Seawal jam 8 malam, seorang temanku K sudah tiba di rumah dan bersiap. Teruja barangkali. Tetapi aku masih belum berkemas satu apa benda pun. Pulang dari pejabat mencecah jam 7.30 malam. Masih sempat duduk di atas sofa dan termenung. Nasib baik aku ternampak R di rumah depan yang sibuk keluar masuk rumahnya. Baru aku tersedar yang aku masih belum berkemas. Segera aku bingkas.Pada K, aku minta dia tunggu di bawah sementara aku mandi dan mengemas baju.

Jam 9, aku turun ke bawah. K terbaring di atas kapet. Caj bateri agaknya! Aku ajak K minum di gerai depan sementara menanti adik R tiba untuk menghantar kami ke Pudu. Minum dan sembang lebih kurang. Hampir jam 10 kami berjalan kaki semula pulang ke rumah. R yang rumahnya hanya beberapa langkah dari rumahku datang menghampiri.

“Jom..masuk kan beg dalam but.” Katanya. Aku sengih. Menurut saja perintahnya kerana aku menumpang adiknya yang baik hati dan sudi menghantar kami ke Pudu malam2 buta begitu. Perjalanan ke Pudu mengambil masa lebih kurang 40 minit kerana jalan sedikit sesak. Almaklum, malam minggu. Tiba di Pudu lebih kurang jam 2245. Bas yang akan membawa kami ke Mersing akan bertolak jam 2300. Sempatlah aku,K dan R membeli apa yang patut di Pudu itu sebagai bekalan ketika berada di dalam bas nanti.

2 orang teman lagi tiba, N dan S. Menjadikan jumlah keseluruhan yang ke Tioman hanya 5 orang. Aku tidak mengenali kedua mereka ini. N dan S asalnya merupakan teman kepada R. Tetapi mereka juga berkongsi minat yang sama seperti aku. Ok juga.

Jam 11, bas ke Mersing bertolak. Aku tak buat apa. Hanya tidur sepanjang perjalanan. Lebih kurang jam 2 pagi,kami tiba di Yong Peng. Bas berhenti rehat selama 15 minit. Sempatlah aku berlari ke tandas sebelum apa yang patut bertaburan. Almaklum, penghawa dingin bas terlalu sejuk. Menggigil-gigil dibuatnya. Sementara menanti yang lain ke tandas juga, aku dan K tunggu di belakang bas sambil smokok.

Jam 2.20 pagi, bas bertolak semula. Aku kembali meneruskan sisa-sisa kantukku yang berbaki. Dan tidurku terjaga bila pemandu bas membuka lampu dan menjerit “Bangun..Mersing...Mersing.” Bila sudah di jerit, maka semua penumpang yang rata-rata terdiri dari mereka yang hendak ke Tioman juga..bangun. Aku sempat mengerling jam tangan. 4 pagi! Turun dari bas, cuaca masih gelap dan berkabus. Aduhh...lamanya lagi mahu menunggu pagi. Menurut kata R, bot yang akan membawa kami ke pulau hanya akan mula beroperasi sekitar jam 11 pagi. Hampir histeria aku bila mendengar kata-kata R.Lama gila nak tunggu. Jeti pun masih belum buka. Jadi, ke mana hala tuju kami?

K dan yang lain2 mula merungut lapar. Tidak ada satu kedai pun yang beroperasi di situ. Nasib baik ada seorang abang yang mungkinnya bekerja di jeti itu ada sebuah restoran 24jam yang beroperasi dalam jarak 5 minit berjalan kaki. Maka, kami berlima pun mula menggalas beg masing-masing dan berjalan meredah malam yang gelap.

Pekan Mersing seakan mati bila tiba waktu malam. Jauh sekali bezanya dengan KL. Tiada satu kenderaan pun yang melintasi kami. Sambil berjalan, kami berbual demi menghilangkan rasa mengantuk dan janggal bila berada di tempat baru. Sesudah 5 minit berjalan, kami tiba di restoran yang di maksudkan. Order apa yang patut kerana masing-masing sudah lapar. Walaupun tak sedap, aku telan saja. Yang penting perutku terisi. Aku tak mahu perut kosong ketiba berada di dalam bot nanti. Bimbang mabuk dan muntah pula jika perut kosong. Sesudah makan, kami berpatah balik ke Jeti Mersing. Jam menunjukkan 6.20 pagi. Kami terus ke pejabat Sun Beach Resort dan mendaftar. Nasib memang baik kerana bot pertama ke Tioman jam 7 pagi dan kami di benarkan untuk check in awal. Rasa nak melompat pun ada. Tak perlu lah tunggu lama sehingga jam 11. Dah rugi sehari, tak gitu?

Dapat saja tiket kami terus ke pintu jeti. Di situ sekumpulan pelancong tempatan seperti kami sudahpun beratur. Agak-agak lebih kurang dalam 60 orang. Kami beratur bersama mereka. Dan semasa beratur itu, kami berkenalan dengan ketua kumpulannya,Abang Helmy seorang tourist guide yang merupakan seorang penyelam scuba. Wahhh...seronoknya! Memandangkan kami tinggal di resort yang sama, dia berjanji untuk membawa kami snorkelling bersama.

Jam 7 tepat, kami naik bot Bluewater. Boleh la dikategorikan sebagai feri. Tapi tak berapa besar. Kapasiti mungkin tak sampai 100 orang. Kami naik bersama group 60 orang dari Alpha One itu tadi. Perjalanan ke Tioman mengambil masa lebih kurang satu setengah jam. Laju juga bot itu. Berdesup mcm pelesit. Sesekali perut terasa geli kerana bot melambung di pukul ombak. Aku duduk di tepi tingkap. Setengah jam yang pertama, aku asyik memandang ke luar melihat laut. Sesudah itu, kantuk ku yang masih berbaki kembali terasa. Lalu aku memejamkan mata dan mula melayan tidur.

Aku tersedar bila kelajuan bot di perlahankan. Segera aku membelek jam di pergelangan tangan. 8.30 pagi. Aku menjenguk ke luar. Tioman terbentang di hadapan mata menanti kami keluar dari bot. Perasaanku melonjak girang. Rasa kantuk hilang serta merta sebaik saja menjejakkan kaki ke Jeti Kg Genting, Pulau Tioman. Aku menarik nafas sedalam-dalamnya dan menghembuskannya dengan puas. Terasa udara laut begitu menyegarkan. Di sekeliling, laut berwarna biru kehijauan seakan menggamit aku untuk terus terjun ke dalam air. Aduhh..tak sabar rasanya kakiku untuk mencecah air masin itu.

Aku menggalas beg...bersama K,R,S,dan N...melangkah menuju ke resort yang sedia menanti kedatangan kami bersama sekumpulan 60 orang itu tadi. Tiba di resort yang rata-ratanya semua berkonsepkan chalet, kami di sambut oleh orang-orang di situ. Sampai ke sudah aku tak tahu nama abang tu. Dia yang bertanggungjawab menguruskan segala-galanya buat kami. Dari bot, chalet,makan minum, dan snorkelling. Kami berlima di beri 2 buah chalet. Aku, K dan R berkongsi chalet. Manakala S dan N berkongsi berdua dan lokasi chalet mereka agak jauh dari pantai dan nun jauh di atas bukit. Kami bertiga bernasib baik kerana dekat saja dengan pantai dan dapatlah menikmati pemandangan laut.

Jam 10, S dan N bertandang ke chalet kami dan ajak makan serta ronda keliling pulau. Hari pertama kami Cuma bersantai dan buat aktiviti bebas kerana aktiviti snorkelling hanya akan bermula pada hari kedua. Sesudah makan di gerai yang berhampiran, kami berjalan terus ke Idaman, resort sebelah yang berhampiran. Di situ agak terpencil dan lebih sesuai untuk kami mandi manda. Makanya, tanpa melengahkan masa...K, R dan S terjun ke laut. Aku masih duduk di atas pasir,menulis dan memerhatikan gelagat mereka yang riuh rendah. Sesekali kedengaran tawa meletus. Aku turut sengih bila melihat K dan S berlumba berenang kuak kupu-kupu ala olimpik. Lawak! N pula sedang berkira-kira nak turun ke tidak sebab tengah bendera merah. Tapi melihatkan laut yang biru menggiurkan, dia sendiri tak tahan. Lantaklah..katanya. Aku sekadar sengih. Melihat mereka yang menggamit aku dari dalam air, meminta aku menyertai mereka di dalam air. Aku sengih lagi. Nanti...! jeritku.

Bunyi laut buatkan aku terkenang saat-saat yang berlalu. Laut banyak menyimpan sejarah suka duka aku. Sedih dan sayu. Tetapi aku tenang di sini. Bau laut yang semulajadi,angin yang segar sepoi-sepoi bahasa, laut yang terbentang luas di hadapan,saujana mata memandang...jauh dari hiruk pikuk kesibukan kota,jauh dari kerenah orang-orang di sekeliling..dan semestinya jauh dari kesibukan kerja di pejabat.
Hari tak panas. Mendung saja. Tapi tiada tanda-tanda nak hujan pun. Mungkin matahari di lindung di balik awan barangkali. Cuaca begitu memang sesuai untuk bersantai. Ah...baik aku campak pen ke tepi dan....terjunnnnnn!!!

Agak-agak kulit dah terbakar serta kecut kaki tangan,baru kami naik. Matahari pun dah tinggi dan mula terik. Kami naik ke chalet dan mandi . K dan R merungut sebab tak ada coverage handphone. Aku sengih. Bagus juga tak ada coverage. Aman dan tenteram. Takkan ada panggilan atau sms yang akan mengganggu percutian aku yang tenang ini. Lepas mandi, kami turun makan tengah hari. Makan biasa saja. Lepas makan, naik chalet dan rehat. Lepak dan sembang. S dan N pun dating ke chalet kami dan lepak. Pukul 5, semua terbongkang...hinggalah pukul 7.

Aku bingkas dan kejutkan ke empat-empat mereka. Aku nak keluar tengok matahari terbenam. Aku tak mahu lepaskan peluang itu. Capai topi untuk melindungi rambut yang serabai..aku terus turun ke tanah dan ke pantai. Laut surut. Dan di atas batu, aku duduk mengadap laut yang terbentang luas...menyaksikan matahari yang terbenam perlahan. Suasana mula merah jingga. Sayu mula meruntun hati. Aku pejam mata seketika. Angin laut yang menghembus dan menampar muka, buatkan hati makin sebak.Di layar mata, aku mula terkenangkan kisah itu...di tepi pantai juga segalanya bermula. Dan di tepi pantai juga kalimah keramat itu diucapkan di telinga..tangan saling bergenggaman dan mata saling bertentangan. Di tepi pantai juga janji-janji di ukir dan hati di kunci untuk mencurahkan kasih hanya pada yang satu. Bau haruman dan sentuhan...serta pandangan mata masih kekal jelas di segenap seluruh pelusuk pancaindera. Ya tuhan...kalaulah bisa aku ungkapkan kerinduanku yang tidak pernah terlerai...dan perasaan itu menjalar ke seluruh urat nadiku dari hari ke hari. Tuhan...kuatkanlah hatiku untuk menghadapi hari-hari yang mendatang.Jika boleh, hilangkanlah rasa itu terus dari membelenggu diri. Tak tahan sudah rasanya untuk aku menanggung beban yang sangat menyesakkan ini.

R datang menghampiri dan menepuk bahu. Segera aku mengesat mata yang bergenangan dan mengukir senyum. Bimbang mereka menyedari aku sedikit emosi, aku bingkas menghampiri mereka yang lain. Sesudah matahari terbenam, kami terus ke ruang utama resort untuk makan malam. Boleh tahan buffetnya. Kalau dah dekat pulau, tibai sajalah apa yang ada. Pasti habis. Lepas makan malam, kami terus ke kedai menyewa peralatan snorkelling. Hanya ambil life jacket dan goggle. Ada antara budak-budak Alpha One pun di situ dan menyewa peralatan snorkelling. Kami bertegur dan berbasa basi sesame sendiri. Apa salahnya. Walaupun aku dan kawan-kawan datang sendiri dan bukan dalam kumpulan yang besar..tetapi bila mengetahui ada yang akan menyertai kami sekali..terasa selamat dan yakin. Selepas itu, kami sekadar berjalan di sekitar dan ambil angin. Duduk di tepi jeti sambil makan kuaci. Sembang-sembang dan ketawa. Sambil itu tak pernah lupa untuk posing di setiap pelusuk pulau. Angin malam terasa sejuk menusuk tulang. Nasib baik aku memakai jaket,walaupun hanya berseluar pendek. Jam 10 lebih, kami kembali ke resort. Di gerai berhampiran kami terlihatkan Abang Helmy minum berseorangan. Dia menggamit kami, lalu terus saja kami menghampirinya. Dia ajak kami minum sekali. Ok saja dan kami sambung bersembang. Ternyata penyelam scuba yang ramah tamah itu banyak pengalaman dan pengetahuan. Seronok sekali berbual bersamanya.

Sedar tak sedar, jam hampir menunjukkan 1 pagi. Abang yang tidak ku tahu namanya itu datang menghampiri dan memberitahu jadual untuk keesokan hari. Kebetulan kami akan menaiki bot yang sama dengan Abang Helmy dan 60 orang yang akan membawa kami snorkelling. Lagi lah aku melonjak girang.
Balik chalet, kami tidak terus tidur. Masih sempat berbual. Hampir jam 2 pagi barulah masing2 tidur. Penting untuk cas tenaga demi hari esok.

Pagi tiba. R rajin mengejut aku dan K yang masih berbungkus berdua dalam 1 selimut. Hm..mengantuknya. Tapi R terus mengejutkan kami yang agak liat. Nanti breakfast habis...katanya. Lagipun janji untuk berkumpul jam 8 maka aku bingkas terjun dari katil dan terus masuk ke bilik air dan mandi. Sesudah bersiap, kami terus ke ruang utama resort untuk bersarapan. 10 minit kemudian, N dan S datang menyertai.

Selesai bersarapan, kami berkumpul di jeti. Bot Tunas datang menghampiri jeti lantas kami melompat naik ke atas bot. Aku dan kawan-kawan duduk di bahagian atas. Open air! Bot mulakan perjalanan. Cuaca agak mendung. Abang Helmy naik atas dan duduk di sebelahku. Harap-harap tak hujan...katanya. Kelindan bot yang kami panggil abang rambut ketak juga mengiakan. Nun di hujung lautan yang tidak bertepi itu sudah ada tanda-tanda hujan turun. Suram. Awan gelap mula berarak dan tiba ke arah kami. Aku mula terasa rintik-rintik hujan halus mencecah kulit. Laut mula bergelora. Dari perlahan mula bertukar ganas. Bot terumbang-ambing ke kiri dank e kanan. Sebahagian yang duduk di luar mula berlari masuk ke dalam bot mencari perlindungan kerana air hujan mula kasar dan menampar muka. Peritnya bila mencecah kulit tuhan saja yang tahu. R, N dan S mula berpindah tempat ke dalam, berhampiran dengan kapten bot. Tinggal aku dan K saja dan beberapa orang dari Alpha One yang semuanya lelaki duduk di bahagian luar bot. Masuk dalam...bahaya..kata salah seorang dari mereka. Sambil itu aku sempat menjenguk ke laut. Melihatkan keadaan geloranya seumpama cerita ‘The Perfect Storm’ buatkan aku ambil keputusan untuk bangun dan ke dalam. Itupun hanya setakat pintu. Keinginan untuk merasai pengalaman ribut itu membuak-buak dalam diri buatkan aku berdegil dan berdiri di tepi pintu masuk ke kabin saja bersama K.

Lebih kurang setengah jam kami mengharungi laut bergelora bersama ribut yang kencang...kelajuan bot di perlahankan. Tetapi keadaan masih teroleng-oleng dan terumbang ambing di tengah lautan. 3-4 orang dari kumpulan Alpha One mula mabuk dan ada yang muntah. R juga mula telan ubat tahan mabuk. Hahaha...nasib baik aku dan K tak mengalami masalah itu walaupun bot teruk di pukul ombak. Belum lagi terjun ke dalam air, kami dah basah lencun.

Kami tiba di destinasi pertama, Pulau Tulai. Kami di beritahu oleh abang rambut ketak itu bahawa di perairan pulau ini kebanyakannya hanya batu karang saja. Sebaik bot melabuhkan sauh, seorang demi seorang dari Alpha One terjun ke laut walaupun ketika itu hujan masih renyai-renyai. Aku dan kawan-kawan masih ragu-ragu sama ada mahu terjun atau tidak kerana melihatkan keadaan air yang masih bergelora buatkan kami sangsi. Tetapi melihatkan abang Helmy pun terjun maka kami tidak teragak-agak lagi dan....burrrrrrrr!!!!

Terjunan yang pertama buatkan aku tertelan air masin dalam kuantiti yang banyak. Perghhh..masin tak terperi. Terasa seperti sedang mengikuti kursus BTN pulak. Kena dera dan dipaksa terjun ke laut waktu ribut. Titik-titik hujan menimpa muka dan gelora laut yang tidak menentu buatkan aku sukar untuk mengawal pergerakan dalam 15min yang pertama. Gila! Kataku dalam hati. Tak pernah di buat orang, terjun ke dalam laut waktu hujan masih belum berhenti walaupun matahari mula menampakkan wajah. Tetapi kata abang Helmy..tak mengapa kerana cuaca itu akan bertukar baik sebentar lagi. Percaya akan kata-kata seorang yang berpengalaman seperti dia buatkan aku mula yakin. Aku menoleh kiri kanan. K tak nampak bayang. Begitu juga yang lain-lain. Makanya aku cuba la mengimbang-imbangkan badan sendiri agar tidak lemas. Almaklum, aku bukannya pandai berenang. Hanya semata-mata bergantung sepenuhnya pada jaket keselamatan itu. Aku mula mengenakan goggle dan corong pernafasan itu lalu mulakan aktiviti snorkeling. Tetapi sangat susah untuk kekal kerana laut masih bergelora. Tetapi demi mengexplore sendiri keindahan alam ciptaan tuhan, aku redah saja. Tonggang terbalik juga..hahaha. Sesekali berpaut pada K atau sesiapa saja yang berhampiran. Mereka tak kisah. Maklum dengan keadaan masing-masing yang tak berpengalaman.Hampir sejam aku di dalam air, mula terasa kaki kejang. Aku berenang perlahan menuju ke bot yang berlabuh agak jauh dari lokasi. Aduhh..penatnya. Aku hanyut agak jauh dari lokasi bot...buatkan aku makin tak berdaya nak berenang lagi..

***to be continued...**


Posted by delacroix
Aku senyum sendirian. Wajah si pemilik Brabus yang senyum sambil mengenyitkan mata tadi masih jelas terbayang di mata. Apa tidaknya, melihat dia beraksi di atas pentas sambil melontarkan vokal yang masih tiada tolok bandingnya, buatkan aku seolah-olah berada di awangan. Seperti separuh dari masalahku terbang sama sekali.

Si pemilik Brabus itu tidak berbuat apa2 padaku. Tidak datang menghampiri, tidak menghulurkan tangan untuk bersalam...maklum dengan lokasi yang sedikit sesak dan jarak yang agak jauh daripadanya...tetapi daripada lirikan dan senyumnya, dia tahu aku ada di situ. Seperti biasa, dia mengangkat kening. Aku sengih, memahami maksudnya.

Sepanjang 2 jam di stesen TV itu,mataku tertumpu sepenuhnya pada dia. Sesekali aku memejamkan mata dan membiarkan alunan suara merdunya itu menjalar masuk ke segenap seluruh pelusuk nadi. Terasa damai seketika. Dan bila aku membuka mata, dia tetap begitu, melemparkan pandang dan memberi senyuman yang tidak pernah putus. Aduhaii...

Dan bila dia mendendangkan ‘Penawar Rindu’...secara tiba-tiba mataku bergenangan. Aku cuba menahan, tetapi kolam mataku tetap tak dapat membendungnya dari berkaca-kaca. Apakah kerana vokal pemilik Brabus itu terlalu merdu? Apakah kerana lagu itu terlalu sedap? Atau kerana aku masih merindukan cinta yang telah hilang?

“Penawar rindu padamu seorang...
Kenapa selalu semangatku dikau puja
Penawar rindu padamu seorang...

Resah tak sanggup menanggung dijiwa
Salah tak tahu kasih bermula
Bermula peristiwa..
Dalam ingatan kasih tercipta...

Penawar rindu padamu seorang...

Senyuman ku beri sungguh bermakna
Tetapi sayang kau tak ketahui
Tak ketahui hingga merana
Meracun hati membawa diri

Penawar rindu...padamu seorang...”

Dan mataku terus berkaca-kaca.....



Posted by delacroix
Kau membuat ku berantakan
Kau membuat ku tak karuan
Kau membuat ku tak berdaya
Kau menolakku, acuhkan diriku

Bagaimana caranya untuk
Meruntuhkan kerasnya hatimu
Kusadari ku tak sempurna
Ku tak seperti yang kau inginkan

Kau hancurkan aku dengan sikapmu
Tak sadarkah kau telah menyakitiku
Lelah hati ini meyakinkanmu
Cinta ini membunuhku..
Posted by delacroix
Saturday, August 02, 2008 at 8/02/2008 03:41:00 AM | 0 comments  
Seminggu berlalu...dan aku sedikit lupa pada dunia luar kerna mendambakan diri pada ruang² kerja di pejabat. Hari pertama masuk ofis setelah 2 minggu tak bekerja rupanya mengundang rindu di hati teman² serta bos² yang baik hati. Rata² meteka datang hampir ke mejaku dan bertanya khabar. Wahh...ramai rupanya yang tahu. Mulut tempayan sungguh bos ku yang gatal itu. Akibatnya, terpaksa lah aku bermanis muka melayan mereka bercerita.

Sepupuku yang baru promoted datang menghampiri.."Nanti tengah hari lunch sama ok." Aku sekadar mengangguk. Bila dia menghilang, aku mengadap pc saja. Membuka inbox email yang jumlahnya hampir 2 ratus. Masak nak membalasnya. Tetapi aku gembira. Aku kembali pada kerja yang aku suka. Dan sepanjang masa berada di pejabat, aku membuang segala apa jua yang membelenggu diri. Seluruh perhatian aku curahkan pada kerja yang melambak di atas meja. Aku tidak ingat apa² lagi...

Seorang teman pejabat...sejak aku kembali dari bercuti sakit..kerap menjeling dan tersenyum. Pelik. Kenapa agaknya ya? Heh heh...hari pertama dan kedua..aku buat bodoh. Malas nak layan. Masuk hari ketiga, dia masih bereaksi sama...membuatkan aku tak dapat tahan hati lalu terus saja menegurnya. "Ada apa² yang tak kena ke kat saya ni?" Dia sekadar sengih. "Tak ada apa²." Itu saja jawapnya. Masuk hari ke empat dan hari ini...dia masih begitu. Entah apa kena...mereng kot. Rasanya tak ada pulak aku pakai selekeh sangat.Baju pun tak koyak. Kemas dan rapi aja. Perfume tetap pakai..rambut pun tak serabai. Mcm selalu..ok je. Tapi tak dapat idea kenapa sengihannya itu lain macam. Asalkan aku bangun dari kerusi, dia pasti angkat muka dan mencuri pandang. Macam lah aku tak nampak. Arghh..lantaklah. Dia nak pandang dan jeling aku sampai mata dia tercabut pun, apa kena mengena dengan aku. Biarlah...bukan rugi apa pun. Tapi syok juga...ada orang pandang² jeling²...hahaha.

Sehari dua ini, aku mengalami sakit tekak yang agak melampau. Tetapi suara masih maintain merdu. Cuma perit ketika nak makan dan minum. Batuk kembali menyerang. Tapi...tabiat lamaku masih tak dapat di halang. Smokok! Hm...entah lah. Aku seakan tak dapat nak meninggalkan benda itu buat masa ini walaupun aku tahu ia memberi impak yang terlalu besar pada tahap kesihatan aku yang sangat meruncing.

Baru hari ini aku dapat keluar malam. Sepanjang minggu selepas pulang dari kerja, aku hanya duduk di rumah dan tak dapat ke mana² kerana keretaku itu buat perangai. Ya lah..dah tiba masa untuk ditukar ganti barang² dalamannya...maka terpaksalah aku merabakkan poketku untuk kesekian kalinya. Hmm..nak buat macam mana. Temu janji untuk bertemu si pemilik Brabus semalam di Alam Sentral untuk menyaksikan rakaman aidilfitri terpaksa di batalkan.Menonggeng frust aku dibuatnya! Tak apalah...barangkali tak ada rezeki kali ini untuk berjumpa buah hatiku yang seorang itu...

Tentang hatiku yang tercalar? Apa lagi yang harus ku buat? Termenung? Bersedih? Meratap? Mengira bintang di langit? Apa guna semua itu? Walau sehebat manapun ilmu matematik ku...aku takkan dapat menghitung bintang yang bertaburan di langit dengan tepat. Aku tidak tahu berapa jumlahnya. Aku tidak tahu berapa sisi bucunya. Aku juga tidak tahu berapa kapasiti beratnya. Malah aku tidak tahu berapa jauh jaraknya ia dari tempat aku berdiri mendongak melihatnya. Aku tidak tahu. Jika di tanya pada Al-Khawarizmi,mungkin beliau ada jawapannya. Tetapi aku bukan ahli matematik ataupun astronomi teragung seperti dia. Aku cuma insan biasa..yang bekerja di institusi perbankan...

Let it be...itu lah yang sebaiknya.
Posted by delacroix
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates