Tiada guna kau berpatah arah
Jika niatmu meyambung kasih
Apalah ertinya disebalik
Tangisan atau rintihan

Untuk apa kau kembali lagi
Sekadar hanya untuk menyakiti
Cukuplah sudah di sini saja
Biar aku pendam duka

Hati sedih, hati pedih
Mengenangkan keindahan
Bersamamu...

Tidak ku sampai
Ke puncak sana
Apalah daya
Ku bertahan cuma
Di pinggiran
Yang memilukan...

Jauh sekali di sudut hati
Menyimpan dendam yang amat mendalam
Akan kusahut namamu oh! sayang
Sewaktu ku kesunyian...

p/s : Mungkin aku sudah kehilangan kata-kata, semenjak aku kehilangan kamu. Tetapi aku percaya, kamu akan selalu tahu bahawa dalam hati ini tetap ada kamu, tetap untuk kamu dan tetap milik kamu. Kamu bulan, bintang dan matahariku. Takkan aku hidup jika tiada itu semua. Tetapi mengertilah...mati sekalipun...aku tetap harus meneruskannya..


Salam aidilfitri buat kamu sayang, walau di mana saja kamu berada. Aku memohon ampun dan maaf..zahir dan batin di atas segala salah dan silapku selama ini. Jika aku menyakiti kamu, maafkan aku.Semoga kamu sentiasa diberkati dan dirahmati. Aku akan selalu mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kamu. Aku akan memohon supaya kamu sentiasa gembira. Jangan sesekali menangis, kerana aku tidak ada di sisi untuk menyapu airmata kamu. Tetapi jika kamu menoleh...aku akan sentiasa ada...di belakang kamu...seperti waktu dulu..

Angin~~..bawalah pesan ini kepadanya. Katakan..walau berjuta kalipun, aku tidak jemu untuk mengatakan aku tetap akan mencintai dia sepanjang hayatku...
Posted by delacroix
Aku sengih. Teringat bagaimana 'laling' merajuk denganku gara-gara aku membatalkan temujanji dengannya pada saat-saat akhir. Seperti biasa, alasanku bz dan punya appointment di luar. Lapuk! katanya..buat aku ketawa. Tetapi pada saat akhir juga, aku membatalkan temujanjiku yang lain demi kerana dia.

"Kenapa duduk situ? Sini.." dia menepuk² kusyen di sebelah, memberi isyarat menyuruh aku bangun dan duduk di sebelahnya.

Aku geleng. "Tak mahu.."

Dia membulatkan mata." Tak kira. Sini jugak.."

Akhirnya aku mengalah. Bangun dan duduk di sebelahnya. Terus saja tangannya di letakkan di atas pehaku.

"Kenapa susah sangat nak jumpa u ni? Dah 6 bulan I tak jumpa u tau. I msg, u tak reply. I call, u tak angkat. I leave msg kat friendster pun u buat bodo je. Apa yang bz sangat tu?"

Dia muncung. Tetapi tangan masih di atas peha. Aku sekadar sengih. Tak menjawab soalan itu kerana aku sendiri tak ada jawapannya.

"Ok..ok. Kan I dah datang ni. Dah..dah. Order what u want. Dah nak berbuka ni."

"Selalu macam tu. Tak menjawap soalan. Menyampah." dia jeling. Terus saja capai menu di atas meja dan pilih untuk buat pesanan.

Aku sekadar angkat kening. Eleh...

Selesai makan, dia tersandar kekenyangan. Waiter datang menghampiri lantas meletakkan sepotong brownies walnut di atas meja.

"Bila u order ni?" bulat matanya merenung brownies walnut yang mewah dengan coklat yang melimpah.

"Tadi. This is my favourite. Jom..kita kongsi. I bet, u mesti suka. Nah..rasa dulu." Aku suakan secebis ke mulutnya.

Dia nganga dan ngappp!!

"Sedap gila! Nak lagi..."

Dan tak sampai 5 minit....piring kecil itu pun licin.
Posted by delacroix
Demi tuhan..aku cintakan dia. Melihat dia terus ke dalam mata coklatnya, buat kasihku yang tidak terbendung terus melimpah ruah. Aku tidak mampu berkata-kata. Lidahku kelu. Kaki tanganku kaku. Hanya mata yang mencerminkan perasaan sebenar tatkala aku membalas huluran salamannya. Dia senyum, meratah setiap inci wajahku hingga aku tak berdaya untuk menatap matanya.

Aku cuba untuk tidak mencuri pandang. Tetapi dia terlalu indah untuk aku biarkan tanpa di tatap. Dada terasa mahu pecah dek menahan rindu yang tidak terbendung. Lalu aku tunduk, menahan airmata agar tidak tumpah. Menelan liur berkali-kali kerana semerta tekakku terasa tersekat dan kering.

Sewaktu ingin pulang, sekali lagi dia menghulurkan salam. Aku sekadar senyum, menyembunyikan gelisah di hati. Dan bila aku melepaskan tangannya, dia meraihku ke dalam pelukan. Erat! Aku terkedu. Lama dia merangkul dan seketika aku terasa damai. Terasa seperti amarahku lenyap sama sekali. Terasa seperti ingin terus berada dalam pelukannya untuk selamanya. Biarlah masa berhenti..aku rela..asalkan dia terus dalam pelukan ku sampai bila². Dan di sisi telinga dia berbisik ' i miss you so much..' aku mengangguk..terasa mataku mula berkaca. 'i miss you too'...kataku..tak dapat membohongi diri lagi. Biarlah dia tahu...biar dunia tahu..hanya dia seorang yang aku rindukan selama ini.

Dan dia pergi dalam kepekatan malam...membawa hatiku yang luka tetapi penuh rasa kasih yang tidak pernah akan padam.

Menuruti langkahnya..buat aku terus longlai..

Posted by delacroix
Kekecewaan itu sebenarnya tak pernah hilang. Malah berganda.pernah aku bayangkan jika kekecewaan ku itu mencapai tahap tertinggi..apa kemungkinan yang akan berlaku? Bunuh diri? Gila apa...macam orang tak ada agama. menangis hingga bengkak-bengkak mata? Cukuplah sepasang mataku yang kecil ini..jangan ditambah kecilnya kerana bengkak menangis. Lalu apa? Meraung? keluar airmata darahpun...keadaan tak kan berubah.

Rentetan dari kekecewaan itu, aku cuba bangkit. Dengan bantuan dari teman-teman rapat yang tak jemu memberi semangat..aku bangun. aku cuba untuk menebus kekecewaan itu dengan menabur benih-benih benci di hati supaya aku dapat melupakan.tetapi demi tuhan,makin aku tabur kebencian...makin rasa cinta itu mendalam.

Ya ampunnn...tolonglah berhenti berharap~...berkali aku berkata pada diri sendiri. Apa lagi yang kamu harapkan pada sesuatu yang tak pasti? Kamu dan dia cuma ada kenangan terindah. Itu saja. betapa kamu menyanjung tinggi cinta itu...ia telah berakhir..

Aku teringat pada kata-katanya dulu..."aku sayang kamu. aku mahu bersama kamu sampai bila-bila.aku berjanji kita takkan berpisah walau apa pun terjadi."

Aku memejam mata, setiap kali teringat ungkapan itu. dan di tepi kelopak mata, akan ada air jernih yang suam..mengalir perlahan. aku mengesatnya sendiri,bimbang di lihat oleh sesiapa. dan bila rindu..aku tak punya kekuatan untuk melihat gambarnya sekalipun. bimbang rindu itu terus tidak terbendung. aku sekadar berbaring, memejam mata..dan membayangkan wajahnya di dalam pandangan kelam itu. memadailah..

Aku kehilangan kamu...tanpa aku menyedarinya. Dan hingga kini aku masih meratap..menangisi kamu. Aku mahu kamu kembali..tetapi dalam masa yang sama, aku mahu kamu pergi membawa kekecewaanku ini sejauh mungkin. takkan ada ubatnya. tetapi aku tahu, mati pun takkan mengubati kecewa itu.

Lalu aku perlu bangkit, berdiri...dan melawan hari-hari mendatang.
Posted by delacroix
Jika di tanya..apakah yang paling aku suka di dalam cakerawala ciptaan tuhan ini, jawapanku cuma bintang. mengapa bintang? Ada apa dengannya?Cantik? Bersinar? Tinggi? Jauh?

Masa kecik-kecik dulu,kalau dalam buku latihan sekolah kita tu kemas,tak ada salah..bila cikgu semak..mesti bagi bintang. sape dapat bintang paling banyak...nama dia la naik kat papan kenyataan kelas. Bangga gile! makanya kalau aku buat 'spelling' ke, lukisan ke, latihan matematik ke, aku akan pastikan semua betul dan cantik sebab aku suka kumpul bintang. boleh eksyen dengan kenkawan..sape ke nama budak-budak tu..Nadia,Farid,Ong,Fitri,Aida,Yeoh..tah sapa lagi.yang paling suka berlumba, aku dengan Fitri lah. Asik tak puas hati je dia kalau bintang aku lebih dari dia.

Naik tahap dua..dah besar sikit..budak-budak pompuan mula gila melipat-lipat kertas dan buat bintang. macam-macam kalerlah yang keluar. sanggup beli kertas warna 5-6 jenis..potong panjang-panjang dan kecik-kecik..pastu lipat. bila dah habis lipat, picit-picit sikit bucunya bagi kembung. Lepas tu, simpan dalam botol kaca bagi penuh. tutup dan ikat dengan reben. Akhir tahun, bagi hadiah kat budak-budak lelaki. Best gile. tak pun masa hari guru..sepesen je cikgu dapat hadiah yang sama. Reben je lain.

Masuk sekolah menengah, aku dah tak main bintang dalam botol. Masa tu aku minat tengok bintang yang orang hias kat pokok krismas. Mak oii.. cantik gile. Kalaulah aku boleh bawak balik pokok krismas tu ke rumah.. nescaya aku hias dan gantung dengan bintang dan bulan. Tapi nak kena maki dengan mak aku? Apa jadahnya bawak balik pokok krismas? kapir ape?.

Lepas tu aku ada pergi lawatan sambil belajar ke Pusat sains dan planetarium..masa tu dapat la can guna binokular. Masa tu la nak meneropong segala macam benda yang ada kat langit tu. Bila dah explore semua, barulah aku tahu bahawa ciptaan tuhan itu sememangnya indah.

Aku ingat lagi, masa tingkatan 4..ada berlaku gerhana matahari. Memandangkan aku ambik aliran sains tulen makanya cikgu mewajibkan satu kelas pergi tengok. Makanya dari makmal..keluarlah segala macam teropong. lalu aku bertanya pada cikgu..."Cikgu..selalu kita dengar gerhana matahari dan bulan..gerhana bintang takde ke?" soalan aku itu di sambut dengan hilai ketawa kawan-kawan. Aku sengih. Cikgu aku pun sengih. Menggeleng dia tengok aku.

Aku tahu jawapannnya tidak ada. Tetapi mulutku saja gatal bertanya. Tetapi selepas itu, jika malam menjelang, pasti sesaat dua aku akan mendongak melihat langit..jika ada taburan bintang di situ..aku pasti akan melangut menikmati keindahan kerlipannya. Aku selalu berharap, ingin melihat tahi bintang. Kata orang..bukan senang untuk kita melihatnya. Puluhan tahun..baru sekali dia keluar. Tapi aku tak pernah berhenti berharap. Setiap kali aku mendongak melihat taburan bintang...aku panjatkan doa pada tuhan..izinkanlah aku melihatnya walau hanya sekelip mata.


Bertahun-tahun aku menanti dan terus menanti. Dan aku tak pernah jemu mendongak ke langit, mengharapkan apa yang aku hajatkan muncul di atas sana. tetapi aku hampa..belum rezeki agaknya. hinggalah pada tahun lepas, waktu aku sendirian di luar rumah,jam hampir subuh. aku melangut melihat bintang yang bertabur di langit yang cerah. subhanallah...cantiknya. dan waktu aku leka melihatnya..tiba-tiba..zuppp!! hanya sekelip mata! terlepas rokok di kedua jariku..terus aku kaku..tak bergerak. mata tak berkelip..mengharapkan ada lagi..zupp..zupp..zuppp! tetapi hanya sekali dan ku kira..tak sampai sesaat pun kepantasannya. terus aku panjatkan kesyukuran yang tak terhingga pada yang Maha Kuasa. dan semerta hati kecilku membuahkan hajat. yelah..kata orang, kalau kita melihatnya di langit..cuba buat hajat...insya allah tertunai. Sejauh mana kebenaran kata-kata itu, tak dapat pula di pastikan. tapi tak salah kalau kita mencuba. Kalau menjadi..apa salahnya. Hanya Dia yang maha mengetahui..kan?

Sesudah itu, aku makin kerap mendongak ke langit...mengharapkan ada lagi zuppp yang seterusnya. tapi hingga kini..aku hampa. aku selalu mencari cari bintang yang paling besar dan paling bercahaya sinarannya. kata orang tua-tua,jika kita sesat di hutan waktu malam...dongak ke langit dan carilah bintang timur. 'macam mana kita nak tahu bintang tu timur ke barat ke utara ke selatan?" aku tanya soalan bodoh pada arwah datukku dahulu. datukku menepuk-nepukk bahuku sambil senyum.."yang paling besar dan paling kuat cahayanya di antara semua...itulah bintang timur.insya allah,kamu akan dapat cari jalan keluar.."

aku tak pernah jemu mendambakan bintang...walaupun ia tinggi nun jauh di atas sana, ia tetap ciptaan tuhan yang terindah. dan ia tetap berada di cakerawala yang sama. dan di antara berjuta bintang di sana, bintang timur itu tetap menjadi kesukaanku.walau taburannya tidak sekata..bersepah di langit..mataku pasti mencari di mana lokasi bintang itu.

aku pernah cuba membaca makna bintang-bintang. aku baca melalui buku, cari informasi melalui internet...dan cuba memahami setiap makna bentuk bintang atau dalam ertikata yang paling mudah di fahami..zodiak. tetapi aku tidak faham. aku tidak mahir tentangnya...kerana aku bukan ahli kaji bintang. tetapi aku minat untuk mengetahuinya dengan lebih dalam, aku mahu menguasai pengetahuan itu. dan yang paling penting..aku mahu menikmati keindahannya..

Aku berbintang apa? hehh..aku hanya seorang Capri yang mempunyai hati yang rapuh tetapi dalam masa yang sama boleh menjadi keras. Capri seorang yang amat setia. Dia takkan sekali-kali curang walau di taburkan dengan segala macam godaan di depan mata. Capri tidak jatuh cinta sewenang-wenangnya. tetapi jika dia bertemu cinta, dia akan pastikan itu yang pertama dan terakhir. Capri sangat degil. Jika dia mahukan sesuatu, dia akan berusaha untuk mendapatkannya walau makan masa bertahun-tahun. Dan Capri seperti aku, seorang yang suka bersendiri dan berdiam. Capri lebih kepada mendengar dan memahami sebelum berkata apa-apa. Dan aku berani mengatakan rata-rata Capri adalah seorang pendengar yang setia.

Sighhh...ada apa lagi dengan bintang? takkan habis satu malam jika bercerita mengenainya. Takkan cukup satu muka surat jika mengarang tentangnya. Ciptaan tuhan yang satu ini amat luas konteksnya untuk di fahami dan di pelajari. aku tidak sehebat mana untuk menguasainya..

Lalu aku mendongak untuk kesekian kalinya...bintang-bintang terus berkelip..dan di sebalik kerlipan itu...muncul wajah kamu...

Posted by delacroix
Bulan...aku pernah berlari mengejari kamu. Tetapi di pertengahan jalan, aku menghentikan langkah kerana kamu terlalu jauh. Walau tak tercapai dek tangan, kamu masih tetap di situ. Terima kasih kerana masih setia menerangi malamku yang gelap tanpa bintang. Malam ini bulan penuh. Bila aku mendongak melihat bulan, aku terkenang kamu. Di situ juga ada bintang, cahaya cintaku. Aku rindukan kamu...dan aku rindukan bintangku.

Aku seperti ingin menangis di riba kamu. Mengadu kesedihanku yang tidak terungkap. Aku ingin luahkan segala-galanya pada kamu. Mahukah kamu menyapu airmataku? Mahukah kamu menjadi pendengarku yang setia? Mahukah kamu setia berdiri di sisiku tika aku memerlukan? Mahukah kamu menerima kekuranganku serta baik burukku?

Walaupun kamu bukan kekasih...namun kamu bukan sekadar teman biasa.
Posted by delacroix
Apa pun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apa pun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu ku lawan
Kesepianku…

p/s: 'Hadiah Dari Hati' yang di hadiahkan oleh seseorang, telah lama kubiarkan sepi. Cuma sejak akhir-akhir ini aku buka kembali sampul yang berhabuk itu lalu memasangnya. Aku berbaring di atas sofa, memejam mata..membiarkan 'Melawan Kesepian' menakluki seluruh hati.Sighh...pemilik Brabus ini tak pernah sekalipun mengecewakanku.

'Kata-kata kamu itu ada benarnya. Semoga aku dapat terus melangkah ke hadapan dan melawan kesepian itu...'
Posted by delacroix
Teringat pada kata-kata seorang teman..."Bila dia tak mampu berlari,kita bertatih bersamanya.Tetapi bila dia berlari,kita tak mampu mengejarnya."

Aku terdiam...sambil menyedut Marlboro sedalam-dalamnya...cuba mengupas isinya,cuba menelan setiap maksudnya supaya lumat didalam kepalaku. Namun hatiku seakan tidak mengizinkan..tidak membenarkan..dan menafikan tiap kebenaran itu.

"Aku memahami perasaan kamu yang terluka walaupun aku tidak mengalaminya seperti kamu. Berat mata memandang, berat lagi bahu kamu yang memikulnya.Aku juga pasti akan tersadung sekiranya aku di tempat kamu. Sebesar manapun pengorbanan kamu,hanya hati yang tulus tahu nilai sebenar."

Aku diam. Kolam mataku mula panas...

"Kamu sudah memberikan segala yang terbaik, yang kamu mampu untuk membahagiakan hatinya. tetapi kamu harus ingat,walau kamu melangkaui kemampuan kamu sekalipun...di mana tempat kamu?"

"Aku tahu di mana aku patut berdiri.." aku mencampakkan puntung rokok ke tanah.

"Bukan itu maksudku. Kamu harus bersama-sama dengan orang yang sebenar-benar menghargai kamu. Yang menerima kamu seadanya..menerima baik buruk kamu sepertimana kamu menerima dia ketika dia merudum jatuh ke bawah..ketika dia mempunyai segala macam kekurangan. Tidak adil untuk kamu terus begini, meratap menangisi dia. Sedangkan dia entah di mana, ketawa dan bahagia dengan dunianya. Di mana dia untuk kamu? Adilkah untuk kamu?"

Mataku mula berkaca. Temanku itu menyambung lagi...

"Pertama kali aku melihat kamu benar-benar mencintai..Aku dapat melihatnya di dalam mata kamu.Tetapi dalam hidup ini,biarlah orang mencintai kita lebih dari kita mencintainya.Jangan kamu berkecil hati...aku tidak nampak cahaya cinta di matanya untuk kamu.tetapi bila melihat kesungguhan kamu,ceria di wajah kamu setiap kali bercerita tentang dia,dan sinar mata kamu setiap kali kamu memandangnya..buat aku menghormati perasaan kamu itu."

"Sejak bila kamu menyedarinya?"

Temanku itu senyum sambil menepuk bahuku.

"Sedari dulu, sewaktu kamu memperkenalkan dia kepadaku. Aku sudah menyedari kelainan itu.Kamu sahabatku. Aku merasakan perit kamu. Walau kamu tidak mengatakannya, aku tahu. Aku mengikuti perjalanan
kamu,cerita suka duka kamu. Bangunlah sahabat...hidup kamu masih panjang. Masih banyak ranjau dan onak duri sebenar kehidupan yang perlu kamu tempuh. Ini pengalaman hidup kamu. Juga pengajaran untuk kamu.Jangan sia-siakan diri kamu untuk orang yang tidak mencintai kamu.Hati kamu yang carik dan luka, aku tidak tahu bagaimana mahu membantu.Tetapi ingatlah,kamu tidak berseorangan."

Ya...aku tidak berseorangan. Aku masih di kelilingi insan-insan yang masih mencintaiku. Yang masih mengharap balasan dariku. Yang masih tak jemu merenung masa depan bersamaku. Cuma aku...cuma aku yang masih tak berhenti berharap.... menunggu balasan dari insan yang meninggalkan. Betapa tongongnya aku!
Posted by delacroix
Sudah lama aku tidak melihat bintang. Aku jarang mendongak ke langit sejak akhir-akhir ini. Bukan kerana letih mendongak ke atas...tetapi kerana aku tidak nampak kerlipannya lagi. Kamu arif bukan...cuaca mendung sejak
kebelakangan ini. Bukan saja bintang atau bulan, malah matahari sekalipun kadang-kadang menyembunyikan diri di balik awan.Cuaca tidak menentu dan sukar aku ramalkan apa yang bakal berlaku..

Bila malam menjelang, aku sendirian di balkoni. Menghirup udara malam yang nyaman...dengan secawan kopi di sisi meja. Sesekali menyedut Marlboro,Sampoerna atau apa saja yang sewaktu dengannya demi mencari secebis ilham atau mengingati kenangan yang berlalu. Sesaat, aku bingkas...menjenguk ke bawah. Bunga di depan rumah kadang-kadang melempar secebis senyuman bila melihat aku duduk termenung. Tak mahu di katakan sombong, aku membalas senyumannya walau kadangkala aku memang tiada hati untuk senyum.

Sesekali telefon bimbit di sisi menjerit minta di angkat. Aku mencapai lantas melihat skrin. Ohh..hanya sms.
Adakalanya semua sms itu ku biarkan sepi tidak berbalas. Bukan sekadar sms, panggilan telefon yang mencecah Motorolaku itu pun kadang-kadang tidak ku layan. Bosan dengan deringan yang tidak berhenti, aku tukarkan nada deringnya kepada 'silent'. Tidak pun, aku tutup terus.

Leka dengan sebatang marlboro di jari..aku terus menyedut asapnya sedalam-dalam mungkin. Terasa sedikit sesak di dada. Maklum dengan keadaan yang sebenarnya tidak diizinkan untuk menikmati kenikmatan sedutan berasap itu..dan aku tidak peduli. Entahlah...apa lagi yang boleh melekakan aku selain dari itu? Namun begitu..terasa leganyaseketika. Ketagih? Ooo..aku belum lagi tergolong dalam kategori itu walaupun sejak akhir-akhir ini...aku tidak berhenti menyedutnya. Sampai bila? Tak pasti...tetapi itu adalah yang terbaik untuk aku dalam menghitung dan melalui hari-hari yang mendatang ini.

Jika aku tidak berfikiran normal maka lebih dari itu pernah aku lakukan. Memandu seorang diri di malam hari hingga jam 2-3 pagi...singgah di tepi laut..minum di kelab atau bar...dan pulang bila aku sudah tidak berdaya menghitung 123 atau membaca ABC lagi.

Kamu tahu kenapa aku jadi begini? Semuanya kerana kamu. Kamu yang bertanggungjawab merubah segalanya dari awal.. hingga ke hari ini. Baik positif mahu negatif, buruk atau baik,suka atau duka.Bukan aku menyalahkankan kamu atau takdir...tetapi jika ditanya mengapa aku selonglai ini..itu adalah jawapan yang paling tepat. Kerana kamu!

Aku tidak tahu dimana silapnya. Adakah kerana aku terlalu mencintai kamu? Mengharapkan kamu terus berdiri di sisiku selamanya? Menjalinkan hubungan dengan kamu sedari awal mula perkenalan? Atau silapku kerana jatuh cinta dengan kamu tanpa mencerminkan diriku sendiri? Aku bingung. Mencari-cari puncanya serta jawapan kepada setiap persoalan yang kamu tinggalkan. Sehingga kini aku gagal..

Bila setiap kenangan bersama kamu terpancar di layar mata dan hati...aku cuba menyelami saat-saat itu kembali. Aku cuba mengandaikan aku berada di situ..cuba mencari-cari kesilapan yang mungkin pernah aku lakukan hingga menyebabkan hati kamu dingin.

Aku tidak mengerti..adakah aku bertepuk sebelah tangan? Atau dalam ertikata lainnya 'syok sendiri'? Jika itu benar, apakah setiap ungkapan yang pernah terbit dari bibir kamu itu hanya lakonan semata? Puas aku memikirkannya. Tak mungkin!

Bila aku menyepi, merajuk membawa hati..kamu datang mencari. tetapi bila aku bersungguh dengan kamu..kamu berlalu begitu saja...seolah aku ini tidak membawa sebarang makna buat kamu. Permainan apakah yang kamu mainkan ini? Apakah sebenarnya yang kamu mahu dariku sedari awal? Apakah agenda kamu?

Walaupun aku tidak tahu apa motif kamu..apa alasan kamu..dan apa sebab kamu...telah ku katakan,seluruh degupan jantung ku terpahat nama kamu. Jangan kamu tanya mengapa atau jangan kamu pertikaikan lagi sedalam mana kasihku pada kamu. Jika tiada nilai sekalipun bagi kamu,bagiku...perasaan kasih dan cinta yang tumbuh mekar untuk kamu itu tidak ternilai walau kamu gantikannya dengan wang berjuta. Pernah seorang teman bertanya...soalan yang sama..sedalam mana cinta aku pada kamu. Aku hanya tersenyum lalu menjawab 'Aku bukan seorang yang puitis. tetapi apa yang bakal aku katakan ini adalah semata lahir dari hatiku yang tulus dan ikhlas.Aku hanya ada sekeping hati yang penuh rasa cinta,yang melimpah rasa kasih, dan yang menggunung rasa sayang. Andai di takdirkan..dia memerlukan apa saja daridiriku,tubuhku...untuk menyambung nyawanya..ambillah..aku rela.'

Soal temanku itu lagi.."Sampai begitu?"

Aku hanya menjawab.."Sesungguhnya aku tidak pernah mencintai seseorang sebegini dalam walaupun diriku sendiri."

Dan temanku itu tidak lagi bertanya bila melihat mataku mulai berkaca...

Ingatkah kamu..ketika kamu mempersoalkan sedalam mana sayangku pada kamu? AKu sangat marah kerana kamu mempertikaikannya. Kamu sudah tahu..tetapi kamu sengaja membakar aku dengan persoalan itu kerana kamu juga marah padaku. Bukan begitu? Sepatutnya aku yang bertanya soalan itu pada kamu. Sayangkah kamu pada aku sepertimana aku?

Kamu sering mengelak. Tidak seperti dulu sewaktu kamu memberikan cinta kamu padaku. Seribu alasan kamu berikan..hingga akhirnya aku sendiri muak dan bosan dengan alasan kamu yang setiap kali sama saja.

Kamu tidak lagi mencintai aku..atau sebenarnya kamu memang tidak pernah mencintai aku? Kamu sudah menemukan pengganti diriku dan tidak lagi memerlukan aku? Atau sebenarnya aku cuma tempat persinggahan ketika kamu kesunyian?

Sesungguhnya aku tidak akan pernah marah sekiranya kamu berterus terang untuk tidak meneruskan hubungan. Aku akan menghormati setiap keputusan kamu jika itu yang kamu ingin kan. Kamu tahu bukan..kebahagiaan kamu bermakna kebahagiaanku juga. Melihat kamu gembira adalah impianku sedari dulu. Tetapi mengapa kamu menduga kesabaranku dan kesetiaan cintaku dengan menyepikan diri dan membuat keputusan sendiri? Tahukah kamu..tindakan kamu itu membawa aku ke dalam kehancuran...

Aduhai sayang...luluh hati bila mengingati tiap bait-bait kata kamu yang amat melukakan dan menghinakan.
Terpaku,terkelu,terdiam,terkesima dan ter ter ter lagi...kamu hujani diriku dengan kata-kata yang menghiris tanpa belas kasihan...tanpa memikirkan sama ada aku akan terluka atau tidak. Yang penting kepuasan hati kamu..

Ya..lukanya mungkin tak nampak di mata. Tetapi bagi yang mereka yang bisa membaca hatiku dan bahasa tubuhku..mereka melihatnya. Mereka merasakannya...

Temanku itu berkata lagi."Aku risaukan kamu. Melihat kamu begini, aku tahu..sebenarnya tubuh kamu tidak sakit. Tetapi jiwa kamu yang cedera, yang parah..yang luka. Aku melihatnya melalui mata kamu yang bening..tidak bersinar seperti dulu. Mengapa sampai begini?"

Aku yang terlantar di katil hospital hanya mampu memberikan jawapan padanya dengan genangan air jernih yang bertakung di kolam mata. Dia tidak lagi bertanya...cuma merenung aku yang terus melayan emosi...menepuk-nepuk bahuku yang lesu tak bermaya. Aku sekadar membiarkan...

Kamu tahu..aku cuba meneruskan kehidupan tanpa kamu di sisi. Tanpa senyum kamu, tawa kamu, suara kamu...segala-galanya tanpa kamu. Aku cuba kuatkan hati. Aku katakan pada diri sendiri..kamu bukanlah segalanya bagiku..kamu bukan tempat untuk aku menghentikan langkahku..tetapi sayang...bisakah aku membohongi diriku sendiri? Bisakah aku menjalani hari-hari tanpa kamu yang telah menguasai seluruh hati dan jiwa?

Aku hanya berpura...meneruskan hari dengan gembira...berlibur dengan teman-teman dan mengisi masa terluang dengan siapa saja yang ingin bersama. Hakikatnya setiap saat...hanya kamu yang aku fikirkan. hanya kamu yang berada di hati..dan jika bisa..ingin aku terbang menemui kamu..untuk menyatakan betapa aku merindukan kamu selama ini. Tetapi..kaki dan tanganku kini terpahat..terpasak ke bumi..aku tak bisa terbang ke arah kamu yang jauh nun tinggi di langit. Aku tidak lagi berlari meniti pelangi indah seperti suatu waktu dulu. Aku terleka di bawah limpahan warna-warna cinta kamu lalu tersadung jatuh ke bawah. Jangan kata untuk terbang ke arah kamu semula..untuk menggapai sinaran kamu pun belum tentu aku mampu sekarang ini sedangkan kamu terus terbang tinggi...tanpa menoleh ke bawah lagi.

Walau kamu tidak lagi menoleh ke bawah...ketahuilah...kita tetap berada di cakerawala yang sama..Selagi bumi tuhan ini masih bernyawa...selagi itulah cinta aku pada kamu tetap ada..

Aku di bawah ini tetap berharap bintang kamu itu terus cerah sinarnya. Jangan ada awan yang meliputi sinaran itu kerna aku pasti akan meminta pada tuhan supaya membawa awan mendung itu pergi. Doaku selalu mengiringi kamu. Di penghujung doaku..selalu aku bermohon.."Tuhan..kau berkatilah hidupnya.Berilah kebahagiaan padanya,tunjukkannya jalan yang benar.Berilah kesejahteraan padanya. Limpahkan dia dengan segala keberkatanMu,kurniakan dia kegembiraan yang tidak berpenghujung.Ampunkan segala dosa-dosanya. Sesungguhnya dia insan yang amat aku cintai dan aku redha dengan ketentuanMU. Hanya Kau yang Maha mengetahui segala-galanya..."

Serentak Marlboro di jari terlepas ke lantai..lalu aku tersentak. Rupanya pembakaran tembakau sudah ke penghujung dan mencucuh jari. Aku bangun dari kerusi..mengemas cawan kopi dan mencapai telefon bimbit. Sebelum masuk ke dalam..aku sempat mendongak melihat langit...dan ada bintang di situ. Aku memejam mata...lalu wajah kamu terbit di dalam pandangan kelam itu dan tersenyum. Aku menghela nafas panjang...cuba melepaskan kerinduan yang tak pernah padam.

Selamat tidur sayang...walau di mana saja kamu berada. Aku mencintai kamu...dan akan terus mencintai..meski kamu telah pergi dan meninggalkan sisa-sisa cinta kamu untuk aku kutip dan memujanya..

Lalu aku berpaling..masuk ke dalam dan sempat mengesat mata yang basah...
Posted by delacroix
Aku selalu memikirkan kamu. Tak pernah sesaat kamu hilang dari ingatan..apatah lagi dari hati. Berjauhan dengan kamu buat aku resah. Mendiamkan diri dengan kamu buat aku tak keruan. Tapi apakan daya...kamu sendiri tahu kenapa aku jadi begini. Ingin sekali aku terbang menemui kamu, memeluk kamu erat..melepaskan rindu yang menyesakkan dada. Bagaimanakah caranya untuk aku melepaskan diri dari rasa yang terus membelenggu ini? Katakanlah jika kamu tahu jawapannya...

Setiap saat...dan di setiap degupan jantung...aku rindu kamu..

Aku sayang kamu...terlalu dalam. Dan selamanya begitu...

Posted by delacroix
Setelah 8 bulan..aku menjejakkan kaki semula ke teratak milik ayahanda bonda. Seingat aku, kali terakhir aku pulang, Januari lalu. Biasa saja. Tiada apa yang menarik untuk di ceritakan. Sesampai di hadapan pintu pagar, seperti biasa aku akan keluar dari kereta dan tolak sendiri pagar untuk masuk ke dalam. Parking di tempat biasa di tepi patio..matikan enjin dan keluar. Aku menghirup udara segar sedalam2nya..melepas nafas dan lelah sebelum buka but dan punggah barang. Barang? Tak ada lah barang apa pun. Cuma beg galas ku yang berisi sehelai 2 baju..itu saja. Aku cabut kunci..tutup pintu kereta..campak selipar ke tepi dan melangkah masuk. Suasana sunyi macam selalu. Bukan ada sesiapa pun di rumah. Hanya kedua orang tua itu saja. Selesai bersalaman, aku menguak daun pintu bilik. Bilik itu seperti selalu. Tak ada yang berubah. Segala posisi barang di dalamnya tak berganjak. Aku campak beg ke tepi...lalu menghumbankan tubuh ke atas katil. Hmm..rindunya.

Buah hati kesayanganku itu juga pulang kali ini. Aku tidak berenggang dengannya. Ke mana saja aku cempung tubuh kecil itu, walau aku sedang menggoreng ikan di dapur. Terhibur aku dengan keletahnya yang pelat. Yang tak duduk diam, yang nakal. Dan kerana kenakalannya itu semalam, buah hatiku itu menerima habuan 5 jahitan di dagunya! Melompat aku menerkam ke arahnya bila melihat dia tersadung lalu terjatuh ke lantai. Dagunya terhentak dan serentak suaranya bergema seisi rumah. Ku fikirkan dia hanya terjatuh biasa saja. Tapi bila melihat darah mula mengalir dari mulut dan meleleh di sekitar dagunya, buat aku panik. Abangku segera mencempungnya masuk kereta lantas ke Pantai. Masuk ER..doktor mengesahkan luka itu sedalam 3cm dan perlu dijahit. Aduii...aku pula yang terasa ingin menangis melihat buah hati kecilku itu tersedu2. Kesiannya. Darah merah membasahi bajunya. Melihat itu, doktor itu segera memanggil seorang 'surgeon' untuk memulakan tugas menjahit. Makanya, buah hatiku itu meraung-raung menjerit macam nak pitam sehingga terpaksa di biuskan. Selesai 5 jahitan dan di beri ubat...dia tertidur.

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, ku lihat mata abang dan kakak iparku merah. Aku memandu tenang, tidak mengungkit kejadian itu lagi. Sampai saja di rumah...ayahanda dan bonda yang baru pulang dari masjid pula tembak dengan soalan tidak berhenti. Mata ayahanda jelas kurang selesa dengan penjelasan abangku mengenai kejadian yang menimpa cucu sulungnya itu. Mata bonda bergenang melihat buah hatiku yang tertidur dengan dagu yang bertampal. Aku sekadar diam. Sesudah meletakkan dia di atas tilamnya dan mengucup dahinya, aku keluar dari bilik lantas ke dapur mencari secawan air.

Tiada siapa yang harus di persalahkan. Kejadian itu berlaku di hadapan mata. Bukan salah sesiapa...

Dan pagi ini..ketika bangun tidur..aku lihat buah hatiku itu duduk di hadapan pintu bermain dengan kucing. Aku senyum..lalu panggil namanya. Dia menoleh...tersengih...'meow..meow..' katanya...menuding jari telunjuk comelnya ke arah kucing itu. Aku senyum lagi...menghampirinya lantas memeluknya erat...
Posted by delacroix
Kau selalu di hati
Tidak ku dekati
Dua dunia kita berbeza

Cinta itu buta dan juga boleh membutakan
Melukakan dan sukar untuk kita lupakan
Aku cinta padamu hanyalah ungkapan
Luahan yang jarang bermakna bila diucapkan

Ini pula cerita cinta sang pujangga bukan arjuna sita
Bukan cinta dan rangga
Mungkinkah khayalan akal mainan minda
Atau lamaran puitis dengan hasrat yang indah

Kau selalu di hati tidak ku dekati
Sentiasa ada mata jahat yang memerhati
Tapi ku tak runsing tidak mungkin rinduku pusing
Lihat wajahmu di setiap penjuru
Senyuman di kaca kisah mu ku baca
Perjuangan kita sama duka mu ku rasa
Aku pasrah saja pada yang Esa
Kerna ku tahu dua dunia kita berbeza

Kau selalu di hati
Tidak ku dekati
Dua dunia kita berbeza

Suka di kala malam termimipi-mimpi
Rindu di kala siang mencari-cari
Kasih sebenar tidak bertukar tidak sebentar
Walau dipisah lautan direnangi gelora
Dan kadangkala hanyut bagaikan buah ara
Malu sering bersua tapi jarang bersuara
Kenapa bercinta jika kesudahannya pasrah
Kerana bila dilamun indahnya tidak terkata
Tersimpan hasrat tiada siapa yang mengerti
Harapan menggunung sampai penghujung dinanti
Dipegangkan janji tetap ratu di hati
Dengan izin tuhan kan bersama kapan hari pasti
Sabar menanti kesabaran diuji
Berdoa dalam sujud sejadah ditangisi
Aku pasrah saja pada yang Esa
Kerna ku tahu dua dunia kita berbeza

Kau selalu di hati
Tidak ku dekati
Dua dunia kita berbeza

Perjuangan seni kita tidak berpenghujung
Jangan tinggal batu bernama tak berpengunjung
Cabaran menikam , kau tidak pernah bermurung
Tetap tersenyum walau kesedihan menyelubung
Bukan rupa paras mu yang jadi ukuran
Atau suaramu yang jadi bahan tuturan
Ku bukan mahu hubungan tapi kejujuran
Hadiah sepatah dari mu satu kesyukuran
Tapi bila bertentang mata tidak terbentang kata
Wajah mu yang cantik manis lagi
Senyuman sepasti mentari timur tiap pagi
Realiti sukar diatasi
Tapi kesudahan indah harus bermula dengan fantasi
Ku rasa terhoyong-hayang antara dua dunia
Biar khayalan ku melayang.....

Kau selalu di hati
Tidak ku dekati
Dua dunia kita berbeza...

P/s : Sejenak aku terfikir, dua dunia yang berbeza itu siapakah yang membezakannya? Di mana perbezaannya? Dan apakah yang membezakan kita? Bisakah aku memasuki dunia kamu itu yang penuh dengan khayalan? Atau kamu menjejakkan kaki ke duniaku yang serba kekurangan? Aku tidak selayaknya...maka kamu?
Posted by delacroix
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates