Bukan sengaja kakiku memijak di situ
Bukan ku mahu tanah itu melekat di kasutku
Bukan ku pinta angin itu menjamahi
Paras dan wajahku
Bersama dia setia di sisi
Nun...di daerah itu aku kembara
Tanpa tujuan dan hala
Dan di saat rembang petang
Di pantai itu aku berlabuh
Membiarkan pasir-pasir putih menjamahi kaki
Merelakan air masin menguliti
Lalu untuk apa aku ke mari?
Secara langsung kenangan tercipta
Dan di mana saja udara itu tetap sama
Menebarkan bau haruman
Dan segala ingatan terhadap kamu
Bisakah aku melupai
Apa saja tentang kamu...
Apa saja milikmu...
Apa saja lakumu..
Untuk hari ini dan esok
Mungkinkah kita bersama lagi
Menjalani semua hari-hari seperti itu
Dan aku pasti...
Waktu kita menoleh ke belakang dan pergi
Di situ ada cinta untuk kamu...


Posted by delacroix
Haruskah kuulangi lagi
Kata cintaku padamu
Yakinkan dirimu
Masihkah terlintas didada
Keraguanmu itu

Susahkan hatimu ...

Tak akan ada cinta yang lain
Pastikan cintaku hanya untukmu
Pernahkah terbersit olehmu
Akupun takut kehilangan... Dirimu

Ingatkah satu bait kenangan
Cerita cinta kita
Tak mungkin terlupa
Buang semua angan mulukmu itu
Percaya takdir kita
Aku cinta padamu

Tak akan ada cinta yang lain

Pastikan cintaku hanya untukmu
Pernahkah terbersit olehmu
Akupun takut kehilangan... Dirimu

Akankah nanti
Terulang lagi
Jalinan cinta semu
Dengar bisikku
Bukalah mata hatimu...


Posted by delacroix
Ku mencintaimu lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku...

Ku tahu ku takkan selalu ada untukmu

Disaat engkau merindukan diriku
Ku tahu ku takkan bisa memberikanmu waktu
Yang panjang dalam hidupku

Yakinlah bahwa engkau adalah cintaku

Yang ku cari selama ini dalam hidupku
Dan hanya padamu ku berikan sisa cintaku
Yang panjang dalam hidupku...

Ku mencintaimu lebih dari apapun

Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku...

Ku mencintaimu lebih dari apapun

Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu, sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku...

Ooh...
Ku mencintaimu,lebih dari apapun

Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku...

Posted by delacroix
Jam 7.15 petang tadi barulah aku menjejakkan kaki ke rumah. Sebaik saja melabuhkan duduk barulah terasa penat. Perut terasa sedikit sebu sebab lewat makan tengah hari. Mana taknya, aku cuma sarapan 2 keping roti bakar dan secawan kopi. Di tawarkan untuk makan nasi berlauk, tapi aku tolak dengan alasan terlalu berat untuk sarapan pagi. Cukup sekadar roti kerana aku mmg tak lalu nak makan nasi seawal pagi. Sebaik saja dijemput oleh seorang teman di KLCAT tadi, aku memintanya supaya membawa aku ke mana saja untuk mengisi perut. Jam sudah melebihi pukul 5 petang dan aku masih belum menjamah sebarang makanan. Terasa laparnya. Lalu aku di bawa ke bangsar...

Aku sekadar menyandar tubuh ke sofa, merenung ke arah tv yang bersiaran Buletin Utama. Tapi fikiranku melayang². Jasadku saja di sini sedangkan rohku masih tertinggal di sana. Hehh! Apa yang menarik sepanjang 2 hari berada di sana? Jawapanku tentu yang satu ini "entahlah, aku pun tak tau". Standard jawapan yang sudah pasti buatkan sesiapa saja menyampah untuk mendengarnya. Ya..aku bukan jenis yang suka memberi komen sangat. Lebih kepada berdiam diri dan menikmati saja apa yang mendatang dan tersaji di depan mata. Sekiranya aku bertindak balas, makanya aku suka. Sekiranya tiada respon, maknanya aku bosanlah.

Jadi, kesimpulan yang boleh aku simpulkan sepanjang 2 hari ini, aku bertindak balas ke atas semua perkara yang berlaku. Dari awal aku tiba seawal jam 9 pagi hingga ke malam, semua terisi meskipun hanya duduk bersantai membaca majalah sambil berbual dan menanti waktu untuk makan.Mulanya agak sunyi kerana tiada orang di rumah. Hanya seorang bibik yang sibuk di dapur menyediakan segala keperluan. Tiba waktu tengah hari, aku dikunjungi BR. Sememangnya dia menanti untuk menemui aku di situ. Jadi, kami bertiga makan bersama. Dan di situ..segala rahsia hati tercurah.

Resmi seorang Capri...adalah seorang pendengar yang setia. Jadi aku tidak lokek untuk meminjamkan telingaku kepada sesiapa saja kawan² yang memerlukannya. Mendengar dengan teliti dan penuh minat perlu untuk menunjukkan aku memberi sepenuh perhatian kepada setiap curahan isi hatinya. Walaupun aku bukan selayaknya orang yang boleh memberi nasihat, tetapi sebagai seorang teman...perlu untuk aku memberi buah fikiran sekiranya perlu. Hmm...

Selesai sesi itu, aku di ajak ke pantai. Ya..sebagai tetamu yang pertama kali datang tentunya aku bersetuju untuk di bawa ke mana saja. Dan aku menjejakkan tapak kasutku di pantai yang sangat berangin itu. Aduhaiii....hanya tuhan yang tahu betapa aku menggemari waktu itu. Duduk di meja yang berpayung sambil makan udang goreng dan minum air kelapa muda...menghabiskan masa berbual apa saja topik yang singgah di fikiran...dan berjalan menyusuri pantai bersama C yang masih bertatih². Sesekali aku menjeling BR yang acapkali termenung. Melihat matanya yang merah berkaca, buat hatiku tiba-tiba sayu. Hm..apalah dayaku untuk membantu. Aku dan C sekadar membiarkan. Sesekali cuba menghiburkan hatinya yang gundah. Lalu malam menjelma dan aku di bawa ke sesi karaoke di dalam hutan pula. Pemilihan lagu² seakan menguji kesabaran lalu tika aku menyanyikan lagu "Bukan Diriku"..aku dapat lihat airmata lelakinya mengalir. Aduhhh....sapa yang pilih lagu ni? Heh heh..dah tentulah aku!

Terus terang ku katakan, aku tidak berasa ingin tidur sepanjang berada di sana. Mungkin aku mengantuk dan sedikit penat, tapi tiada perasaan untuk melelapkan mata. Beralih tempat tidur merupakan satu masalah bagi aku. Makanya, aku kembali menjadi zombi! Pagi menjelma dan aku sempat bersarapan bersama ibu C. Dia baru tiba dari JHB seawal 3.30 pagi. Waktu di mana aku sedang menikmati waktu yang sangat santai di atas tilam yang empuk dan wangi. Dan aku tidak tidur hingga matahari muncul.

Selesai bersarapan, waktu untuk aku berkemas. Sayu mula terasa dihati. Entahlah. Sempat aku menyalami ibu C yang sudah kali ke 2 aku temu dan mengucapkan terima kasih. Sesudah itu, aku meloloskan diri ke dalam kereta dan aku di bawa ke KB Mall sementara menanti waktu penerbangan jam 3 petang. Aku berjumpa BR lagi di situ...berbual apa yang patut dan hanya berjalan² di sekitar bersama C menghabiskan masa. Cukup waktu, dia menghantar aku ke airport. Aduh..perpisahan lagi! Benci betul aku dengan perkataan 'pisah' itu. Tapi tak apalah..bukannya aku tidak berjumpa dia lagi.

Dan...sesuatu yang tak ku duga berlaku di airport. Selesai chkin, aku melintasi MAS Office dan di situ aku menemui seorang teman lama! Aku meluru ke arahnya. Dan dia terpaku untuk beberapa saat, bagai tak percaya melihat aku di situ. Lalu...dia menjerit! Meluru dan merangkul aku erat hingga aku rasa tak dapat bernafas. Seperti biasa...dia tetap bebel pada aku sebab tak bagitau tentang kehadiran aku di negeri itu. Ah...kalau bagitau pun mana sempat. Dan tentunya aku tidak akan di lepaskan ke mana² sebab aku sudah berjanji untuk menghabiskan masa 2 hari itu bersama C saja. Berani untuk mintak keluar?? Wohhoo...jangan di tempah bencana. Setahun dia muncung dengan aku nanti.

Dan sewaktu aku masih bersandar di sofa melayani perasaan dan mengingati saat² yang menggembirakan...hp di sisi menjerit. Melihat nama yang tertera buat aku yang lesu kembali bermaya...
Posted by delacroix
Pagi ini aku terjaga bila terdengar suara buah hati pengarang jantung ku itu menangis di luar pintu bilik. Aku capai hp di sisi. Jam menunjukkan 6.30 lagi. Aduhaii...masih awal. Dah tentu mamanya tak sedar anaknya yang tidur berasingan sudah terjaga. Tangisan yang mendayu di luar buat aku tak sampai hati. Aku terjun dari katil dan buka pintu bilik. Di situ, Ashraf teresak2 menangis, mendongak memandangku minta di dukung. Segera aku cempung tubuh kecil itu lalu masuk ke biliknya di mana pintu sudah separuh terbuka. Aku baringkan dia di atas tilam, capai putingnya lalu sumbat ke mulut. Baru dia diam. Aku selimutkan dia lantas aku sendiri baring di sebelahnya. Tepuk2 dia sikit ala kadar, dan dia tidur semula. Dan aku..turut sama terlena di situ.

Aku bangun semula sekitar jam 9. Seperti biasa, capai hp dan chk msg2 yang perlu di jawab. Tak banyak perkara menarik pagi ini. Hanya bermain dengan Ashraf tanpa jemu. Pagi yang mendung buat aku rasa mengantuk. Ingin nak pulang ke rumah tapi bosan. Aku tak sabar nak ke KBR minggu depan. Lambat sungguh masa berjalan.

Sedang aku berangan memikirkan untuk ke KBR, hp ku menjerit. Bila lihat no yang tertera segera rasa marahku meluap. HLB Atm center! Apa lagi yang diorang ni nak? Dari semalam tak sudah2 nak kacau aku. Bukan takat semalam saja. Boleh di katakan sejak aku resign dari HLB, hampir setiap bulan aku terima panggilan dari diorang. Bangang betul!! Aku dah takda kena mengena, apsal nak cari aku lagi. Aku angkat juga panggilan itu dan...apa lagi. Mengamuk sakan lah aku. Lepas ni aku tak kira, kalau aku dapat lagi call dari atm center ni..mmg aku akan mengamuk kat TDI. Yang susah sgt nak update ctc no tu apa pasal???!!



Posted by delacroix
"Bila kita mencintai yang lain, mungkinkah hati ini akan tegar"....menatap dan mendengar kembali bait-bait lagu ini membuatkan aku menung sejenak. Itu adalah satu persoalan yang sukar untuk sesiapa saja rungkaikan. Bisakah aku mencintai yang lain sedangkan dalam hati masih penuh dan sarat dengan ingatan terhadap kenangan yang lalu?

Teringat pula aku pada kata-kata ini "patah tumbuh hilang berganti mengertilah...walaupun berbeza zahirnya, terimalah"...betulkan? aku hampir bersetuju..namun menggantikan cinta bukanlah semudah memakan coklat..walaupun sidia tak pernah menghargainya.

Walaupun begitu...haruskah kita terus meratapi atas kehilangan sesuatu yang kita tahu pasti bukan milik kita? Haruskah kita menunggu dan terus menunggu walaupun ada yang lain sedia menanti dan menghulurkan tangan? Hidup mesti di teruskan...

Dan kini aku percaya, masih ada yang lain yang mampu memberi sinar untuk aku.."engkaulah yang kini mekar...dalam diriku yang melankolia..."

Posted by delacroix
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates