Sebetulnya aku cuba menjalani kehidupan dengan gembira sekarang...tetapi kadang² bila ada waktu²nya tiba dan menjenguk ruang paling dalam itu..ia akan bergetar dengan penuh rasa rindu.

Aku sangat rindu. Terlalu rindu..

Namun..berjalan terus ke hadapan..adalah lebih baik..




Posted by delacroix
Keje bertimbun! Itulah yang boleh aku katakan semenjak balik dari bercuti ni. Tapi aku tetap juga balik on time. Malas nak duduk lama-lama kat ofis. Sehabis boleh aku cuba setelkan mana-mana yang urgent. Tapi adatlah. Kerja kan..mana penah nak habis. Itu mendorong aku untuk kembali berkampung di pejabat pada hari sabtu. Tak apa lah. Nak buat macam mana. Janji aku boleh tersenyum lebar bila tengok baki akaun aku di hujung bulan depan.

Handphone tiba-tiba menjerit. Aku capai dan buka flip. SMS saja. Dari seorang teman lama yang dah lama tak jumpa dan dia ajak berjumpa. Aku ok saja dan minta dia tunggu sehingga aku selesai bekerja jam 1 tengah hari. Tepat jam 1, aku cabut dan terus ke OU untuk berjumpa dengannya. Biasa-biasa saja. Tiada apa yang menarik berlaku. Pergi makan, shopping, sembang...dan akhirnya menjelang maghrib baru aku menghantarnya pulang ke rumah. Namun, yang buat aku sedikit tersenyum...bila dia mencium kedua belah pipiku sebelum dia keluar dari kereta. Toinggg!! Aku sekadar angkat kening...tak berkata apa-apa.

Selesai dengan teman lama, aku pulang Cheras. Terserempak pula dengan R di bawah. 'Jom minum'. Aku geleng. 'Penatlah' kataku. Dia angguk dan terus menghilang. Naik saja atas, L bersandar atas sofa menonton. Segera aku melabuhkan duduk di sisinya. 'How's Taiwan? Pukul berapa sampai?' Mendengar aku bertanya, L pun start lah bukak cerita pasal tournya mengelilingi Taiwan. Tengok gambar sambil makan buah yang berkotak2 di bawak balik dek L yang mana buahnya semua aku tak pernah jumpa pun kat Malaysia ni.

Tengah syok borak, SMS masuk lagi dan buat aku senyum. Dia ni dah sebulan ajak aku keluar, tapi tak pernahnya dapat. Selalu je jadual aku penuh. Heh heh...nasib lah. Tapi kesian pulak bila dia dah sampai merajuk-rajuk. Ok lah..demi tak menghampakan..aku kata 'ya'. Siap2 mandi..dan tak sampai 1 jam..dia dah terpacak kat bawah. Pandai pulak carik jalan ke sini.

Sebenarnya bukan aku tak mahu jumpa dia. Tapi..aku serba salah. Cerita lama. 10 tahun dulu. Dan aku tak mahu ia bertaut kembali walau rasa sisa-sisa itu masih ada yang tertinggal.

Mungkin telahanku benar. Sejak 4-5 hari sudah..kelopak mataku asyik berdenyut. Selalunya mesti nak menangis. Dan kerana menahan kebengangan..menitik juga lah airmata yang sebelum ini telah aku janjikan pada diri bahawa aku tak mahu bazirkannya lagi walau setitik.

Aku buat apa saja yang aku suka. Aku pergi ke mana saja yang aku mahu. Dan aku tak suka di soal..lebih-lebih lagi bila di perli sesuka hati...

Rubbish!!

Aku juga penat dan bosan...

Posted by delacroix
Wednesday, December 17, 2008 at 12/17/2008 12:34:00 AM | 0 comments  
Hujan turun renyai sejak tadi. Langit mendung buatkan cuaca sedikit dingin. Namun aku masih tak berganjak dari meja kopi kegemaranku di patio, sambil menghirup secawan kopi, menulis..dan mengadap pokok mempelam mak yang rendang tak berbuah. Hm..bila lah agaknya nak merasa buahnya. Tunggu musim kot.

Sebetulnya aku sedikit penat memandangkan tadi baru saja tiba dari utara. Niat di hati ingin pulang terus ke KL. Tapi mengenangkan cuti masih berbaki 3-4 hari, tak salah rasanya aku singgah sebentar di kampung dan menghabiskan sisa cuti sebelum menjelang tahun baru. Sesekali bila membetulkan duduk, terasa lenguh di pinggang. Walaupun aku sudah dipicit-picit oleh teman kesayanganku tempoh hari...meleleh airmata dan air liur juga lah di buatnya..namun lenguh itu tetap datang semula. Mungkin kerana memandu terlalu lama agaknya.

Namun begitu, penat itu tidaklah begitu terasa memandangkan beberapa hari kebelakangan ini aku menjalani cutiku dengan gembira. Sebetulnya, tidaklah plan ke mana-mana. Cuma sekadar ingin menjejakkan kaki ke Penang dan makan. Itu saja. Mana tahu..melarat-larat sampai ke tempat lain. Hahaha...

Petang Selasa tempoh hari, selesai saja aku mengemas meja..segera aku pit stop di meja Eva dan memberitahunya bahawa aku akan bercuti selama seminggu. Semua kerja-kerja yang urgent dah aku setelkan. Eva sekadar senyum lawa. 'Ok..enjoy. have fun. Jangan makan yang bukan-bukan. Nanti sakit perut.' Aku meleret senyum dan mengangguk. 'I'll see you next Thursday ya. Take care.'

Dan keesokan paginya...jam 11, aku sudah tiba di Ipoh. Jeng..jeng jeng! 15 min juga la menunggu Cik A budak bertuah ni. Padahal rumahnya dengan bas stand tu..bukannya jauh mana. Sekangkang je. Sah..tak mandi lagi! Hmm..apa boleh buat. Aku pun dengan penuh sabarnya menunggu. Kata nak bercuti kan..mana boleh tension-tension. Sabar...sabar. Seperti biasa, dia tiba dengan sengihannya dan buatkan aku pun sengih sama. Campak saja beg ke belakang, segera aku meloloskan diri ke dalam kereta dan...zupppp! Ke mana?

Destinasi pertama hari itu...Kuala Kangsar...bandar diraja...tanah tumpah kelahiranku. Menjejakkan kaki disitu buat aku sedikit sentimental. Ye lah...lama gila tak balik sini. Lalu pun tak. Aku selalu rindukan suasana dan udara di situ. Namun kali ini, aku sekadar round-round di sekitar town saja. Tak jejak pun ke kawasan kampung. Berhenti sekejap di tebing Sg Perak..lepak dan makan cendol. Ambik gambar 3-4 shot dan cabut.

Sepanjang perjalanan, di isi dengan penuh gelak ketawa. Aku pun tak paham. Agaknya sama-sama bengong. Tu yang jadi sewel tu. Nasib la..

Next Pit Stop..Parit Buntar. Sumpah...aku dah lama gila tak datang sini. Bukannya aku tak mahir dengan daerah ini. Kampung belah mak. Tapi memandangkan atuk dan nenek dah lama tak ada, buatkan aku dah tak balik lg ke sini. Semenjak nenek meninggal 15 tahun dulu...semenjak tu la aku dah tak balik. Ok..lupakan soal kampung. Pit Stop kali ni membawa aku ke daerah Tg Piandang, satu kawasan sawah padi + nelayan. Tg Piandang ni berada dalam daerah Kerian Laut dan memandangkan ia di tepi laut, makanya seorang teman kami berbesar hati membawa kami jalan-jalan di sekitar kampung..tepi laut, tengok kuala sungai dan sedikit panorama sawah padi. Lepas tu selamba badak je benti kete atas jambatan..nak tengok kuala sungai dan perkampungan nelayan. Di buatnya ada lori hantu bawak menggila..sah-sah aku kena sapu sama. Enjoy? Mestila. Walaupun member tu bawak kete 60km/j..ya allah..lemss nak mati. Tapi aku redha je la kan...nama pun bersiar-siar amik angin. Tahan je la hati. Lepas round satu kampung, member tu bawak makan char kuey teow kat tengah-tengah pekan. Hmm..nasib baik sedap. Kalo tak..aku gigit budak ni sebab buat aku tunggu lama.

Lepas makan, jam dah menunjukkan jam 6 petang. Aku dan teman seperjuagan ni pun meminta diri dari member kiteorg tu. Ye lah..perjalanan masih jauh. Destinasi utama tak sampai lagi. Hotel pun tak carik lagi. Main redah je. Makanya, selesai meminta diri...aku take over the wheel..dan zupppp macam pelesit. Mana??

Lebih kurang jam 7, aku tiba di exit Georgetown. Nak masuk ke bridge mak oiii...melekat macam lori gam tumpah! Nasib la penglipurlara kat sebelah becok tak benti menghiburkan hati. Kalo tak, mmg aku hangin nak mati. Sebaik saja melepasi Penang bridge dan masuk ke pulau...jem berkurangan. Namun masih slow. Tapi t ak apa..sebab aku pun memang nak bawak slow. Tak tau jalan pun..heh heh. Meraba-raba juga la mencari signboard nak ke Batu Feringghi. Nasib la mata terang. Makanya, secara lurus bendul..aku ikut je signboard tu. Jalan nak ke Batu feringhi boleh tahan juga. Kalo aku pandai drift...masak AEC ni aku keje kan.. hahaha.. kompom melekat bunga tayar kat jalan.

Sesampai di Batu Feringghi, aku perlahankan pemanduan sebab nak cari hotel. Ni la akibatnya kalo tak buat survey dulu kat internet. tapi syok juga main redah-redah ni. Round punya round, at last aku benti kat Feringghi Beach Hotel n Restaurant. Tak tau berapa bintang, tapi ratenye boleh tahan juga. Almaklum cuti sekolah. Aku belasah je amik terus 1 bilik. Naik atas, buang apa yang patut dan turun balik. Lepas tu, patah balik ke Gurney Drive untuk makan malam. Lepas makan, jalan-jalan kat tepi laut..amik angin sampai tengah malam..dan terus balik hotel. Sesudah mandi dan tukar baju, aku tergolek macam orang kena tembak sampai ke pagi.

Esoknya, seawal jam 7 aku dah bangun. Aku tengok budak sebelah masih enak buat taik mata. Heh heh..aku biarkan aja. Aku terjun katil, capai towel dan terus masuk ke toilet. Siap-siap..aku kejutkan budak busuk tu bangun..dan terus turun sarapan. Check out sekaligus..dan terus jalan sekitar pulau. Sempatlah benti kejap kat Miami Beach, minum secawan nescafe..amik gambar 3-4 shot dan teruskan perjalanan. Nak masuk balik ke Georgetown...sekali lagi ada lori gam tumpah. Melekat abis! Tapi aku tak hangin...sebab budak sebelah ni asik buat lawak bangang je. Adoi..rasa nak amik tape n lekatkan mulut dia.

Akhirnya aku berjaya juga masuk town. Lepas tu..tercangak-cangak. Haha..mau ke mana ni. Aku tak tau jalan langsung. Sekali lagi aku dengan lurus bendulnya, ikut je signboard dan kata hati dengan menuju ke Penang Road. Terer tak terer la...jumpa jugak dengan sekali belok je. Terus nampak Line Clear..iskkk..restoran idaman dan kegemaran sejak dulu. Lantak la dia kat belakang lorong ke, tepi longkang ke..aku nak makan jugak kat situ.
Lepas beli segala macam jenis jeruk kat Chowrasta...aku mengisi tekak dengan nasi kandar kat Line Clear tu. Perghh..heaven beb! Hingga menjilat jari. Part ni memang aku mengah. Penuh gila perut. Tapi sedap punya pasal, aku lahap je.

Lepas makan, niat di hati kononnya nak ke Bukit Bendera pulak. Tapi akak yang jaga parking tu kata Bkt Bendera tutup lagi. Frust la jugak. Lepas tu..round-round lagi dan akhirnya kiteorng amik keputusan nak keluar dari pulau. Naik bridge yang jem tu lagi?? Ooo tidakk tidak...! Kali ni naik feri...yeehaa! Rasa macam dalam cite 'anak mami' plak...hehehe. Lepas betulkan posisi AEC dalam feri, matikan enjin, kunci kete dan kuar lepak amik angin. Syok betul. Perjalanan amik masa dalam setengah jam. Lepas sampai ke seberang, aku dah tak tau nak ke mana. Nak balik ke? Atau pun nak singgah mana-mana lagi. Pusing punya pusing...terus budak sebelah ni cakap..teringin nak makan mee udang kat Sg Dua. Uhukk..hukk..terus aku terbatuk! Makan lagi? Baru tadi aku melahap sepinggan tepu nasik kandar. Nak ajak makan lagi? Adoii..tapi demi tak menghampakan..(sebenarnya aku pun mmg teringin nak merasa sedap mana mee udang tu)..aku pun redah le..mencari tang mana la pulak Sg Dua ni. Sah-sah tak penah seumur idup jejak kaki kat situ. Pusing punya pusing, jumpa la jugak. Tu pun dengan bantuan seorang member yang kebetulan balik kg..so..pegi la makan sekali dengan dia.

Sekali lagi...perghhh! Heaven to the max! Sedap gile! Udang dia mak oii...ada la besar tapak tangan. Memang puas dan sememangnya aku kenyang nak mati sampaikan kena bukak belt dan butang..hahahaha...tak bleh tahan. Ni sume budak sebelah ni punya pasal. Mok mok la aku lepas ni..adoii. Lepas makan...aku tengok jam dah melewati petang. Hmm..aku cuit budak sebelah ni. Mau pulang ka tamau? Dia sengih-sengih. Huhh..tak payah bagitau pun aku dah tau. Tu takmo balik lg la tu. Terus dia bisik..'Kita ke Langkawi mau?' Toinggg..aku sengih sambil angkat kening. Menarik juge. Tapi last bot pukul 7 petang. Mana sempat. 'Kita stay di Alor Star la. Besoknya amik first bot. Balik hari je. Nak?' Aku sengih...kenyit mata..capai kunci...start enjin...dan zuppp!

Dari Sg Dua nak ke Alor Star, sepanjang perjalanan...kiri kanan penuh dengan sawah padi terbentang luas. Aku rasa nak benti dan terjun masuk sawah je. Cantik gila! Sejam perjalanan, aku tak tahan nak peepee. Benti la kejap kat R&R Gurun yang berlatar belakangkan Gunung Jerai. Kira-kira setengah jam, kami mulakan perjalanan semula. Sampai Alor Star lebih kurang jam 9 lebih. Terus ke Seri Malaysia dan check in. Masuk je bilik, aku lontarkan tubuh ke atas katil. Mak oii..sakitnya pinggang. Penatnya tak terperi. Nak bangun mandi pun aku tak larat. Ha..time ni la aku dapat urutan free of charge dari pengurut yang tak bertauliah. Adoii..berbunyik2 belakang aku ni di kerjakan. Takdak kesian punya. Baik punya kena uli. Meleleh airlior dan airmata di buatnya. Iskk..cik..tumpang tanya...berapa kilo awak letak guni beras kat belakang saya ni? tak bernafas 10 saat tau. Dan gara-gara kegatalan mulutku bertanyakan berapa kilo itu..membuatkan aku terpaksa meregangkan urat senyumku di seluruh tubuh badan kerana menyaksikan 'aksi-aksi' yang buatkan rasa ingin memotong urat senyumku. Hambik ko..menggigil-gigil tangan aku mengorek beg carik inhaler. Semput punya pasal. haa..panik muka orang tu. Sape suruh?

Lepas sesi urutan, aku tarik comforter dan zzzzzz!

Besok pagi..check out..dan terus ke Kuala Kedah. Amik bot pukul 9.30 pagi. Dalam 1 jam lebih juga la masa perjalanannya. Dalam pukul 11, sampai di jeti Langkawi. Terus sewa kete dan zuppp...! Ke Pekan Kuah. Shopping la..apa lagi! Aku shopping apa? Biasa la..coklat, rokok, kain batik, souvenir..blablabla..rabak juge la poket kat sini. Lepas shopping n makan tengah hari kat Kuah, capai map...dan carik jalan ke Gunung Mat Cincang. Gatal nak naik sangat kete kabel tu. Apa lagi...zuppppp...redah le sampai ke hujung pulau. Jauh juge la. Boleh tahan ramai dan boleh tahan lama beratur walaupun pegi pada hari biasa. Cuti sekolah kan..ahh..lantaklah. Janji dapat naik. Agak-agak tak dapat kejar last bot pukul 7, aku carik je memana hotel..chkin je. Musafir katakan..mana tergerak nak benti tido..benti je la.

Ketaq juga la kepala lutut naik kete kabel ni. Bukan mcm kat genting tuu. Yang tu elehh..biasa je. Yang ni mak aihhh..bila dah sampai kat atas tu...sayup mata memandang bila jenguk ke bawah. Rasa geli tapak kaki. Naik kat atas tu...abih sume pit stop aku explore. sampai ke jambatan gantung tu pun aku pegi jugak. Lantaklah kena masuk hutan..turun naik tangga..aku tak kira. Semput tak semput..aku nak naik gak. Masa turun ke jambatan tu takde la terasa apa. Biasa je. Masa nak naik balik tu..ya rabbi. Penat tak terperi. Rasa nak merangkak pun ada. Tapi naik jugak la. Sampai je kat atas..terus aku pegi beli 100 plus. Nak caj balik tenaga. Lepas rehat dalam 10 minit..naik lagi pit stop kat atas..posing-posing amik gambar sampai puas..baru la turun balik.

Sampai kat parking kete, jam dah pukul 6. Apa lagi...besit la. Dah la jalan macam ular. Aku yang dok kat belakang..tertonggeng-tonggeng tak ingat. Melekat kiri kanan. Cisss...anak sapa tu yang bawak kete? Terpaksa la aku pakai tali pinggang kat belakang. Kalau tak pakai..ada yang tercampak ke luar tingkap kang. Kalo tak pun, ada yang gedebak gedebuk lebam sebab terantuk kat kiri kanan pintu kete. Ish..ishh..

Sesampai je kat jeti, terus beli tiket pukul 7. Rushing juga la. Tu yang buat penat tu. Tapi bot tu delayed. Macam flight pulak. Pukul 8..baru kiteorng gerak tinggalkan Langkawi. Dalam bot, cuba nak tido. Tapi takboleh lelapkan mata. Budak sebelah ni sempat la buat taik mata kejap. Sampai Kuala Kedah dalam kul 10. Aku cakap kat budak ni, aku mmg tak larat nak drive balik Ipoh direct. Lagipun dah malam. Bahaya. Kalau redah jugak..pukul bapa mau sampai? Kompom pagi. Ishh..baik aku balik pagi esoknya. Memandangkan masing-masing dah penat, maka nya..patah balik ke Seri Malaysia. Niat di hati nak chkin la balik. Tapi malangnya penuh pulak. Adoii..frust betul. Nak tak nak..aku terus ke Holiday Villa. Nasib baik ada bilik. Berapa pun ratenya aku dah tak peduli. Janji aku dapat mandi dan tido. Malam tu, mmg aku tido macam orang kena tembak. Tak bergerak-gerak!

Paginya, aku sedar bila budak sebelah ni dah siap-siap mandi dan pakai baju. Aittt..selalu tu aku je yang bangun dulu. Ah..tak bleh jadi ni. Tengok dia dah cun dan wangi..aku bingkas capai towel dan mandi. Selesai siap, macam biasa...turun sarapan dulu. Dalam pukul 10..check out.

On the way nak masuk balik ke highway..aku sebenarnya berkira-kira nak terus balik ke Ipoh. Ye la..mana taknya. Kononnya nak ke Penang 1 malam je. Ni dah terlajak sampai 3 malam. Tak bleh jadi ni. Aku cakap kat budak sebelah ni..apa nak jadi pun..hari ni kita mesti balik jugak. Dia angguk-angguk je. Tak sampai 10 minit, dia ajak aku pegi tengok sawah padi pulak. Adoii..kampung mana pulak aku nak masuk ni. Tengok signboard kat depan..Kota Sarang Semut/Pendang....bismillahirrahmanirrahim...aku redah je ni. Dan hasilnya..ha..tgk la kat friendster.

Selesai meredah kampung orang, barulah aku mulakan perjalanan sebenarnya pulang ke Ipoh. 3 jam juga la makan masa sementara nak sampai. Budak sebelah ada ketikanya terlelap. Namun terjaga semula bila aku ajak bersembang. Nak lalikan mata supaya tak mengantuk. Hasilnya...hmm..lawak bodoh dia tu la. Tak kering gusi juga la aku dibuatnya. 4 hari non stop ketawa. Mampuih putus urat cam ni. Adoii...

Sampai di rumahku..hampir jam 6 petang. Mak sedikit terkejut lihat aku memandu AEC masuk ke perkarangan rumah. Ye lah, aku tak bagitahu dia pun aku nak bercuti dan singgah kampung. Tup-tup aku muncul. Tapi nasib dia tak marah..heh heh. Hulur souvenir..senyap la dia. Tu je ubatnya.

Lepas sembang-sembang kejap dengan parents aku..aku pun hand over kunci AEC kat budak sebelah ni dan...dia pun balik ke rumahnya yang tak berapa jauh dari rumahku itu. Balik KL? Nanti la sehari dua lagi..

Penat? Mesti lah. Sakit pinggang ni. Tapi aku hepi...

Cik A...thanks for the lovely holiday...muahssss!


Posted by delacroix
Friday, December 05, 2008 at 12/05/2008 11:08:00 PM | 0 comments  
Dua hari ni mood aku tak berapa nak baik. Ada saja yang tak kena. Mungkin agaknya gara-gara aku melayan komplen customer semalam yang buatkan rasa marah itu terbawa-bawa sampai hari ni. Aku tak faham bila sesetengah manusia ni..nama aja melayu..tapi lagaknya ya rabbi..mengalahkan bukan melayu. Kalau dah sah-sah makan belacan tu, tak payah la nak eksyen speaking dengan aku. Punya la baik aku return call dia. Niat di hati nak tolong dia selesaikan masalah dia. Dengan bahasa yang penuh sopan dan tersusun..aku mulakan ayat.."Selamat tengah hari Cik Sharifah. Saya dari HSBC. Berkenaan dengan..." tup-tup...terus dia potong cakap aku dan menjerit-jerit.."Hello..can you speak English with me??" Toingggg! Semerta darjah kemarahan aku naik ke tahap maksimum. Terus aku hempas kebod atas meja. Dasar melayu tak sedar diri macam ni la. Kalau setakat pakai classic card yang limitnya Rm4500 rentikan le nak besar kepala. Nahh..hambik ko! Terus automatik aku tukar slang german. Tergagap-gagap pulak nak menjawab. Tadi berlagak sangat..ha..jawab la. Daripada aku nak tolong dia..terus mood aku turun ke tahap yang paling bawah. Dia nak komplen..ha..komplen la. Aku bukan ada buat salah kat dia pun. Dia yang tak puas hati dengan prosedur bank..itu dia punya pasal. Aku takda masa nak layan orang yang banyak kerenah. Branch pun satu...dah buat salah...tak nak mengaku..forward kat orang lain. Mana aku tak mengamuk.

Lepas setel dengan customer bangang tu..(tak setel pun sebenarnya, aku biarkan aje)...aku termenung kejap kat meja. Mata merenung skrin pc...tapi fikiran aku melayang entah kemana. Dada berombak sedikit menahan marah tadi. "Haii..tajamnye merenung. Tembus la skrin tu nanti.." semerta aku tersentak. Satu suara dari belakang menegur lalu aku menoleh. ZZ senyum di situ...penuh bermakna. Terus aku berpusing ke arahnya...dan mengadu.

Selesai mengadu..terasa beban di dada lega sikit. Tapi itu tak bermakna aku kena lepas tangan je dengan customer bodoh tu. Apa yang aku buat? Haaa...apa lagi...buat karangan panjang dan hantar emel pada branch manager dan komplen department la..kalau boleh aku nak cc kat satu bank..hangin punya pasal kan.

Ekoran dari kes menghempas kebod tu, hari ni pc aku down terus. Makanya terpaksa la aku merempat kat pc lain kejap untuk buat keje.

Nasib baik juga 2-3 hari ni aku jumpa dan balik bersama teman kesayangan...jadi bila di ajak berbual dan bergelak ketawa...terlupa la kejap rasa marah tu. Walaupun lawak bodoh..jadi la kan..untuk mengisi hari-hari yang kosong supaya bebas dari apa jua perasaan yang tak menyenangkan.

Aku tak sabar nak cuti dan pergi bercuti....

Posted by delacroix
Things I love:
1)henpon
2)laptop
3)perfume
4)buku
5)soya

Things I wish I have:
1)Brabus
2)Cash 10 juta
3)Jet
4)Jam tangan baru..heh heh..dah season lah..
5)orang yang dicintai

Things I hate:
1)membebel
2)penipu
3)perampas..(dalam semua hal)
4)menunggu..
5)tak reti bahasa

Books I love:
1)Harry potter (seluruh edisi 1-7)
2)Novel (asalkan bukan Alaf 21..eiiyarkk)
3)kisah2 nabi/buku agama
4)puisi/sastera
5)motivasi

Movies I love:
1)Notting Hill
2)Gone With the Wind
3)Harry Potter
4)Man Laksa - lawak siut..
5)Sume cite Chow sing chi - pecah perut..hehehe

Most played songs:
1)Menunggumu (PeterPan)
2)If you could only see (Tonic)
3)Bertakhta di Hati (Farahdhiya)
4)I'll Be (Edwin McCain)
5)Sebelum cahaya (Letto)

Most fav people:
1)Ashraf
2)Family
3)kenkawan
4)my loved ones..
5)sesiapa yang dekat di hati....

Places I want to go:
1)Egypt - Nile cruise..syok tu..
2)Krabi
3)Padang kota - makan sedap..heh heh
4)Dubai
5)Gunung Kinabalu

Places I dont want to go :
1)Israel - yahudi..
2)Singapore - anti gile!
3)Irian Jaya - banyak kanibal..
4)Lorong haji Taib - tak berani..
5)Kelantan
Posted by delacroix
1)Apa yg istimewa di bulan Januari?
= New year, ulang tahun pemilik Brabus, roadtax mati..

2)Lebih suka friday night atau sat nite?
= Sat nite la..boleh balik lambat..tido lambat..dan esoknye bangun lambat

3)Takut malam jumaat?
= tak. biasa je..

4)Makanan yang paling kamu benci?
= organ dalaman...

5) Kalo bicara soal sahabat, apa yang kamu titik beratkan?
= kejujuran..

7)Pernah bergaduh dengan sahabat?
= laut mana yang tak bergelora..macam tula...

8) Semalam mimpi apa?
= tak mimpi. di bawah pengaruh steroid..

9) Terakhir kali makan di restoran mana?
= Teppanyaki

10) Makan apa?
= Beef teppanyaki

11)Pernah dikejar anjing or sejenisnya?
= penah. lintang pukang la..apa lagi.

12) Lebih mudah bangun pagi sendiri atau dikejut?
= otomatik kul 6 dah terjaga..tapi selalu baring2 dulu sampai la 6.45 baru bgn mandi..

13) Suka pakai baju tak kalau tidur?
= pakai bajulah..masuk angin nanti...

14) Syarat untuk jadi bf/gf
= kejujuran dan kepercayaan..

15) Adakah orang senang dengan kamu?
= Entah..mana tau. Hati orang..

16) Kamu mudah tersentuh?
= tak juge. tgk pada keadaan dan situasi lah.

17) Sms yg terakhir kamu trima?
= Aina - 'Jgn skip dinner.makan walau sekeping biskut'

18) Handphone kamu skrng?
= Motorola

19) Barang-barang di samping kamu?
= HP, wallet, kunci kete

20) Kamu mandi berapa lama?
= 15minit je.

21) Mandi pakai sabun apa?
= Johnson baby bath..

22) Suka kira-kira?
= Suka la. kalau tak..takde la keje dengan bank.

23) Jika diberi pilihan, Brad Pitt atau Tom cruise?
= Dua-dua tak nak..takmo la artis2 ni.

24) Takut sama binatang apa?
= Lipas

25) Siapa insan yang paling stylo bagi kamu?
= hehhhe....adalah..

26) Kalo mertua selalu marah..apa kamu nak buat?
= nama pun mentua..kenalah terima seadanya...

27)Plan masa hadapan?
= Kaya, bahagia dan sihat..

28) sapa yg kamu benci ?
= Singaporean..

29) Kalo diajak nikah sekarang?
= cukup dah ke duitnye?

30) Kalau dah cukup?
= Siapa yang ajak nikah tu..itu yang paling penting..
Posted by delacroix
1)3 NAMES IN YOUR INBOx CELLPHONE: - Roy, Aina, Cik Har
2)YOUR MAIN RINGTONE?? - If you could only see (Tonic)
3)WHAT U DID AT 12 LAST NIGHT? - ngadap laptop.
4)WHO WAS THE LAST PERSON U WENT OUT WITH?? - Aina
5)YOUR FAVOURITE FOODS? - Yong Taufu
6)DO YOU LOVE STAYING AT HOME?? - ada waktu-waktunya...
7)3 OF YOUR EVERYDAY FAVORITE THINGS?? - hp, coffee and perfume..
8)THE COLOR OF YOUR BEDROOM? - white
9)HOW MUCH MONEY IN YOUR WALLET NOW? -RM200++
10)WHAT DID YOU DO THE MOST TODAY? - housekeeping, ngadap laptop
11)ARE YOU IN LOVE WITH SOMEONE RIGHT NOW? - semestinya la..buat2 tak tau plak
12)WHAT WILL U DO NEXT WEEKEND? - Balik kg dan habiskan cuti dengan pergi bercuti...
13)WHAT DO U THINK ABOUT LIFE? - penuh cabaran..dan perjalanan terasa amat jauh dan banyak benda yg blum dilaksanakan/dicapai lg...
14)WHAT MADE YOU LAUGH TODAY? - Lawak ngok ngek Aina la..apa lagi.
15)WORDS THAT YOU LIKE FROM SOMEONE YOU LOVE? - 'I love you'...
16)WHO IS THE LAST PERSON THAT TEXTED U? - Aina
17)WHERE DID U HAVE UR DINNER LAST NIGHT? - kat Uptown dengan Cik har
18)THE LAST SURPRISE YOU GOT? - 14Nov lalu kat Planet...heheh
19)LAST THING U BORROWED FROM UR FRIENDS? - Stapler
20)LAST CALL YOU MADE? - Eva Petra
21)WHO IS UR BF/GF OR HUSBAND/WIFE? - Ngok Ngek..
22)WHAT DO YOU FEEL NOW? - Sedih..ada benda yang tak lepas dari dada lagi...
23)WANNA SHARE WITH WHO? - takpe lah..takyah share..
24)YOUR FAVOURITE SHOES? - Selipar jamban..
25)DO U HAVE ANY FAVOURITE TEACHERS? - Cikgu Sengku...paling best di donia..
27)ARE YOU SEARCHING FOR SOMETHING?? - ya..duit la.
28)WHAT DO YOU ORDER AT MCD? - ChocoTop
29)THE LAST TIME YOU FELT SO SAD? - sekarang...
30)WHEN SOMEBODY SAYS GOODBYE YOU SAY? - bye juge...
31)WHO IS THE LAST PERSON WHO MADE YOU SAD? - Ngok ngek..
32)WHY? - sbb dia ngok ngek la..
33)IF YOU EVER HAD ONE WISH TO DO RIGHT NOW, WHAT WOULD IT BE? - turn back time n baiki kesilapan lalu...
34)IF YOU WANT TO SHARE YOUR BED, WITH WHOM YOU WANT IT TO BE? - of coz my loved ones la..
35)WOULD YOU PREFER HAVING A BOYFRIEND/GIRLFRIEND OR SINGLE? - tengok keadaan..
36)WHO IS YOUR LATEST EX? - Ngok Ngek..
37)DO YOU STILL LOVE YOUR EX BOYFRIEND/?GIRLFRIEND? - yg sudah tu sudahlah..
38)LAST CALL FROM? - Aina
39)LAST TEXT MESSAGES? - Aina..
40)WHICH ONE WOULD YOU CHOOSE EITHER YOUR BOYFRIEND/GIRLFRIEND OR YOUR BESTFRIENDS? - dont make it so difficult la..
41)WHAT IS YOUR PLANNING FOR TOMORROW? - keje, appointment di Pantai.
42)ARE YOU HUNGRY RIGHT NOW? - tak sangat..
43)WOULD YOU HIKE A MOUNTAIN WITH YOUR EX BOYFRIEND/GIRLFRIEND? - Ok je..tapi dia bkn jenis yg adventure kot..so..rentikan le ajak dia.
44)DOES CARLSBERG MAKE YOU FEEL HIGH? - HARAM...
45)WHAT IS THE LAST THING YOU SPEND ON? - RM30 untuk pam petrol.
47)DOES YOUR PARTNER MAKE YOU HAPPY ALL THE TIME? - tak..sakit jiwa.
48)ARE YOU IN A RELATIONSHIP RIGHT NOW? - dah takde dah..
49)WOULD YOU FEEL SAD IF YOU FOUND OUT THAT YOUR BOYFRIEND/GIRLFRIEND CHEATING BEHIND YOUR BACK. - bengang la beb. rasa tertipu dan dipermainkan.tak jujur.
50)WHAT WOULD YOU DO? - buat bodo. mls nak layan. dia yang menipu, dia la explain sendiri.
Posted by delacroix
When this began
I had nothing to say
And I get lost in the nothingness inside of me
I was confused
And I let it all out to find
That I’m not the only person with these things in mind
Inside of me
But all the vacancy the words revealed
Is the only real thing that I’ve got left to feel
Nothing to lose
Just stuck, hollow and alone
And the fault is my own, and the fault is my own...

I wanna heal, I wanna feel what I thought was never real
I wanna let go of the pain I’ve held so long
(Erase all the pain till it’s gone)
I wanna heal, I wanna feel like I’m close to something real
I wanna find something I’ve wanted all along
Somewhere I belong...

And I’ve got nothing to say
I can’t believe I didn’t fall right down on my face
I was confused
Looking everywhere only to find
That it’s not the way I had imagined it all in my mind
So what am I
What do I have but negativity
Cause I can’t justify the way, everyone is looking at me
Nothing to lose
Nothing to gain, hollow and alone
And the fault is my own, and the fault is my own...

I will never know myself until I do this on my own
And I will never feel anything else, until my wounds are healed
I will never be anything till I break away from me
I will break away, I'll find myself today....


Posted by delacroix
Aku menutup tv. Seketika melepaskan nafas yang tersekat sejak dari semalam.Lalu aku berpaling, menuju ke komputer riba yang terpasang sejak pagi di atas meja. Aku buka folder feveret, dan di situ...deretan gambarnya tersimpan. Mataku segera berkaca bila terpandang saja wajah itu. sebetulnya aku tidak mampu lagi untuk menatapnya. Aku tidak lalu lagi untuk menyimpan apa saja kenangan bersamanya meskipun aku tahu...kenangan itu terlalu kuat untuk aku singkirkan. Tetapi cuba kamu semua fikir, apakah aku tega untuk terus hidup begini? Sampai bila harus aku meratap?

Sayang...aku mencintai kamu sedalam-dalam hatiku. Aku yakin itu. Tetapi aku tak mampu lagi untuk hidup dalam bayangan kamu yang sentiasa menghantuiku siang dan malam. Aku tak mampu untuk berlagak seperti biasa, seperti dulu..seperti tidak ada apa-apa yang berlaku kerana aku tahu...antara kita ada kenangan yang tercipta. Kamu tidak mungkin mengerti isi hatiku. Kamu mungkin boleh berbuat biasa..kamu mungkin kuat untuk melupakan apa yang pernah terjadi antara kita. Tetapi bagiku tidak semudah itu.

Aku sudah lelah...aku bosan..mengikuti rentak kamu yang tidak pernah seirama denganku. Aku cuba sehabis dayaku untuk membahagiakan hati kamu..tetapi hatiku sendiri tidak bahagia. Lalu bagaimana? Kamu masih mahu aku berdiri di tempat yang sama..tetapi kamu sendiri yang tidak mahu berdiri di sisiku.Lalu bagaimana? Kamu meninggalkan aku...tetapi dalam masa yang sama..kamu masih tidak mahu melepaskan aku. Kamu dera hatiku, kamu seksa ia dan kamu hiris ia tanpa ada belas. Lalu bagaimana? Kamu tabur pelbagai janji..tetapi kamu memungkirinya. Lalu bagaimana?

Sebetulnya kamu tidak pernah mencintai aku bukan? Aku saja yang bodoh, menerima kamu dan memberikan seluruh jiwaku pada kamu. Mengadakan segala yang terbaik dan termampu untuk kamu. Sedangkan kamu? Layangan SMS pun kamu tidak mampu berikan...lalu bagaimana? Bagaimana lagi untuk aku memujuk hati sendiri untuk menerima kamu sebagaimana yang kamu mahu sedangkan kamu sedikit pun tidak membantu untuk memperbaiki keadaan.

Jangan letak kesalahan di bahuku semata. Jangan pinta aku berubah jika kamu sendiri tidak berubah. Aku bersedia menurut kehendak kamu. Tetapi aku tidak boleh melakukannya berseorangan. Jika kamu berkeras...sejuta kali aku juga boleh berkeras. Aku sudah terlalu letih memikirkan kamu. Aku sudah penat memuja kamu. Aku sudah lelah mencintai kamu...

Aku tidak kisah..apa saja anggapan kamu padaku sekarang. Nak kata bisu, pekak, bosan, rimas, muak..katalah. Sebetulnya apa yang kamu rasa itu..sama dengan apa yang aku rasa terhadap kamu.Aku benci kamu sayang...aku benci. Kerana kamu tak pernah membiarkan aku tenang walau sesaat. Kamu menghantuiku... kamu muncul dalam setiap mimpiku...malah kamu berada di mana-mana...dalam bas, skrin komputer,
di tingkap pejabat, di pintu lif. Buka atau pejam mata tiada bezanya..wajah kamu tetap di situ. Gila aku dibuatnya.

Sayang...dengar sini. Dunia kita berbeza. Bintang kita juga tak sama. Antara aku dan kamu tak mungkin bersatu...walau atas nama teman sekalipun. Aku tak mungkin dapat menukarkan status cinta itu kepada kawan. Tidak! Mungkin benar kata kamu dahulu, kita tiada jodoh. Perit untuk aku melepaskan kamu. Tetapi aku harus. Kerana aku tak mungkin dapat melupakan kamu sekiranya kamu masih berlegar di hadapan mata.

Mengertilah...apa lagi jalan yang ada di depanku melainkan terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Aku korbankan perasaanku...kasihku, dan cintaku..untuk kehidupan yang lebih baik..demi kamu terutamanya. Aku hanya mahu melihat kamu gembira. Aku mahukan yang terbaik buat kamu. Aku mahu kamu miliki segalanya yang sepatut untuk kamu. Tetapi aku tidak mampu memberikannya. Maka untuk mendapatkan yang terbaik...sesuatu harus dilepaskan sebagai galang ganti.

Aku tidak akan boleh bertemu kamu lagi. Aku tidak akan boleh menatap wajah kamu lagi. Aku tidak akan boleh bercakap dengan kamu lagi...kerana semua itu akan membuatkan hatiku makin berdarah. Aku sudah kehilangan kata-kata...dan sebaiknya aku terus membisu...dan membiarkan kamu terus mengharungi hidup kamu yang semakin terang sinarnya..

Sayang...jangan kamu panggil lagi namaku. Kisah kita takkan abadi..kerana kamu hanya kekasih gelapku. Biarkan aku berpaling dari kamu..dari cinta kamu kerana itu yang sebaiknya.

Dengan linangan airmata..aku menulis kisah ini. Pergilah...jangan kamu menoleh dan menyebut namaku lagi kerana sepatah yang keluar dari bibir kamu...ibarat meletakkan leherku di tali gantung. Aku relakan kamu pergi. Dan kamu..lepaskan juga aku buat selamanya. Sampai di sini saja kamus cinta aku dan kamu..kronologi aku dan kamu...cerita aku dan kamu...

Aku tetap mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan kamu..dunia dan akhirat. Aku tetap akan memohonkan yang terbaik buat kamu. Bahagia kamu..bahagia jugalah buatku. Aku tak mampu untuk menyokong kamu lagi seperti dulu. Aku tak bisa berjalan beriringan dengan kamu lagi. tetapi aku akan sentiasa berada di belakang... di kejauhan..memerhatikan kamu...kerana aku mencintai kamu...dan perasaan itu takkan pernah berubah sejak dari detik pertama kali aku bertentang mata dengan kamu..sehinggalah aku menutup mata.

Aku mohon ampun dan maaf jika aku tak bisa menunaikan permintaan kamu..atau apa saja yang pernah aku janjikan. Aku tak punya kesempatan. Aku mohon ampun..sekiranya aku menyinggung hati kamu...

Aku tidak pernah menyesal...kerana mencintai kamu...perkara terbaik yang pernah berlaku dalam hidupku.

Terima kasih di atas kenangan indah itu. Walau cuma seketika...kesannya sepanjang hayat akan ku tanggung. Aku pernah bahagia bersama kamu. Dan juga derita...kerana kamu.

Aku tak mungkin mampu membuang kenangan itu. Sesekali aku rindu, aku akan memejam mata..atau mendongak langit mencari bintang. Dan bila wajah kamu muncul di situ dan senyum...aku akan berkata 'Selamat tidur sayang. Jika kamu tidak bermimpi sekalipun, ingatlah..bahawa ada insan yang akan terus mencintai kamu selamanya..dan itu adalah aku.'
Posted by delacroix
Menyayangi kamu..sepenuh hatiku
Menyanjungi kamu..setinggi awan biru
Mengagumi kamu..sedari dulu
Menjaga kamu..setiap langkah sepatu
Melindungi kamu..dari sengat dunia yang datang bertalu
Memanjai kamu...selayaknya anak kecil belum bercerai susu
Cuma...
Mencintai kamu...tak bisa berlaku..
Kerana..
Aku menyayangi..bukan mencintai..
Aku sayang kamu...seadanya..
Kerana kamu...
Selalu ada untukku...


p/s :
Pilihan itu di tangan kita. Ingat kan apa yang pernah kita bualkan dulu? Kita memang berhak memilih. Tetapi sekiranya sesuatu itu telah ditakdirkan bukan menjadi milik kita...sampai bila pun ia tetap takkan jadi milik kita.

Aku selalu bimbangkan kamu. Aku tak mahu lagi melihat duka di wajah kamu. Kamu berhak bahagia. Dan aku adalah orang yang paling gembira di dunia sekiranya suatu hari nanti kamu berbisik di telingaku dan berkata 'aku telah menemukan insan yang bisa membahagiakan dan menjagaku sepanjang hayat. Bagaimana?'
Dan kamu akan mendengar aku membalasnya...'Pastinya dia insan terpilih diantara yang terbaik untuk kamu. Maka, jika kamu bahagia...sudah tentu aku akan merestui kamu..kerana aku sangat sayangkan kamu..'

Mungkin kamu bukan insan yang bertakhta di hatiku.Mungkin kamu bukan insan yang berjaya mencuri hatiku.Pokoknya..kamu bukan insan yang aku cintai. Tetapi...kamu umpama chandeliar yang menerangi ruang tamu rumahku. Kamu umpama penghawa dingin yang menyejukkan ruang dalam keretaku...damai..dan tenang. Kamu umpama matahari...sentiasa ada...sentiasa muncul di siang hari..menerangi bumi..walau hujan..walau mendung.

Terima kasih kerana hadir sama melawat bonda tercinta di hospital. Dan terima kasih juga kerana setia melawatku di Pantai 2 hari sesudah itu. Kehadiran kamu..kekuatan bagiku.

Untuk kamu...apa saja yang terbaik pasti ku pohonkan.

Kerana kamu selalu ada untukku...pasti aku juga akan selalu ada untuk kamu.

Posted by delacroix
Aku jarang menghubungi kamu sejak akhir-akhir ini. Aku sudah tidak ke sana. Sms juga lama tidak mencecah henpon..baik kepunyaanku..mahupun kamu. Sibuk kah kamu? Banyakkah kerja kamu di pejabat? Aku? Hah..usah di tanya. Sibuk sangat. Jangan di ganggu aku ketika waktu pejabat. Baik panggilan telefon mahupun sms. Semua takkan di layan. Kecualilah yang terkecuali saja.

Apa khabar kamu? Masih slim? Atau sudah 'mok-mok'? Haha...kata kamu di dalam telefon tempoh hari..kamu sudah gemuk. Hmm..aku tak boleh nak bayangkan. Tapi kalau setakat berat masih tak melepasi 50kg...bukanlah gemuk namanya. Cuma perasaan kamu saja yang merasakan kamu berisi lebih daripada biasa. Baguslah.. daripada kamu kurus kering tinggal tulang..aku lebih bahagia melihat kamu berisi dan makan sepenuh jiwa.

Aku rindukan kamu. Teringin benar aku mahu ke sana, menghabiskan masa dengan kamu. Jalan-jalan, minum-minum, makan-makan...atau apa saja. Asalkan dengan kamu. Ingat tak masa bulan puasa yang lalu. Kita berbuka bersama. Kamu tahu, itulah saat paling seronok. Macam mengulangi apa yang pernah kita lalui dulu. Membeli juadah di pasar ramadhan, pulang ke rumah kamu, aku buatkan air untuk kita berdua (walaupun hakikatnya aku tetamu di rumah kamu), melepak di balkoni ambik angin dan kamu akan menemaniku berbual hingga ke tengah malam. Bila aku mengantuk...kamu sorongkan bantal dan aku akan terlelap di ruang tamu hingga ke pagi. Jika bekerja, aku akan pulang bila jam mencecah 5.30 pagi. Jika tidak, aku akan tunggu kamu bangun, bersiap dan menghantar kamu ke pejabat. Sesudah itu barulah aku pulang ke rumah dan menyambung tidur.

Aku tidak tahu siapa yang sibuk. Aku atau kamu. Kecil hatikah kamu jika aku membisu saja? Maafkan aku. Bukan sengaja aku diam menyepi tanpa berita. Tetapi kamu arif bukan dengan situasi ku sekarang. Aku harap kamu mengerti.

Kamu tahu...setiap kali aku mendongak ke langit...dan bila melihat pada bulan..aku akan senyum kerana aku tahu..kamu juga sedang melihatnya. Tetapi bila pandanganku beralih ke sisi..ke arah bintang-bintang...senyum di wajah mulai pudar. Dan secara automatiknya mataku mula bergenangan.

Kadang-kadang, aku pernah berharap...alangkah bagusnya jika kamu yang menjadi bintangku. Tetapi itu semua tak mungkin terjadi. Kamu tetap bulan..dan takkan menjadi bintang sampai bila-bila.

Hmm..asyik bercerita tentang bulan dan bintang. Di mana mataharinya ya?
Posted by delacroix
Cinta selembut sutera? Lembut ke? Macam mana nak tau? Apa cara untuk merasanya? Apa alat untuk mengukurnya?

Aku tak tahu nak mengkategorikan cintaku itu lembut atau keras, panjang atau pendek, sejuk atau panas, tinggi atau rendah. Pokoknya..bila cinta itu sudah berakar umbi di ruang hati yang paling dalam...siapa yang tega untuk menghalaunya keluar?

Kata orang, hati kita ni ada banyak ruang untuk di simpan. Ada ruang untuk kawan-kawan, ada ruang untuk keluarga..macam-macamlah. Ada sebilangan insan-insan dalam hidupku pernah mengisi ruang-ruang itu. Tetapi ruang paling dalam itu..yang jauh terperuk di dasar..yang pintunya belum pernah di buka..yang singgahsananya belum pernah di rajai...tiba-tiba di takluki kamu. Aku tewas...kerana ruang itu belum pernah di goncang sebegini hebat.

Ada ada dengan kamu? Rupa? Hmm...boleh lah. kalau nak di kategorikan cinta kerana paras rupa..aku boleh cari lebih dari itu kalau aku mahu. Material? Lagi aku tak heran. Ada apa dengan kebendaan. Aku hidup dalam kesederhanaan. Jika aku mahu sekalipun..aku mampu mengadakan apa yang aku mahu. Status? Hehh...penting ke?

Itu semua bukan alasan mengapa aku mencintai kamu. Kamu adalah kamu...dan takkan boleh di samakan dengan sesiapa pun di dunia ini. Ingat lagi jawapanku dulu bila kamu bertanya sejak bila aku mencintai kamu?

Sejak pertemuan pertama? Kedua? Ketiga? Bila? Entah lah sayang..aku tidak ingat. Yang aku ingat, setiap saat kamu tak pernah lekang dari hati.

Aku cuba baring...melontar tubuh ke atas sofa. Pejam mata dan cuba untuk tidak mengingati masa-masa lalu. Tetapi setiap kali aku pejam mata, bayang kamu akan menjelma. Lalu aku akan merengus marah..kerana hati tak pernah aman. Aku bangun...buka peti sejuk, capai botol air..lalu teguk perlahan..mengharapkan panas di hati melebur.

Aku rindu. Sungguh. Tak terbendung rasanya. Tapi aku harus melawan rasa itu. Aku tak mampu luahkan kerinduan itu. Dan bila rindu itu hadir...ruang paling dalam itu bergetar dalam nada yang tidak terungkap. Terasa ingin menangis kerana menidakkannya. Sakit..kerana dada terasa seperti ingin pecah. Lalu aku baring sambil pejam mata. Kamu hadir lagi di situ...dan senyum...

Aku menarik nafas panjang. terasa sesak di dada makin menggunung. Aku mengurut dada perlahan.Sedikit tercungap. Lalu penawar sementaranya..cuma inhaler yang tidak pernah sekalipun berenggang dariku..

Dua kali sedut..dan aku terbatuk. Dada makin mencengkam. Peluh menitik di dahi. Jemari mula menggigil.

Aku lemparkan inhaler ke dinding. Bersepai!

Sighhh....
Posted by delacroix
Dah sebulan aku berperang dengan perasaan sendiri. dah 2-3 tempat aku cari...tapi masih juga tak beli. Boleh je kalo nak beli, tapi entah. Ada je yang tak berkenan di hati. Cerewet barangkali. Teringat pada kata-kata seseorang yang selalu merungut mengatakan aku ni cerewet baik dari apa segi sekalipun. Kenangan itu membuahkan senyuman di bibir. Alah membeli menang memakai. Betul kan? Jika kita di beri pilihan...tentulah kita mahukan yang terbaik. Apatah lagi kalau pilihan itu bertaburan di depan mata. Tak salah kalau melabur sedikit, asalkan hasilnya memuaskan. Pilihan itu kita yang tentukan, sama ada kita mahu atau tidak. Kuasa di tangan kita. Tiada siapa yang boleh memaksa. Sebagai contoh, jika kita di hidangkan kaki atau bontot ayam..yang mana keduanya kita tak pernah sentuh seumur hidup...tegakah kita untuk menjamahnya? Lalukah tekak untuk menelannya? Cerewetnya..ataupun..memilih betul la dia ni. Itu sebahagian dari kata-kata yang sudah lali aku dengar. Jika mencuba sesuatu yang baru dan berlainan itu tidak salah. Tetapi bagi yang kurang
gemar atau tidak akan menggemarinya langsung...pasti itu cubaan pertama dan terakhir baginya. Aku? Tempoyak pun aku tak makan...nak suruh aku makan kaki ayam? Jangan haraplah. Biarkan orang kata aku Perak murtad, aku tak heran. Biarkan orang kata aku makan lauk budak sekolah..aku tuli kan telinga aja.
Kata seseorang 'kita perlu mencuba sesuatu yang lain sebagai asahan diri supaya jika berlaku sesuatu..darurat misalnya..tak ada nasi..takda ayam, ikan..kita sudah biasa dan boleh makan apa saja'. Wohhoo..petikan ayat itu buatkan aku tersengih. Setakat tak makan nasik tu..biasa je. Boleh la makan benda lain lagi. Tapi rasanya tak perlu la sampai nak makan kaki ayam kalau badan ayam nye ada, kepaknya, pehanya ada..betul tak?

Baru-baru ini 'Papa' menghubungi ku. Dia dah pun berhenti dari firma senibina tu. Nak freelance.Tumpu pada Forex katanya. Ya..bagus untuk dia. Papa sudah punya capital yang kukuh. Apa yang dia perlu buat...online 24jam, tinjau bloomberg dan mengawasi turun naik pasaran matawang dunia terutamanya USD. Itu saja. Seronok kan? Goyang kaki...cukup bulan ambik faedahnya saja. Kalau sehari saja dia boleh dapat 3-4ribu USD...sebulan? Itu pun bukannya trade hari-hari. Adoi papa..bahagianya. Dia ada ajak aku join sama...tapi sayang..aku tak punya masa. Tak punya wang juga untuk melabur. Heh heh...lalu bagaimana? Lagipun
forex itu sesuatu yang baru untuk aku belajar. Kena tumpu sepenuhnya.Ya..walaupun aku bekerja di institusi perbankan, tetapi aku bukanlah arif sangat mengenai pelaburan Forex ni.Hanya pakar saja yang berani mengambil risiko untuk melabur. Nantilah dulu. Manual yang papa beri dulu pun belum aku sentuh lagi. Pening nak membacanya...lalu...aku pilih untuk menangguhkannya dulu.

Cakap mengenai membaca...sebenarnya aku dah lama juga tak membaca. Bukanlah tak membaca langsung. Maksud aku..membaca bahan bacaan macam suratkhabar, majalah atau pun buku. Entah kenapa...sejak akhir-akhir ini aku seakan fobia dengan bahan bacaan itu. Aku tak menonton berita, tak baca paper, tak beli
majalah...semuanya tak. Jika buka tv, aku hanya biarkan ia terpasang begitu saja sedangkan aku mengadap laptop dan menonton dvd. Apa saja aku belasah. Jika hujung minggu, sampai 3-4 cerita sekaligus. Naik bengkok aku. Kejap duduk, kejap berdiri, kejap baring. Macam-macam aksi dan gaya. Suratkhabar di
pejabat..aku biarkan sepi tidak berusik. Sudahnya...besok pagi..ayamma tu kutip bawak balik. Macam tu lah hari-hari. Bila online begitu juga. Aku hanya check email dan balas mana yang perlu. Jenguk blog. Update apa yang patut. Friendster? Jika nak upload gambar saja. Jika tak..takdelah. Ada beberapa teman sebok suruh aku join Facebook. Apa bendanya tu..pun aku tak tau nak huraikan sbb tak pernah ada inisiatif nak pergi jenguk. Aku pun bukanlah Super IT sangat. Mana yang perlu saja baru aku gunakan. Yang lain? Tunggu lah jika ada masa, barulah nak explore.

Explore? Hmm..core leave bulan 12 ni apa aku nak buat ya? Nak mengexplore apa dan di mana? Nak ke pulau, monsun pula. Panjat Kinabalu? Hmm..menarik. Mmg aku akan ke sana satu hari nanti demi memenuhi hajat yang tidak tertunai. Patutnya bulan 5 dulu aku ke sana. Tapi ya lah..ada aja halangan. Apartment HSBC
pulak dah penuh sampai May2009. Kalau tak, boleh juga taruk nama. Bayar 20-30 hengget untuk 1 malam dan nahhh...aku di beri apartment 3 bilik! Pilih saja sama ada Fraser, Cameron, Penang, Langkawi hatta PD sekalipun. Mana saja aku suka asalkan ada kekosongan. Tapi tu lah...bila kita di beri terlalu banyak pilihan..
sukar pula untuk kita tentukan yang mana harus kita pilih. Ikutkan hati..semua nak pegi. 2 hari di Fraser, 2 hari di Cameron...begitulah seterusnya hingga genap 2 minggu. Boleh begitu?


Party in Planet? Nak pegi ke tak nak?


p/s : Seorang teman minta aku membelikannya sesuatu yang tak pernah aku beli seumur hidup! Tabik spring pada diri aku sendiri kalo aku berjaya mengcover muka untuk membelinya. lemah kepala lutut tiap kali dia meminta. Adoii...dah berkali aku tangguhkan. Tiap kali lalu kat depan kedai yang sama, aku jalan cepat2...tak mau suara keinginannya itu mencecah kepala otak aku ni. Tapi tak beli kang...tak sampai ati pulak. Brape sen sgt la pun harganya..tapi tu la...tang mana aku nak sorok kan muka bila nak pilih n bayar kat kaunter? Konpom amoi kedai tu senyum2 kat aku..ishhh..bukan takat kaki tangan berpeluh..rasa nak menitik airmata pun ada. Huwaaa...

Nak tau benda apa yang aku kena beli tu?

Pantyhose!

Iskkk...

Lalu bagaimana?


Posted by delacroix
Seseorang pernah berkata...'Kamu sayangkan seseorang..dan kamu korbankan sesuatu yang kamu tidak ingin hilang dari hidup kamu..iaitu perasaan cinta kamu..untuk kehidupan yang lebih baik. Itu sangat mulia. Dan kamu bukan seorang pengalah. Kamu mengangkat ungkapan 'cinta itu pengorbanan' sebagai suatu realiti.

Ada pula sebilangan teman yang membaca blog memberi komen 'kenapa semua cerita sedih?' ada juga yang cakap 'siapa dia? sayang betul ko dgn dia.kesian ko.' malah ada yang berkata 'lepaskan..dan buka hati pada yang lain. kamu akan rasa lebih tenang.'....aku sekadar senyum. tidak menggeleng, tidak mengangguk,
tidak menerima dan tidak pula menolak. hak masing-masing untuk memberi pendapat.

Ada yang datang menghampiri, ingin mengubat luka di hati. Ada yang meraih bahu dan memimpin tangan menuju jalan yang cerah. Ada yang setia di sisi...menemani di kala suka dan duka. Lalu apa yang aku balas untuk keprihatinan mereka? Tulikan telinga, bisukan bicara dan butakan mata hati jiwa. Aku mungkin boleh menjalani kehidupan secara zahirnya seperti orang lain. Bangun pagi..pergi pejabat..kerja...berinteraksi dengan orang..malam pulang ke rumah..atau keluar berlibur. Tetapi jiwaku tetap luka...

Terubat seketika bila beberapa hari sudah, bos ku yang cantik menawan itu menghulurkan tangannya dan berkata "well done". Apa lagi...tersenyum sampai telinga lah aku. Bukan kerana dapat salam tangan bosku yang lembut dan licin itu..tetapi kerana progres kerjaku yang katanya meletup² sejak 3-4 bulan ini. Wahh..betul ke? Rasa mcm tak percaya. Dan kerana itu..buatkan aku lebih bersemangat untuk ke pejabat. ZZ hanya senyum memerhati. Aku sekadar angkat kening. Hati berbunga riang. Lalu khabar itu aku sampaikan pada seorang teman yang menjadi kesayanganku...sekadar ingin berkongsi. Walaupun aku kecewa, hampir putus asa dan rasa tidak ingin hidup lagi lalu aku mengabdikan diri pada kerja yang pada asalnya menjadi impianku...cita-citaku...yang nyaris terkubur dulu...kini kembali bersinar. 4 bulan lalu..aku hampir gagal. Point aku cukup makan. Tiada siapa yang tahu. Jika point aku tidak mencukupi, jawatanku tidak akan di sahkan..dan..perkhidmatanku boleh ditamatkan bila-bila masa mengikut kehendak majikan. Tetapi syukur..aku tetap berjaya melepasi syarat. Dan saat bos cantikku itu menyerahkan surat pengesahan jawatan..aku sekadar lihat 'tajuk'nya saja. Sesudah itu aku campak ke dalam laci. Tak berminat untuk membaca isi kandungan seterusnya. Bagi ku sama saja. Tiada apa yang mampu merawat kesedihan dan duka yang lama bersarang di hati.

Sesudah itu, aku kerap berfikir... siapa yang mahu membantu aku jika aku tak bantu diri sendiri. Aku harus buktikan pada mereka bahawa aku berada di tempat yang betul untuk membina karier yang lebih kukuh. Takkan kerana kecewa, aku nak musnahkan segala yang aku usahakan sejak dulu. Tidak! aku harus bangkit. 'To be a champ...you have to believe in yourself when nobody else will'.

Dan benar kata sesetengah orang, kadang-kadang kerana kecewa...kita mampu untuk bangkit dan menjadi lebih baik dari yang sebelumnya.

Untuk teman yang ku cintai...'ketam gemuk' itu pasti akan aku tunaikan satu hari nanti. Di minta bersabar ya...

Tapi..untuk menggantikan cinta...sepertimana saranan mereka..bukanlah semudah yang di kata. Menggantikan cinta bukanlah semudah memakan coklat. Sukar untuk aku buang rasa yang bertakhta di hati sejak sekian lama biarpun cinta itu telah pergi. Pencinta agungkah aku? Menanti dan terus menanti sedangkan aku sudah tahu tidak ada jalan lagi untuk aku melangkah bersamanya.

Aku tidak sekali-kali berdendam. Aku akan memaafkan setiap apa jua salahnya. Bukankah memaafkan itu adalah lebih mulia dari yang meminta maaf. Dan itu mungkin adalah sumbangan terakhir yang boleh aku berikan padanya...

Airmataku tidak lagi berlinangan, mahupun berkaca² ataupun bertakung di kelopak. Semuanya telah ku sedut masuk ke dalam...dan aku akan pastikan air jernih itu tidak dibazirkan lagi walau setitik.

Tuhan..cuma Kau saja yang mengetahui betapa tulusnya hatiku mengasihi dia..
Posted by delacroix
Malam tadi aku menonton Pirates of The caribbean 1-3 sampai 4.30 pagi. Menariknya cerita itu kerana aku sukakan watak Jack Sparrow. Tetapi bila masuk cerita yang kedua dan ketiga, hatiku terikat pada jalan cerita cinta Davy Jones dan Calypso. Tulusnya cinta Davy Jones hingga sanggup membelah dadanya, keluarkan isi jantungnya lalu di simpan di dalam peti besi. Kuncinya di simpan sendiri oleh dirinya dan tiada siapa yang boleh membukanya. Mereka saling mencintai, tetapi tidak dapat bersama kerana masing-masing fikir dikhianati. Calypso ditawan dan jiwanya serta rohnya dipenjarakan dalam tubuh manusia oleh 9 ketua lanun yang menguasai dunia...hingga dia tak dapat berbuat apa-apa untuk membalas dendam. Manakala Davy Jones, yang mengkhianati wanita yang dicintainya itu..meratap sepanjang hayatnya. Dan akhirnya dia mati, bila jantungnya yang tersimpan dalam peti itu di tikam oleh Will Turner..yang akhirnya terpaksa menggantikan Davy Jones untuk menjadi nakhoda Flying Dutchman. Dan Will Turner, membelah dadanya juga..mengeluarkan jantungnya, simpan dalam peti besi..dan serahkan pada Elizabeth Swann...sebagai tanda cintanya.

"My heart always belonged to you..." itu kata Davy Jones dan Will Turner pada insan yang dicintainya.

Aku akan mati jika aku membelah dadaku. Aku pasti mati jika jantungku di keluarkan sebegitu. Tetapi aku tidak akan mati..jika aku mencintai kamu...kerana aku tahu...tanpa membelah dadaku..hatiku tetap milik kamu.

Dan..setiap sepuluh tahun..Will Turner akan berlabuh ke darat..menghabiskan masa hanya sehari dari terbit fajar hingga terbenam matahari...bersama cintanya.

Aku? Tidak punya waktu walau sesaat....


Posted by delacroix
Bagaimanakan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku..

Cahaya di matamu
Senyum di bibirmu
Mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukan...

Berhelai-helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua
Dan ku buangkan
Jauh dari pandangan
Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku..

Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara
Kepadanya...

Warna-warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Entahkan kau rasakan
Apa yang aku rasa
Atau kau tak endah...

Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku lalu kau terima...


P/S: Pernah terfikir untuk memutar kembali masa? Balik ke masa lampau, masa lalu...ubah apa yang patut..supaya kehidupan jadi lebih baik di masa akan datang.

Setiap orang pasti pernah memikirkannya. Tetapi ketentuan tuhan, itu tak akan terjadi. Apa yang telah berlalu, biarkan berlalu. Kekesalan yang timbul tak patut di tangisi. Kesedihan tak harus di ratapi kerana kehidupan harus di teruskan.

Bila aku duduk seorang diri, memejam mata dan mengingat kembali apa yang telah berlaku...buatkan semangatku meronta untuk lari dan keluar dari kancah yang membelenggu selama ini. Aku tak punya pilihan selain dari menyelamatkan hatiku yang semakin parah dari terus rosak dan berdarah.

Tetapi aneh, sejak akhir-akhir ini...mataku tidak lagi berkaca. Sebaliknya aku mampu tersenyum. Selesai sesi terapi tempoh hari, tiba-tiba aku terfikir dan aku kuatkan hati. Aku kata pada diri sendiri bahawa segala apa yang aku inginkan di dunia ini tak mungkin aku perolehinya. Ya..aku telah berusaha untuk mendapatkannya. Tetapi apa yang aku mahu itu bukan milikku..dan tak akan jadi milikku lalu aku harus redha.

Tetapi aku tidak pernah menyesal. Aku jadikan semua itu sebagai satu kenangan yang terindah. Aku akan mengenangnya sepanjang hayat.

Jika kesempatan ada untuk aku memutar kembali ke masa lalu...aku akan menghalang diriku sendiri dari jatuh cinta kerana aku tahu kesudahannya melukakan. Ataupun...jika aku bisa di lahirkan semula, di kehidupan yang akan datang..aku pasti akan memohon supaya aku di pertemukan dengannya sedari awal..menjalani kehidupan bersamanya,memberikan seluruh cinta dan kasih sayang padanya, menjaganya...dan sehidup semati dengannya. Tetapi sayang...itu semua tak akan terjadi.

Tapi..kamu tetap bintangku...sampai bila-bila. Bila aku rindu...aku akan dongak ke langit dan mencari kamu. Jika kamu teringatkan aku, pejamkanlah mata. Letakkan tangan kamu di dada. Rasa degupan jantung kamu..dan aku ada di situ...bersemadi bersama kisah cinta kamu...

Posted by delacroix
1) Telan satu papan panadol dengan coke. Wowweee...fly bebeh fly.

2) Marathon tengok wayang dari pagi sampai malam. Keluar panggung, beli tiket lain, masuk panggung lain.

3) Outstation 3 hari 2 malam...tapi sehelai sepinggang. Berus gigi pun tak bawak.

4) Makan nasi kandar? Capai kunci kete, start enjin..terus naik highway pegi Penang. Line clear la beb..apa lagi. Macam lah kat KL takde nasi kandar.

5) Naik Qantas Airlines dari Sydney ke Singapore seorang masa berumur 14 tahun. Transit Spore dan connecting flight ke KL. Takda pilihan sebab direct flight penuh dan terpaksa balik juga. Yang lain menyusul dari belakang...

6) Main hoki kat padang yang penuh lecak dan lumpur. Dengan baju yang comot dan penuh dengan lumpur, aku terjun kolam renang. Siap dengan kasut2 dan kayu hoki sekali. Takda ampun punya...

7) Lepak kat restoran mamak dan order air..."Bos..bandung limau satu." Bulat mata mamak tu. "Aiyoo..lu minum ka kawan?" aku sengih je.."takpe..buat je." Hambik ko..berketul2 jadinya. Bandung + limau..boleh ke korang minum? Aku sendiri tak sanggup. Saje gatal..

8) Ikut makcik aku pegi tanam jagung kat batas sawah padi. Aku tabur biji jagung rebus dalam lubang tanah tu. Sampai mati pun pokok jagung takkan tumbuh. Bongok gila.

9) Tido dari pukul 8 malam sampai 3 petang besoknya..bangun kejap sebab nak pegi toilet. Lepas tu sambung tido sampai 2 petang lusa.

10) Tembakau rokok + air..rendam kejap..lepas tu air nya titik kat mata. Merah kaw2. Pedih nak mati. Lepas tu pegi klinik..confirm MC 2 hari. Sakit mata beb! Tapi kesan tu kejap je..tak sampai setengah hari. Pada sesapa yang nak mencuba, pastikan segera ke klinik semasa mata tgh merah. heh heh. Ada berani?

Posted by delacroix
Tiada guna kau berpatah arah
Jika niatmu meyambung kasih
Apalah ertinya disebalik
Tangisan atau rintihan

Untuk apa kau kembali lagi
Sekadar hanya untuk menyakiti
Cukuplah sudah di sini saja
Biar aku pendam duka

Hati sedih, hati pedih
Mengenangkan keindahan
Bersamamu...

Tidak ku sampai
Ke puncak sana
Apalah daya
Ku bertahan cuma
Di pinggiran
Yang memilukan...

Jauh sekali di sudut hati
Menyimpan dendam yang amat mendalam
Akan kusahut namamu oh! sayang
Sewaktu ku kesunyian...

p/s : Mungkin aku sudah kehilangan kata-kata, semenjak aku kehilangan kamu. Tetapi aku percaya, kamu akan selalu tahu bahawa dalam hati ini tetap ada kamu, tetap untuk kamu dan tetap milik kamu. Kamu bulan, bintang dan matahariku. Takkan aku hidup jika tiada itu semua. Tetapi mengertilah...mati sekalipun...aku tetap harus meneruskannya..


Salam aidilfitri buat kamu sayang, walau di mana saja kamu berada. Aku memohon ampun dan maaf..zahir dan batin di atas segala salah dan silapku selama ini. Jika aku menyakiti kamu, maafkan aku.Semoga kamu sentiasa diberkati dan dirahmati. Aku akan selalu mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kamu. Aku akan memohon supaya kamu sentiasa gembira. Jangan sesekali menangis, kerana aku tidak ada di sisi untuk menyapu airmata kamu. Tetapi jika kamu menoleh...aku akan sentiasa ada...di belakang kamu...seperti waktu dulu..

Angin~~..bawalah pesan ini kepadanya. Katakan..walau berjuta kalipun, aku tidak jemu untuk mengatakan aku tetap akan mencintai dia sepanjang hayatku...
Posted by delacroix
Aku sengih. Teringat bagaimana 'laling' merajuk denganku gara-gara aku membatalkan temujanji dengannya pada saat-saat akhir. Seperti biasa, alasanku bz dan punya appointment di luar. Lapuk! katanya..buat aku ketawa. Tetapi pada saat akhir juga, aku membatalkan temujanjiku yang lain demi kerana dia.

"Kenapa duduk situ? Sini.." dia menepuk² kusyen di sebelah, memberi isyarat menyuruh aku bangun dan duduk di sebelahnya.

Aku geleng. "Tak mahu.."

Dia membulatkan mata." Tak kira. Sini jugak.."

Akhirnya aku mengalah. Bangun dan duduk di sebelahnya. Terus saja tangannya di letakkan di atas pehaku.

"Kenapa susah sangat nak jumpa u ni? Dah 6 bulan I tak jumpa u tau. I msg, u tak reply. I call, u tak angkat. I leave msg kat friendster pun u buat bodo je. Apa yang bz sangat tu?"

Dia muncung. Tetapi tangan masih di atas peha. Aku sekadar sengih. Tak menjawab soalan itu kerana aku sendiri tak ada jawapannya.

"Ok..ok. Kan I dah datang ni. Dah..dah. Order what u want. Dah nak berbuka ni."

"Selalu macam tu. Tak menjawap soalan. Menyampah." dia jeling. Terus saja capai menu di atas meja dan pilih untuk buat pesanan.

Aku sekadar angkat kening. Eleh...

Selesai makan, dia tersandar kekenyangan. Waiter datang menghampiri lantas meletakkan sepotong brownies walnut di atas meja.

"Bila u order ni?" bulat matanya merenung brownies walnut yang mewah dengan coklat yang melimpah.

"Tadi. This is my favourite. Jom..kita kongsi. I bet, u mesti suka. Nah..rasa dulu." Aku suakan secebis ke mulutnya.

Dia nganga dan ngappp!!

"Sedap gila! Nak lagi..."

Dan tak sampai 5 minit....piring kecil itu pun licin.
Posted by delacroix
Demi tuhan..aku cintakan dia. Melihat dia terus ke dalam mata coklatnya, buat kasihku yang tidak terbendung terus melimpah ruah. Aku tidak mampu berkata-kata. Lidahku kelu. Kaki tanganku kaku. Hanya mata yang mencerminkan perasaan sebenar tatkala aku membalas huluran salamannya. Dia senyum, meratah setiap inci wajahku hingga aku tak berdaya untuk menatap matanya.

Aku cuba untuk tidak mencuri pandang. Tetapi dia terlalu indah untuk aku biarkan tanpa di tatap. Dada terasa mahu pecah dek menahan rindu yang tidak terbendung. Lalu aku tunduk, menahan airmata agar tidak tumpah. Menelan liur berkali-kali kerana semerta tekakku terasa tersekat dan kering.

Sewaktu ingin pulang, sekali lagi dia menghulurkan salam. Aku sekadar senyum, menyembunyikan gelisah di hati. Dan bila aku melepaskan tangannya, dia meraihku ke dalam pelukan. Erat! Aku terkedu. Lama dia merangkul dan seketika aku terasa damai. Terasa seperti amarahku lenyap sama sekali. Terasa seperti ingin terus berada dalam pelukannya untuk selamanya. Biarlah masa berhenti..aku rela..asalkan dia terus dalam pelukan ku sampai bila². Dan di sisi telinga dia berbisik ' i miss you so much..' aku mengangguk..terasa mataku mula berkaca. 'i miss you too'...kataku..tak dapat membohongi diri lagi. Biarlah dia tahu...biar dunia tahu..hanya dia seorang yang aku rindukan selama ini.

Dan dia pergi dalam kepekatan malam...membawa hatiku yang luka tetapi penuh rasa kasih yang tidak pernah akan padam.

Menuruti langkahnya..buat aku terus longlai..

Posted by delacroix
Kekecewaan itu sebenarnya tak pernah hilang. Malah berganda.pernah aku bayangkan jika kekecewaan ku itu mencapai tahap tertinggi..apa kemungkinan yang akan berlaku? Bunuh diri? Gila apa...macam orang tak ada agama. menangis hingga bengkak-bengkak mata? Cukuplah sepasang mataku yang kecil ini..jangan ditambah kecilnya kerana bengkak menangis. Lalu apa? Meraung? keluar airmata darahpun...keadaan tak kan berubah.

Rentetan dari kekecewaan itu, aku cuba bangkit. Dengan bantuan dari teman-teman rapat yang tak jemu memberi semangat..aku bangun. aku cuba untuk menebus kekecewaan itu dengan menabur benih-benih benci di hati supaya aku dapat melupakan.tetapi demi tuhan,makin aku tabur kebencian...makin rasa cinta itu mendalam.

Ya ampunnn...tolonglah berhenti berharap~...berkali aku berkata pada diri sendiri. Apa lagi yang kamu harapkan pada sesuatu yang tak pasti? Kamu dan dia cuma ada kenangan terindah. Itu saja. betapa kamu menyanjung tinggi cinta itu...ia telah berakhir..

Aku teringat pada kata-katanya dulu..."aku sayang kamu. aku mahu bersama kamu sampai bila-bila.aku berjanji kita takkan berpisah walau apa pun terjadi."

Aku memejam mata, setiap kali teringat ungkapan itu. dan di tepi kelopak mata, akan ada air jernih yang suam..mengalir perlahan. aku mengesatnya sendiri,bimbang di lihat oleh sesiapa. dan bila rindu..aku tak punya kekuatan untuk melihat gambarnya sekalipun. bimbang rindu itu terus tidak terbendung. aku sekadar berbaring, memejam mata..dan membayangkan wajahnya di dalam pandangan kelam itu. memadailah..

Aku kehilangan kamu...tanpa aku menyedarinya. Dan hingga kini aku masih meratap..menangisi kamu. Aku mahu kamu kembali..tetapi dalam masa yang sama, aku mahu kamu pergi membawa kekecewaanku ini sejauh mungkin. takkan ada ubatnya. tetapi aku tahu, mati pun takkan mengubati kecewa itu.

Lalu aku perlu bangkit, berdiri...dan melawan hari-hari mendatang.
Posted by delacroix
Jika di tanya..apakah yang paling aku suka di dalam cakerawala ciptaan tuhan ini, jawapanku cuma bintang. mengapa bintang? Ada apa dengannya?Cantik? Bersinar? Tinggi? Jauh?

Masa kecik-kecik dulu,kalau dalam buku latihan sekolah kita tu kemas,tak ada salah..bila cikgu semak..mesti bagi bintang. sape dapat bintang paling banyak...nama dia la naik kat papan kenyataan kelas. Bangga gile! makanya kalau aku buat 'spelling' ke, lukisan ke, latihan matematik ke, aku akan pastikan semua betul dan cantik sebab aku suka kumpul bintang. boleh eksyen dengan kenkawan..sape ke nama budak-budak tu..Nadia,Farid,Ong,Fitri,Aida,Yeoh..tah sapa lagi.yang paling suka berlumba, aku dengan Fitri lah. Asik tak puas hati je dia kalau bintang aku lebih dari dia.

Naik tahap dua..dah besar sikit..budak-budak pompuan mula gila melipat-lipat kertas dan buat bintang. macam-macam kalerlah yang keluar. sanggup beli kertas warna 5-6 jenis..potong panjang-panjang dan kecik-kecik..pastu lipat. bila dah habis lipat, picit-picit sikit bucunya bagi kembung. Lepas tu, simpan dalam botol kaca bagi penuh. tutup dan ikat dengan reben. Akhir tahun, bagi hadiah kat budak-budak lelaki. Best gile. tak pun masa hari guru..sepesen je cikgu dapat hadiah yang sama. Reben je lain.

Masuk sekolah menengah, aku dah tak main bintang dalam botol. Masa tu aku minat tengok bintang yang orang hias kat pokok krismas. Mak oii.. cantik gile. Kalaulah aku boleh bawak balik pokok krismas tu ke rumah.. nescaya aku hias dan gantung dengan bintang dan bulan. Tapi nak kena maki dengan mak aku? Apa jadahnya bawak balik pokok krismas? kapir ape?.

Lepas tu aku ada pergi lawatan sambil belajar ke Pusat sains dan planetarium..masa tu dapat la can guna binokular. Masa tu la nak meneropong segala macam benda yang ada kat langit tu. Bila dah explore semua, barulah aku tahu bahawa ciptaan tuhan itu sememangnya indah.

Aku ingat lagi, masa tingkatan 4..ada berlaku gerhana matahari. Memandangkan aku ambik aliran sains tulen makanya cikgu mewajibkan satu kelas pergi tengok. Makanya dari makmal..keluarlah segala macam teropong. lalu aku bertanya pada cikgu..."Cikgu..selalu kita dengar gerhana matahari dan bulan..gerhana bintang takde ke?" soalan aku itu di sambut dengan hilai ketawa kawan-kawan. Aku sengih. Cikgu aku pun sengih. Menggeleng dia tengok aku.

Aku tahu jawapannnya tidak ada. Tetapi mulutku saja gatal bertanya. Tetapi selepas itu, jika malam menjelang, pasti sesaat dua aku akan mendongak melihat langit..jika ada taburan bintang di situ..aku pasti akan melangut menikmati keindahan kerlipannya. Aku selalu berharap, ingin melihat tahi bintang. Kata orang..bukan senang untuk kita melihatnya. Puluhan tahun..baru sekali dia keluar. Tapi aku tak pernah berhenti berharap. Setiap kali aku mendongak melihat taburan bintang...aku panjatkan doa pada tuhan..izinkanlah aku melihatnya walau hanya sekelip mata.


Bertahun-tahun aku menanti dan terus menanti. Dan aku tak pernah jemu mendongak ke langit, mengharapkan apa yang aku hajatkan muncul di atas sana. tetapi aku hampa..belum rezeki agaknya. hinggalah pada tahun lepas, waktu aku sendirian di luar rumah,jam hampir subuh. aku melangut melihat bintang yang bertabur di langit yang cerah. subhanallah...cantiknya. dan waktu aku leka melihatnya..tiba-tiba..zuppp!! hanya sekelip mata! terlepas rokok di kedua jariku..terus aku kaku..tak bergerak. mata tak berkelip..mengharapkan ada lagi..zupp..zupp..zuppp! tetapi hanya sekali dan ku kira..tak sampai sesaat pun kepantasannya. terus aku panjatkan kesyukuran yang tak terhingga pada yang Maha Kuasa. dan semerta hati kecilku membuahkan hajat. yelah..kata orang, kalau kita melihatnya di langit..cuba buat hajat...insya allah tertunai. Sejauh mana kebenaran kata-kata itu, tak dapat pula di pastikan. tapi tak salah kalau kita mencuba. Kalau menjadi..apa salahnya. Hanya Dia yang maha mengetahui..kan?

Sesudah itu, aku makin kerap mendongak ke langit...mengharapkan ada lagi zuppp yang seterusnya. tapi hingga kini..aku hampa. aku selalu mencari cari bintang yang paling besar dan paling bercahaya sinarannya. kata orang tua-tua,jika kita sesat di hutan waktu malam...dongak ke langit dan carilah bintang timur. 'macam mana kita nak tahu bintang tu timur ke barat ke utara ke selatan?" aku tanya soalan bodoh pada arwah datukku dahulu. datukku menepuk-nepukk bahuku sambil senyum.."yang paling besar dan paling kuat cahayanya di antara semua...itulah bintang timur.insya allah,kamu akan dapat cari jalan keluar.."

aku tak pernah jemu mendambakan bintang...walaupun ia tinggi nun jauh di atas sana, ia tetap ciptaan tuhan yang terindah. dan ia tetap berada di cakerawala yang sama. dan di antara berjuta bintang di sana, bintang timur itu tetap menjadi kesukaanku.walau taburannya tidak sekata..bersepah di langit..mataku pasti mencari di mana lokasi bintang itu.

aku pernah cuba membaca makna bintang-bintang. aku baca melalui buku, cari informasi melalui internet...dan cuba memahami setiap makna bentuk bintang atau dalam ertikata yang paling mudah di fahami..zodiak. tetapi aku tidak faham. aku tidak mahir tentangnya...kerana aku bukan ahli kaji bintang. tetapi aku minat untuk mengetahuinya dengan lebih dalam, aku mahu menguasai pengetahuan itu. dan yang paling penting..aku mahu menikmati keindahannya..

Aku berbintang apa? hehh..aku hanya seorang Capri yang mempunyai hati yang rapuh tetapi dalam masa yang sama boleh menjadi keras. Capri seorang yang amat setia. Dia takkan sekali-kali curang walau di taburkan dengan segala macam godaan di depan mata. Capri tidak jatuh cinta sewenang-wenangnya. tetapi jika dia bertemu cinta, dia akan pastikan itu yang pertama dan terakhir. Capri sangat degil. Jika dia mahukan sesuatu, dia akan berusaha untuk mendapatkannya walau makan masa bertahun-tahun. Dan Capri seperti aku, seorang yang suka bersendiri dan berdiam. Capri lebih kepada mendengar dan memahami sebelum berkata apa-apa. Dan aku berani mengatakan rata-rata Capri adalah seorang pendengar yang setia.

Sighhh...ada apa lagi dengan bintang? takkan habis satu malam jika bercerita mengenainya. Takkan cukup satu muka surat jika mengarang tentangnya. Ciptaan tuhan yang satu ini amat luas konteksnya untuk di fahami dan di pelajari. aku tidak sehebat mana untuk menguasainya..

Lalu aku mendongak untuk kesekian kalinya...bintang-bintang terus berkelip..dan di sebalik kerlipan itu...muncul wajah kamu...

Posted by delacroix
Bulan...aku pernah berlari mengejari kamu. Tetapi di pertengahan jalan, aku menghentikan langkah kerana kamu terlalu jauh. Walau tak tercapai dek tangan, kamu masih tetap di situ. Terima kasih kerana masih setia menerangi malamku yang gelap tanpa bintang. Malam ini bulan penuh. Bila aku mendongak melihat bulan, aku terkenang kamu. Di situ juga ada bintang, cahaya cintaku. Aku rindukan kamu...dan aku rindukan bintangku.

Aku seperti ingin menangis di riba kamu. Mengadu kesedihanku yang tidak terungkap. Aku ingin luahkan segala-galanya pada kamu. Mahukah kamu menyapu airmataku? Mahukah kamu menjadi pendengarku yang setia? Mahukah kamu setia berdiri di sisiku tika aku memerlukan? Mahukah kamu menerima kekuranganku serta baik burukku?

Walaupun kamu bukan kekasih...namun kamu bukan sekadar teman biasa.
Posted by delacroix
Apa pun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apa pun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu ku lawan
Kesepianku…

p/s: 'Hadiah Dari Hati' yang di hadiahkan oleh seseorang, telah lama kubiarkan sepi. Cuma sejak akhir-akhir ini aku buka kembali sampul yang berhabuk itu lalu memasangnya. Aku berbaring di atas sofa, memejam mata..membiarkan 'Melawan Kesepian' menakluki seluruh hati.Sighh...pemilik Brabus ini tak pernah sekalipun mengecewakanku.

'Kata-kata kamu itu ada benarnya. Semoga aku dapat terus melangkah ke hadapan dan melawan kesepian itu...'
Posted by delacroix
Teringat pada kata-kata seorang teman..."Bila dia tak mampu berlari,kita bertatih bersamanya.Tetapi bila dia berlari,kita tak mampu mengejarnya."

Aku terdiam...sambil menyedut Marlboro sedalam-dalamnya...cuba mengupas isinya,cuba menelan setiap maksudnya supaya lumat didalam kepalaku. Namun hatiku seakan tidak mengizinkan..tidak membenarkan..dan menafikan tiap kebenaran itu.

"Aku memahami perasaan kamu yang terluka walaupun aku tidak mengalaminya seperti kamu. Berat mata memandang, berat lagi bahu kamu yang memikulnya.Aku juga pasti akan tersadung sekiranya aku di tempat kamu. Sebesar manapun pengorbanan kamu,hanya hati yang tulus tahu nilai sebenar."

Aku diam. Kolam mataku mula panas...

"Kamu sudah memberikan segala yang terbaik, yang kamu mampu untuk membahagiakan hatinya. tetapi kamu harus ingat,walau kamu melangkaui kemampuan kamu sekalipun...di mana tempat kamu?"

"Aku tahu di mana aku patut berdiri.." aku mencampakkan puntung rokok ke tanah.

"Bukan itu maksudku. Kamu harus bersama-sama dengan orang yang sebenar-benar menghargai kamu. Yang menerima kamu seadanya..menerima baik buruk kamu sepertimana kamu menerima dia ketika dia merudum jatuh ke bawah..ketika dia mempunyai segala macam kekurangan. Tidak adil untuk kamu terus begini, meratap menangisi dia. Sedangkan dia entah di mana, ketawa dan bahagia dengan dunianya. Di mana dia untuk kamu? Adilkah untuk kamu?"

Mataku mula berkaca. Temanku itu menyambung lagi...

"Pertama kali aku melihat kamu benar-benar mencintai..Aku dapat melihatnya di dalam mata kamu.Tetapi dalam hidup ini,biarlah orang mencintai kita lebih dari kita mencintainya.Jangan kamu berkecil hati...aku tidak nampak cahaya cinta di matanya untuk kamu.tetapi bila melihat kesungguhan kamu,ceria di wajah kamu setiap kali bercerita tentang dia,dan sinar mata kamu setiap kali kamu memandangnya..buat aku menghormati perasaan kamu itu."

"Sejak bila kamu menyedarinya?"

Temanku itu senyum sambil menepuk bahuku.

"Sedari dulu, sewaktu kamu memperkenalkan dia kepadaku. Aku sudah menyedari kelainan itu.Kamu sahabatku. Aku merasakan perit kamu. Walau kamu tidak mengatakannya, aku tahu. Aku mengikuti perjalanan
kamu,cerita suka duka kamu. Bangunlah sahabat...hidup kamu masih panjang. Masih banyak ranjau dan onak duri sebenar kehidupan yang perlu kamu tempuh. Ini pengalaman hidup kamu. Juga pengajaran untuk kamu.Jangan sia-siakan diri kamu untuk orang yang tidak mencintai kamu.Hati kamu yang carik dan luka, aku tidak tahu bagaimana mahu membantu.Tetapi ingatlah,kamu tidak berseorangan."

Ya...aku tidak berseorangan. Aku masih di kelilingi insan-insan yang masih mencintaiku. Yang masih mengharap balasan dariku. Yang masih tak jemu merenung masa depan bersamaku. Cuma aku...cuma aku yang masih tak berhenti berharap.... menunggu balasan dari insan yang meninggalkan. Betapa tongongnya aku!
Posted by delacroix
Sudah lama aku tidak melihat bintang. Aku jarang mendongak ke langit sejak akhir-akhir ini. Bukan kerana letih mendongak ke atas...tetapi kerana aku tidak nampak kerlipannya lagi. Kamu arif bukan...cuaca mendung sejak
kebelakangan ini. Bukan saja bintang atau bulan, malah matahari sekalipun kadang-kadang menyembunyikan diri di balik awan.Cuaca tidak menentu dan sukar aku ramalkan apa yang bakal berlaku..

Bila malam menjelang, aku sendirian di balkoni. Menghirup udara malam yang nyaman...dengan secawan kopi di sisi meja. Sesekali menyedut Marlboro,Sampoerna atau apa saja yang sewaktu dengannya demi mencari secebis ilham atau mengingati kenangan yang berlalu. Sesaat, aku bingkas...menjenguk ke bawah. Bunga di depan rumah kadang-kadang melempar secebis senyuman bila melihat aku duduk termenung. Tak mahu di katakan sombong, aku membalas senyumannya walau kadangkala aku memang tiada hati untuk senyum.

Sesekali telefon bimbit di sisi menjerit minta di angkat. Aku mencapai lantas melihat skrin. Ohh..hanya sms.
Adakalanya semua sms itu ku biarkan sepi tidak berbalas. Bukan sekadar sms, panggilan telefon yang mencecah Motorolaku itu pun kadang-kadang tidak ku layan. Bosan dengan deringan yang tidak berhenti, aku tukarkan nada deringnya kepada 'silent'. Tidak pun, aku tutup terus.

Leka dengan sebatang marlboro di jari..aku terus menyedut asapnya sedalam-dalam mungkin. Terasa sedikit sesak di dada. Maklum dengan keadaan yang sebenarnya tidak diizinkan untuk menikmati kenikmatan sedutan berasap itu..dan aku tidak peduli. Entahlah...apa lagi yang boleh melekakan aku selain dari itu? Namun begitu..terasa leganyaseketika. Ketagih? Ooo..aku belum lagi tergolong dalam kategori itu walaupun sejak akhir-akhir ini...aku tidak berhenti menyedutnya. Sampai bila? Tak pasti...tetapi itu adalah yang terbaik untuk aku dalam menghitung dan melalui hari-hari yang mendatang ini.

Jika aku tidak berfikiran normal maka lebih dari itu pernah aku lakukan. Memandu seorang diri di malam hari hingga jam 2-3 pagi...singgah di tepi laut..minum di kelab atau bar...dan pulang bila aku sudah tidak berdaya menghitung 123 atau membaca ABC lagi.

Kamu tahu kenapa aku jadi begini? Semuanya kerana kamu. Kamu yang bertanggungjawab merubah segalanya dari awal.. hingga ke hari ini. Baik positif mahu negatif, buruk atau baik,suka atau duka.Bukan aku menyalahkankan kamu atau takdir...tetapi jika ditanya mengapa aku selonglai ini..itu adalah jawapan yang paling tepat. Kerana kamu!

Aku tidak tahu dimana silapnya. Adakah kerana aku terlalu mencintai kamu? Mengharapkan kamu terus berdiri di sisiku selamanya? Menjalinkan hubungan dengan kamu sedari awal mula perkenalan? Atau silapku kerana jatuh cinta dengan kamu tanpa mencerminkan diriku sendiri? Aku bingung. Mencari-cari puncanya serta jawapan kepada setiap persoalan yang kamu tinggalkan. Sehingga kini aku gagal..

Bila setiap kenangan bersama kamu terpancar di layar mata dan hati...aku cuba menyelami saat-saat itu kembali. Aku cuba mengandaikan aku berada di situ..cuba mencari-cari kesilapan yang mungkin pernah aku lakukan hingga menyebabkan hati kamu dingin.

Aku tidak mengerti..adakah aku bertepuk sebelah tangan? Atau dalam ertikata lainnya 'syok sendiri'? Jika itu benar, apakah setiap ungkapan yang pernah terbit dari bibir kamu itu hanya lakonan semata? Puas aku memikirkannya. Tak mungkin!

Bila aku menyepi, merajuk membawa hati..kamu datang mencari. tetapi bila aku bersungguh dengan kamu..kamu berlalu begitu saja...seolah aku ini tidak membawa sebarang makna buat kamu. Permainan apakah yang kamu mainkan ini? Apakah sebenarnya yang kamu mahu dariku sedari awal? Apakah agenda kamu?

Walaupun aku tidak tahu apa motif kamu..apa alasan kamu..dan apa sebab kamu...telah ku katakan,seluruh degupan jantung ku terpahat nama kamu. Jangan kamu tanya mengapa atau jangan kamu pertikaikan lagi sedalam mana kasihku pada kamu. Jika tiada nilai sekalipun bagi kamu,bagiku...perasaan kasih dan cinta yang tumbuh mekar untuk kamu itu tidak ternilai walau kamu gantikannya dengan wang berjuta. Pernah seorang teman bertanya...soalan yang sama..sedalam mana cinta aku pada kamu. Aku hanya tersenyum lalu menjawab 'Aku bukan seorang yang puitis. tetapi apa yang bakal aku katakan ini adalah semata lahir dari hatiku yang tulus dan ikhlas.Aku hanya ada sekeping hati yang penuh rasa cinta,yang melimpah rasa kasih, dan yang menggunung rasa sayang. Andai di takdirkan..dia memerlukan apa saja daridiriku,tubuhku...untuk menyambung nyawanya..ambillah..aku rela.'

Soal temanku itu lagi.."Sampai begitu?"

Aku hanya menjawab.."Sesungguhnya aku tidak pernah mencintai seseorang sebegini dalam walaupun diriku sendiri."

Dan temanku itu tidak lagi bertanya bila melihat mataku mulai berkaca...

Ingatkah kamu..ketika kamu mempersoalkan sedalam mana sayangku pada kamu? AKu sangat marah kerana kamu mempertikaikannya. Kamu sudah tahu..tetapi kamu sengaja membakar aku dengan persoalan itu kerana kamu juga marah padaku. Bukan begitu? Sepatutnya aku yang bertanya soalan itu pada kamu. Sayangkah kamu pada aku sepertimana aku?

Kamu sering mengelak. Tidak seperti dulu sewaktu kamu memberikan cinta kamu padaku. Seribu alasan kamu berikan..hingga akhirnya aku sendiri muak dan bosan dengan alasan kamu yang setiap kali sama saja.

Kamu tidak lagi mencintai aku..atau sebenarnya kamu memang tidak pernah mencintai aku? Kamu sudah menemukan pengganti diriku dan tidak lagi memerlukan aku? Atau sebenarnya aku cuma tempat persinggahan ketika kamu kesunyian?

Sesungguhnya aku tidak akan pernah marah sekiranya kamu berterus terang untuk tidak meneruskan hubungan. Aku akan menghormati setiap keputusan kamu jika itu yang kamu ingin kan. Kamu tahu bukan..kebahagiaan kamu bermakna kebahagiaanku juga. Melihat kamu gembira adalah impianku sedari dulu. Tetapi mengapa kamu menduga kesabaranku dan kesetiaan cintaku dengan menyepikan diri dan membuat keputusan sendiri? Tahukah kamu..tindakan kamu itu membawa aku ke dalam kehancuran...

Aduhai sayang...luluh hati bila mengingati tiap bait-bait kata kamu yang amat melukakan dan menghinakan.
Terpaku,terkelu,terdiam,terkesima dan ter ter ter lagi...kamu hujani diriku dengan kata-kata yang menghiris tanpa belas kasihan...tanpa memikirkan sama ada aku akan terluka atau tidak. Yang penting kepuasan hati kamu..

Ya..lukanya mungkin tak nampak di mata. Tetapi bagi yang mereka yang bisa membaca hatiku dan bahasa tubuhku..mereka melihatnya. Mereka merasakannya...

Temanku itu berkata lagi."Aku risaukan kamu. Melihat kamu begini, aku tahu..sebenarnya tubuh kamu tidak sakit. Tetapi jiwa kamu yang cedera, yang parah..yang luka. Aku melihatnya melalui mata kamu yang bening..tidak bersinar seperti dulu. Mengapa sampai begini?"

Aku yang terlantar di katil hospital hanya mampu memberikan jawapan padanya dengan genangan air jernih yang bertakung di kolam mata. Dia tidak lagi bertanya...cuma merenung aku yang terus melayan emosi...menepuk-nepuk bahuku yang lesu tak bermaya. Aku sekadar membiarkan...

Kamu tahu..aku cuba meneruskan kehidupan tanpa kamu di sisi. Tanpa senyum kamu, tawa kamu, suara kamu...segala-galanya tanpa kamu. Aku cuba kuatkan hati. Aku katakan pada diri sendiri..kamu bukanlah segalanya bagiku..kamu bukan tempat untuk aku menghentikan langkahku..tetapi sayang...bisakah aku membohongi diriku sendiri? Bisakah aku menjalani hari-hari tanpa kamu yang telah menguasai seluruh hati dan jiwa?

Aku hanya berpura...meneruskan hari dengan gembira...berlibur dengan teman-teman dan mengisi masa terluang dengan siapa saja yang ingin bersama. Hakikatnya setiap saat...hanya kamu yang aku fikirkan. hanya kamu yang berada di hati..dan jika bisa..ingin aku terbang menemui kamu..untuk menyatakan betapa aku merindukan kamu selama ini. Tetapi..kaki dan tanganku kini terpahat..terpasak ke bumi..aku tak bisa terbang ke arah kamu yang jauh nun tinggi di langit. Aku tidak lagi berlari meniti pelangi indah seperti suatu waktu dulu. Aku terleka di bawah limpahan warna-warna cinta kamu lalu tersadung jatuh ke bawah. Jangan kata untuk terbang ke arah kamu semula..untuk menggapai sinaran kamu pun belum tentu aku mampu sekarang ini sedangkan kamu terus terbang tinggi...tanpa menoleh ke bawah lagi.

Walau kamu tidak lagi menoleh ke bawah...ketahuilah...kita tetap berada di cakerawala yang sama..Selagi bumi tuhan ini masih bernyawa...selagi itulah cinta aku pada kamu tetap ada..

Aku di bawah ini tetap berharap bintang kamu itu terus cerah sinarnya. Jangan ada awan yang meliputi sinaran itu kerna aku pasti akan meminta pada tuhan supaya membawa awan mendung itu pergi. Doaku selalu mengiringi kamu. Di penghujung doaku..selalu aku bermohon.."Tuhan..kau berkatilah hidupnya.Berilah kebahagiaan padanya,tunjukkannya jalan yang benar.Berilah kesejahteraan padanya. Limpahkan dia dengan segala keberkatanMu,kurniakan dia kegembiraan yang tidak berpenghujung.Ampunkan segala dosa-dosanya. Sesungguhnya dia insan yang amat aku cintai dan aku redha dengan ketentuanMU. Hanya Kau yang Maha mengetahui segala-galanya..."

Serentak Marlboro di jari terlepas ke lantai..lalu aku tersentak. Rupanya pembakaran tembakau sudah ke penghujung dan mencucuh jari. Aku bangun dari kerusi..mengemas cawan kopi dan mencapai telefon bimbit. Sebelum masuk ke dalam..aku sempat mendongak melihat langit...dan ada bintang di situ. Aku memejam mata...lalu wajah kamu terbit di dalam pandangan kelam itu dan tersenyum. Aku menghela nafas panjang...cuba melepaskan kerinduan yang tak pernah padam.

Selamat tidur sayang...walau di mana saja kamu berada. Aku mencintai kamu...dan akan terus mencintai..meski kamu telah pergi dan meninggalkan sisa-sisa cinta kamu untuk aku kutip dan memujanya..

Lalu aku berpaling..masuk ke dalam dan sempat mengesat mata yang basah...
Posted by delacroix
Aku selalu memikirkan kamu. Tak pernah sesaat kamu hilang dari ingatan..apatah lagi dari hati. Berjauhan dengan kamu buat aku resah. Mendiamkan diri dengan kamu buat aku tak keruan. Tapi apakan daya...kamu sendiri tahu kenapa aku jadi begini. Ingin sekali aku terbang menemui kamu, memeluk kamu erat..melepaskan rindu yang menyesakkan dada. Bagaimanakah caranya untuk aku melepaskan diri dari rasa yang terus membelenggu ini? Katakanlah jika kamu tahu jawapannya...

Setiap saat...dan di setiap degupan jantung...aku rindu kamu..

Aku sayang kamu...terlalu dalam. Dan selamanya begitu...

Posted by delacroix
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates