When this began
I had nothing to say
And I get lost in the nothingness inside of me
I was confused
And I let it all out to find
That I’m not the only person with these things in mind
Inside of me
But all the vacancy the words revealed
Is the only real thing that I’ve got left to feel
Nothing to lose
Just stuck, hollow and alone
And the fault is my own, and the fault is my own...

I wanna heal, I wanna feel what I thought was never real
I wanna let go of the pain I’ve held so long
(Erase all the pain till it’s gone)
I wanna heal, I wanna feel like I’m close to something real
I wanna find something I’ve wanted all along
Somewhere I belong...

And I’ve got nothing to say
I can’t believe I didn’t fall right down on my face
I was confused
Looking everywhere only to find
That it’s not the way I had imagined it all in my mind
So what am I
What do I have but negativity
Cause I can’t justify the way, everyone is looking at me
Nothing to lose
Nothing to gain, hollow and alone
And the fault is my own, and the fault is my own...

I will never know myself until I do this on my own
And I will never feel anything else, until my wounds are healed
I will never be anything till I break away from me
I will break away, I'll find myself today....


Posted by delacroix
Aku menutup tv. Seketika melepaskan nafas yang tersekat sejak dari semalam.Lalu aku berpaling, menuju ke komputer riba yang terpasang sejak pagi di atas meja. Aku buka folder feveret, dan di situ...deretan gambarnya tersimpan. Mataku segera berkaca bila terpandang saja wajah itu. sebetulnya aku tidak mampu lagi untuk menatapnya. Aku tidak lalu lagi untuk menyimpan apa saja kenangan bersamanya meskipun aku tahu...kenangan itu terlalu kuat untuk aku singkirkan. Tetapi cuba kamu semua fikir, apakah aku tega untuk terus hidup begini? Sampai bila harus aku meratap?

Sayang...aku mencintai kamu sedalam-dalam hatiku. Aku yakin itu. Tetapi aku tak mampu lagi untuk hidup dalam bayangan kamu yang sentiasa menghantuiku siang dan malam. Aku tak mampu untuk berlagak seperti biasa, seperti dulu..seperti tidak ada apa-apa yang berlaku kerana aku tahu...antara kita ada kenangan yang tercipta. Kamu tidak mungkin mengerti isi hatiku. Kamu mungkin boleh berbuat biasa..kamu mungkin kuat untuk melupakan apa yang pernah terjadi antara kita. Tetapi bagiku tidak semudah itu.

Aku sudah lelah...aku bosan..mengikuti rentak kamu yang tidak pernah seirama denganku. Aku cuba sehabis dayaku untuk membahagiakan hati kamu..tetapi hatiku sendiri tidak bahagia. Lalu bagaimana? Kamu masih mahu aku berdiri di tempat yang sama..tetapi kamu sendiri yang tidak mahu berdiri di sisiku.Lalu bagaimana? Kamu meninggalkan aku...tetapi dalam masa yang sama..kamu masih tidak mahu melepaskan aku. Kamu dera hatiku, kamu seksa ia dan kamu hiris ia tanpa ada belas. Lalu bagaimana? Kamu tabur pelbagai janji..tetapi kamu memungkirinya. Lalu bagaimana?

Sebetulnya kamu tidak pernah mencintai aku bukan? Aku saja yang bodoh, menerima kamu dan memberikan seluruh jiwaku pada kamu. Mengadakan segala yang terbaik dan termampu untuk kamu. Sedangkan kamu? Layangan SMS pun kamu tidak mampu berikan...lalu bagaimana? Bagaimana lagi untuk aku memujuk hati sendiri untuk menerima kamu sebagaimana yang kamu mahu sedangkan kamu sedikit pun tidak membantu untuk memperbaiki keadaan.

Jangan letak kesalahan di bahuku semata. Jangan pinta aku berubah jika kamu sendiri tidak berubah. Aku bersedia menurut kehendak kamu. Tetapi aku tidak boleh melakukannya berseorangan. Jika kamu berkeras...sejuta kali aku juga boleh berkeras. Aku sudah terlalu letih memikirkan kamu. Aku sudah penat memuja kamu. Aku sudah lelah mencintai kamu...

Aku tidak kisah..apa saja anggapan kamu padaku sekarang. Nak kata bisu, pekak, bosan, rimas, muak..katalah. Sebetulnya apa yang kamu rasa itu..sama dengan apa yang aku rasa terhadap kamu.Aku benci kamu sayang...aku benci. Kerana kamu tak pernah membiarkan aku tenang walau sesaat. Kamu menghantuiku... kamu muncul dalam setiap mimpiku...malah kamu berada di mana-mana...dalam bas, skrin komputer,
di tingkap pejabat, di pintu lif. Buka atau pejam mata tiada bezanya..wajah kamu tetap di situ. Gila aku dibuatnya.

Sayang...dengar sini. Dunia kita berbeza. Bintang kita juga tak sama. Antara aku dan kamu tak mungkin bersatu...walau atas nama teman sekalipun. Aku tak mungkin dapat menukarkan status cinta itu kepada kawan. Tidak! Mungkin benar kata kamu dahulu, kita tiada jodoh. Perit untuk aku melepaskan kamu. Tetapi aku harus. Kerana aku tak mungkin dapat melupakan kamu sekiranya kamu masih berlegar di hadapan mata.

Mengertilah...apa lagi jalan yang ada di depanku melainkan terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Aku korbankan perasaanku...kasihku, dan cintaku..untuk kehidupan yang lebih baik..demi kamu terutamanya. Aku hanya mahu melihat kamu gembira. Aku mahukan yang terbaik buat kamu. Aku mahu kamu miliki segalanya yang sepatut untuk kamu. Tetapi aku tidak mampu memberikannya. Maka untuk mendapatkan yang terbaik...sesuatu harus dilepaskan sebagai galang ganti.

Aku tidak akan boleh bertemu kamu lagi. Aku tidak akan boleh menatap wajah kamu lagi. Aku tidak akan boleh bercakap dengan kamu lagi...kerana semua itu akan membuatkan hatiku makin berdarah. Aku sudah kehilangan kata-kata...dan sebaiknya aku terus membisu...dan membiarkan kamu terus mengharungi hidup kamu yang semakin terang sinarnya..

Sayang...jangan kamu panggil lagi namaku. Kisah kita takkan abadi..kerana kamu hanya kekasih gelapku. Biarkan aku berpaling dari kamu..dari cinta kamu kerana itu yang sebaiknya.

Dengan linangan airmata..aku menulis kisah ini. Pergilah...jangan kamu menoleh dan menyebut namaku lagi kerana sepatah yang keluar dari bibir kamu...ibarat meletakkan leherku di tali gantung. Aku relakan kamu pergi. Dan kamu..lepaskan juga aku buat selamanya. Sampai di sini saja kamus cinta aku dan kamu..kronologi aku dan kamu...cerita aku dan kamu...

Aku tetap mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan kamu..dunia dan akhirat. Aku tetap akan memohonkan yang terbaik buat kamu. Bahagia kamu..bahagia jugalah buatku. Aku tak mampu untuk menyokong kamu lagi seperti dulu. Aku tak bisa berjalan beriringan dengan kamu lagi. tetapi aku akan sentiasa berada di belakang... di kejauhan..memerhatikan kamu...kerana aku mencintai kamu...dan perasaan itu takkan pernah berubah sejak dari detik pertama kali aku bertentang mata dengan kamu..sehinggalah aku menutup mata.

Aku mohon ampun dan maaf jika aku tak bisa menunaikan permintaan kamu..atau apa saja yang pernah aku janjikan. Aku tak punya kesempatan. Aku mohon ampun..sekiranya aku menyinggung hati kamu...

Aku tidak pernah menyesal...kerana mencintai kamu...perkara terbaik yang pernah berlaku dalam hidupku.

Terima kasih di atas kenangan indah itu. Walau cuma seketika...kesannya sepanjang hayat akan ku tanggung. Aku pernah bahagia bersama kamu. Dan juga derita...kerana kamu.

Aku tak mungkin mampu membuang kenangan itu. Sesekali aku rindu, aku akan memejam mata..atau mendongak langit mencari bintang. Dan bila wajah kamu muncul di situ dan senyum...aku akan berkata 'Selamat tidur sayang. Jika kamu tidak bermimpi sekalipun, ingatlah..bahawa ada insan yang akan terus mencintai kamu selamanya..dan itu adalah aku.'
Posted by delacroix
Menyayangi kamu..sepenuh hatiku
Menyanjungi kamu..setinggi awan biru
Mengagumi kamu..sedari dulu
Menjaga kamu..setiap langkah sepatu
Melindungi kamu..dari sengat dunia yang datang bertalu
Memanjai kamu...selayaknya anak kecil belum bercerai susu
Cuma...
Mencintai kamu...tak bisa berlaku..
Kerana..
Aku menyayangi..bukan mencintai..
Aku sayang kamu...seadanya..
Kerana kamu...
Selalu ada untukku...


p/s :
Pilihan itu di tangan kita. Ingat kan apa yang pernah kita bualkan dulu? Kita memang berhak memilih. Tetapi sekiranya sesuatu itu telah ditakdirkan bukan menjadi milik kita...sampai bila pun ia tetap takkan jadi milik kita.

Aku selalu bimbangkan kamu. Aku tak mahu lagi melihat duka di wajah kamu. Kamu berhak bahagia. Dan aku adalah orang yang paling gembira di dunia sekiranya suatu hari nanti kamu berbisik di telingaku dan berkata 'aku telah menemukan insan yang bisa membahagiakan dan menjagaku sepanjang hayat. Bagaimana?'
Dan kamu akan mendengar aku membalasnya...'Pastinya dia insan terpilih diantara yang terbaik untuk kamu. Maka, jika kamu bahagia...sudah tentu aku akan merestui kamu..kerana aku sangat sayangkan kamu..'

Mungkin kamu bukan insan yang bertakhta di hatiku.Mungkin kamu bukan insan yang berjaya mencuri hatiku.Pokoknya..kamu bukan insan yang aku cintai. Tetapi...kamu umpama chandeliar yang menerangi ruang tamu rumahku. Kamu umpama penghawa dingin yang menyejukkan ruang dalam keretaku...damai..dan tenang. Kamu umpama matahari...sentiasa ada...sentiasa muncul di siang hari..menerangi bumi..walau hujan..walau mendung.

Terima kasih kerana hadir sama melawat bonda tercinta di hospital. Dan terima kasih juga kerana setia melawatku di Pantai 2 hari sesudah itu. Kehadiran kamu..kekuatan bagiku.

Untuk kamu...apa saja yang terbaik pasti ku pohonkan.

Kerana kamu selalu ada untukku...pasti aku juga akan selalu ada untuk kamu.

Posted by delacroix
Aku jarang menghubungi kamu sejak akhir-akhir ini. Aku sudah tidak ke sana. Sms juga lama tidak mencecah henpon..baik kepunyaanku..mahupun kamu. Sibuk kah kamu? Banyakkah kerja kamu di pejabat? Aku? Hah..usah di tanya. Sibuk sangat. Jangan di ganggu aku ketika waktu pejabat. Baik panggilan telefon mahupun sms. Semua takkan di layan. Kecualilah yang terkecuali saja.

Apa khabar kamu? Masih slim? Atau sudah 'mok-mok'? Haha...kata kamu di dalam telefon tempoh hari..kamu sudah gemuk. Hmm..aku tak boleh nak bayangkan. Tapi kalau setakat berat masih tak melepasi 50kg...bukanlah gemuk namanya. Cuma perasaan kamu saja yang merasakan kamu berisi lebih daripada biasa. Baguslah.. daripada kamu kurus kering tinggal tulang..aku lebih bahagia melihat kamu berisi dan makan sepenuh jiwa.

Aku rindukan kamu. Teringin benar aku mahu ke sana, menghabiskan masa dengan kamu. Jalan-jalan, minum-minum, makan-makan...atau apa saja. Asalkan dengan kamu. Ingat tak masa bulan puasa yang lalu. Kita berbuka bersama. Kamu tahu, itulah saat paling seronok. Macam mengulangi apa yang pernah kita lalui dulu. Membeli juadah di pasar ramadhan, pulang ke rumah kamu, aku buatkan air untuk kita berdua (walaupun hakikatnya aku tetamu di rumah kamu), melepak di balkoni ambik angin dan kamu akan menemaniku berbual hingga ke tengah malam. Bila aku mengantuk...kamu sorongkan bantal dan aku akan terlelap di ruang tamu hingga ke pagi. Jika bekerja, aku akan pulang bila jam mencecah 5.30 pagi. Jika tidak, aku akan tunggu kamu bangun, bersiap dan menghantar kamu ke pejabat. Sesudah itu barulah aku pulang ke rumah dan menyambung tidur.

Aku tidak tahu siapa yang sibuk. Aku atau kamu. Kecil hatikah kamu jika aku membisu saja? Maafkan aku. Bukan sengaja aku diam menyepi tanpa berita. Tetapi kamu arif bukan dengan situasi ku sekarang. Aku harap kamu mengerti.

Kamu tahu...setiap kali aku mendongak ke langit...dan bila melihat pada bulan..aku akan senyum kerana aku tahu..kamu juga sedang melihatnya. Tetapi bila pandanganku beralih ke sisi..ke arah bintang-bintang...senyum di wajah mulai pudar. Dan secara automatiknya mataku mula bergenangan.

Kadang-kadang, aku pernah berharap...alangkah bagusnya jika kamu yang menjadi bintangku. Tetapi itu semua tak mungkin terjadi. Kamu tetap bulan..dan takkan menjadi bintang sampai bila-bila.

Hmm..asyik bercerita tentang bulan dan bintang. Di mana mataharinya ya?
Posted by delacroix
Cinta selembut sutera? Lembut ke? Macam mana nak tau? Apa cara untuk merasanya? Apa alat untuk mengukurnya?

Aku tak tahu nak mengkategorikan cintaku itu lembut atau keras, panjang atau pendek, sejuk atau panas, tinggi atau rendah. Pokoknya..bila cinta itu sudah berakar umbi di ruang hati yang paling dalam...siapa yang tega untuk menghalaunya keluar?

Kata orang, hati kita ni ada banyak ruang untuk di simpan. Ada ruang untuk kawan-kawan, ada ruang untuk keluarga..macam-macamlah. Ada sebilangan insan-insan dalam hidupku pernah mengisi ruang-ruang itu. Tetapi ruang paling dalam itu..yang jauh terperuk di dasar..yang pintunya belum pernah di buka..yang singgahsananya belum pernah di rajai...tiba-tiba di takluki kamu. Aku tewas...kerana ruang itu belum pernah di goncang sebegini hebat.

Ada ada dengan kamu? Rupa? Hmm...boleh lah. kalau nak di kategorikan cinta kerana paras rupa..aku boleh cari lebih dari itu kalau aku mahu. Material? Lagi aku tak heran. Ada apa dengan kebendaan. Aku hidup dalam kesederhanaan. Jika aku mahu sekalipun..aku mampu mengadakan apa yang aku mahu. Status? Hehh...penting ke?

Itu semua bukan alasan mengapa aku mencintai kamu. Kamu adalah kamu...dan takkan boleh di samakan dengan sesiapa pun di dunia ini. Ingat lagi jawapanku dulu bila kamu bertanya sejak bila aku mencintai kamu?

Sejak pertemuan pertama? Kedua? Ketiga? Bila? Entah lah sayang..aku tidak ingat. Yang aku ingat, setiap saat kamu tak pernah lekang dari hati.

Aku cuba baring...melontar tubuh ke atas sofa. Pejam mata dan cuba untuk tidak mengingati masa-masa lalu. Tetapi setiap kali aku pejam mata, bayang kamu akan menjelma. Lalu aku akan merengus marah..kerana hati tak pernah aman. Aku bangun...buka peti sejuk, capai botol air..lalu teguk perlahan..mengharapkan panas di hati melebur.

Aku rindu. Sungguh. Tak terbendung rasanya. Tapi aku harus melawan rasa itu. Aku tak mampu luahkan kerinduan itu. Dan bila rindu itu hadir...ruang paling dalam itu bergetar dalam nada yang tidak terungkap. Terasa ingin menangis kerana menidakkannya. Sakit..kerana dada terasa seperti ingin pecah. Lalu aku baring sambil pejam mata. Kamu hadir lagi di situ...dan senyum...

Aku menarik nafas panjang. terasa sesak di dada makin menggunung. Aku mengurut dada perlahan.Sedikit tercungap. Lalu penawar sementaranya..cuma inhaler yang tidak pernah sekalipun berenggang dariku..

Dua kali sedut..dan aku terbatuk. Dada makin mencengkam. Peluh menitik di dahi. Jemari mula menggigil.

Aku lemparkan inhaler ke dinding. Bersepai!

Sighhh....
Posted by delacroix
Dah sebulan aku berperang dengan perasaan sendiri. dah 2-3 tempat aku cari...tapi masih juga tak beli. Boleh je kalo nak beli, tapi entah. Ada je yang tak berkenan di hati. Cerewet barangkali. Teringat pada kata-kata seseorang yang selalu merungut mengatakan aku ni cerewet baik dari apa segi sekalipun. Kenangan itu membuahkan senyuman di bibir. Alah membeli menang memakai. Betul kan? Jika kita di beri pilihan...tentulah kita mahukan yang terbaik. Apatah lagi kalau pilihan itu bertaburan di depan mata. Tak salah kalau melabur sedikit, asalkan hasilnya memuaskan. Pilihan itu kita yang tentukan, sama ada kita mahu atau tidak. Kuasa di tangan kita. Tiada siapa yang boleh memaksa. Sebagai contoh, jika kita di hidangkan kaki atau bontot ayam..yang mana keduanya kita tak pernah sentuh seumur hidup...tegakah kita untuk menjamahnya? Lalukah tekak untuk menelannya? Cerewetnya..ataupun..memilih betul la dia ni. Itu sebahagian dari kata-kata yang sudah lali aku dengar. Jika mencuba sesuatu yang baru dan berlainan itu tidak salah. Tetapi bagi yang kurang
gemar atau tidak akan menggemarinya langsung...pasti itu cubaan pertama dan terakhir baginya. Aku? Tempoyak pun aku tak makan...nak suruh aku makan kaki ayam? Jangan haraplah. Biarkan orang kata aku Perak murtad, aku tak heran. Biarkan orang kata aku makan lauk budak sekolah..aku tuli kan telinga aja.
Kata seseorang 'kita perlu mencuba sesuatu yang lain sebagai asahan diri supaya jika berlaku sesuatu..darurat misalnya..tak ada nasi..takda ayam, ikan..kita sudah biasa dan boleh makan apa saja'. Wohhoo..petikan ayat itu buatkan aku tersengih. Setakat tak makan nasik tu..biasa je. Boleh la makan benda lain lagi. Tapi rasanya tak perlu la sampai nak makan kaki ayam kalau badan ayam nye ada, kepaknya, pehanya ada..betul tak?

Baru-baru ini 'Papa' menghubungi ku. Dia dah pun berhenti dari firma senibina tu. Nak freelance.Tumpu pada Forex katanya. Ya..bagus untuk dia. Papa sudah punya capital yang kukuh. Apa yang dia perlu buat...online 24jam, tinjau bloomberg dan mengawasi turun naik pasaran matawang dunia terutamanya USD. Itu saja. Seronok kan? Goyang kaki...cukup bulan ambik faedahnya saja. Kalau sehari saja dia boleh dapat 3-4ribu USD...sebulan? Itu pun bukannya trade hari-hari. Adoi papa..bahagianya. Dia ada ajak aku join sama...tapi sayang..aku tak punya masa. Tak punya wang juga untuk melabur. Heh heh...lalu bagaimana? Lagipun
forex itu sesuatu yang baru untuk aku belajar. Kena tumpu sepenuhnya.Ya..walaupun aku bekerja di institusi perbankan, tetapi aku bukanlah arif sangat mengenai pelaburan Forex ni.Hanya pakar saja yang berani mengambil risiko untuk melabur. Nantilah dulu. Manual yang papa beri dulu pun belum aku sentuh lagi. Pening nak membacanya...lalu...aku pilih untuk menangguhkannya dulu.

Cakap mengenai membaca...sebenarnya aku dah lama juga tak membaca. Bukanlah tak membaca langsung. Maksud aku..membaca bahan bacaan macam suratkhabar, majalah atau pun buku. Entah kenapa...sejak akhir-akhir ini aku seakan fobia dengan bahan bacaan itu. Aku tak menonton berita, tak baca paper, tak beli
majalah...semuanya tak. Jika buka tv, aku hanya biarkan ia terpasang begitu saja sedangkan aku mengadap laptop dan menonton dvd. Apa saja aku belasah. Jika hujung minggu, sampai 3-4 cerita sekaligus. Naik bengkok aku. Kejap duduk, kejap berdiri, kejap baring. Macam-macam aksi dan gaya. Suratkhabar di
pejabat..aku biarkan sepi tidak berusik. Sudahnya...besok pagi..ayamma tu kutip bawak balik. Macam tu lah hari-hari. Bila online begitu juga. Aku hanya check email dan balas mana yang perlu. Jenguk blog. Update apa yang patut. Friendster? Jika nak upload gambar saja. Jika tak..takdelah. Ada beberapa teman sebok suruh aku join Facebook. Apa bendanya tu..pun aku tak tau nak huraikan sbb tak pernah ada inisiatif nak pergi jenguk. Aku pun bukanlah Super IT sangat. Mana yang perlu saja baru aku gunakan. Yang lain? Tunggu lah jika ada masa, barulah nak explore.

Explore? Hmm..core leave bulan 12 ni apa aku nak buat ya? Nak mengexplore apa dan di mana? Nak ke pulau, monsun pula. Panjat Kinabalu? Hmm..menarik. Mmg aku akan ke sana satu hari nanti demi memenuhi hajat yang tidak tertunai. Patutnya bulan 5 dulu aku ke sana. Tapi ya lah..ada aja halangan. Apartment HSBC
pulak dah penuh sampai May2009. Kalau tak, boleh juga taruk nama. Bayar 20-30 hengget untuk 1 malam dan nahhh...aku di beri apartment 3 bilik! Pilih saja sama ada Fraser, Cameron, Penang, Langkawi hatta PD sekalipun. Mana saja aku suka asalkan ada kekosongan. Tapi tu lah...bila kita di beri terlalu banyak pilihan..
sukar pula untuk kita tentukan yang mana harus kita pilih. Ikutkan hati..semua nak pegi. 2 hari di Fraser, 2 hari di Cameron...begitulah seterusnya hingga genap 2 minggu. Boleh begitu?


Party in Planet? Nak pegi ke tak nak?


p/s : Seorang teman minta aku membelikannya sesuatu yang tak pernah aku beli seumur hidup! Tabik spring pada diri aku sendiri kalo aku berjaya mengcover muka untuk membelinya. lemah kepala lutut tiap kali dia meminta. Adoii...dah berkali aku tangguhkan. Tiap kali lalu kat depan kedai yang sama, aku jalan cepat2...tak mau suara keinginannya itu mencecah kepala otak aku ni. Tapi tak beli kang...tak sampai ati pulak. Brape sen sgt la pun harganya..tapi tu la...tang mana aku nak sorok kan muka bila nak pilih n bayar kat kaunter? Konpom amoi kedai tu senyum2 kat aku..ishhh..bukan takat kaki tangan berpeluh..rasa nak menitik airmata pun ada. Huwaaa...

Nak tau benda apa yang aku kena beli tu?

Pantyhose!

Iskkk...

Lalu bagaimana?


Posted by delacroix
Seseorang pernah berkata...'Kamu sayangkan seseorang..dan kamu korbankan sesuatu yang kamu tidak ingin hilang dari hidup kamu..iaitu perasaan cinta kamu..untuk kehidupan yang lebih baik. Itu sangat mulia. Dan kamu bukan seorang pengalah. Kamu mengangkat ungkapan 'cinta itu pengorbanan' sebagai suatu realiti.

Ada pula sebilangan teman yang membaca blog memberi komen 'kenapa semua cerita sedih?' ada juga yang cakap 'siapa dia? sayang betul ko dgn dia.kesian ko.' malah ada yang berkata 'lepaskan..dan buka hati pada yang lain. kamu akan rasa lebih tenang.'....aku sekadar senyum. tidak menggeleng, tidak mengangguk,
tidak menerima dan tidak pula menolak. hak masing-masing untuk memberi pendapat.

Ada yang datang menghampiri, ingin mengubat luka di hati. Ada yang meraih bahu dan memimpin tangan menuju jalan yang cerah. Ada yang setia di sisi...menemani di kala suka dan duka. Lalu apa yang aku balas untuk keprihatinan mereka? Tulikan telinga, bisukan bicara dan butakan mata hati jiwa. Aku mungkin boleh menjalani kehidupan secara zahirnya seperti orang lain. Bangun pagi..pergi pejabat..kerja...berinteraksi dengan orang..malam pulang ke rumah..atau keluar berlibur. Tetapi jiwaku tetap luka...

Terubat seketika bila beberapa hari sudah, bos ku yang cantik menawan itu menghulurkan tangannya dan berkata "well done". Apa lagi...tersenyum sampai telinga lah aku. Bukan kerana dapat salam tangan bosku yang lembut dan licin itu..tetapi kerana progres kerjaku yang katanya meletup² sejak 3-4 bulan ini. Wahh..betul ke? Rasa mcm tak percaya. Dan kerana itu..buatkan aku lebih bersemangat untuk ke pejabat. ZZ hanya senyum memerhati. Aku sekadar angkat kening. Hati berbunga riang. Lalu khabar itu aku sampaikan pada seorang teman yang menjadi kesayanganku...sekadar ingin berkongsi. Walaupun aku kecewa, hampir putus asa dan rasa tidak ingin hidup lagi lalu aku mengabdikan diri pada kerja yang pada asalnya menjadi impianku...cita-citaku...yang nyaris terkubur dulu...kini kembali bersinar. 4 bulan lalu..aku hampir gagal. Point aku cukup makan. Tiada siapa yang tahu. Jika point aku tidak mencukupi, jawatanku tidak akan di sahkan..dan..perkhidmatanku boleh ditamatkan bila-bila masa mengikut kehendak majikan. Tetapi syukur..aku tetap berjaya melepasi syarat. Dan saat bos cantikku itu menyerahkan surat pengesahan jawatan..aku sekadar lihat 'tajuk'nya saja. Sesudah itu aku campak ke dalam laci. Tak berminat untuk membaca isi kandungan seterusnya. Bagi ku sama saja. Tiada apa yang mampu merawat kesedihan dan duka yang lama bersarang di hati.

Sesudah itu, aku kerap berfikir... siapa yang mahu membantu aku jika aku tak bantu diri sendiri. Aku harus buktikan pada mereka bahawa aku berada di tempat yang betul untuk membina karier yang lebih kukuh. Takkan kerana kecewa, aku nak musnahkan segala yang aku usahakan sejak dulu. Tidak! aku harus bangkit. 'To be a champ...you have to believe in yourself when nobody else will'.

Dan benar kata sesetengah orang, kadang-kadang kerana kecewa...kita mampu untuk bangkit dan menjadi lebih baik dari yang sebelumnya.

Untuk teman yang ku cintai...'ketam gemuk' itu pasti akan aku tunaikan satu hari nanti. Di minta bersabar ya...

Tapi..untuk menggantikan cinta...sepertimana saranan mereka..bukanlah semudah yang di kata. Menggantikan cinta bukanlah semudah memakan coklat. Sukar untuk aku buang rasa yang bertakhta di hati sejak sekian lama biarpun cinta itu telah pergi. Pencinta agungkah aku? Menanti dan terus menanti sedangkan aku sudah tahu tidak ada jalan lagi untuk aku melangkah bersamanya.

Aku tidak sekali-kali berdendam. Aku akan memaafkan setiap apa jua salahnya. Bukankah memaafkan itu adalah lebih mulia dari yang meminta maaf. Dan itu mungkin adalah sumbangan terakhir yang boleh aku berikan padanya...

Airmataku tidak lagi berlinangan, mahupun berkaca² ataupun bertakung di kelopak. Semuanya telah ku sedut masuk ke dalam...dan aku akan pastikan air jernih itu tidak dibazirkan lagi walau setitik.

Tuhan..cuma Kau saja yang mengetahui betapa tulusnya hatiku mengasihi dia..
Posted by delacroix
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates