Cinta itu adalah pengorbanan....

Dan meletakkan cinta itu di satu tahap yang tertinggi di dalam diri membuatkan kita lebih mengerti akan erti kasih sayang dan nilai yang sebenarnya...

Posted by delacroix
Secara normal dan zahirnya, aku nampak sihat. Tiada apa² masalah. Tiada ada apa² kekurangan mahupun kecacatan. Kaki tangan berfungsi dengan baik. Deria hidu dan rasa pun tak ada perubahan. Macam biasa. Deria pendengaran pun ok. Tak pekak lagi. Suara pun ok. Masih lemak merdu. Cuma deria penglihatan yang ada sedikit masalah. Tanpa kuasa optik sekitar 350-400, pasti aku tak dapat melihat dengan jelas atau dalam ertikata lainnya aku rabun! Itu saja. Selain itu, aku tiada masalah lain.

Tapi itu luaran. Dari segi dalamannya yang tak dapat di lihat dengan mata kasar, teropong, binokular, spek mata hatta contact lens berwarna sekalipun...kekurangan ada di situ! Entah sejak bila, aku mendapati kekurangan yang satu ini begitu mencabar keupayaan aku terutamanya dari segi mental dan emosi. Kata teman², aku harus kuat melawannya. Ya...itu kata-kata mereka yang tidak mengalaminya. Yang tidak merasainya. Tetapi aku yang menanggung sakit pedihnya, yang melihat keputusan ujiannya, yang mendengar tiap butir kata yang keluar dari mulut doktor...bagaimana harus aku kuat melawannya? Aku hanya berseorangan di situ, mendengar keputusan doktor berseorangan dan berseorangan juga aku membuat keputusan untuk menentukan hala tuju dan arah untuk mengubati diri sendiri. Terasa ingin menitik airmata. Tetapi bila mengingatkan kembali aku pernah di tegur gara-gara ingin menangis, semua perasaan itu ku telan kembali masuk ke dalam perut! Dan sekarang, bila terasa ingin nak menangis, aku tahan saja. Meskipun mata sudah berkaca-kaca, aku akan pastikan air jernih itu tidak akan menyentuh pipi!

Longlai seluruh saraf bila doktor menyatakan bahawa paru-paruku sangat lemah. Dan bila doktor memberitahu otot² di rusuk kanan sudah koyak..melemahkan seluruh sendiku. Dan sebaik doktor memberitahu kebarangkalian tulang rusuk kanan untuk lebih mengetat dan cedera amat tinggi..mengundang rasa panas di wajah dan kelopak mata. Aku terasa pandangan mula berpinar. Hawa dingin di dalam bilik doktor itu tak mampu untuk menghalang dari peluh meniti di dahi. Untuk seminit dua, aku terdiam. Tiada kata-kata yang dapat aku bangkitkan pada doktor berbangsa India itu.

"Please do something to ease the pain! I dont care about the cough. What I'm worried most is the chest pain. Its so damn painful! Its killing me. Do something doc! Anything! Please..." aku merayu pada doktor itu. Mataku sudah mulai berkaca. Si jururawat di sisi sekadar menepuk bahuku lembut. Barangkali meminta supaya aku bersabar.

"I do understand. But your lung is very weak. Because of the weakness, you get bad cough. And because of the coughing, your chest gets tighten. All I can do is to put more doze on the Predinosolone and Actifed. Both are steroid. I hope it can reduce the inflammation in your lung and the air way."

"Its still swollen...is it?"

"Yes.."

"How about the lung weakness? What can you do about it?"

Doktor itu mengeluh. Dia meletakkan pennya lalu meneliti tiap inci wajahku yang sudah keruh.

"Well...I can give you the antibiotic. But you see, it is a very long way process to go...to get cured. Your muscle already torn and there's a possibility to get rib fractured if you continue coughing like this. But I believe, you will get there, right to the end of all this. Just be patience ya..."

Aku mengeluh. Tersandar di kerusi sambil merenung doktor itu menulis-nulis di atas fail perubatan milikku yang hampir tebal seinci. Apa lagi yang boleh aku katakan? Melihat dia menulis senarai ubat sebanyak 11 jenis itu sudah cukup memeningkan kepala aku.

"Take all this. But be very careful with Actifed. Its a very strong steroid. You will get drowsy. Take it before you go to bed ok."

Aku sekadar mengangguk lemah. Dan sewaktu bangun untuk beredar, doktor itu menghulur tangan untuk berjabat. Aku sambut. Cuba senyum. Tapi aku rasa doktor itu pun tahu bahawa aku hanyalah berpura-pura untuk senyum sedangkan hakikatnya aku rasa macam nak terjun dari bangunan hospital itu.

Doktor itu seperti mengerti. Dia menepuk-nepuk bahuku. "Dont worry. Everything will be alright. I will see you again 10 days from now and we shall see what is the outcome of your report and your progress as well."

Aku senyum. Kelat saja. "Thanks doc. I wish I do not want to see you again. But do I have a choice? Too bad haa.."

Doktor itu hanya ketawa. Aku sekadar sengih lalu menutup kembali pintu bilik doktor itu. Aku hanya menuruti saja langkah si jururawat membawa segala fail-fail perubatan milikku ke bahagian farmasi. Hendak menyediakan ubat barangkali.

Aku duduk di ruangan menunggu, bersandar di atas kerusi yang empuk sambil memejam mata. Serentak wajah-wajah insan yang aku cintai muncul satu persatu.

Bagaimana harus aku terima semua ini? Bagaimana aku nak jalani kehidupan aku selepas ini? Makan ubat tak henti? Sampai bila? Kini tanganku dah mula kebas dan menggigil. Besok entah apa pula. Hmm...

Aku tiba di rumah lebih kurang jam 3.30 petang. Terasa benar letihnya. Aku campak beg dan plastik ubat ke atas meja. Dan aku sendiri rebah di atas sofa....hingga ke senja.

Posted by delacroix

Pernah kau bermimpi seketika
Berada di tempatku
Membayangkan pahit manis berlalu
Entah siapa yang tahu...

Mungkin nanti kau jua merasakan
Berdepan dengan kata yang menyesakkan
Takkan tugumu kebal
Tiada pertimbangan....

Keheningan malam membangunkan
Kepayahan jiwa meluahkan
Andai kau jujur memahami
Tiada ku menjauhi...

Dan kisahku yang masih panjang
Menambahkan berat yang memandang
Lantas ku pendam
Ku putuskan
Biarlah rahsia....

Semakin aku hidup dalam cinta
Tiada kuasa mampu menghalangnya
Hentikan kata-kata
Bertulangkan dusta...

Keheningan malam membangunkan
Kepayahan jiwa meluahkan
Andai kau jujur memahami
Tiada ku menjauhi...

Dan kisahku yang masih panjang
Menambahkan berat yang memandang
Lantas ku pendam
Ku putuskan
Biarlah rahsia....

Pernah kau bermimpi seketika
Berada di tempatku...

Posted by delacroix
Ingin tersenyum tapi terasa menjengkelkan. Ingin nak marah..rasa tak guna. Teringat pada kata seorang teman di pejabat "Never argue with an IDIOT, they'll just bring you down to their level and beat you with experience". Dalam konteks permasalahan ini, apa yang aku boleh simpulkan, jika kita terus berbalas...ia tidak akan membawa kita ke mana sebaliknya tiap² satu kelemahan pasti akan timbul satu persatu tidak kira dari pihak mana sekalipun.

Aku tidak pernah cuba untuk menjadi minyak yang membakar sebaliknya aku cuba untuk menjadi salji dingin yang bisa meneutralkan cuaca dan suhu yang membara. Perlu apa aku mencurah minyak atau menjadi minyak? Bukan boleh jual di pasaran pun meski harga minyak dunia sekarang ini melambung ke paras USD 114 se tong (harga 17apr08). Fikir 30-40 kali juga la nak membazir mencurah minyak dan biar ia terbakar kerana tiada faedah sebaliknya hanya merugikan semata-mata.

Namun jika ada sesiapa di luar sana yang mengatakan aku hanya berpeluk tubuh menyaksikan insan² yang ku cintai itu bertelagah...kamu ternyata silap!! Mungkin sesiapa saja boleh berkata apa saja yang negatif tentang itu...tetapi Tuhan itu Maha Mengetahui..sama ada aku hanya ketawa berpeluk tubuh dan sekadar melihat....atau sebaliknya. Fikirkanlah..

Bisakah aku membakar tanganku sendiri? Mampukah aku melihat ia terbakar dan aku sendiri yang merasa kesakitannya? Logik kah?Jika tangan kanan terluka, tangan kiri yang pasti akan membasuh darahnya dan menampal plaster. Dan aku sebagai pusat kawalan kiri dan kanan...menghantar signal bergerak melalui saraf² ...dan di situ ia bertindak balas. Berpeluk tubuh kah aku? Wahai tangan kiri...kamu lebih mengerti.

Aku tidak pernah membuang semua itu dari hati. Cuma aku kesal, tatkala aku sangat memerlukan tangan kananku untuk bergerak...saraf²nya beku tidak mahu berfungsi. Ia lumpuh di situ tanpa ada sebab yang boleh di terima akal.

Usah di bangkitkan soal bintang di langit kerna hanya bintang dan bulan saja yang mengerti mengapa kadang² cahaya itu terang dan adakalanya ia malap. Jika mendung di malam hari dan mereka di litupi awan...nampak kah kita akan cahayanya di bawah ini? Tidak bukan?

Aku tak pandai bermain Sudoku...apatah lagi konda kondi. Aku tak tahu cara permainannya. Aku tak tahu kayunya di mana. Aku tak tahu di padang mana mahu bermain. Aku juga tidak tahu bermain gusti. Di gelanggang mana? Siapa pengadilnya? Aku tak tahu. Dan aku tidak berminat untuk bermain semua permainan itu. Tetapi aku tahu bermain poker. Katakan saja...Blackjack? Pair? Straight Flush? Full House? Bisa saja. Tetapi aku tidak mengamalkan perjudian dalam hidupku. Menang dan mengambil keuntungan di atas kekalahan orang lain.

Aku tidak sesekali menongkat langit. Aku tahu di mana kemampuanku sebagai insan biasa. Tetapi sekurang²nya aku pertahankan bumbung rumah yang aku diami sejak bertahun lamanya dari roboh begitu saja.

Jika aku sedikit keterlaluan...aku pohon maaf. Tetapi jika kamu sebagai sahabat yang paling dekat dan begitu arif denganku selama ini...aku tahu..kamu pasti bisa mengerti hatiku...


Posted by delacroix
Apa lagi yang boleh aku katakan bahawa aku sangat tertekan dengan situasi sekarang ini. Paling merunsingkan, masalah kesihatan yang seakan tiada penghujung. Nyatanya, aku masih tidak boleh menerima kenyataan tentang ini. Mana mungkin! Aku terpaksa makan ubat sepanjang hayat? Harus membawa inhaler ke mana saja aku pergi? 2 minggu berlalu dan tanganku mula kebas² dan menggigil ekoran pengambilan ubat yang banyak. Bisakah aku meneruskannya untuk seumur hidup? Tidak!!!

Aku mula emosi, bermenung, jadi pemarah dan sewaktu dengannya. Pada siapa nak aku adukan? Mak bapak? Argh...usah di sebut. Itu hanya akan menambahkan parah dan luka dalam dada. Si dia? Hm..apa yang aku boleh harapkan? Dia sendiri sibuk dan punya masalah. Mana mungkin aku menambahkannya. Namun cukup untuk aku tahu dia ada di sisi dan beri kekuatan untuk aku teruskan langkah. Kawan² yang aku cintai? Layakkah aku mencintai mereka? Dan layakkah aku untuk dicintai mereka? Namun apa yang pasti, mungkin boleh aku katakan bahawa cintaku pada mereka tidak terbanding dengan apa yang aku terima dari mereka.

Begitu mudah dapat di lihat, tatkala aku sedang berduka...menghadapi masa² sukar antara hidup dan mati...aku dibiar terkontang kanting begitu saja. Mereka yang dulu aku cintai begitu tegar membiarkan airmata aku mengalir di pipi, padahal suatu ketika dulu...jari²ku inilah yang mengelap airmata mereka. Bahuku inilah yang menjadi tempat mereka menangis dan tanganku inilah yang memeluk bahu mereka, menepuk²..memberi kata semangat untuk teruskan kehidupan. Namun bila tiba giliranku, masa sukarku...siapa yang tampil untuk mengelap airmata di pipiku? Di mana kawan² yang ku cintai itu?

Ternyata manusia...hanya inginkan waktu senang. Di kala itu, kita akan di puja, di sanjung, di beri kata-kata manis. Apa saja. Tetapi bila kita tersungkur jatuh secara tiba-tiba, semua hilang sekelip mata. Perlukah aku menangis mengenangkan manusia² durjana yang tidak berhati perut itu? Ya..memang sakit untuk menerima kenyataan. Semakin aku cuba menafikannya, semakin ia jelas di mata. Dan itu adalah hakikat yang tak dapat nak aku elakkan lagi.

Perlu apa untuk aku mengharapkan pada manusia sebegitu? Kawan hanya untuk bersuka ria, untuk ketawa dan bersenda. Ketika aku tidak mampu lagi menaburkan keriangan...aku di tinggalkan jauh ke belakang. Sama ada aku berlari, berjalan, terjatuh lalu merangkak...mereka tidak lagi menoleh untuk memaut tanganku walau ada ketikanya aku menjerit-jerit memanggil nama mereka. Tapi mereka tidak peduli.

Cukup sudah aku di tinggal dan di lempar sebegitu. Jangan pula sampai memijakku hingga lumat. Aku tak mampu untuk menanggung itu semua.

Aku tak akan bersuara apa-apa lagi. Biar aku merangkak. Biar aku bertatih...namun untuk menyaingi dan beriringan dengan mereka semula...rasanya tidak.

Aku tetap akan terus melangkah..biar di selaputi debu dan selut...biar seluruh tubuh berdarah di tikam..biar kaki dan tangan terkulai di pijak..aku akan bangun.

Itu janjiku...!


Posted by delacroix
Mistikus Cinta - Dewa

Ketika pertama kali
Jiwamu ingin selalu dekat
Dengan jiwaku yang belum bisa
Menterjemahkan segala
Arti pertemuan ini
Arti cumbu rayu ini
Yang mungkin bisa memusnahkan
Kenyataan hidup yang terjadi

Ketika jiwamu
Merasuk ke dalam
Aliran darahku dan meracuniku
Ketika jiwamu, memeluk hatiku
Dan biarkan jiwaku cumbui jiwamu

Ketika kamu, aku
Melebur menjadi satu
Dan hanya waktu yang mungkin bisa
Memahami apa yang terjadi
Apa yang sedang kurasa

Apa yang sedang kau rasa
Adalah cinta yang tak bisa
Dijelaskan dengan kata-kata

p/s : Jika bisa ku khabarkan pada sekalian alam bahawa segala isi hati, perasaan dan jiwa adalah milik kamu. Segenap ruang hati, degupan jantung dan seluruh sendi saraf telah kamu takluki. Bagaimana bisa aku menafikan?


Posted by delacroix
Aku baru pulang dari HR. Ambil GL untuk follow up seterusnya dengan Dr Ravindran di PMC besok. Sempat singgah di klinik panel untuk ambil surat referral dan doktor di situ sempat bertanyakan khabarku. Sampai dia dah cam muka aku ni. Mana taknya, setiap minggu muka aku saja yang berjumpa dia.

Sementara menanti GL di keluarkan, aku duduk di ruang menunggu. Tiba-tiba teringatkan tarikh hari ini. Ya..ulangtahun 'papa'. Segera aku capai telefon. Sekadar sms dan beri ucapan selamat hari jadi saja. Aku tak mahu menelefonnya. Nanti lain pula cerita. Ternyata sms dariku itu menggembirakan hatinya. Terus saja dia mengucapkan 'terima kasih sayang'. Aku sekadar senyum. Tak ambil pusing dengan kata-kata itu kerana dia selalu saja mengusik. Sms nya ku biarkan tidak berbalas. Menyedari aku mendiamkan diri, dia sms aku semula dan mengucapkan ayat yang sama. Aku biarkan lagi. Tak mahu menyesakkan kepalaku dengan asakan dan pertanyaan serupa itu.

Lepas waktu makan tengah hari aku pulang ke rumah. 'Papa' terus saja call. Tiba-tiba dia merajuk sebab aku tak beritahu dia bahawa aku sudah keluar dari hospital. Perlukah? Hmm..aku biarkan dia dengan rajuknya. Segala kata-kata sayang darinya aku letak ke tepi. Siapa aku di sisinya pun? Aku bukan sesiapa. Hanya teman. Aku tidak akan boleh meminta atau mengharap lebih daripadanya.

Namun kata-kata terakhirnya sebelum dia menamatkan perbualan, buat aku termenung seketika. 'Jangan di tanya lagi. U knw wat i mean and u shud knw. Ask urself..'

Lalu bagaimana?

Posted by delacroix
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates