikit sebanyak buat aku lupa pada semuanya. Tapi bila mereka pulang,aku kembali bosan. Seminggu aku di kg...rasa mcm setahun. Tak happening,no nite life,no karaoke...arghhh rasa ingin pulang semula ke KL dan kehidupanku di sana.

Malam itu aku keluar bersama R. Tiada hala tujuan sebenarnya. Cuma sekadar ingin berjalan-jalan menghilangkan rasa bosan dan rimas di rumah. Segenap penjuru bandaraya I kami jelajah. Tiada apa yang menarik. Lagipun aku tidak lah berapa tahu keadaan jalan di sini, jadi aku hanya mengikut ke mana saja yang R bawa. Penat meronda, aku dan R singgah di mamak. Sekadar minum² teh dan bersembang. Sesekali aku paw R sesedut dua. Pertama kali dia melihat aku berasap dulu, dia seperti terpaku. Mungkin tak menyangka yang selama ini aku pandai menyembunyikan dari dia. Ataupun mungkin dia tak menyangka yang kehidupan belakang tabirku sedemikian rupa. Aku senyum sendiri. R cuma tahu tentang itu. Dan biarlah dia kekal
tahu tentang itu saja.

Dalam perjalanan meronda, hp berbunyi untuk kesekian kalinya. Sekadar sms dari A. Ajak lepak dan minum. Aku ajak R. Dia ok saja. Lalu kami pun terus ke tempat yang di tuju. Namun sama sekali aku tidak ada idea langsung bahawa aku akan ke situ. RJ! Tempat yang di mana suasananya sudah jarang-jarang aku nikmati. Namun di bandaraya I, aku belum pernah ke situ..cuma sesekali di KL. Dan kali ini, dengan kehadiran R pula! Ah..tidak! Lemah betul. Namun, aku bukanlah jenis manusia yang suka menghampakan orang lain. Lalu,di atas pujukan A..aku cair! Ku heret juga R akhirnya.

Sesekali ku sedut Marlboro yang tersepit dijari. R di depanku...sesekali menjeling namun dia tak berkata apa. Ku lihat dia juga menikmati suasana itu. A di sisi cuma senyum. Sesekali ku lihat dia ketawa riang bersama temannya. Baguslah begitu. Senang hatiku melihat dia gembira.Jika begitu boleh membuat dia riang, apa lah salahnya. Dan sesaat, aku terfikir semula...ya, kalau itu boleh membuatkan kita gembira dan lupa pada kesedihan dan kesakitan walaupun untuk seketika..pasti aku pertaruhkan segalanya...demi untuk itu.

Namun ku sedar,pergerakanku agak terbatas malam itu.Aku tidak melakukan aktiviti apa² selain dari berbual, berasap, minum C, dan memerhati pelbagai aksi manusia² di situ dan menikmati suasananya.

Aku melirik jam di tangan. Sudah melewati 1 pagi. Segera aku tersedar. Aku harus pulang. Walaupun suasana baru saja hendak mula hangat, tapi aku tidak boleh berlama² lagi di situ. Ini bukan KL. Jika di KL, tak balik rumah pun tak apa. Tiada siapa yang akan bising. Mengenangkan itu, aku menggamit R yang leka memerhati gelagat manusia di kiri dan kanan. R sekadar mengangguk. Ku cuit pula A di sisi yang ku kira baru mula nak 'warm up'...dan membisikkan padanya bahawa aku ingin pulang.

Selesai bersalaman dengan sesiapa yang patut di situ, aku dan R melangkah keluar. Aku senyum sendiri sambil menggelengkan kepala. Ada sesuatu yang buat aku tersenyum panjang... sepanjang perjalanan pulang. Pada R, aku mohon maaf kerana mengheretnya ke situ. R sekadar ketawa. Katanya, dia sudah beberapa kali ke situ. Cuma, lain kali katanya...kalau nak ajak dia...pastikan dia berpakaian senonoh sikit. Aku ketawa. Itupun nasib baik tak pakai seluar pendek. semua tak di rancang dan sekelip mata...tau² dah ada di situ. Kami ketawa
lagi. Namun sebaik saja melintasi KC, tawa tiba-tiba mati. Aku dan R saling berpandangan... dan bulu roma mula meremang...heeeeee....
Posted by delacroix
10 sebab lagi...

1) Rupa - Selalunya rupa memainkan peranan utama dalam menguasai hati kita untuk jatuh cinta terutamanya pada pandangan yang pertama. Biasalah, manusia kan suka pada benda yang cantik. Apatah lagi kalau si dia berwajah Pan Asia, bermata biru atau sekurang²nya mempunyai lengan yang boleh di jadikan bantal tidur...heh heh!

2) Harta - Ada juga sebilangan orang yang tak mementingkan paras rupa. Tetapi mementingkan paras ketebalan duit dalam dompet! Katakanlah kalau si dia bawak BMW 5 series ke, Fairlady ke..muka macam pecah rumah pun sanggup dijadikan teman. Itu tak kisah, duit banyak boleh buat 'make over'.Yang penting kehidupan terjamin.

3) Kata-kata - Ayat power beb! kalau tak power, macam mana boleh jatuh cinta ye tak?Hendaknya kalau ada yang rajin bagi bunga, tunggu di tepi tingkap sambil mainkan gitar atau ucapkan kata-kata cinta sebelum dan sebaik saja bangun tidur. Hmm...indahnya dunia kan?

4) Perwatakan - kadang-kadang ada orang ni dia tak cantik, tak hensem. Muka pun biasa²..ala kadar aje. Tapi...'stylo'. Dari cara dia menghiasi diri, berjalan,bercakap, senyum...ada sesuatu yang menarik hati kita untuk terus mendekatinya.

5) Hati - Hati memainkan peranan yang amat penting dalam mengawal perasaan kita untuk jatuh cinta atau tidak.Kadang² kita boleh rasa sidia memang telah di takdirkan untuk kita walau tiada yang istimewa langsung tentang sidia! pokok pangkalnya hati kita dah suka.

6) Pandai - Siapa yang tak suka bila di dampingi oleh orang² yang terpelajar. Secara tak langsung kita pun rasa diri pandai juga. Macam angkasawan negara tu...sape ke namanya...hah dah la pandai, hensem pulak tu. Confirm ramai yang tergolek² jatuh cinta.

7) Status - Kalau si dia anak datuk ke, tan sri ke, anak raja ke,artis popular ke mesti korang pun tergolek² tangkap cintan jugak.mana tak nya, dah la ternama, glamor pulak tu.Confirm jadi perhatian bila dapat mendampingi si dia. Secara tak langsung, korang pun tumpang glamor jugak kan?

8) Sikap - Mungkin pada mulanya kita tak suka dan tak layan. Tapi bila si dia terlalu baik dan menunjukkan semangat yang bersungguh ingin memikat, kita mula cair. Perasaan itu akan datang dengan sendiri bila menyaksikan si dia bersungguh mencintai kita dan berupaya menjaga kita seumur hidup.

9) Selalu bersama - Sering terjadi pada insan² yang sering menghabiskan masa bersama terutamanya yang berkawan baik. Ke sana sini berdua dan tak pernah berenggang walau sesaat.Bila dah selalu bersama, kita lebih memahami si dia daripada orang lain dan begitu juga sebaliknya.

10) kahwin paksa - Bila dah jadi teman hidup, sama ada rela atau tidak kita harus mencintai si dia dan memberikan seluruh hidup serta jiwa raga padanya. Takkan nak biarkan si dia terabai dan tak di layan. Ala, paling koman pun 6 bulan aje. Belajar²lah mencintai si dia.Mungkin si dia dah ditakdirkan menjadi jodoh yang terbaik untuk kita. Siapa tahu kan?
Posted by delacroix
Terdengar bunyi guruh berdentum di langit
Bersahut-sahutan bagai tiada henti
Burung-burung mencicip di dahan
Mencari teduhan
Anak-anak di jalanan
Berlarian pulang
Bila kaki langit
Mula mewarnakan kegelapan
Terdengar bunyi angin
Seolah berbisik di telinga
Membawa khabar berita
Awan nanti akan mengalirkan airmata
Bahasa apakah itu yang memberitahu
Mendung makin berarak laju
Dan di serambi aku sendirian
Mengerti sendiri itulah bahasa kesunyian..
Posted by delacroix
Aku duduk sendirian, menonton tv sambil menung jauh.Jam menunjukkan 3.30 pagi namun matamasih belum mahu tidur. Sewatu mencapai remote untuk menukar siaran, aku terpandangkan kedua belah tanganku. Kiri dan kanan. Pandangan ku terhenti di situ. Agak lama. Aku merenung dan membeleknya buat seketika. Tiba-tiba aku terfikir,bagaimanakah agaknya hidupku sekiranya aku kehilangan salah satu daripadanya? Atau lebih teruk, kedua-duanya sekali.Mampukah aku untuk meneruskan hidup? Kurangkah upaya aku? Atau kecewakah aku untuk mengakui bahawa hidupku tak sesempurna dulu?

Persamaan yang dapat ku lihat pada kedua belah tanganku ini adalah 5 jari.keduanya sama seimbang.Tak ada lebih atau kurang. Panjang pendeknya juga sama.Kadar pertumbuhan buluroma dan kuku juga tak ada beza. Kedua-dua belah juga mempunyai mampatan isi yang sama.Lilitan diameter juga tak menunjukkan sebarang perbezaan. Jadi, di manakah bezanya antarakiri dan kanan?

Umum melihat tangan kanan lebih penting dari kiri. Ini kerana tangan kanan banyak digunakan untuk bekerja, makan,menulis dan sebagainya.Sebaliknya tangan kiri lebih banyak berehat, tak melakukan kerja² berat dan sering pula dihiasi oleh barang perhiasan seperticincin, gelang atau jam tangan.Selain itu, ia cuma digunakan untuk fungsi tertentu ketikadi jamban. Itu saja! Tetapi, bagaimana pula sekiranya individu itu lebih cenderungmenggunakan tangan kiri atau dalam ertikata lain 'kidal'? Jadi dalam situasi ini fungsi tangan kanan akan beralih pada kiri pula.Jadi, dari manakah timbulnya persoalan tangan kanan lebih penting dari kiri atau sebaliknya?Tiada istilah kanan atau kiri lebih penting. Keduanya bergantung antara satu sama lain.Kedua²nya sama penting dan sama berfungsi untuk menjadikan hidup lebih lengkap danbermakna.Tanpa salah satu daripadanya, hidup pasti pincang dan tak sempurna.
Posted by delacroix
I'm so tired of being here
Suppressed by all my childish fears
And if you have to leave
I wish that you would just leave
'Cause your presence still lingers here
And it won't leave me alone
These wounds won't seem to heal
This pain is just too real
There's just too much that time cannot erase

When you cried I'd wipe away all of your tears
When you'd scream I'd fight away all of your fears
And I held your hand through all of these years
But you still have
All of me

You used to captivate me
By your resonating light
Now I'm bound by the life you left behind
Your face it haunts
My once pleasant dreams
Your voice it chased away
All the sanity in me
These wounds won't seem to heal
This pain is just too real
There's just too much that time cannot erase

I've tried so hard to tell myself that you're gone
But though you're still with me
I've been alone all along

P/s : kadang-kadang kesedaran itu datang tanpa di sedari dan dengan sendirinya kita menyedari bahawa di mana sepatutnya kita berada...
Posted by delacroix
Sebaik saja menutup pintu, aku rebah di sofa. Badan mula terasa penat yang teramat sangat hinggakan nak mengangkat tangan pun aku rasa dah tak mampu lagi. Hendaknya pula aku masih belum kebah sepenuhnya dari demam tempoh hari.Makin terasa bisanya mencucuk hingga ke tulang sum sum. Aku memejam mata, memicit micit sendiri kepala yang mula berdenyut sakit. Aku cuba tidur tapi bila badan sudah terlalu penat, makanya secara automatik mataku tak mahu lelap. Sudahnya aku berbaring saja.

Telefon sejak tadi tak henti-henti berbunyi. Panggilan masuk dan msg bersilih ganti sejak aku mula menghidupkan semula baterinya. Semua itu menambah lagi aura kerunsingan aku yang sememangnya telahpun bertapak di dalam kepala sejak beberapa bulan yang lepas. Ya..aku runsing. Sepertimana mereka-mereka, aku juga merasakan bahang yang sama. Namun, tegakah aku untuk menunjukkan itu semua tatkala mereka juga berhadapan dengan gangguan emosi yang sangat teruk? Perlukah aku menambah beban itu? Tak mungkin! Lalu apakah peranan yang aku mainkan di sini? Pendengar yang setia? Kaunselor yang tak berapa hebat? Pak pacak yang hanya tahu buat lawak bangang? Atau watak picisan yang tak bermakna apa-apa? Aku sendiri tak tahu watak manakah yang sesuai. Apakah sumbanganku? Dan kiranya ada, apakah ianya bernilai? Sukar untuk di duga...

Demi tuhan, kalaulah boleh di belah dada ini dan di tunjukkan apa isinya...nescaya akan ku lakukan demi menyatakan betapa luluhnya hati bila melihat semua ini. Aku dah tiada airmata untuk merasai sama kesedihan yang mendatang biarpun ia meratap di depan mata. Cuma sesekali...ia bergenang dan ia tak pernah lagi jatuh walau setitik.

Dan kerana itu, aku merelakan diriku di bawa kemana saja untuk 3-4 hari yang lepas. Kiranya perlu, ambil sajalah segalanya..seluruh jiwa raga..seluruh pancaindera..jika itu bisa membuatkan mereka tenang.

Aku akan sentiasa senyum untuk kalian, walau hatiku sendiri menangis. Aku akan sentiasa berasa di mana saja untuk kalian, walau aku penat. Aku akan sentiasa menyanyi untuk kalian, walau tekak ku perit. Aku akan sentiasa menyapu airmata kalian, walau tiada siapa yang menyapu airmataku. Aku akan sentiasa cuba memimpin kalian ke hadapan, walau tiada siapa yang memimpinku..kerna kalian adalah tangan kiri dan kananku....

Posted by delacroix
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates