Penantian tu memang 1 penyeksaan! Kerana itu aku rasa sangat tak bersemangat hari ni. Langkahku lemah longlai. Selera makan tumpul sama sekali. Petang, aku ke Cheras. Nak tengok buah hati yg semakin notti dari hari ke hari. Itu aje lah pengubat duka lara aku. La ni dia dah tido. Tu pun tak puas main dengan dia lagi. L call, ajak tido umah dia. Entah...aku tak membuat keputusan untuk tido kat mana. Sama ada di sini atau di sana. Rasa kepala otak blur dan tak boleh nak berfikir secara normal.

Malam tadi AH msg. Dia kata aku 'weird' sikit. Tak macam selalu. Hmm..dari msg pun boleh rasa ke orang tu pelik ke tak? hmm..pelik betul. Entah la...tapi aku sendiri sedar yg aku sedikit berlembut dengan dia malam tadi. Tak lah mcm selalu. Asyik bercakar je.

Dalam masa yang sama, aku sedikit upset. Iskkk..entah...entah...entah!!!! Tak tau nak jawab mcm mana. Rasa nak marah pun ada. Kecewa ada. Geram ada. Tak puas ati pun ada...arghhhhh!!!!
Posted by delacroix


I know there's something in the wake of your smile
I get a notion from the look in your eyes
You've built a love but that love falls apart
Your little piece of heaven turns too dark

Listen to your heart
when he's calling for you
Listen to your heart
there's nothing else you can do
I don't know where you're going
and I don't know why
but listen to your heart
before you tell him goodbye

Sometimes you wonder if this fight is worthwhile
The precious moments are all lost in the tide
They're swept away and nothing is what is seems
the feeling of belonging to your dreams

And there are voices
that want to be heard
So much to mention
but you can't find the words
The scent of magic
the beauty that's been
when love was wilder than the wind...

Posted by delacroix
Aku rasa mahu terbang.....! Fly bebeh fly....! Entah untuk ke berapa kali...aku senyum. Tak tau mcm mana nak gambarkan perasaan...


Seperti di dinihari minggu lalu, di mana aku termenung di pintu sambil merenung ke langit TTDI sewaktu jam hampir 3 pagi...sama ada cuma khayalanku ataupun memangnya betul...itulah yang aku nampak! Aku terkedu! Mata tak berkelip memandang dada langit yang terang dengan taburan bintang. Dan di situ ia lalu. Amat pantas. Hanya sekelip mata! Terpancar cahaya terang yang di bawa bersama. Suara mula terasa tersekat di kerongkong. Rokok di jari terlepas ke lantai. Dan aku kaku di situ. Terasa diri begitu kerdil. Dan semerta ia mengundang keinsafan di hati. Hampir 5 minit...barulah aku bersuara pada tangan kiri dan kananku yang sama leka melayan perasaan. Ternyata aku seorang saja yang nampak.

Kata orang, kalau kita melihatnya di langit, cepat²lah buat hajat. Meskipun kiranya ia cuma khayalanku atau sememangnya rezeki aku untuk melihatnya...telahku panjatkan kesyukuranku yang tak terhingga! Maha suci Allah! Kiranya masih ada kesempatan dan peluang untuk diriku..maka kabulkanlah permintaanku ini......


Dan sehingga kini, aku asyik mendongak ke langit. Mampukah kiranya aku mencapainya?
Posted by delacroix
Terus melangkah melupakanmu
Lelah hati perhatikan sikapmu
Jalan pikiranmu buat ku meragu
Tak mungkin ini tetap bertahan

Perlahan mimpi terasa mengganggu
Ku coba tuk terus menjauh
Perlahan hatiku terbelenggu
Ku coba untuk lanjutkan hidup
**
Engkau bukanlah segalaku

Bukan tempat tuk hentikan langkahku
Usai sudah semua berlalu
Biar hujan menghapus jejakmu


Lepaskan segalanya
Lepaskan segalanya…

Engkau bukanlah segalaku
Bukan tempat tuk hentikan langkahku
Usai sudah semua berlalu
Biar hujan menghapus jejakmu

Engkau bukanlah segalaku
Bukan tempat tuk hentikan langkahku
Usai sudah semua berlalu
Biar hujan menghapus jejakmu....

By : Peterpan
Posted by delacroix
Aku rasa nak marah pun ada! $%$&$^%^!! Tangan kiriku mula meraba besbol bat di bawah kerusi lalu ku genggam erat! Kalau apa2 terjadi, sekurang2nya aku ada sesuatu untuk pertahankan diri.

Dasar kafir lahanat! Memang aku menyumpah tak ingat. Mampuslah hendaknya dia sehari dua ni. Memang dia mabuk! Tak pasal2 nak block kete aku apahal?!! Hanya kerana aku bagi signal kiri dan berhenti, dia hon tak pasal2! aku menyumpah sendirian dalam kereta dengan tingkap yang bertutup rapat. Mungkin dia melihat gerakbibirku yang menyumpahnya maka dengan mengejut dia berhenti secara melintang di depanku. Ketika itu aku lihat dia tertoleh2 kearahku dengan muka yang marah. Aku tolak gear reverse dan pintas dia. Sekali lagi dia block aku! Jahanam! MMG AKU MARAH! Lepas dia block, dia reverse dan himpit aku ke kiri! (&^(^*%^*&!!!! Entah apa yg keluar dari bibir, aku dah tak ingat. Dia toleh lagi ke arahku. Aku capai hp..tunjukkan padanya dan beri isyarat untuk dial 999! Terasa mukaku mula merah! Ah...tak boleh di layan orang gila macam ni. Kalau di layan, entah apa yang akan jadi. Aku menyabarkan diriku. Sekali lagi aku tolak gear reverse dan pintas dia! Aku pecut selaju yang boleh. Sebelum itu aku sempat menjeling plat no nya.. Nissan Sentra Gold! Aku jeling ke arah cermin pandang belakang. Dia tidak pula mengejar. Mungkin memahami isyarat aku ingin mendial no 999 tadi! Padan muka!

Seminit dua lepas tu, baru aku terasa kedua belah tanganku yang memegang stereng..menggeletar! Peluh menitik di dahi. Dada terasa debaran yang kencang. Aku cuba mengawal pemanduan secara konsisten..namun fikiranku amat terganggu. 2-3 kali juga aku berhenti di tepi jalan....arghhhh...sial!!!!
Posted by delacroix
Ada sedikit rasa kantuk, tapi boleh lah tahan seadanya. Tidaklah terlalu kronik. Mungkin dah biasa tidur lewat dan bangun seawal mungkin menyebabkan aku hampir menjadi sespesis zombi dalam seminggu dua ni.

Semalam aku tidur lewat juga. Jarum jam hampir mencecah ke angka 5 pagi, barulah aku melelapkan mata. Mana taknya, balik pun bila embun di pagi buta dah menebarkan bau basah! (mcm kenal je ayat ni) hahaha...! Selesai appointment di HSBC, hati aku tiba-tiba rasa kurang sedap. Entah kemana aku resah semacam. Fikiran asyik teringatkan tentang interview tadi. Huhh...sungguh aku mmg rasa sangat tertekan. Kiri kanan depan belakang tembak aku tak berhenti. Tapi aku tetap dengan pendirian aku dan aku hanya berpegang kepada satu jawapan saja! Secara positifnya kini aku merumuskan, tindakan mereka itu mungkin hanyalah untuk menguji sejauh mana aku tahan pada tekanan di tempat kerja.

Aiseyyy...terpaksa logout. Kena pergi Menara TA....chiowww

*to be continued....

*** sambungan....

Memandangkan mood hari tu tak begitu menentu disebabkan interview tadi makanya segera aku mencapai hp dan mendial no HH. Kebetulan jam hampir 5.30 ptg dan waktu pejabat sudah tamat, aku mengajaknya untuk berjumpa dan minum. Dia setuju dan aku segera memecut dan mengambilnya dia bawah pejabatnya. Kami tak kemana. Hanya sekitar KLCC saja. Bersamanya, aku luahkan segala apa yg aku rasa. Dia sekadar diam, sesekali menganggukkan kepala tanda memahami. Sesekali pula dia mengusap bahuku bila aku beremosi seketika. Hmm..terasa lega.

Namun, dalam saat aku cuba untuk mencapai kelegaan perasaan tika itu hp ku menjerit2 minta di angkat. Melihat nama yang tertera buat aku menghela nafas seketika. Aku jawab juga panggilan itu. Entah kenapa, mungkin disebabkan perasaanku yang tak menentu atau mungkin juga disebabkan panggilan itu...tiba2 aku rasa semuanya jadi sangat2 menjengkelkan! HH di depan hanya memerhati. Sebaik aku menamatkan perbualan, dia bertanya "Siapa?" aku sekadar menggeleng. "Kenapa begitu?" tanyanya lagi. Aku diam. Tak berminat untuk menjawab soalan itu sekaligus membincangkannya.

HH bijak mengubah topik perbualan lalu sedikit demi sedikit aku berjaya melupakannya buat seketika. Ketika jam hampir 8 malam, HH terima panggilan. Sejurus, dia mengajak aku ke Menara Citibank yang berhampiran. Tak banyak soal, aku menurut saja. 10 minit menunggu, cermin kereta diketuk. Melihat ke luar tingkap buat aku tergamam! Semerta aku menoleh ke arah HH disisi. HH sekadar mengangkat kening. Aku menoleh lagi ke luar tingkap. AD! Hampir 8 tahun aku tak berjumpa dia! Siot HH. Saje nak pekena aku!

Melihatkan dia berdiri saja diluar, aku membuka kunci pintu dah mempersilakan dia masuk ke dalam kereta. AD senyum. Dan melihat senyuman itu, melontarkan aku pada kenangan 8 tahun dulu sewaktu dia cuba nak meluahkan isi hatinya. Kelakar! Salah 1 sebab utaman kenapa aku tak boleh dengan dia sbb dia tu KBRian. Memang tak boleh! Macam mana hensem dan baik pun...tak boleh jugak! Lepas dari peristiwa penolakan tu, terus dia menjauh dari aku. Rasa bersalah juga bila melihat dia disekitar kolej dan sedewan kuliah, tapi dia terus-terusan mengelak. Aku cuba menegur, tapi dia terus mencari alasan untuk tidak menghampiri aku lagi. Terasa juga hati aku sebab sebelum itu aku dengan dia agak rapat juga. Sering duduk bersama dalam kelas,makan tengahari,menonton wayang dsb. Tup2 dia menjauh!

Ah...biarlah. Itu 8 tahun dulu. Sekarang dia dah pun berkeluarga. Bahagia dengan 2 orang puteri comelnya. Malam itu kami bertiga minum2 dan berbual sambil mengimbas cerita dulu. Dan sedikit tersentuh hati aku, bila dia mengabadikan wajahku di dalam Sony Ericssonnya sebelum dia pulang.

Sepanjang perjalanan pulang, aku seperti terbawa2 ke masa lalu. Tak sedap betul perasaan. Tambah pula bila teringatkan peristiwa siang tadi. Di Jalan Cheras aku sms seorang teman. Tiba-tiba terasa inginkan seseorang yang memahami untuk berbual. Nasib baik dia ada masa dan terus saja aku melencongkan kereta menuju ke rumahnya. Di sana aku sambung berbual..apa saja yang kukira terpendam di hatiku...aku luahkan saja. Hingga jam mencecah ke 3.3o pagi...barulah aku meminta diri untuk pulang.

Tiba di rumah, aku tidak terus mencari bantal sebaliknya bersantai sambil mendengar muzik. Perasaanku melayang2 lagi. Hampir 5 pagi..barulah aku melelapkan mata. Zzzzzzz....
Posted by delacroix
Didalam sebuah cinta terdapat bahasa
Yang mengalun indah mengisi jiwa
Merindukan kisah kita berdua
Yang tak pernah bisa akan terlupa

Bila rindu ini masih milikmu
Kuhadirkan sebuah tanya untukmu
Harus berapa lama aku menunggumu
Aku menunggumu…

Didalam masa indah saat bersamamu
Yang tak pernah bisa akan terlupa
Pandangan matanya menghancurkan jiwa
Dengan segenap cinta aku bertanya

Bila rindu ini masih milikmu
Kuhadirkan sebuah tanya untukmu
Harus berapa lama aku menunggumu..

Dalam hati kumenunggu
Dalam hati kumenunggu..aku
Dalam benak kumenunggu
Dalam hati kumenunggu..aku
Masih menunggu….

Bila rindu ini masih milikmu…
Kuhadirkan sebuah
Harus berapa lama
Harus berapa lama
Aku menunggumu..aku menunggumu..

By : Chrisye feat. Peter Pan OST Liontin
Posted by delacroix
i'm watching youtube...clip from evildead78! dia telah mencuri hatiku..iskk...iskk..
Posted by delacroix
Kata orang, kalau kelopak mata kita berdenyut tu tandanya kita nak menangis ataupun nak jumpa orang! 3-4 hari kebelakangan ini aku merasakan itu namun aku tak ambil peduli sangat. Tapi tu la, hampir semua yang aku rasakan selama ini mmg betul terjadi.

Aku menghabiskan masa lepas waktu pejabatku dengan makan malam bersama L di UT. Seperti biasa, kepantangan aku berjumpa L, ada saja topik yang nak diborakkan sehinggakan aku rasa UT itu kami berdua yang punya. Mana tak nya, penuh dengan gelak tawa yang berdekah-dekah tak berhenti. Ahh...L...pantang kalau tak buat lawak bangang! Rasa mcm nak gam aje mulut dia tu. Tak boleh ke kalau tak buat aku ketawa? Topiknya jangan ckp lah...you know i know lah...heh heh heh!

Tengah aku bergelak ketawa dengan L, dari depan mataku mula menangkap sesusuk tubuh yang berjalan menghala ke arahku. Semerta darahku berderau pantas naik ke muka! Shit! Aku menyumpah dalam hati sebaik saja mengecam wajah itu...K! Kenapa la dalam banyak² orang kat sini...budak SZB jugak yang aku jumpa! Aku menarik nafas ketika langkahnya mula menghampiri. Dan seperti yang ku jangkakan, dia seakan terperanjat bila melihat aku duduk di meja itu. Terus saja dia menghampiri. Hulur tangan, peluk dan muahss² 3-4 kali. Hubbynya J di sebelah cuma senyum memerhati.

Dalam 5 minit pertemuan itu, aku dan K sempat bertanya khabar masing-masing. Sekadar berbasa-basi. Namun sempat juga dia mengundang aku untuk ke majlis makn malam ex-office aku yang menurutnya akan di adakan di Quality Hotel akhir bulan ini. Hmm...tak ada hati nak pergi! Sebelum dia meminta diri, sempat dia menjentik tanganku beberapa kali. Aku sedikit terkejut. Kenapa? tanyaku. Dia senyum lantas berbisik "Sejak bila pandai smokok ni?" lalu dia menjeling kotak Sampoerna yang terletak kemas di atas meja di belakangku. Aku sekadar sengih. "Bukan I punya la..tu..budak tu punya." aku memuncung pada L yang terpinga-pinga. Heh heh..tapi aku tahu yg dia tahu aku berbohong. Ah...lantaklah kalau dia tahu pun. Aku peduli hapa. Dia nak bagitahu satu SZB pun aku tak heran.

Pertemuan itu sedikit sebanyak mengganggu mood aku. Entah la...aku tak pernah harapkan akan berjumpa dengan seekor pun umat SZB walau di mana-mana. Sebagaimana padamnya SZB dari hati aku, begitu jugalah padamnya nama-nama mereka!
Posted by delacroix
Aku tak pernah ingat ianya letaknya di situ. Bukan tak tahu, tapi dah lama melupakan! Dan bila terpandangkannya...semerta aku teringatkan masa lalu.

Aku kelam kabut mengorek syiling untuk bayar tol. Seluk poket kiri kanan sambil memegang stereng namun syiling tak ketemu. Lantas aku membuka compartment syiling yang dah berzaman tak ku buka. Penuh dengan syiling 1 sen saja. Aku mendengus geram lantas terpaksa membuka dompet dan menghulurkan RM10 pada tolgate girl tersebut. Sombong pulak tu. Takde senyuman langsung! Aku bertambah geram. Selesai menerima baki, aku memecut laju. Tak hingin nak tengok muka tolgate girl tu lama². Sambil² itu tanganku teraba² membuka semula compartment syiling tadi untuk mengisi baki duit. Ketika itu baru aku perasan, di samping penuh dengan syiling 1 sen, terdapat sekeping sampul berwarna putih terperosok di bahagian paling bawah. Apa ni? Hatiku berdetik sendiri. Laju saja tanganku mengoreknya keluar.

Sambil memandu, jari-jariku mula membuka lipatan sampul kecik itu dengan penuh tanda tanya. Ada pula gumpalan kapas di dalamnya. Rasa hairan makin menebal. Aku mula berdebar bila membuka gumpalan kapas itu perlahan. Dan sebaik saja mataku menangkap isinya, berderau darahku. Terasa jantung berdegup pantas. ketika itu aku rasakan darah naik hingga ke muka kerana aku dapat rasakan betapa panasnya kulit mukaku.

Aku pandang lagi isi sampul itu. 2 biji mutiara putih! Ya...baru aku teringat kenapa mutiara itu duduknya disitu. Semerta aku rasa marah lantas aku sumbat semula sampul putih itu ke dalam compartment syiling beserta duit baki tadi. Berombak dadaku menahan rasa marah dan sebak. Kakiku menekan laju pedal minyak dan aku memecut bagi menghilangkan rasa marah.

Eh...nanti kejap! Hatiku berkata-kata sendirian. Berkerut-kerut dahiku memikirkan sesuatu. Ya...aku pasti. Sangat-sangat pasti..! Aku bermonolog lagi dengan diriku. Aku buka semula tempat syiling tadi. Aku lambakkan semua isinya termasuk sampul putih tadi. Gumpalan kapas tadi aku buka semula dan 2 biji mutiara tadi aku taburkan ke atas tapak tanganku. Aku belek dan ku perhalusi seadanya.

Senyum mula bermain di bibir..dan sesaat kemudian aku ketawa! Bodoh! Aku genggam mutiara putih itu kuat-kuat dan aku ketawa kuat-kuat juga! Semerta aku teringatkan sebabnya mutiara itu berada di dalam tanganku kini. Ya...sebenarnya ia di kembalikan semula padaku. Itu adalah hadiah paling bermakna yang pernah aku berikan...tapi sayangnya ia di kembalikan tanpa ada rasa bersalah atau kasihan atau apa saja! Pada mulanya memanglah aku sangat² kecewa bila melihat ia kembali semula padaku lalu aku menyumbatkannya saja ke tempat syiling itu tanpa melihatnya lagi.

Setelah beberapa lama, aku lupa akannya. Kalau tak kerana kelam kabut nak bayar tol, aku takkan buka tempat syiling itu. Tapi bagus juga, aku tahu kebenarannya kini. Sesekali aku mengesat mata yang basah dek ketawa yang terlampau. Aku buka genggaman tangan kiriku dan melihat lagi 2 biji mutiara itu. Hahahaha! Hampir saja aku lemparkan ia ke luar tingkap! Nanti dulu! Fikiranku menahan hatiku dari mencampakkannya ke luar. Tak perlu buang. Simpan saja sebagai bahan bukti, senjata atau sebagai bahan pertukaran! Ya...betul. Aku perlu menyimpannya...meskipun itu bukanlah mutiara yang asli. Yang bukan dari pemberianku asalnya! Sayang...mutiara siapa yang kau berikan pada aku ni? Aku sangat² mengenali yang mana satu pemberianku walau sekecil hama! Kau masih menyimpan pemberian asalku...hahaha!

Masihkah kau ingin memulangkannya? Jika kau mahu...kau tahu di mana mahu mencari aku!

Posted by delacroix
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates