Aku sayang kamu....!

Posted by delacroix
Yahoo! percikan bunga api sekali lagi meletup² dan mewarnai hari² ku sekarang ini. aku rasa nak menjerit, melompat dan terbang!!! 2008 ni mmg tahun bertuah aku. rasa macam ada beban dalam hati dan kepala sebelum ni yang buat aku resah..tapi akhirnya keresahan itu dah terungkai dan segala persoalan telah pun terjawab. Terima kasih kerana meleraikan persoalan itu....
Posted by delacroix
Aku kembali bekerja, setelah lebih sebulan melepak. Apa pencapaian aku semasa tempoh itu? Entah la..aku sendiri tak tahu. Namun apa yang pasti, kini aku lebih bersemangat setelah kembali dari cuti yang panjang. Azam baru, tahun baru, kerja baru dan persekitaran yang baru. Galakan dan dorongan teman-teman buat aku pasti dan yakin apa sebenarnya yang aku mahu kini.

Aku menerima ucapan tahniah dari seseorang sempena hari pertama hari ini dan buat aku tersenyum panjang. Teman-teman lain pun sama beri ucapan. Tapi dari dia amat galak. Buat semangat aku sangat² luarbiasa jadinya. Hari berjalan begitu baik. Tiada satu pun yang sangkut. Dari pagi aku melangkah keluar rumah, hinggalah aku pulang semula...semuanya lancar. Alhamdulillah...harap berterusan lah hendaknya!



Posted by delacroix

Sebetulnya aku amat benci dengan perpisahan. Tak kiralah ia melibatkan siapa atau bagaimana versinya. Asal namanya perpisahan, memang aku tak suka! Bila berhadapan dengan situasi sebegitu, aku banyak bermain dengan emosi. Kononnya untuk menyembunyikan rasa hati agar tak siapa dapat melihat atau mengesannya. Tapi dalam hati..hanya tuhan sajalah yang tahu bagaimana sukarnya aku nak mengawal perasaan supaya tidak ketara di wajah.

Hari ini aku melalui situasi itu. Sebetulnya ia hanyalah perpisahan biasa, yang memerlukan 2 orang untuk berpisah untuk jangkawaktu yang aku kira tidaklah begitu lama. Namun, apa yang membuat aku terlebih emosi mungkin kerana perpisahan itu berlaku di lapangan terbang dan bila melihat ada air jernih yang berkaca2 di mata. Orang lain mungkin tak nampak kerana mata itu di tutupi cermin yang gelap..namun aku yang berada di sisi tak mungkin dapat ditipu. Tambah pula dia beria2 memujuk aku supaya mengikutnya sekali. Melihat pula dia ditolak oleh seorang pekerja melalui departure gate dengan kerusi roda...menambahkan sebak di dada.

Terasa ada kelainan pada pelukannya kali ini. Lama dan erat! Hangat dan pilu. Kata-katanya singgah di telinga. Di situ mataku mula terasa panas. Lalu aku meleraikan pelukannya segera. Ibunya di sisi hanya senyum lembut. "Nanti datanglah ke sana. Ambik cuti." Aku sekadar mengangguk. "Insya allah." Lalu menoleh di sisi. "Ya..mum also want u to come. Pls...y dun u take flt tomoro. I'll be waiting..stay with me." Aku geleng ..."I will definitely...someday...but not tomorow."

Dia muncung. Ada riak hampa di wajah. Namun terpaksa akur dengan keadaan yang tidak mengizinkan. Dan di situ, aku melepaskan dia pergi..di bantu oleh pekerja airport yang menolak kerusi rodanya. Aku tercegat di situ..memerhati sehinggalah kelibatnya hilang dari pandang. Aku termangu di situ..agak lama! Hiruk pikuk di sekeliling bagai tak memberi kesan pada aku. Sehinggalah aku merasakan mata mula panas, barulah aku mengorak langkah. Meninggalkan KLIA....
Posted by delacroix
Sejak azali aku di lahirkan, memang begitu lah perangaiku yang satu itu! Kurang gemar menunggu! Hendaknya pula kalau melibatkan jangkawaktu yang lama. Jangan kata 1 jam atau setengah jam...andai tersasar 5-10 minit dari yang dijanjikan pun aku sudah merimau. Inikan pula 4 jam!

Aku di ajar sejak kecil untuk menepati waktu. Sesekali tu adalah terlewat. Tak semuanya sempurna. Tapi jika sudah membuat janji, aku seboleh²nya mahu sampai tepat pada masanya. Atau lebih selesa, awal sedikit dari masa yang di tetapkan. Aku resah andai memikirkan orang lain menunggu aku. Ahh...tak senang duduk dibuatnya. Tapi entah lah...setakat ini aku tak nampak orang lain berbuat benda yang sama pada aku. Sama ada berjanji di tempat lain, menunggu untuk di ambil di rumah, atau menjemput di rumah...selama²nya begitu! Menunggu..menunggu dan menunggu!

Fedup bukan? Tapi itulah realitinya yang terjadi pada aku baru² ini. Menanti di satu daerah di KL untuk berjumpa seseorang buatkan hati aku berkocak girang pada awalnya. Tiada yang istimewa pun. Hanya sekadar berjanji untuk bertemu, makan tengahari dan berbual. Lalu aku menurut segala apa yang di arahkan, menanti di daerah itu. Namun penantian aku itu dicabar dan diduga dengan amat hebat. Saat berganti minit berganti jam...aku bertawaf di situ. Hampir semua tempat aku jelajah...namun dia yang ku nanti masih tak kunjung tiba. Hangatnya hati, tuhan sajalah yang tahu. Ingin saja aku angkat kaki dan blah! Tapi bila di tanya 'on the way' katanya! Kalau aku balik, dia pula yang sampai. Tapi bila aku menunggu, dia tak muncul²! Persoalannya, kemana dia? Dan kenapa mengambil masa begitu lama dari masa yang dijanjikan?

Mukaku mula menoya! Dari semanis madu bertukar sekelat²nya. Nak ku marah, sampai ke hati? Nak senyum, aku dah tak mampu. Nak merayau mencuci mata di sekitar, kakiku dah meminta ampun. Akhirnya aku menunggu saja di situ bersama 3-4 gelas yang sudah kosong dari minuman yang bersilih ganti. Sambil itu, berganti puntung jugalah aku mencucuh ke mulutku.

Akhirnya, lewat petang baru dia tiba! Nak kata apa? Sebaik saja lihat dia, api kemarahan yang tadi meluap² dan membuak²...terus padam bagai di simbah air. Sejuk! Dan semerta saja bibirku membuahkan senyuman bila dia menyapaku mesra.

Lalu...bagaimana??

Posted by delacroix
Hati aku bagaikan ada percikan bunga api sekali lagi. Setakat ini, semalam dan kelmarin adalah hari yang terbaik buat aku setelah pelbagai ragam dan kerenah berlaku. Tempoh masa lebih kurang 24jam itu aku tak sia-siakan walau sesaat. Yelah, bukan selalu ada masa dan kesempatan begitu.

Di temani 2 orang teman, aku sekali lagi bertemu C. Kali ini jauh sedikit dari kota. Mulanya aku tidak berminat untuk turut serta. Bukan aku kenal pun yg lain² tu. Tapi kerana C dah beria memujuk, tak sampai hati pula nak menghampakan dia.

Pertemuan dengan C kali ini amat berbeza dengan yang dulu-dulu. Apa bezanya? Entahlah, aku pun tak tau nak jawab macam mana. Aku lupakan segala apa yang bersarang dalam kepala dan cuba menikmati apa yang tersaji depan mata.Yang pasti apa yang tersaji kali ini buatkan aku tak berenti senyum. Alahaiii...! C..u notti sungguh...!

Hmm...rasa nak tido² la kejap!

Posted by delacroix


Sesetengah orang berkata...hanya dengan satu panggilan telefon atau sms...dapat merubah api menjadi air. Dan ia telah mengubah persepsi hidup aku di tahun baru ini. Apa pun...tahun baru adalah hari yang baru buat aku. Dan aku gembira bersama insan² yang aku cintai. Kamu di antaranya...terima kasih!
Kamu dan aku dari elemen yang berbeza. Dan ia tak mungkin dapat bersatu. Namun kita mempunyai denyut nadi yang sama. Sama seperti kamu, aku tidak mengharapkan untuk berjumpa dengan kamu lagi. Mungkin kamu akan berkecil hati atau tidak menyangkakan itu. Tapi itulah kenyataannya. Masa merubah aku untuk menjadi lebih tidak berperasaan. Bukan seperti dulu lagi. Namun, aku pasti akan berjumpa dengan kamu lagi suatu hari nanti. Dunia ini kecil...
Papa...kita juga bukan dari elemen yang sama. But I do have the same feelings...I wish I cud ask for more. Thanks for everything...
Posted by delacroix
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates