Ku teringat hati
Yang bertabur mimpi
Ke mana kau pergi cinta
Perjalanan sunyi
Engkau tempuh sendiri
Kuatkanlah hati cinta

Ingatkan engkau kepada
Embun pagi bersahaja
Yang menemanimu sebelum cahaya
Ingatkan engkau kepada
Angin yang berhembus mesra
Yang kan membelaimu cinta

Kekuatan hati yang berpegang janji
Genggamlah tanganku cinta
Ku tak akan pergi
Meninggalkanmu sendiri
Temani hatimu cinta

Ingatkan engkau kepada
Embun pagi bersahaja
Yang menemanimu sebelum cahaya
Ingatkan engkau kepada
Angin yang berhembus mesra
Yang kan membelaimu cinta

Ku teringat hati
Yang bertabur mimpi
Ke mana kau pergi cinta
Perjalanan sunyi
Engkau tempuh sendiri
Kuatkanlah hati cinta

Ingatkan engkau kepada
Embun pagi bersahaja
Yang menemanimu sebelum cahaya
Ingatkan engkau kepada
Angin yang berhembus mesra
Yang kan membelaimu cinta...


'Perjalanan sunyi engkau tempuh sendiri...kuatkanlah hati cinta'..perkataan itu aku ulang berulang² kali di dalam hati. Ia menjadi satu azimat. Pemberi semangat tatkala tiada siapa yang tampil untuk memberi sokongan walaupun ada antara mereka di luar sana berkobar² dan berdekah² mengatakan sayang padaku...tetapi itu sekadar mulut manis untuk mengunci mulutku dari terus berkata-kata dan meminta.

Ada apa dengan sayang? Aku bisa saja mengungkapkan perkataan itu kepada sesiapa saja...walau berjuta kali jika aku mahu.Tak ada masalah. Tetapi aku tak bisa untuk mempermainkan 'sayang' itu kerana bagiku perasaan itu satu rasa yang sangat suci dan tulus. Mampukah aku untuk mengotakan kata sayang itu? Dapatkah aku selarikan rasa sayang itu dengan perbuatanku?

Aku bukan insan sebegitu. Berjanji sana sini. Mengucapkan sayang sana sini..tetapi tidak mengotakannya. Pernahkah aku memungkirinya walau sekali? Jika ada...katakan padaku supaya aku sedar di mana silapku. Aku bukan pinta tugu Taj Mahal...aku bukan pinta wang berjuta. Aku hanya pinta janji² itu dikotakan. Janji yang bukan di pinta oleh aku...tetapi yang di janjikan sendiri oleh kamu.

Aku ditaburi janji yang macam². Semuanya manis belaka. Kerana sayang...aku percaya. Kerana kasih...aku turutkan. Namun apa yang aku dapat? Huhh...hati yang sakit. Rasa yang kecewa, tertipu,marah...segala-galanya.

Pernahkah aku meninggalkan kamu barang sesaat ketika kamu memerlukan aku? Jika pernah...katakan supaya aku tahu kepincangan diriku. Pernahkah aku mengabaikan kamu saat kamu mendambakan sesuatu?Jika pernah, katakan...supaya aku ingat bahawa diriku tidak mengotakan janji.

Pernahkah kamu fikir walau sejenak...kenapa aku sanggup bersusah payah kerana kamu? Pernahkah terdetik di hati kamu walau seminit..kenapa aku sanggup melakukan apa saja untuk kamu? Pernahkah kamu duduk dan mengenangkan segala apa yang terjadi selama ini...kerana apa?

Begitu saja kamu mencampak aku ke tepi bila kamu tak memerlukan aku lagi. Bila saat aku memerlukan kamu di saat getirku...di mana kamu? Usah beri sebarang alasan. Katakan saja jika kamu sudah jelak...maka aku akan pergi.

Tetapi ingat...janji itu kamu yang beri. Dan aku tetap akan memegang janji itu sehingga mati...

p/s : Lagu kat atas tu aku tujukan kat diri aku sendiri...!
Posted by delacroix
Aku merenung kedua belah tanganku yang masih berbaki kesan cucukan jarum di sana sini. Serentak mata bergenang. Secara lahiriahnya sakit itu sudah tidak terasa. Malah ia lebih kepada hati dan perasaan. Bagaimana untuk menghadapi sebarang kemungkinan? Bagaimana jika telahan itu benar? Mampukah aku? Cukup kuatkah aku?

"I'm a bit worried because your white cells count is higher than normal compared to your platelet." kata-kata doctor panelku masih terngiang-ngiang di telinga. Dan disebabkan itu, aku di hantar semula ke Pantai. Dan sekali lagi aku ditahan.

Merujuk kepada keputusan pemeriksaan di klinik panel itu, aku sekali lagi menjalani ujian darah. Dan hasilnya...masih sama. Bilangan sel darah putih itu masih tinggi berbanding biasa.

"What can we do about it?" tanyaku pada doktor berbangsa India itu, seorang hematologist.

"It could be other illnesses. I can't give you any confirmation now until we are very sure about it. For time being, we just monitor you,your temperature and your fever."

Aku sekadar mengangguk. Dan kerana itu sekali lagi aku berkampung laman di Pantai. Bosan. Aku tak bisa menjamah sebarang makanan. Asalkan masuk, pasti keluar semula. Suhu badan turun naik. Tetapi aku masih bisa berjalan² disekitar wad, bertegur sapa dengan jururawat yang baik hati dan mencuci mata di tingkat bawah lobi sebaik saja drip di hentikan. Dengan jarum dan tiub drip yang berselerakan di tangan kananku, aku masih selamba melepak di Starbucks sambil minum kopi dan makan kek.

Naik atas, si jururawat mencariku. 'Nak masuk ubat' katanya. Aku mengangguk. Buatlah apa saja. Cucuklah seberapa banyak. Aku sudah tak kuasa nak melihat atau bertanya. Dan mukaku berkerut menahan sedikit sakit bila cecair berwarna kuning itu masuk melalui urat tanganku. Dan kerana itu aku berbaring saja sambil menonton Starmovie. Tak tahu cerita apa. Layan saja. Terasa kebas seluruh tangan. Namun ku diamkan saja.

Doktor datang lagi. "How are you doing girl?" dia senyum sambil memegang tanganku, memeriksa nadi. Aku sekadar angguk, lesu.

"Ok...but a bit weak. Still vomiting." ujarku, mengadu pada sang doktor.

"Ok..ok...that's common. But I can see your temperature now reduced. Its good."

"When can I go home?" aku merenung doktor itu.

"Turn around..." dia mengarahkan aku berpusing. Lalu dia memeriksa degupan jantung pula. Soalan ku di biarkan tidak berbalas.

"You wanna go home?"

Aku mengangguk. Doktor itu mengeluh. "Ok...if tomorrow morning your temperature ok...you may go home. But you have to come back here to redo the blood test. Ok?"

Aku mengangguk lagi. Itu saja yang terdaya ku lakukan.

"Good. Now please eat something to gain energy. Be strong ok." kata doktor itu ...senyum sebelum berlalu.

Aku cuba senyum, membalas senyumannya. Tetapi terasa pahit saja. Sepeninggalan doktor itu, aku hanya berbaring. Cuba menonton. Tetapi ubat yang ku telan membuatkan aku mengantuk. Lantas....aku tertidur.

Aku tidak bermimpi satu apa pun. Tidurku juga tidak lena. Setiap setengah jam pasti aku terjaga. Di tambah dengan si jururawat yang menganggu untuk mengambil suhu badan dan tekanan darah, buatkan aku tidak lena hingga ke pagi.

Dan pagi tiba...aku sedia menunggu kedatangan doktor berbangsa India yang boleh tahan kacaknya itu. Aku sedikit gembira kerana aku dibenarkan pulang hari itu. Dan bila sang doktor tiba dan memberitahu keputusan ujian darah tempoh hari, aku terduduk lesu. Hasilnya sama.

"Come again...we'll do another test ok? Dont make any assumptions yet." itu lah kata-kata terakhir doktor itu sebelum abangku tiba untuk mengambilku pulang.

Sepanjang perjalanan pulang, aku hanya membisu didalam kereta.Tiba dirumah pun aku sekadar mengurungkan diri dalam bilik. Tak makan, tak minum. Jika makan pun, semuanya pasti keluar semula.

Entahlah...aku tak tahu apa yang harus ku buat lagi. Menanti ujian seterusnya buat aku takut. Serasa tidak mahu menjalani ujian itu kerana aku takut untuk mendengar apa jua keputusannya. Biarlah aku tak tahu. Tidak mengapa. Daripada aku tahu, tetapi menyakitkan. Bukankah itu lebih berbaloi?

Posted by delacroix
Tepat jam 12 tengah hari tadi aku menerima panggilan telefon yang sangat2 aku nantikan sejak semalam. Melihat nombor yang tertera buatkan darahku berderau. Namun, aku pasti mahu jawap panggilan itu kerana aku perlukan jawapan. Lantas flip telefon aku buka..

"Good afternoon. This is Dr Bernardine." suara doktorku itu segera saja mencecah telinga.

"Yes doc. I'm waiting for your call."

"How are you today?" aku tahu doktor itu sekadar berbasa basi. Aku ingin segera tahu apa keputusannya.

"Sighh...ok. A bit weak."

"Where are you now?" mungkin sekadar mahu mencipta suasana, doktor itu masih berbasa basi denganku.

"At home, resting."

"Do you still have the fever?"

"You mean now? Yeah...but just a mild one. But it will get worst during night time."

"What time usually u have it worst?"

"Err...around 2-3 in the morning."

"Do you still have the Panadeine with you?"

"Yes.."

"Well...I have the result of your blood test with me now."

"Ok..whats the result then?" aku tak sabar untuk menunggu lagi.

"Look...your platelet count was on border. We still need to monitor that one. And..." doktor itu terhenti di situ.

"And..?" aku menanti kata-kata seterusnya.

"There was a bacteria infection in your blood which will make you feel weak and weaker."

Aku terduduk. Berita apakah ini yang aku dengar? Tuhan...kuatkanlah semangatku.

"Come again on monday...and we'll see about it ok. In a mean time, during the weekend if your fever still continues..dont wait. Go to the nearest clinic ok."

Aku kelu. Apa lagi yang harus aku katakan...semuanya bertimpa2. Dan aku sudah lelah...

"Ok doc. Thanks anyway. I'll see you on monday."

"Okay then. You take care ok."

Aku menutup flip telefon lantas mencampaknya ke tepi. Aku terduduk lesu, bersandar di dinding dan memeluk lututku sendiri. Aku membenamkan wajahku di situ. Keseorangan. Dan akhirnya aku menangis.....

Posted by delacroix
Cinta itu memerlukan pengorbanan. Harta, masa, atau nyawa sekalipun yang menjadi pertaruhannya...jika di tanya padaku...pasti aku pertaruhkan untuk kamu.

Tanpa aku sedar..aku sudah terlalu mencintai kamu. Rasa itu terlalu kuat .Terlalu hebat.Kenapa?? Seringkali aku bertanya kepada diri sendiri...ada apa dengan kamu? Kenapa kamu yang bertakhta di hati. Ramai lagi di luar sana. Tetapi kenapa kamu juga yang menjadi pilihan?

Jika aku bisa membelah dada ini dan menunjukkan kamu apa isinya, pasti sudah ku lakukan. Tiada lagi kata-kata yang bisa terucap. Tiada lagi puisi yang bisa ku ungkap kerna aku bukan sang pemuisi. Aku cuma seorang insan yang terperangkap dalam limpahan cinta kamu.

Jika kamu bisa mengerti...ketahuilah bahawa tiada insan lain yang dapat membuatkan degupan jantungku berdegup pantas seperti berlari di atas balapan. Tiada insan yang bisa membuat aku kelu untuk berkata2 bila berhadapan..melainkan kamu. Tiada insan yang dapat membuatkan tapak tanganku berpeluh setiap kali kamu melempar senyum. Hanya kamu.

Aku memejam mata sendirian di balkoni.. mengingati segalanya tentang kamu. Dan bila sesekali angin menyapu pipi, ia seakan menebarkan bau haruman kamu, bau kulit kamu..dan sentuhan kamu. Bisakah aku melupakan apa saja milik kamu? Kamu membuatkan segala2nya jelas untukku. Kamu membuatkan semuanya benar untukku. Bagaimana untuk aku menafikannya lagi sedangkan kamu adalah insan yang pertama menggoncang hatiku sebegini hebat.

Sedari pertemuan pertama, kaki ku sudah terpaku di situ. Dan kini, ia makin kuat terpahat. Biarkan ia berdarah lalu mengalir menjadi sungai sekalipun, aku tak peduli...kerna jawapannya cuma satu. Aku mencintai kamu...

Aku rindukan kamu..dan masa2 kita bersama...

Posted by delacroix
Tertutup sudah pintu
Pintu hatiku
Yang pernah dibuka waktu
Hanya untukmu
Kini kau pergi dari hidupku
Kuharus relakanmu
Walau aku tak mau...

Berjuta warna pelangi
Di dalam hati
Sejenak luluh bergeming
Menjauh pergi
Tak ada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak
Aku terdiam sepi...

Dengarlah matahariku
Suara tangisanku
Ku bersedih karna panah cinta menusuk jantungku
Ucapkan matahariku
Puisi tentang hidupku
Tentangku yang tak mampu menaklukkan waktu .....

Posted by delacroix
Sesetengah orang, memang sukar untuk menerima perubahan dalam hidup. Ada juga yang tak mampu untuk menerima perubahan. Malah ada juga yang suka berubah2 dan tak kurang juga ada yang suka kekal sebegitu. Aku tergolong dalam kumpulan yang mana? Kamu? Dia? Mereka? Siapa yang mampu untuk memberikan jawapan jika bukan kita sendiri. Aku? Hmm..secara jujurnya aku tergolong dalam kategori yang sukar untuk menerima perubahan. Baik dari segi negatif mahupun positif, Tetapi bukanlah tidak boleh menerima perubahan langsung. Boleh...jika kena gayanya.

Perubahan itu memang penting untuk kita terus melangkah meneruskan hidup. Bukan begitu? Siapa yang tidak mahukan perubahan.Tetapi perubahan yang macam mana? Kebaikan? Keburukan? Dan yang paling penting, pendekatan kita terhadap perubahan itu serta cara penerimaan terhadap yang merubah dan yang diubah.

Aku tidak menafikan aku memerlukan masa dan kesungguhan yang amat jitu untuk menerima perubahan.Hendaknya pula yang memberikan impak maksima terhadap diri. Siapa yang mampu untuk menerima perubahan yang mengejut dalam masa yang terdekat? Jika ada, kenalkan aku kepada orangnya kerana aku pasti akan mencungkil apa rahsianya.

Aku percaya..untuk meniti sesuatu perubahan itu, kita perlukan sokongan. Jika kita hanya menerima sokongan tidak lebih dari dua persepuluh...bagaimana untuk kita terus mengorak langkah?
Posted by delacroix


Cantik bukan? Brabus SLR Mclaren yang berkapasiti enjin V8 5.5 liter di perbaharui dengan new camshaft,fuel cooling system dan berkuasa kuda sebanyak 650hp. Kelajuan sehingga 62mph boleh dicapai dalam masa kurang dari 3.6 saat.

Menariknya mengenai SLR ini, setelah enjin kompressornya di tuned oleh Brabus dan kuasa kudanya meningkat sebanyak 24hp dari yang asal. Membolehkan pemandunya memandu secara maksimum sehingga mencapai kelajuan 209mph. Menakjubkan!



Tak perlu di bincangkan mengenai enjinnya. Sesiapa saja bisa jatuh hati melihatkan fizikalnya yang begitu menawan. Harganya? Ohhoo...usah di dekati sekiranya kamu tidak mampu. Jika kamu punya wang sekalipun untuk memilikinya, kamu perlu memikirkan pula bagaimana untuk menyelenggarakannya. Sakit bukan? Ahh..aku hanya mampu melihat Brabus ini dari jauh...di atas jalan..dan hanya melirik kepada sesiapa saja yang berjaya memilikinya. Pasti dia insan yang sangat beruntung....



Dan ini apa pula? Oh..Mini Cooper. Cantik, sporty dan seksi ketika
di pandu di atas jalanraya. Kapasiti enjinnya? 1.6liter, 16V engine dan
boleh mencapai kelajuan sehingga 100km dalam masa 9.1saat.Kelajuan maksimum boleh di capai sehingga 203km bersamaan dengan 120hp.

Apa yang menariknya mengenai Cooper ini? Ia tidak seperti
Brabus yang harganya memang tak terjangkau dek akal. Ia masih berpatutan. Masih bisa didekati dan masih tak segan untuk aku masuk ke showroomnya dan melihat-lihat.

Tetapi aku masih tak berkemampuan untuk memilikinya.
Sedih bukan? Jika aku rompak bank sekalipun,aku tetap gagal memilikinya kerana aku pasti akan dihumban ke penjara sesudah itu.

Sighhh.....
Posted by delacroix
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates