Setelah berapa lama dia tidak menjengah masuk ke dalam mimpiku..malam tadi dia hadir.

Seakan realiti...dia senyum..ketawa..merenung ke dalam mataku..memegang tanganku. Dan aku melangkah masuk ke rumah..duduk di sofa itu, dia buatkan kopi dan sandwich..dan makan bersama. sighhh...saat itu terlalu indah..dan aku tahu aku takkan dapat lagi merasainya..

Hatiku tersiat..bila melihat dia..walaupun hanya dalam mimpi..
Posted by delacroix
Mungkin aku yang agak emosi...tiba-tiba terasa yang bukan-bukan. Sekadar menyedapkan hati. Tapi..entah lah. Lewat kebelakangan ini, aku bukan seperti biasa. Tak demam pun. Tak sakit. Famili ok. Kenkawan pun ok. Cuma...hatiku sedikit bergetar.

Tak tahu...

Bingung...

Bila aku pejam mata..aku tahu aku rindu..

Sighh...

Kamu tahu?
Posted by delacroix
Jauh dalam hati,aku tahu aku tak pernah berhenti dari terus merinduinya. Apa khabar dia? Sihatkah dia? Gembira ke dia dgn life dia sekarang?

Walau sejuta kali keinginanku membuak dan melimpah untuk tahu semua itu..namun aku tak akan mampu untuk membuka mulutku lagi. Aku tak akan mampu untuk melihat dia sekalipun menerusi kaca atau dari kejauhan.

Tapi bila aku memejam mata, suaranya terdengar-dengar. Tawanya tak pernah berubah. Dan di situ,hatiku bergetar.

Sighhh...rindu untuknya bertandang lagi.
Posted by delacroix
Tuesday, December 01, 2009 at 12/01/2009 12:44:00 AM | 0 comments  
I started to missed my notti princess! Agak bimbang bila memikirkan dia kena buat semuanya kat sana.

p/s: Tak suka bila orang-orang yang berada dalam hatiku...jauh dariku!
Posted by delacroix
Mungkin apa yang boleh aku katakan...hatiku tersiat bila melihat kamu tersedu sambil airmata tak henti mengalir.

Kalaulah bisa aku bawakan penawarnya untuk kamu...

Lalu apa yang mampu aku lakukan untuk menceriakan hari dan hati kamu yang suram? Sekadar menemani kamu sepanjang hari...memenuhi setiap jam dan minit yang berdetik..sambil cuba menyelami hati kamu...dan memahami setiap kerutan wajah kamu yang sesekali bersulamkan linangan airmata.

Sighhh...sesungguhnya aku sudahpun melalui detik-detik yang membunuh itu. Setiap titis airmata yang mengalir..rasa mcm asid hidroklorik pekat yang mengakis seluruh liang-liang roma...sakit! Tentang hati? Huhh..tak tahu lah nak cakap. Hancur berkeping-keping. Untuk bangkit semula...entah lah. Aku dah lelah...

Aku menjalani hari-hari dengan penuh suram. Tak ada cahaya. Mendung sepanjang masa. Kalau ada pun, sekadar seketika cuma. Dan ia kembali mendung bila aku menyedari..aku hanya berpura gembira. Ya..aku di kelilingi mereka-mereka yang bernama teman..yang setia berada di sisi. Tapi entah lah. Aku tak mampu nak membohongi diri bahawa aku masih meratap dan masih mengenang.

Namun, bila melihat kamu yang tersedu...aku tersedar. Airmata yang mengalir itu seakan airmataku yang tak pernah kering. Sedu sedan itu seakan sedu sedan ku yang tak pernah berhenti.

Aku sayang kamu. Terlalu amat. Dan kerana itu, aku tak mahu kamu meratap hiba begini. Kamu berhak bahagia..dan kamu berhak untuk dapatkan yang terbaik dalam hidup kamu. Jangan menangis lagi..kerana airmata kamu tidak layak untuk di bazirkan pada yang tidak menghargai kamu. Buka mata dan langkah..kerana di hadapan sana..banyak yang menanti kamu. Akan ada seseorang yang pasti dapat membahagiakan kamu suatu hari nanti..percayalah.

Aku mahu kamu kuat. Kerana aku perlu kan kamu..untuk memimpin tanganku dan beriringan.

Sesungguhnya..aku begini...dan kamu begitu. Sama saja...

Sighhhh...
Posted by delacroix
There are times it seems to me
I'm sharing you with memories
I feel it in my heart
But I dont show it...show it..
And then there's times you look at me
As though I'm all that you can see
Those times I don't believe it's right
I know it...know it

You know I'd fight for you
But how I can fight someone who isn't even there
Now I want the best of you and
I dont care if that's not fair...

p/s : Hope you sleep well and forever dream sweet, For I'll protect thee from thy reaper, And death will never meet, Remember I love you..and always do like two doves..
Posted by delacroix
Sekali lagi aku bercerita tentang kamu. Mungkin sebab aku kerap mendongak ke langit sejak akhir-akhir ini dan aku terpandangkan bulan.

Apa khabar kamu? Masihkah kamu bersendirian di balkoni dan merenung bulan berseorangan? Tiada sesiapakah yang menemani kamu?

Setiap kali aku pejam mata, aku cuba bayangkan wajah kamu. Aku tak pernah menyimpan satu pun gambar kamu. Kamu satu-satunya. Semua tentang kamu tersimpan kemas di dalam hati dan minda.

Aku rindu kamu. Sangat-sangat! Dan segala-galanya tentang kamu..

Sighh...
Posted by delacroix
Haha..aku tak sudah garu kepala dari tadi. Sekejap senyum. Sekejap pening. Pelik...dan bermacam-macam pertanyaan yang tak berjawab timbul dalam kepala.

Aku tak buat apa pun. Sekadar menghembus asap sebatang demi sebatang sambil sesekali meneguk minuman di atas meja dan melayan teman-teman lain yang terkinja-kinja dan melalak tak sedar diri.

Ada mata yang memerhati namun aku sekadar buat tak peduli. Bimbang pandangan bertemu sebab aku tak suka nak bermain mata. Itu bukan kali pertama. Aku menyedarinya sejak akhir-akhir ini setiap kali bertemu, lirikan mata itu tetap begitu. Kadang-kadang aku senyum sorang. Bukan berangan atau syok sendiri..tapi entah lah. Pelik dengan sesetengah manusia yang kadangkala tak jemu mencuba.

Aku ok aja kalau sekadar nak melayan sembang atau melayan gedik..tapi..bila masuk bab-bab seperti.."U ni single ke?" atau pun tiba-tiba saja.."boleh I baring atas riba u?"

Wahh..nak menggoda nampaknya! Tolong laaa. Hari tu dah kena raba tak pasal-pasal. Yang ini..lain pulak mahunya.

Janganlah kalian cuba nak meruntuhkan tembok setia itu. Walaupun cinta itu tak kesampaian dan tidak ke mana-mana, hatiku cuma satu dan ia masih di situ.

P/s: Well...maybe u'r right 'baby'! I hot kot...ada je yang nak goda I ni. Haha..I tak rela..
Posted by delacroix
Wednesday, September 30, 2009 at 9/30/2009 11:44:00 PM | 4 comments  
Ketara agaknya perubahan di wajah. Atau mungkin di wajahku tertera bahawasanya 'I'm lost!' Atau mungkin bebola mataku berlarian ke sana sini sambil dahi berkerut-kerut bagai memikirkan sesuatu. Atau mungkin juga aku sekadar merenung...tp renungan itu entah ke mana..

Demi tuhan..aku tak sedar. Dan aku tak tahu. Tapi aku akui...sesuatu mengganggu. tapi aku sendiri kurang pasti apa dia.

Teringat? Ya..mungkin hakikatnya aku masih belum dapat melupakan apa yang telah terjadi. Pahit untuk aku kenang, sakit untuk aku buang begitu saja dan kerana itu.. ia terus membunuhku. Lalu bagaimana?
Posted by delacroix
Thursday, September 24, 2009 at 9/24/2009 06:38:00 PM | 4 comments  
Pesona itu memukau pandang
Miliknya dia seorang perawan
Bergetar hati..
Mengisi ruang-ruang yang tak terbilang
Namun yang paling dalam,
Sungguh tak terjangkau dek kaki dan tangan

Aku layarkan kemudi merentasi lautan
Gentar...namun sehabis daya ku lawan
Asalkan ku sampai ke seberang sana
Tidak tewas...tidak merana
Di manakah dia buah hati yang satu?
Tinggal terapung di langit ketujuh
Bersama bintang-bintang di timur jauh
Dan aku memuja bersama hati yang luluh..
Antara kasih dan benci
Antara dendam dan cinta suci..

Tinggal sayang tinggal pujaan
Melayang sudah pesona bintang
Kasih ku limpah pada yang datang
Cukup bahagia walau hanya teman
Ku sayang kamu wahai manjaku
Duhai kasihku puteri yang satu
Garam gula racun dan madu
Penawar hebat luka berparut seribu

Sering ku rindu hilai dan tawa
Nakalnya aduhh tak kurang dari manja
Jelingannya buat ku kata ooh la la setiap masa
Mempersona...dan bergetar dada..
Sesekali..ku terbuai dalam khayalan
Namun sempadan sesekali melintas jangan
Itu janji tersemat di hati dan fikiran
Pada mereka semua..itu juga yang ku pesan
Tak ingin ku lerai kamu dari tangan
Tinggal lah tinggal kamu seorang
Cukup sudah aku kehilangan
Jangan kamu pergi duhai sayang

Bukan ku memujuk bukan ku membeli
Sekadar meneduh kasih tidak menabur budi
Tak punya sesiapa nak dimanjai
Aku memohon..menyusun sepuluh jari
Tak tertanggung rasa derita di hati
Sedar sudah diri dikhianati
Oleh kekasih dan sahabat sendiri
Namun ku membisu..tak ingin ku berdiri

Jika kamu melangkah pergi
Tinggallah aku seorang dan mati
Penawar tiada racun pun jadi
Dan aku tak ingin hidup lagi
Kisah pilu ku..semua pun tahu
Luka di hati? Ku seorang tanggung beban di bahu
Bila kan berakhir dendam dan sendu..
Hanya tuhan..Kau yang tahu..
Posted by delacroix
Sunday, September 13, 2009 at 9/13/2009 01:02:00 AM | 0 comments  
"...kamu yang pertama dan terakhir. Tidak akan ada yang kedua kerna aku tak mahu yang lain selain kamu saja..."

Menyelusuri folder-folder yang berderet dalam laptop buatkan aku kembali membuka 'kisah'. Itu kata terakhir aku untuk dia..dalam email yang kuberikan.

Teringatkan kembali jalan cerita itu, di mana aku menyenaraikan setiap satu langkah yang ku ambil..sewaktu aku jatuh cinta pandang pertama dengannya. Tapi aku tahu...tanganku tak sampai..tak punya wang berkepuk dan tak punya BMW. Aku tiada apa-apa. Cuma yang aku ada...hanya hati yang tulus.

Mulanya aku takut. Aku menjauh..tak mahu cuba bermain api. Tapi akhirnya aku sendiri yang terjun ke dalamnya dan rentung! Salah siapa? Aku tak menyalahkan sesiapa. Cuma aku kesalkan..pengakhirannya sebegini.

Dia kisah terindah dan terburuk dalam sejarah hidupku.Fobia? Tuhan saja yang tahu. Aku masih boleh terasa-rasa sentuhannya, bau rambutnya..hatta bau kulitnya sekalipun. Kalau aku di letakkan di Jalan TAR yang penuh sesak dgn orang shopping raya sekarang ni pun..aku masih bisa mengecam kelibatnya walaupun sepintas lalu.

..."aku tak percaya lagi..dengan apa yang kau beri, aku terdampar di sini, tersudut menunggu mati..."

Memang aku rasa macam nak mati. Menunggu dan menghitung hari..dihantui pula dengan kata-kata nista dan hina...aduhaii sakitnya. Kalau tak waras...harus aku terjun gaung time tu jugak.

Aku rasa macam nak pijak-pijak radio sesiapa saja yang mainkan lagu tu. Hatiku hancur berkeping-keping. Tak terdaya aku nak kutip. Dan kini, bila ada kata-kata yang datang..kononnya ingin mengubat hatiku..aku cuma mampu ketawa.. "Saya sayang awak.." atau... "Tiba-tiba I rasa jatuh cinta dengan u.."

Aku ketawa sungguh-sungguh. Bukan kerana aku suka melihat dan mempermainkan mereka. Tapi kerana aku melindungi hatiku sendiri dari rasa simpati. Sesungguhnya aku tahu bagaimana rasa di kecewakan. Tapi aku sendiri tak mampu untuk membalasnya.

Dalam kekalutan, ada tangan yang menyambar...menarikku semula keluar dari gaung. Dan aku sangat berterima kasih pada sepasang tangan itu, yang tak pernah lupa untuk menghulur tangan ketika aku memerlukan...walaupun sekadar bertanya 'how was your day?" Dan kerana itu, kedua belah tanganku pula sentiasa terbuka untuknya. Apa saja di dalam kemampuanku, pasti aku tunaikan...kerana aku sangat menghargai dan menilainya dengan persepsi 'tidak ternilai'...

.."aku berhenti berharap..dan menunggu datang gelap...aku pulang, tanpa dendam. ku terima kekalahanku..ku salutkan kemenanganmu..."

Aku tak tahu sampai bila aku akan mengenang. Aku dah lama berhenti berharap. Sejak dari penghinaan yang pertama. Namun, rasa kasihku membutakan segalanya. Aku sangat bodoh! Ya..aku mengaku itu. Dan aku meratap..sehingga kini kerana kebodohan itu.

Aku dah tewas dalam permainan ini. Maruahku tergadai, harga diriku merudum macam harga bursa saham di papan BSKL...dan ego serta kredibilitiku...tersembam jatuh ke dalam lubang taik yang paling busuk! Dan dia menang...dalam mempermainkan hatiku, memporak perandakan perasaanku..serta melintangpukangkan hubunganku dengan teman-teman lain..

Tapi tak mengapa. Aku akan pulang. Aku tetap akan melangkah jauh pergi dari hidupnya. Tapi....dengan dendam yang tak pernah padam. Bukan kerana aku tak sayang..tapi kerana mengenangkan betapa hinanya aku pada pandangan matanya...
Posted by delacroix

Jangan lagi kau sesali keputusanku
Ku tak ingin kau semakin kan terluka
Tak ingin ku paksakan cinta ini
Meski tiada sanggup untuk kau terima

Aku memang manusia paling berdosa
Khianati rasa demi keinginan semu
Lebih baik jangan mencintaiku, aku dan semua hatiku
Karena takkan pernah kau temui cinta sejati

Berakhirlah sudah semua kisah ini
Dan jangan kau tangisi lagi
Sekalipun aku takkan pernah mencoba kembali padamu
Sejuta kata maaf terasa kan percuma
Sebab rasa ku telah mati untuk menyadarinya

Semoga saja kan kau dapati
Hati yg tulus mencintaimu
Tapi bukan aku...



P/s:

Kisah-kisah kita telah lama berlalu. Kamu yang dulu pernah menemaniku seketika..namun kita berbeda. Aku tak punya rasa itu. Dan sewaktu pengakhiran segalanya, pernah ku katakan...jangan cuba kamu tanyakan lagi kerna ia telahpun mati.

Kamu kembali dan bertanya semula. Terima kasih untuk semua rasa kamu terhadapku. Terima kasih kerna ingin mengubat hatiku. Namun aku tak dapat beri apa yang kamu mahu.

Semoga kamu bahagia...bersama siapa saja yang dapat membahagiakan kamu. Tapi bukan aku...
Posted by delacroix
Aku mengembara mencari kasih untuk ditaburkan
Lantaran benih cintaku gagal disemai
Kecewa tak bersambut
Namun gigih aku berjuang
Bangkit menebus segala dosa
Dan segala yang menghina..

Di satu sudut aku terperuk dan memeluk lutut
Menangis sendiri..
Dan di bahuku ada jemari yang singgah menyentuh
Lalu ku dongak..
Di situ kamu senyum..menghulur tangan
Membawa aku keluar dari duka yang merenggut hati..

Umpama berlian di dalam kaca..
Begitulah kamu..
Cantik kilauannya..
Cantiknya paras..
Bergetar jemari untuk menyentuhnya
Namun aku tak berani..

Penuh kasih dan hati-hati..
Aku meletakkan kamu di tingkat yang paling tinggi
Kerna aku melihat kamu dari sudut yang berbeda..
Walau kamu bukan kekasih..
Kamu bukan juga sekadar teman biasa..

Kamu bagiku..
Tiada nilainya..
Posted by delacroix
Aku berjalan pantas menuju ke kereta yang aku letakkan secara haram kat depan pintu masuk Kementerian Kebudayaan dan Warisan. Sesekali melirik jam di tangan. 2 minit melewati 5.30 petang. Fuhh..cepat gila aku menyelinap keluar. Bulan-bulan puasa ni tak boleh lambat walau sesaat. Semua tu berharga.

Dalam mengatur langkah sepantas kilat, aku di sapa oleh seorang 'mat pet'. Muka dia ni hari2 aku nampak kat sini & jaga parking la konon. Tapi aku tak pernah bagi sesen pun.

"Kak..boleh tolong saya tak?" si matpet itu menghampiri. Aku segera memperlahankan langkah.

"Ha..apanye?"

Dia sengih. "Saya tak cukup 3posen ni." Dia hulurkan tapak tangan. Di situ aku dapat lihat beberapa keping duit syiling. Sempat mengira dengan pantas. Jumlahnya 7posen.

Memandangkan aku nak cepat, aku tak bertanya nilai 30sen itu untuk apa. Segera saja aku menyeluk kocek..dan memang rezeki dia. Ngam-ngam 30sen!

"Nah..ambik lah." aku letakkan 30sen itu ke dalam genggaman tangannya. Si matpet tersengih riang.

"Terima kasih kak. Selamat berbuka."

Aku mengangguk. Membalas senyumannya..dan meneruskan langkah yang masih tinggal beberapa tapak untuk sampai ke kereta.

Si matpet menghilang. Entah kemana perginya. Ah..biarlah dia. 30sen itu pun tak seberapa. Aku tak heran pun.

Tapi kali ini, sewaktu aku buka pintu dan meloloskan diri masuk ke dalam kereta..aku di sapa sekali lagi. Bukan suara si matpet tadi. Tapi suara seorang perempuan.

"Hello! Hello..." 2-3 kali juga dia berhello2...barulah aku keluar semula menjenguk.

Di hujung pintu belakang..aku dapat lihat seorang wanita...seorang makcik seharusnya kerana dia nampak berusia..berketurunan India, membimbit sebuah beg tangan..dengan wajah keruh dia mengukir senyuman bila melihat aku menjenguk keluar.

Tak mahu di lihat kurang sopan kerana menjenguk begitu saja, aku bangun dari kerusi dan keluar. Pintu kereta terbuka separuh...

Aku senyum..sesekali melirik jam. Sedikit resah kerana aku mengejar waktu. Apa saja lah halangan petang ini. Goshhh...

"Err..yes?" dengan muka penuh terpinga dan tanda tanya..aku cuba sampaikan padanya..dengan harapan..dia mengerti pertanyaan aku itu. Nak apa? Atau..ada apa yang boleh saya bantu?

"Err...hai. I dont know how to explain.." wahh..tetiba makcik@Aci itu speaking dengan aku.

"Ahhaa?" aku cuba mendengar...sesekali memandang di sekeliling. Tiada siapa yang ada di kawasan berhampiran. Kecualilah pak guard kementerian itu yang agaknya kalau aku melolong kat situ pun dia takkan dengar.

"Well..dont get me wrong. I am a retired teacher. I suppose to go to Sg Buloh Hospital. But there was a miscommunication..I heard they told me University Hospital..

Aku mengerutkan dahi. Cuba memahami apa yang makcik@Aci itu cuba sampaikan. Oh..salah hospital gamaknya?

"Someone told me just now..from here to Sg Buloh, I should take commuter."

Aku mengangguk tanda bersetuju.

"But from the station to the hospital..it quite far. I have to take a cab."

Aku mengangguk lagi. So? Apa kena mengena dengan aku?

"So..err..." aku lihat Aci itu kelihatan teragak-agak untuk meneruskan percakapan.

Apa yang dia ni nak sebenarnya?

"Can you help me? I really really need help. My husband was in the emergency room. I have nowhere to turn to now. I need to be there..."

Aku tengok dia macam dah mula nak menangis. Adoiii...jangan pulak dia nak mintak aku tolong hantar dia sampai ke Sg Buloh pulak. Gila!

"Err..actually I'm rushing now. How can I help you?"

"I dont have enough money for cab fare. I'm so sorry to trouble you."

Aci itu tunduk memandang jalan tar. Aku mengeluh. Dalam kepala otak cuba mengimaginekan..berapa banyak cash yang aku ada dalam wallet. Seingat aku..dah seminggu aku tak keluarkan duit. Lebih semalam shopping kat giant ada la RM20. Lepas tu pagi tadi aku topup tangki minyak RM10..makanya tinggal la RM10 je..ngam-ngam!

"You work here?" Aci itu mengerling lanyard yang tergantung di leher aku.

"Aha..ya."

"Where is your office? Which floor?"

"Just across the river. Level 9."

"Do you have any contact no? Give me until Monday, I will pay you back."

Aku menggelengkan kepala. "No need."

Segera aku korek wallet dalam beg..dan keluarkan RM10 aku yang terakhir.

"I promise I will pay you back. Thank you so much." aku lihat wajahnya sedikit cerah bila sekeping duit merah itu bertukar tangan.

"No need auntie.Take the money and go to hospital now. Its ok.." aku sempat genggam tangannya. Ok..aku dah papa kedana sekarang. Satu sen pun dah tak ada dalam poket. 30sen tadi pun si matpet tu dah kebas!

"Thank you...thank you..." entah berapa kali aku dengar dia ucapkan perkataan yang sama. Aku sekadar mengangguk.

Dan selepas itu, aku lihat dia meneruskan perjalanan menuju ke seberang jalan. Perlahan sekali langkah kakinya. Usianya? Mungkin dalam lingkungan 60an. Jalan pun dah tak larat. Macam mana dia boleh tersesat sampai sini? Seorang pulak tu.Dari dalam kereta, aku memandang dia dari jauh. Penuh sabar dia menunggu di tepi lampu isyarat..menanti kereta-kereta berhenti untuk dia melintas jalan. Dan bila lampu bertukar merah, aku lihat dia melangkah. Perlahan.

Mataku segera bergenang. Entah kenapa. Semerta aku teringat mak di kampung. Kalaulah mak aku macam tu...adakah manusia di tengah2 kota ini mahu menolong?

Aku tidak tahu apa motif Aci itu atau sejauh mana kebenaran ceritanya. Sama ada betul atau dia berbohong, tuhan sajalah yang tahu. Aku tidak ralat sedikit pun dengan memberi RM10 itu. Jika dia berkata benar, mungkin RM10 itu sangat berguna untuk dia segera sampai ke hospital.

Dan tidak terlintas di hati aku berharap dia akan memulangkan semula duit itu. Andaikata dia benar-benar perlukan...maka aku halalkan saja.

Aku mengesat mata. Dalam hati sempat berdoa supaya dia cepat sampai ke hospital dan bertemu suaminya...

Moga tuhan merahmati setiap langkah kakinya yang perlahan itu. Aminn...

Dan..aku menghidupkan enjin kereta...meneruskan perjalanan untuk pulang berbuka puasa.
Posted by delacroix
Wednesday, September 02, 2009 at 9/02/2009 08:44:00 PM | 0 comments  
Rasa macam ada yang tak kena sejak 2-3 hari ni. Sedikit resah.

Keje ok. Famili ok..kenkawan pun ok. Semua dalam mode terkawal.

Tapi aku resah juga...sedikit penat barangkali.

Hari ini aku cuti..tak ada sebab-sebab yang khusus untuk bercuti di tengah-tengah minggu. Duduk rumah dan berkurung.

Sesekali aku pejam mata...dan bayang itu akan muncul..menghantui seperti selalu.

Sighhh...

Selamat ulangtahun sayang...
Posted by delacroix
Telah jauh terpisah, diriku dan dirimu
Dalam ruang dan waktu
Sendiriku jalani sepiku, tanpa dirimu
Resahku tanpa hadirmu
Sungguh berat hatiku untuk merasakannya

Salahku mencintai dirinya
Saat jauhku terpisah darimu
Dan hadirnya menyentuh hatiku
Untuk cintainya
Hatiku pun inginkannya,
Hingga runtuh setiaku kepada dirimu

Kusakiti hatimu yang tulus mencintaiku….

Maaf ku tak bisa memilih dirimu
Karena kuterhanyut mencintai dia
Inilah salahku yang memberi ruang
Didalam hatiku untuk mencintainya…

terhanyut jiwa ini,terjatuh dihatinya...


p/s :Aku tak tahu apa yang kamu mahu. Tapi kalau kamu mahu hatiku..telah aku katakan sejak dulu...hatiku milik yang lain. Aku tak dapat beri apa yg kamu mahu..maaf!

Aku tidak menyuruh kamu pergi..mahupun menghalang. Terpulang jika kamu tak boleh terima caraku. Masa mengubah segala-galanya. Hak kamu untuk menilai jika kamu rasa aku tidak berperasaan.

Andainya aku bisa memilih...namun..aku tak mahu lagi.

Maafkan aku!
Posted by delacroix
Just had a fine dinner with my princess. Saje le...nak kasi ternak kaw-kaw sebelum posa. Dah tentu-tentu dia takkan available nak berbuka sama nanti. Tahun lepas..merajuk-rajuk aku dengan dia...sampai masam-masam muka, gara-gara dia tak mau berbuka kat luar dengan aku. Tahun ni? Hmm..kata mengamalkan konsep redho..makanya..redho je la bila dia kata dia nak masak & berbuka kat rumah. Tiada paksaan. Kalau mau...padang futsal aku tadahkan.

SMS keluar masuk tak berhenti. Semua beri ucapan yang sama. Cuma...dari yang sangat ku nantikan...tak kunjung tiba. Sighh...bodoh...bodoh!

Nasib baik si comel ada depan mata...maka..aku terlali seketika dengan perasaan yang mencengkam. Sempat ke Cold Storage untuk beli barang dapur. Tau budak comel tu beli apa? Bawang!! Adoii laaa...tak penah seumur hidup aku pegi KLCC beli bawang! Hahaha...tu pun dia penah cakap...nak pegi Pavillion beli beras! Ada yang aku terpengsan kat situ jugak..!

Tapi tak boleh nak marah. Aku menyengih 24jam je. Redho katanya kan.

Aku sangat kenyang. Tak pasti sahur nanti boleh bangun atau tak.

Selamat menyambut Ramadhan! Aku berharap Ramadan kali ini...hatiku tenang. Insya allah...

p/s: Sesekali hatiku berdetik untuk mendoakan kesejahteraan kepada mereka yang telah jauh tersisih dari hatiku. Bila tiba Ramadan...aku sedar..aku tak sepatutnya ada perasaan dendam sebegitu. Tapi percayalah...demi tuhan aku cuba untuk menyingkirkan rasa benci...tapi hatiku tak mahu ke situ.

Tuhan...lapangkan dadaku. Berikan aku petunjuk serta hidayahMU. Ampunkan segala dosa-dosaku. Hanya Kau yang Maha mengetahui...
Posted by delacroix
Kalau tak kerana nombor baru...aku takkan buka semula henfon lama tu.

Dah lama henfon kecik ni tak bernyawa semenjak aku ada henfon baru. Tapi hari ni, aku bersusah payah korek semula henfon ni..menggagau carik charger dan cucuk terus untuk hidupkannya semula.

Sebaik saja tanda bateri mula bergerak..aku tekan button 'on'. Tujuannya semata aku nak taruk nombor baru itu saja. Tapi sebaik saja jari aku mula menekan2 butangnya...aku termasuk pada folder inbox! Dan di situ jari aku berhenti menekan.

Mataku tertancap pada satu nama yang dulunya aku cinta sepenuh hati. Dan hampir 90% kandungan inbox aku tu yang berjumlah lebih dari seratus...semuanya dari dia!

Aku baca satu-satu. Perlahan-lahan. Dan secara beransur...aku rasa terbang ke dalam situasi itu...satu waktu dulu...waktu aku dan dia masih bersama.

Aku senyum! Waktu itu cinta aku padanya merah menyala. Tak kunafikan..hingga saat ini, perasaan itu masih ada. Cuma..aku biarkan saja ia berkubur begitu.

Delete? Ooo..tidak! Kata orang...buat apa simpan lagi semua tu. Kenangan pahit patut kita buang jauh-jauh. Hmm..ya. Mungkin betul. Tapi...semua SMS itu...kandungannya indah belaka. Hanya yang manis-manis saja.

Aku tak punya apa-apa lagi hak mahupun ikatan dengannya. Semuanya dah musnah. Tiada apa yang tinggal. Cuma...ini saja yang aku ada. Catatan-catatan waktu cinta palsunya pada aku membara. Itu saja!

Menatap wajahnya..mahupun gambarnya lagi...tak mungkin. Aku tak mampu. Aku marah. Berdendam. Malah aku benci.

Namun...jauh di sudut hati...bila aku membaca lagi deretan SMSnya..aku tahu..aku tak pernah merubah perasaanku padanya.

Cuma...dia yang merubah cintaku jadi benci!
Posted by delacroix
Sebetulnya sehari dua ni aku agak stres. Tak pasti apa yang mengganggu. Mungkin terlalu banyak berfikir dan kurang rehat.

Aku sangat menyampah bila tengok CEO mat salih tu datang melawat kawasan. Rasa cam nak baling je dengan bakul sampah bawah meja aku ni. Perlu ke datang? Diorang heret aku sama ke staff lounge. Konon berdiskusi dari hati ke hati. Huhh...memang sesi tu panas. Semedang kena tembak je si Irene tu. Aku bosan. Takat bertekak bazir air liur buat hapa. Bukan ada perubahan pon. Takdanye dia nak ambik tau sangat pun. Sekadar tunjuk muka je tu..

Penting ke nak join? Makanya, aku angkat kaki masuk pantry dan lepak minum kopi. Biarkan la diorang tu bertegang urat leher.

Balik ke meja...aku termenung lagi. Tak banyak bercakap pun, sampaikan teman-teman di sekeliling takut nak menegur. Sampaikan berkomunikasi pun gunakan Lnotes je.

Hinggalah ke hari ni...aku submit half day leave. Tetiba rasa tak boleh nak mengadap keje. Dari masuk ofis sampai lah pukul 1 tengah hari...aku tak bercakap sepatah pun dengan budak-budak ni. Boleh?

Kenapa ya? Menstruasi kot? Bukan...

Tak tahu apa yang memberatkan kepala otak...

Cuma...sighhh...entah!

Aku tak tahu...
Posted by delacroix
That I would be good even if I did nothing
That I would be good even if I got the thumbs down
That I would be good if I got and stayed sick
That I would be good even if I gained ten pounds

That I would be fine even even if I went bankrupt
That I would be good if I lost my hair and my youth
That I would be great if I was no longer queen
That I would be grand if I was not all knowing

That I would be loved even when I numb myself
That I would be good even when I am overwhelmed
That I would be loved even when I was fuming
That I would be good even if I was clingy

That I would be good even if I lost sanity
That I would be good
Whether with or without you...
Posted by delacroix
Sejak akhir-akhir ini, aku agak malas untuk rajin bekerja. Semua gara-gara kes itu. Ciss! Bila immediate supervisor aku lalu di belakang.."W...I malas la nak perform untuk OPI bulan ni. Takde hati."

Makanya dia akan menjawab dengan selamba.."Ok...I faham. Nak buat macam mana kan. U dah terguris hati. Ok...I redho je. Tapi sebelum u berniat untuk buat cam tu..u ingat la muka anak-anak I tu ya."

Errkk! Saiko!! Aku hampir tersedak. Semerta aku teringatkan wajah 2 anak-anaknya yang cantik.

Aku report duty di bawah W. Makanya, kalau aku atau anak-anak buahnya yang lain tak perform...maka dia yang akan kena bantai kaw-kaw dengan big bos. OPI tak meet target, makanya akan effect bonus akhir tahun.

W...ibu tunggal. Jadi, dia punya kelebihan untuk menggunakan alasan setiap kali untuk mendapatkan sesuatu. Dalam kes aku...kompom2 la dia mahukan target bonusnya tinggi. Jadi, aku harus perform juga untuk bantu dia capai targetnya. Ahhhh...W memang suka saiko gunakan alasan yang sama! Tensi...tensi!

Dia tahu aku takkan sampai hati bila tengok muka anak-anak dia. Adoiii...
Posted by delacroix


Form : Monoblock
Size : 114 x 57 x 10mm, 66cc
Weight : 127g
Input method : QWERTY keyboard
Display size : 320 x 240 pixels
Display colors : 16M
Internal Memory : up to 110MB
Memory card type : MicroSD up to 8G
Camera : 3.2 megapixels
Image resolution : 2048 x 1536
Zoom : Digital zoom
Video frames per second : up to 15frames
Supported video format : Flashlite3,3GP, MP4, MPEG-4 VSP
Internet browser : Yes, HTML & xHTML, S60 browser
GPS : Supported



Form : 2-way slider
Size : 103.4 x 51.4 x 16.5 -18.5mm
Weight : 149g
Input method : phone keypad
Display size : 320 x 240 pixels
Display colors : 16M
Internal Memory : up to 8G
Memory card type : MicroSD up to 16G
Camera : 8megapixels
Image resolution : 3280 x 2464
Zoom : 20
Video frames per second : up to 30frames
Supported video format : Mpeg 4, 3gpp, 3gpp2
Internet browser : WAP 2.0, xHTML, internet browser over TCP/IP
GPS : Supported

Perbezaan yang paling ketara antara E71 dan N86 adalah pada kameranya. 8mp beb! Tak bleh tahan. Aku agak stres juga bila memikirkan tahap resolutionnya yang ternyata tak tertanding. Begitu juga dengan tahap memory sama ada internal atau memory card. Tapi dari segi saiz dan beratnya, mungkin E71 punya kelebihan di situ. Bergantung juga pada pengguna yang sukakan kenipisan E71 seperti aku. Senang masuk poket dan tak bulky berbanding N86 yang agak tebal. Selain itu, dari pemerhatian selepas membeleknya semalam..aku dapati N86 juga punyai FM transmitter. Sangat menarik kan? Boleh cabut MP3 modulator dalam kereta tu dan ON saja FM transmitter untuk dengar koleksi MP3 secara terus melalui speaker radio. Arghhh...!

Apa lagi? Aku tak sempat nak belek secara mendalam. Tapi tangan rasa gatal je nak buat rampasan telefon semalam. Namun tak sampai hati pulak sebab henfon tu baru je keluar dari kotak dan tuannya pun tak habis belek lagi.

Harganya? Fuhhh...! Aku cuma mampu lap peluh di dahi.

Pokoknya...aku kurang berminat dengan slide phone. Maka...E71 juga yang menang di hati. Hahahaha...
Posted by delacroix
Setelah sekian lama...waktu aku berjalan seorang menuju ke 7E...secara automatik kepalaku terdongak ke atas. Subhanallah! Nun di atas sana...bulan bersinar penuh. Dan di kelilingnya...bintang-bintang bertaburan.

Aku senyum. Dan jauh di sudut hati...ianya terobek.

Ada rindu di situ sebenarnya. Aku tahu. Aku tidak menafikan. Tapi...amarah itu lebih mengatasi segala-galanya.

Walau hatiku tertinggal di atas sana...biarkan saja.

Tiada maaf...kerna aku telahpun menguncikan hatiku untuk itu...sebagaimana aku menguncikan hatiku dari ditembusi oleh sesiapa.
Posted by delacroix
Semua tahu kamu cantik
Semua tahu kau menarik
Kau bidadari terhebat
Membuat cintaku makin kuat

Kadangkala ku cemburu buta
Saat ramai mata terpesona
Terlebih saat ku mahu pergi
Di saat itu kau ada di sini

Please please please
Kamu jangan nakal
Ku pergi sebentar
Bukan untuk curang
Please please please
Kamu jangan nakal
Nanti aku datang
Bawa yang kau pesan

Diriku untukmu

Semua tahu kau milikku
Semua tahu ku cintamu
Ada pun yang memandangku
Betapa beruntungnya aku

Kadangkala ku cemburu buta
Saat ramai mata terpesona
Terlebih saat ku mahu pergi
Di saat itu kau ada di sini

Bukan aku terlalu
Mengawal sikapmu
Ku hanya terlalu
Terlalu sayangi kamu
Ampunkan aku terlebih-lebih
Jagakan kamu
Ku cintamu
Kau cintaku..

p/s : Atas permintaan...nah..amik lagu ni dengan pesanan...eypp!jangan notti2!
Posted by delacroix
Penat..sampai aku rasa nak tido pun tak boleh. Jenuh juga pusing kiri kanan, tapi mata tak mau pejam. Sudahnya aku on lappy dan surfing.

PC fair tadi punya la ramai umat. Tapi masih boleh menjinjing printer yang maha berat nak mati menyelit2 tengah orang ramai dengan member. Niat hati nak kasi upgrade sket external speaker aku tu. Sonic Gear yg ada ni bukan la tak bes bunyinya..tapi ntah. Mungkin sebab aku memang dah mengidam nak Altec Lansing jugak kot. Lagipun..ada la sorang hamba allah ni beria rekomen kat aku..ada yang kaler oren. Makanya, aku pun beliak kan la mata ni mencari..yang mana satu gerangannya Altec Lansing berwarna oren? Tipu tauu. Rasa nak gigit-gigit je kotak printer kat tangan aku ni sebab tak jumpa speaker kaler oren yang di war-warkan tu. Ciss! Rasa teraniaya. Semua dah sah-sah kaler hitam sepesen jek. Pulak tu malangnya.. design..fail! Cuma ada satu je yg aku suka..tp harganya? Mak aihhh..rasa macam membazir pulak aku menghabiskan duit hanya semata kerana nak upgrade speaker. Nantilah dulu kot. Beli yang perlu saja...(aku cakap kat diri sendiri)

Makanya..aku kensel dulu speaker tu dari senarai barang-barang keperluan. Turun pulak ke list yang berikutnya...lepas tu berikutnya...dan seterusnya. Arghh..tensi..tensi. Semua yang dalam list...bukan keperluan. Cuma kehendak! Eee..benci..benci!

Bukan tak boleh nak beli. Tapi sekarang..aku rasa aku lebih berfikir 30-40kali dulu sebelum nak keluarkan duit. Kalau dulu tu..teragak je nak beli..zupppp..terus g kedai..dan...nahh, terus ada depan mata. Sekarang ni lebih kepada keperluan dari kehendak. Dulu tu...rasanya kehendak semata. Yaa..sendiri mau ingat.

Ok..ok..tarik nafas pelan-pelan. Speaker yang ada tu bukan tak berbunyi langsung dah. Gempak lagi bunyinya. Lain la kalo rosak. Lain kali lah...

Aku asyik mengingatkan diri aku dari menahan kaki supaya tidak menghampiri kawasan yang bendentum dentam dengan bunyi speaker yang memekakkan telinga aku.

Dan hasilnya..dalam kereta tadi, aku keluarkan balik senarai aku tu..dan zasssss...hampir 80% dari barang-barang yang aku mau.

Semua tu cuma nafsu...kan?

p/s: Besar rasanya hati bila baca sms tu. Aku senyum je..
Posted by delacroix
Aku terjaga sebab rasa kantung perut aku dah sebuncit-buncitnya. Maka dengan segera aku berlari keluar...masuk toilet dan lepaskan apa yang patut sehingga kempis. Perghh..lega. Punya la malas nak bangun...sampaikan sanggup terkepit-tepit tahan sambil mata pejam sebab kononnya sayangkan tido. Huhuhu..

Sebaik melepaskan kelegaan...aku terus ke balkoni. Bukak sliding door..dan dingin angin mula menyapa kulit. Lepak kejap...ambik angin sambil cuci mata melihat sekitar kawasan Bukit Antarabangsa yang hijau. Dari tempat aku berdiri..nun jauh di bawah sana dapat lihat kawasan perumahan banglo yang pesat membangun. Cuba juga nak meninjau kawasan tanah runtuh dulu...tapi tak nampak sebab di lindungi bukit. Semalam...sempat juga lalu di depan rumah pemilik Brabus. Brabusnya ada..cuma tuannya dah beberapa hari berada di Aust. Ntah apa di buatnya kat sana tu. Ye lah..orang banyak duit katanya kan. Takat nak berjalan ke Aust tu apa la sangat.

Aku tengok jam...hampir pukul 5 petang. Malasnya nak balik dan menempuh jem KL yang tak pernah surut. Sighhh. Tapi kena balik. Banyak benda nak kena buat...

Besok...hari pasti penuh hingga ke petang. Meeting dengan HR, briefing dengan HDPM..macam-macam lah. Yang pasti, aku akan sakit hati dengan semua-semua ni.

Plan? Senarai dalam kepala dah aku shorlistedkan. Ada la beberapa pilihan yang menarik perhatian setakat ini. Tapi...masih dalam proses penapisan. Tak boleh nak bajet..yang mana patut aku buat.

Nantilah...walaupun masa berjalan...tapi aku tahu apa yang terbaik untukku..

p/s : Wish me luck Princess...
Posted by delacroix
Cuba untuk senyum..tapi urat2 di pipi bagaikan dah putus dan tak mahu mengembang lagi. Secara jujurnya aku seakan tidak berperasaan. Tak ada rasa apa pun. Tapi...kepala otak aku yang degil sebab tak mahu berhenti berfikir dan mengenangnya.

Macam-macam cara dah aku cuba. Yang terlarang...mahu pun tidak..segala-galanya lah. Tapi apakan daya. Aku tidak sekuat mana untuk terus berdiri gagah. Ada masa-masanya aku rebah dalam genangan air jernih yang tak jemu meniti di kelopak mata. Sighh...bodoh!

Nak kuatkan hati macam mana lagi? Susahnyaaa..!

Sehingga dalam hati pernah terbit untuk bermohon..tolonglah hilangkan kenangan itu...atau hilangkan saja ingatanku agar aku tidak terus mengenang apa-apa lagi.

Tuhan...berikan yang terbaik untukku...
Posted by delacroix
Tak pasti apa yang mengganggu sebenarnya. Tak la bersedih pun. Tapi nak kata happy, tidak juga. Ada masa aku ketawa...aku akan ketawa sungguh-sungguh..kaw2 tak hengat sampai rasa mcm nak hantuk2 kepala kat meja. Lepas tu, bila hati rasa sayu..aku menangis pulak beria-ia sampai bengkak mata.

'Smile even your heart is breaking'...seseorang menepuk bahuku di ofis tadi. Aku sekadar senyum. Plastik je rasanya. Dalam aku cuba untuk menstabilkan emosi dari segala macam sudut, mataku singgah ke wajah W. Hati makin sayu bila pandangan bertemu dan ada genangan di situ.

Ahh..tak sanggup. Kalau di layan emosi itu..pasti aku akan lebih lemas. Baik aku mencari hiburan untuk menghiburkan hati.

Bukan aku tidak berperasaan. Cuma aku dah terlalu penat dengan segala yang bertimpa-timpa. Secara logika nya...aku dah imun dengan benda-benda yang melibatkan kekecewaan ni.

Time is running out. Aku dah teliti dan congak. Dan...rilek saja. Tak perlu nak pening-pening kepala.

Menghitung hari? Pleasee..tak larat. Jauhkan aku dari menghitung hari. Menghitung duit takpe.

Duit? Ada apa dengan duit? Macam-macam kan. Boleh beli segala macam benda pada zaman ini...termasuk la maruah, kejujuran dan kasih sayang. Kalau takde duit...sengkek la namanya. Pegi mati la ko..bole blah. Apa kelas ko nak kawan dgn aku? Macam tu la realiti hidup.

Duit tu kan keperluan. Tak boleh hidup kalau takde duit. Mati pun kena pakai duit. Ni kan pulak nak hidup. Orang gila je yang tak pakai duit. Sebab dia gila.

Aku? Hampir gila la jugak sebab 50K nyaris terbang begitu saja.

Kalo terbang..kompom aku gila. Warghkakakakakaaa...

Ok..cukup bab duit. Kenyataannya, aku tidak begitu risau tentang itu.

Cuma..aku penat. Itu saja.

Ada ke ubat nak hilangkan penat?
Posted by delacroix
"Kalau I bagi you telur mentah...u nak makan?"

"Haa?" hampir terlepas cawan di tangan. Mataku segera meratah pemilik wajah manis itu di hadapanku.

"Tak sedap kan? Mentah...sapa nak makan." Dia menjawab soalan itu sendiri. Aku sekadar ternganga dan terpinga. Apa dia merepek ni?

...dia sambung lagi.."Lepas tu..telur tadi..campur dgn tepung...gaul-gaul. Apa rasanya?"

Aku tak jawab soalan tu. Sebenarnya masih tak jelas dengan apa yang cuba nak di sampaikannya.

"Kompom u takmo makan. Mentah, tawar...takda rasa. Betul?" dia tanya lagi.

Aku angguk. Mengiakan saja sebab aku sah-sah blur. Lepas tu dia nak berteka teki dengan aku pulak. Hishh..

"Then...u tambah butter ke..gula dan macam-macam lagi. U gaul..sebati...then u bake it.."

Huhh...dia ni nak bagi resepi buat kek ke kat aku? Adoii..

Namun, agaknya bila dia tengok muka aku dah semakin blur dan keruh...dia senyum.

"Bila masak..jadi la kek. U potong..then u makan. Baru la sedap...kan? Macam tu la hidup ni. Its like a piece of cake. Simple..tp kenyataan di sebaliknya..ada macam-macam bahan yang di adun..di campur gaul..sebati..dan akhirnya bila masak..baru la u rasa macam mana sedapnya.."

Aku menganga...

...dia sambung.."If its not happy ending..its not life. So..to reach that stage, u kena tempuh bermacam2 ragam dan perisa dalam kehidupan. Untuk sebati kan ia..u perlukan kesabaran. Jadi..walau apa pun yang u hadapi sekarang ni..ianya cuma sebahagian dari bahan-bahan adunan tadi untuk melengkapkan hidup u supaya jadi lebih bermakna."

Dan aku terus menganga..oh my...kalo tak kerana orang ramai lalu lalang..mau aku cium dia ni kat situ jugak. Smart. Make me impressed! Dan kelemahan aku ialah...bila berada di kalangan orang yang tahu bagaimana mahu membuatkan aku berfikir dan berasa..woww! You have that 'WoW factor I guess...right Princess? (Tolonglah jgn berasa kembang ye..)

"Mana datangnya semua ni?"

"I read somewhere...mana tah..." dia ketawa.

Aku sekadar senyum. Wajah itu ku renung lagi. What should I do without you?

Dan kepala otak aku ligat berfikir lagi. Mungkin betul juga apa yang dia cakap tu. Semua ni hanya warna kehidupan. Yang penting..aku yang harus tahu bagaimana mahu mencorakkan atau membentukkannya.

Hidup ni hanya sekali. Kalau kita tak menjalaninya dengan indah dan gembira..maka kita yang rugi.

Dan...hatiku yang lesu...kembali bermaya.
Posted by delacroix
Tajuknya? Aku baru bangun tido bila sedar-sedar jam dah menunjukkan pukul 8 malam! Penat...mengantuk? Ah..segala-galanya lah terasa bila pulang mencecah jam 5 pagi.

Picit remote dan APM tersiar depan mata. Kalau buat di KL..sah-sah aku pergi. Ermm..tapi zaman-zaman tu dah lama berlalu. Nak pergi ke majlis-majlis award ni..bukan zaman ku lagi. Dah muak. Dah penat. Sesekali mungkin ya. Aku lebih suka duduk santai, tgk live band..or konsert yang sah-sah memang ada seat no untuk aku. Nak free pass n free seating mcm dulu..adoi tak larat.

Pemilik Brabus menang lagi. Sedetik rasa bangga bergayut di hati. Sesungguhnya dia tak pernah mengecewakan...

Dulu aku pernah mengatakan ini pada seseorang "Work hard..dan jika suatu hari nanti kamu naik ke pentas dan menerima anugerah seperti itu..aku ingin kamu tahu bahawa aku salah seorang yang sangat berbangga dengan kamu..."

Bukan niat untuk membanding-bandingkan. Tetapi hanya untuk memberi semangat supaya dia jadi yang terbaik dalam bidangnya.

Tapi..masa berganti masa..hari berganti hari..dan itu tidak terjadi. Malah aku dan dia makin jauh. Tidak ada satu pun yang membuatkan aku rasa bangga. Cuma hati yang sakit dan luka yang tak pernah sembuh. Itu saja yang aku dapat..

Mataku melirik pada kaca tv lagi. Pemilik Brabus melempar senyum pada hadirin. Aku sengih sama...senyum seolah dia berada di hadapanku. Dia tetap begitu. Tak pernah berubah walau sedikit..dari hari pertama aku menyukai dia..kenali dia..hinggalah
saat ini. Cuma..dia terlalu tinggi terbangnya..dan aku tak mampu untuk bersaing sama tinggi.

Teringat pada seorang teman yang pernah mempelawa dan mengajak ku untuk berjumpa teman-teman selebritinya. Aku angkat tangan. Owhh...bukan menyombong atau sengaja nak menolak atau tidak mempedulikan ajakan itu. Tetapi hakikatnya aku dah serik dengan muka-muka yang keluar tv ni. Dah alergik. Tak mau lagi terbabit dan terlibat. Cukup serik...

Aku di sini...kau di sana. Dunia kita berbeza. Aku cuma mampu pandang di kejauhan.

Untuk menghulur tangan sebagai tanda perkenalan...atau mulanya satu hubungan... rasanya aku tak mahu lagi.

Cukuplah...
Posted by delacroix
Thursday, July 16, 2009 at 7/16/2009 10:09:00 PM | 0 comments  
Berpura-pura? Susahnya.

Sedangkan hakikat..bukan seperti itu. Senyum? Plastik semata...

Jalan paling mudah? Senang aja.

Jangan sesekali menyogokkan aku dengan apa saja yang berkaitan..

Biarkan aku lupa. Biarkan isu itu terperuk jauh dalam lubuk hati yang paling dalam. Berikan aku sedikit ruang untuk tenang.

Yang tak mahu ambik tahu...jangan amik tahu lagi sampai bila-bila pun. Ada aku kisah?

Penatnya...tak tau nak cakap. Nak senyum pun aku tak mampu.

p/s:
Maaf kerana mencuri sedikit masa kamu semalam. Dan maaf kerana tak mampu untuk jadi seperti selalu. Terima kasih. Mis u princess..
Posted by delacroix
Pagi tadi kat pantry...cousin ku datang duduk kat sebelah dan bagitau.."M is getting married soon.."

Aku angkat kening...

"...and dat girl has this kind of status u know..." sambung cousinku itu lagi.

Aku mengecilkan mata..tanda kurang mengerti. Orang kaya? Somebody? Itu ajalah yg terlintas di fikiran.

.." A widow..with 3 kids." cousin ku itu berbisik di tepi telinga.

Keningku makin terangkat. Soalan pertamaku..."How's ur mum?" --> maknya yang merangkap makcik aku..

"No choice. Have to accept. Dia takut kalau tolak lagi kali ni, M merajuk takmo kawin terus sampai bila-bila. U know..lepas kes dia frust menonggeng dulu tu.."

Segera aku teringat kisah itu. Bertahun-tahun dulu..M berkasih dgn sorang budak pompuan ni.Aku penah jumpa la diorang dating kat luar. M kenal kan aku kat budak tu. Lemah lembut budaknya. Cantik. Soft spoken. Keje pun bagus...(masa tu baru grad la). Memang aku tgk..M sayang maut la kat budak ni. Apa ke namanya? Aku tak ingat dah...

Tapi entah di mana silapnya..tak tau la pulak apa masalah family diorang. Makcik aku tu tak berkenan. Bila M bawak budak tu datang beraya..haram di layannya. Kesian aku tengok budak tu. Terkial-kial bawak diri. Maka nya..kiteorg adik beradik yg pompuan je la yang melayan dia bersembang. Tak mahu la dia rasa terpinggir dan rasa tak di layan. Semerta terlintas di hati...kalaulah aku di tempat budak tu..huhhh..kompom aku dah meleleh airmata. Dan-dan tu jugak la aku angkat kaki blah.

Jenuh juga M pertahankan hubungan tu. Tapi akhirnya..gagal. Mak dia tetap keras. Iskk..tak faham aku. Akhirnya...budak pompuan tu bawak diri. Last-last dengar cerita, sorang pegawai bank sambar budak tu. M menonggeng tak ingat. Sasau juga dia aku tengok. Sejak tu, dia berubah. Tak lekat kat rumah. Jadi pendiam. Kaki pompuan..dan segala macam kaki laa...semuanya dia!

Makcik aku? Hilang kata-kata. Bila dia tegur M...dengan selamba M akan jawab...jgn ambik peduli pasal hidup dia lagi. Dia salahkan family sbb tak mahu terima.

Jenuh makcik aku ubatkan M...mintak dia lembut hati dan kembali ke pangkal jalan. Dalam masa yang sama, pujuk dia. Makan tahun juga la. Dan akhirnya..sekarang..hati dia terbuka semula.

Tapi bila mendengarkan bahawa M akan dapat anak segera sampai 3 orang...benar-benar membuatkan semua orang terkedu. Yang paling terkedu..tentulah makcik aku. Apa taknya..konon nak memilih sangat..sekali...haaa...hambik kau!

Tapi bagi aku la..semua tu suratan..di samping pembalasan yang tuhan bagi..(betul kan?) Kesimpulannya..kita tak boleh terlalu memandang orang tu sebelah mata je. Nak yang paling perfect konon..yang kaya..yang berharta..berstatus tinggi..supaya apa? Supaya bila orang bertanya..kita boleh bercerita dengan bangganya sambil mendabik dada.."ooo..menantu aku gini..menantu aku gitu.." Kononnya la kan..tapi sekarang? Apa sudah jadi?

Aku tabik spring pada M sebab sanggup terima pompuan tu seadanya. Ya..bila kita dah sayang..walau siapa pun dia..buruk baik dia..kita akan terima..bukan persoalkan!

Ada apa dengan status? Anak datuk? tan sri? Kerabat? Artis? Arghh...bole blah. Semua tu nama aja. Bila kawin..akadnya sama juga..takde pulak akadnya berbeza atau up sikit mengikut status. Ada ke? Bole bawak masuk kubur ke status tu?

Sebelum keluar dari pantry...cousin ku itu berbisik lagi.."Nanti depa nak pegi merisik khabar..aku inform. Sah-sah mak nak ajak mak ko ikut sekali."

Aku angguk saja.

Semerta aku terbayang wajah M. Satunya-satunya cousin lelaki yang rapat denganku berbanding yang lain-lain. Kesian dia. Moga kali ni..dia beroleh kemenangan untuk dirinya. Mudah-mudahan...

p/s:
Letih dengan sikap sesetengah orang yang mementingkan kebendaan.
Posted by delacroix
Di dalam tidur didalam doa
kita berjanji
Kita bersama kita bersatu
berganding tangan

Di alam nyata apa yang terjadi
buah semangka berdaun sirih
Aku begini engkau begitu
sama saja..

Di dalam tidur di dalam doa
kita berjanji
Membuka pintu buka jendela
bersama-sama

Tapi lihatlah apa yang terjadi
kita terkadang berbeda rasa
Aku begini engkau begitu
sama saja..

Ibu bapaku ayah bundaku
entah kemana
Ingin bertanya aku tak tahu
pada siapa

Air mataku dan air matamu
apalah gunanya
Engkau begitu aku begini
sama saja...
Posted by delacroix
Aku agak berkira bila melibatkan bab duit sekarang ni. Tak termasuk berkira pada diri sendiri. Tapi pada orang lain khususnya. Cakap aja soal duit...muka aku akan secara automatiknya bertukar jadi kelat. Mula lah aku nak mengamuk tak tentu pasal.

Pengalaman mungkin menyedarkan aku betapa susahnya nak cari duit sendiri..bertungkus lumus tak ada sapa nak tolong. Tup-tup..bila dah boleh bernafas sikit..senang-senang aja nak mintak kan? Banyak cantik..

Aku berbelanja dan menghabiskan duit sesuka hati aku sekarang. Mungkin dah ter implan dalam kepala...baik aku habiskan duit untuk diri aku sendiri daripada aku bagi orang tak tentu pasal.

Sempat aku singgah ke kedai. Macam biasa...beli stok. Dan masa nak bayar kat kaunter..mataku berlabuh pada rak majalah.

Nak tau apa perasaan aku masa tu? Kalau secara tidak normalnya..mungkin aku pergi capai mana-mana majalah atau suratkhabar yang berkenaan..campak kat lantai..dan pijak-pijak! Lepas tu aku bakar..dengan kedai tu sekali seluruhnya.

Tapi aku bukan la sampai ke tahap bongok macam tu lagi. Mata aku yang berlabuh...tak sampai 2 saat pun. Terus aku pandang muka mamak yang tengah tunggu aku terkial-kial menyeluk poket nak bayar duit rokok. Lepas capai duit baki..aku terus keluar.

Seketika...fikiran ku melayang. Tentunya aku akan menyesal..menonggeng tak sudah kalau aku bagi 50K tu dulu. Dah la papa kedana..tanggung hutang...hati pulak sakit..apa pun tak dapat...tanggung penghinaan lagi...ooo...tidak..tidak!

Cukuplah...

Agaknya kalau aku ni berstatus manager bank ke..pakai Mers C class Compressor...FD beratus ribu dalam bank...platinum kad berderet dalam wallet..baru lah nak pandang kot.

Hakikatnya aku bukan seperti itu. Jangan kata nak pakai Mers. Nak cuci rambut kat salun tiap minggu pun aku tak boleh nak maintain. Maka nya...cuci la sendiri kat rumah.

Tak faham!

Cuma yang aku faham kini...jika aku berduit, semua ni takkan jadi.

Segala-galanya tentang duit barangkali...
Posted by delacroix
Bila seorang teman mengajukan cadangan untuk bersarapan pagi di McD..mulanya aku agak berat hati. Sejak sebulan lebih yang lalu, aku dah tinggalkan amalan makanan segera. Bukan sebab McD tu yahudi punya..tapi atas saranan doktor. Kurangkan kalori, kurangkan berat dan jauhi fast food!

Ohh..tentulah aku akan ikut saranan doktor. Tapi tak sampai hati pula nak menolak. Bukan selalu...kata-kata jahat menyedapkan hati. Dan aku bersetuju. Tapi tu la...takdir tuhan agaknya. Haiii..nak tergelak pun ada. Sampai je kat McD favourite aku di MD...aku dan teman terus menganga! Apa dah jadi? McD tutup? Kawasan tersebut lapang selapang lapangnya. Kerusi meja dah terlungkup. Aku menjeling pada notis yang tertampar di pagar. Berpindah ke The Curve!

Timbul rasa hampa. Itulah satu-satunya McD drive thru favourite yang sangat strategik lokasinya. Kenapa tutup tiba-tiba? Mungkin pihak pengurusan ada alasan mereka. Cut cost barangkali. Ekonomi gawat katanya kan...

Kataku pada teman..."Itu McD kenangan.Kenapa tutup? Frustnya.." Dia sekadar senyum. "Tak apa...McD tu pun protes. Sebab tu dia shut down terus." Katanya sambil ketawa penuh bermakna.

Aku sengih je. Tak mampu nak ketawa beria macam dia. Namun, mungkin ada simboliknya di situ. Tak mahu aku terus mengenang agaknya bila setiap kali lalu tempat yang sama.

Lalu? Perlukah semua tempat yang ada kenangan itu di tutup operasinya supaya aku lupakan semua kenangan yang pernah tercipta?

Gila banyak! Tak mungkin.

Walaupun pernah kena bebel kaw-kaw pasal makan McD..yahudi la..perang la..apa la. Aku pedulik hapa. Aku rasa nak makan..aku makan je. Tutup ke tak..tak jadi masalah. Yang sini tutup..yang lain melambak lagi.

Cuma...mungkin yang lain tidak sestrategik dan sesimbolik yang itu..

Betul kan?
Posted by delacroix
Sedikit bercahaya hari ini walaupun cuaca masih suram, mendung dan hujan. Di pejabat begitu juga. Rata-rata bermuram durja. Masuk aja ofis, boleh rasa kesedihan di mana-mana. Bos aku pun macam tu juga. Sampai MC dia semalam gara-gara terlalu banyak menangis.

Aku? Bukan setakat semalam atau kelmarin...tapi rasanya dah terlalu lama aku macam ni. Cumanya..mungkin semalam itu jadi penyebab yang terbaik untuk aku menangis tanpa berselindung lagi.

Antara ramai yang berduka itu..tak kurang juga yang tersenyum2 melihat telatah yang bersedih. Kelakar. Gara-gara seorang ikon...kita bengkak2 mata...apa pasal? Bukannya MJ tu kenal korang pun..

Ok..tu pendapat masing-masing. Ada yang suka..ada yang menyampah. Terpulang pada citarasa sendiri. Cuma..hatiku robek bila melihat si anak yang terlalu amat mencintai ayahnya..tak dapat menahan sebak..dan menangis teresak-esak. Hati siapa yang tahan? Bukan hanya aku..tetapi seluruh dunia yang menyaksikannya...turut mengalir airmata.

Ada seorang teman ketawakan aku. Katanya..buruk kalau aku terus bermuram kerana MJ. 'Kekasih hati' aku itu dah selamat dikebumikan..makanya kita yang tinggal di dunia ini perlu teruskan hidup. Doakan saja dia..

Ok..big deal! Aku mengaku aku menangis sampai bengkak-bengkak mata sebab aku sedih. Tak dapat nak di elakkan. Katanya..jangan dgr lagu MJ.Dengar la lagu yang boleh buat ko joget-joget. Dangdut ke..kompang ke..

Huhh..kompang?! Memang tak memberi motivasi. Kau hanya ingin membunuhku saja wahai teman...

Teman? Hmm..ada apa dengan teman?

Kawan? Sahabat?

Apa pun panggilannya..atau ertinya..buatkan aku sedikit terpukul dengan golongan ini. Sedikit sebanyak, ia membuka mataku dan menyedarkan bahawa hakikatnya aku tiada siapa-siapa.

Mengapa? Entah. Tak ada kata yang mampu nak jelaskan semuanya. Kelu dan beku. Aku hilang kata-kata..

Tapi semalam..bila ada seorang yang bergelar teman juga..yang mengatakan..'Aku kan ada sebagai kawan. Aku sedia mendengar dan memberi nasihat setakat yang mampu. Kamu harus renung dan kaji semula di mana betul dan salahnya. Kamu tak harus mengenang apa yang dah jadi sejarah. Kamu sahabatku..jangan simpan dendam itu.'

Dan mataku berkaca. Sebak membaca ayat-ayat itu. Nama pun memang tengah bersedih..maka nya..benda yang kecik pun blh buatkan airmata aku turun ke tahap yang paling murah.

Entah..serabut pun ada. Tapi aku tak mahu terlalu memikirkannya. Aku penat untuk jadi baik.

Apa yang aku mahu sebenarnya? Mungkin sedikit pujukan..atau kata semangat yang sekurang-kurangnya boleh buat aku selesa dan tabah untuk lalui hari-hari yang mendatang. Atau sekadar menemani waktu aku sangat-sangat memerlukan..

Tapi...itu pun aku tiada...
Posted by delacroix
Mungkin saat ini aku tak mampu nak membendung airmata dari terus bergenang..dan akhirnya jatuh perlahan ke pipi. Cuba nak senyum..tapi tak mampu. Sesekali mengetap dan menggigit bibir..menahan sebak yang dah berminggu2 tertahan. Kerana kamukah MJ? Atau ada sebab lain?

Aku hanya salah seorang yang mencintainya antara jutaan yang lain di dunia. Membesar dengan mendengar lagu-lagunya.. di hadapkan dengan 'Moonwalker' sejak kecil. Pernah memasang angan-angan untuk memeluknya...menciumnya mungkin..bahkan kawin dengannya.

Tapi aku tak pernah memasang angan untuk melihat semua ini..mendengar berita ini..bahawa kamu telah pergi.

Selamat tinggal pujaan...kamu milik yang lebih berhak..

Dan airmataku terus mengalir...tanpa henti...

May you rest in peace...I love you..
Posted by delacroix
Dulu..kau pernah berjanji pada diriku
Untuk menjaga dan menyayangiku
Itu bererti sampai akhirnya
Kau meninggalkanku

Kini..kau ingin kembali pada hatiku
Setelah kau pergi meninggalkanku
Haruskah hati..
Memberi kesempatan dirimu

Haruskah aku percaya
Segala yang kau ucapkan
Kata-kata maafmu
Kata-kata memohon
Untuk kembali kepadaku

Meski cintaku padamu
Lebih dari yang kau tahu
Namun mengerti kasih
Tak semudahnya itu
Melupakan yang telah kau lakukan padaku..


Beri aku waktu
Untuk memikirkan yang terbaik
Cinta jadi dilema
Pergi ataupun kembali
Posted by delacroix
"...aku telah jadi lupa..siapa diriku ini. Engkau juga di hanyutkan oleh arus percintaanmu. Tapi pabila aku sedar diri..siapakah aku ini. Aku bertanya sendiri..apakah akan terjadi..."

"..Betapa ku cinta padamu...katakan lah..kau cinta padaku..."

"..bermaknakah tiap baris kata-kata ataukah hanya di bibir saja..bersungguhkah rindu yang engkau pamerkan..ataukah sekadar lakonan.."

"...duhai malam..tiada bintang menghiasi taman kasih ini..hanya aku sendirian..tak berteman..kesorangan..."

"..begitu banyak cerita..ada suka ada duka..cinta yang ingin ku tulis..bukanlah cinta biasa.."

"...selagi jantungku berdegup hingga tiba nafas terhenti..dia lah di hati..tiada pilihan ke dua..pertama hingga akhir usia..hanya dia.."


Dan mengikuti setiap bait-bait lagu sambil mata tak lepas memandang si pemilik Brabus itu..buat mataku semakin berkaca-kaca.

Jaraknya hanya di pisahkan oleh barisan pemuzik saja..dan aku duduk di barisan ketiga..aras yang sama dengan pentas..buatkan aku sangat jelas melihat dia di situ.

Seperti biasa..setiap kali aku mencari sesuatu untuk tenang...dia akan muncul begitu. Sangat klasik dan sentimental.

Sesungguhnya hanya dia yang bisa memadamkan lahar api yang membuak dalam dada. Terima kasih..
Posted by delacroix
Show me the meaning of being lonely

So many words for the broken heart
It's hard to see in a crimson love
So hard to breathe
Walk with me, and maybe
Nights of light so soon become
Wild and free I could feel the sun
Your every wish will be done
They tell me...

Show me the meaning of being lonely
Is this the feeling I need to walk with
Tell me why I can't be there where you are
There's something missing in my heart

Life goes on as it never ends
Eyes of stone observe the trends
They never say forever gaze, if only
beauty roads to an endless love (endless love)
there's no control
Are you with me now
Your every wish will be done
They tell me

Show me the meaning of being lonely
Is this the feeling I need to walk with (tell me why)
Tell me why I can't be there where you are
There's something missing in my heart

There's nowhere to run
I have no place to go
Surrender my heart, body and soul
How can it be you're asking me to feel the things you never show

You are missing in my heart
Tell me why can't I be there where you are

Show me the meaning of being lonely
Is this the feeling I need to walk with
tell me why I can't be there where you are
There's something missing in my heart..
Posted by delacroix
Chop! apa aku merepek ni..sudah lah. Pedulik hapa aku. Lantak lah..persetan dengan semua nih. Buang masa! Pegi mampos la pada sesapa yg perasan diri tu bagus sgt. Ego tinggi melangit. Lama mana sangat la pun nak ego nye...

Hati...sabar ya. Moga ada jalan untuk kamu merasa damai satu hari nanti.

Persetankan diorang semua...
Posted by delacroix
Sempat berdiskusi bersama seorang teman malam tadi...membuka mataku tentang nilai kekuatan dan ketabahan hati. Mungkin dia agak risau lalu beria dia memujuk dan menyabarkan aku. Aku agak tercengang pada mulanya. Aku nampak tak ok ke?

Ya..sesungguhnya dia bijak membaca hati dan riak wajah yg tertera. Aku mula termenung..memikirkan segalanya semula. Mungkin ada betulnya..untuk sementara waktu ni, aku perlu bersama teman-teman...perlu sibukkan diri..sehinggalah emosi kembali stabil.

Tapi persoalannya, aku tidak lah tak stabil mana pun. Aku rasa ok je. Mungkin bila aku duduk seorang dan jauh di sudut hati..aku sedar yg hati aku sebenarnya kosong. Perasaan rasa terawang2 dan aku sendiri tak dapat nak pastikan aku ok ke tidak.

Bohong diri sendiri? Ya..mungkin. Tapi aku perlu itu untuk teruskan hidup. Jika tidak, tuhan saja yg tahu apa yg mungkin terjadi jika aku tak kuatkan hati.

Setiap saat dan minit yang berlalu, bila aku melihat jarum jam...masih menyakitkan. Dan kata-kata teman itu seakan menampal luka yang berdarah. terhenti sebentar sakitnya.."Kamu sepertinya makin tabah berbanding dulu. Aku yakin akan kamu. Katakan pada diri kamu bahawa kamu cukup kuat untuk hadapi semua dugaan. Tak salah untuk kamu bersedih..cuma jangan sampai menyeksa diri. Aku memahami perasaan kamu. Tidurlah..mungkin sebiji dua relaxant akan menenangkan kamu. Atau kamu nak smokok buat sementara..bisa saja. Cuma..jangan yang satu itu..."

Teman mengingatkan..aku sekadar senyum sumbing...memahami maksudnya. Entah lah. Mungkin bila hati dah terlalu hancur..maka aku akan sampai ke tahap tidak peduli. Dan waktu-waktu begini, hatiku mudah terusik walaupun sebabnya remeh.

Dan secara kebetulannya...setiap kali hatiku beremosi...datang pula ubat yang satu ini. Sejak dulu..hingga kini..pasti dia akan muncul di waktu aku sangat memerlukan.

Si pemilik Brabus...aku tak sabar menantikan kedatangan Sabtu..untuk melihat kamu.
Terima kasih. Kamu saja yang tak pernah melukakan hatiku..
Posted by delacroix
Jenuh juga memohon supaya di lembutkan hati...dan di bukakan pintu kemaafan. Tapi perasaan itu tak mahu ke situ. Hati terlalu sebal barangkali.

Doakan kebahagiaan? No...cukup2 la mendoakan orang. Baik aku doakan untuk diri aku. Aku takkan pernah lagi hingin nak mendoakan kebahagiaan kamu. Namun, aku juga takkan mendoakan keruntuhan serta kehancuran buat kamu.

Cuma..aku nak tengok..sampai bila kamu nak bermegah menongkat langit!
Posted by delacroix
Aku paling menyampah kalau ada orang nak saiko2 time aku tengah takde mood nih. Aku cakap sekali...tak paham2 bahasa. Letih la weii. ko nak apa sebenarnya?!

Ikut suka ko lah..aku memang tengah dalam mode penat..jadi mood aku akan jadi setoya-toyanya. Jangan la ko cuba2 nak kaco aku ok..

Dah..pegi buat keje ko. Dok diam-diam.. sebab aku pun nak diam-diam je..
Posted by delacroix
Agak penat. Tak cukup tido barangkali. 2-3 jam saja untuk 2-3 hari ni..dan aku bangun semula untuk ke ofis. Makanya, aku jadi pendiam sikit sepanjang hari. Duduk kat meja, buat keje sambil melayan mata. Melayan perasaan juga. Tak kurang dari terfikirkan kesayanganku itu yang dah berapa hari senyap sepi. Apa agaknya dia buat tu? Sihat ke dia? Happy ke dia? Paling penting, kena buli ke dia kat sana tu? Almaklum la...insan yang lemah katanya kan. Risau la jugak. Ada juga terlintas di hati nak call, tapi...biarlah. Daripada aku sakit hati dia tak jawab, baik jangan call langsung. Jadi, kekecewaan itu tidak berganda...hahaha..betul?

Ok...lupakan kejap soal kesayanganku yang tengah berkursus itu.

Cik H yang duduk di sebelah meja ajak aku lunch sama. Tak banyak kerenah, aku ok aja. Tepat pukul 12, berdesup aku keluar ke pintu lif. Terus ke Kopitiam. Tengah aku menunggu pesanan sampai, sambil bersembang dengan Cik H...tiba2 aku nampak ZZ lalu. Cik H terus aja panggil. Aku tepuk dahi. Aiyakk..macam mana aku blh terlupakan ZZ dan tinggalkan dia? Selalu tu mmg selalu lunch sama.Padan la aku rasa macam ada benda yang tak lengkap. Rupanya ZZ tertinggal kat atas...hahaha.

Aku menyengih aja bila dia menghampiri meja. "Alamak..lupalah. Hari ni saya ada masalah short term memory loss."

ZZ sekadar menjeling. Tak cakap apa. Senyum saja.

Dan aku biarkan saja dia dengan senyuman yang meniti di bibir sebab aku asyik melayani cik H yang becok bersembang tak berenti.

Lepas lunch, naik aja ofis..aku start mengantuk. Mula lah teringatkan teman baik yang bernama 'smokok' itu. Alangkah indahnya dunia kalau dapat bertemankan dia time-time tengah super duper kenyang tu kan. Tapi gila...di buatnya cousin aku yang sorang tu nampak..kompom dia lipat maut tengkuk aku. Heh heh...

Petang...budak2 ni ajak aku berlibur di bukit bintang. Hehh..apa lagi. Keluar je dari kawasan larangan tu..aku paw la J punya stok. Dia sikit tercengang. Katanya aku nampak macam budak baik kat opis. Hahaha..aku ketawa guling2. Begitu rupanya persepsi dia. Biarlah...ada aku kesah?

Sampai rumah mencecah pagi..dan kepala aku mula berat. Campak beg...dan aku terus terbongkang atas sofa sampai subuh.

Paksa diri untuk bangun..dan hujan menderu di luar.

Suram gila..namun..aku harus juga meneruskan hari-hari yang mendatang...sighhhh..
Posted by delacroix
Akhirnya kita ada
Di akhir yang menyakitkan
Ku sadar kita telah melangkah
Terlalu dalam...

Sadari bahawa kita
Sudah taklukkan terlarang
Tak mungkin ku perjuangkan cinta
Yang kita mulai dengan salah

Aku tak mampu untuk menyimpan
Rahasia kisah kita...
Tahukah kamu batinku tersiksa
Saat harus selalu... berdusta
Di dalam sebuah kisah yang salah

Simpanlah kisah tersembunyi ini
Maafkan kisah kita harus berakhir disini

Aku tak mampu untuk menyimpan
Rahasia kisah kita...
Tahukah kamu batinku tersiksa
Saat harus selalu... berdusta
Di dalam sebuah kisah yang salah...
Posted by delacroix
Aku keluar kejap ke kedai depan tu. Tapau seperti biasa. Waktu aku nak bukak gate nak masuk balik..tiba2 ada suara menegur. Aku toleh ke belakang. Awek depan rumah tu macam biasa la..nampak aku kompom sengih sampai telinga. Tapi kali ni yang menegur tu adik dia pulak. Iskkk..kenkadang aku pun konpius..berapa ramai adik beradik yang dia ni ada.

"Beli apa tu?" dia tanya. Sumpah..aku tak ingat nama adik dia ni. Selalu tu main tegur2 gitu..main senyum2 je.

"Biasa la..beli makan."
Aku sengih. Sempat menjeling. Dia dah pun siap pakai pijama. Kompom tido awal budak nih..

"Ye lah kan. Nak masak pun...sorang." Dia sempat ketawa kecil. Eh..eh..nak bergurau senda pulak dia.

Aku sekadar menyengih. "Ha..betul tu. Nak teman saya makan ke? Meh la..seberang jalan je ni.." Aku offer2 ayam je...* kalau tetiba dia nak..mampus aku..heh heh.

"Eh..takpe la. Saje je.." dia pulak menyengih. Tak nak pulak. Tadi kemain lagi menegur. Takut la tuu...

"Kak long nya mana?"

"Tak balik dari Sabah lagi laa..kak long tak bgtau ke hari tu?"

Aku tepuk dahi.."Ooo..lupalah. Hehe..patut la tak nampak dah 3-4 hari."Dia menyengih sambil jeling. Elehh..korek mata tu baru tau.

Ok...tak lama menyembang dengan dia sebab perut aku dah berbunyik. Makanya aku pun mintak diri nak masuk dalam dulu. Tu la..ajak masuk skali jual mahal...heh heh.
Posted by delacroix
Three sundays...oh dear...what am I gonna do without you?
Posted by delacroix
Benarkan ku untuk berbicara…
Bicara terus ke hati mu.. hati mu..
Hati yang penuh rasa ragu
Jangan terus pergi
Tanpa mendengar ku
Mungkin mudah
Untuk kau terus berlalu
Nanti dulu..
Berikanlah waktu
Untuk aku..untuk kamu

Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Lidah kelu sedangkan aku
Mahu kau tahu
Aku cinta pada mu..
Benci pada mu..
Cinta pada mu..

Ke tepi lihat ku berlalu
Pasti itu yang terbaik untuk ku
Tiada lagi mahu ku tahu
Tentang hidup kamu
Tentang mati kamu
Aku tahu..
Engkau tahu apa yang mata ku tahu..
Apa yang kau tunggu
Mahu aku buka pintu?

Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Sedang aku mahu kau tahu
Dengar kata ku
Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu

Sakitnya aku
Membenci kamu
Sakit lagi mencintai mu
Dan aku pergi
Tapi kembali
Benci aku mencintai diri mu
Ku benci… kamu
Ku cinta… kamu

P/s : Aku benci kamu...benci...benci...benci...! Tapi hakikatnya aku cinta kamu. Arghhhhh....
Posted by delacroix
Sedikit keliru. Tak marah pun. Jauh sekali nak bersedih. Cuma ada sentimental value yang merangkumi seluruh sendi2 dan liang roma bila bersama dia.

Ahh..dia itu cerita lama. Kisah dulu kala yang pernah mencuri hati suatu tika dulu. Cerita zaman remaja. Zaman baru nak kenal dunia. Zaman susah tak berduit masa belajar, makan minum entah kemana, bersengkang mata nak lulus periksa dan segala2nya indah bila di kenang semula.

Mungkin dia satu2nya insan yang tak pernah jemu untuk menjejaki langkah yang dulu hampir hilang...hampir takkan ada harapan untuk bertemu...namun dia tak putus asa.

Aku tak pernah membuang...mahupun menerima. Cuma aku senang...bila mata bertemu dan pandangan jatuh di situ...seperti waktu pertama kali dulu...aku tahu..dan dia tahu..apa maksud pandangan itu.

Suka dia? Hahaha..sejujurnya aku selesa. Boleh bersembang apa saja topik. Dari sekecil2 isu aku di gigit nyamuk..hinggalah sebesar2 isu pemanasan global. Kalau nak gelak..tak main cover2 line. Belasah kaw2 je.Dan biasanya aku akan bertekak dengannya dari awal sampailah akhir..bila masing2 dah penat atau mengantuk, baru lah diam.

Dia tak lah stylo mana. Biasa saja..pendek kata..tak ada lah ciri2 yang aku idamkan tu. Tapi...dia seadanya.

U make my day sayang...muahssss.
Posted by delacroix
Pinjam sinarmu Nur Nilam Sari
Buatku merempuhi malam
Kabus berlabuh bagaikan awan
Mengaburi penglihatan
Menyekat maksud di sempadan
Redup yang ku pasangkan angan

Sekadar berhasrat
Berlindung dalam lena
Pejamkan mata
Untukku lupakan sengsara
Berapa kerdipan
Melaraskan jiwa
Menyusul ke arah asalku

Senyumanmu satu azimat
Buat diriku yang hina
Manusia terpinggir melara
Tak pernah kenal erti bahagia
Namun ku masih gembira
Bagiku rahmat semuanya

Oh..mungkin kalau nasibku berbeza
Aku tak mampu menilaikan dikau..

Aku berani..berani aku
Katakan dirimu itu..dewi kayangan..

Peperangan yang melanda diriku kini
Sudah berakhir..oh berakhir
Kepahitan dulu bertukar
Menjadi sebuah sejarah
Dan kenangan manis...
Posted by delacroix
Tak boleh tido lagi. Mata asyik terkebil sejak balik dari Damansara Perdana tadi. Salah aku jugak..pegi minum teh buat hapa. Bukan ke teh tu ada kafein. Ni yang buat mata aku segar bugar ni.

Hmm..tetiba teringatkan kesayanganku itu yang akan berangkat pergi ke BTN besok. Buat apa agaknya tu ye? Packing barang? Atau awal-awal dah membuta? Check list tu dah tanda ke belum? Semua barang dah ada? Toiletries cukup? Paling penting..charger henpon tu..jgn tak bawak ye.

Aku pasti akan rindukan dia selama 2 minggu ni..

p/s: dalam hutan tu ada coverage ke? boley guna henpon x?
Posted by delacroix
Aku kerap mimpi sejak akhir-akhir ni. Mimpi yang sama. Mimpikan dia. Semuanya tentang dia. Tak ada suara, tak ada kata-kata. Aku tak ingat jalan ceritanya bagaimana. Tapi aku ingat bagaimana matanya berkaca-kaca...merenungku..seakan mahu berkata sesuatu..

Dia hulur tangan..tapi aku tak sambut. Aku biarkan dia terkapai..dan dia hilang dalam kepekatan..

Dan di situ..hatiku tersiat..

Malam esoknya..aku mimpi lagi..
Posted by delacroix
Bila tak boleh tido dalam 2-3 hari ni..aku banyak berfikir. Kenapa terjadi itu dan ini? Bersilih ganti macam tak ada kesudahan. Penat...bila kenangkan apa yang kita usahakan untuk kesempurnaan selama ni, tak berbaloi atau sia-sia di telan angin macam tu je. Padahal kita dah cuba yang terbaik, dah bagi sepenuhnya komitmen..usaha..dan selebihnya doa pada DIA..tapi keadaan tetap sama.

Sighhh...rasa macam nak putus asa pun ada. Tak tau nak buat apa lagi. Rasanya semua dah buat. Kadang-kadang timbul rasa marah pada diri sendiri sebab tak mampu nak ubah keadaan untuk jadi sempurna seperti yang sepatutnya.

Demi tuhan..aku tak sanggup untuk berpeluk tubuh dan sekadar melihat begitu saja. Tak sampai rasanya hati. Kasihkan dia? Ya..sangat2. Dan kerana itu aku tak boleh lihat dia terluka walau seguris sekalipun. Dia terlalu rapuh untuk bertahan..

Tapi...apa yang boleh aku buat?

Sekali lagi..sekadar melihat, mulut terkunci dan kaki tangan terikat.

Dan itu buatkan aku rasa macam ada jarum tersengkang kat anak tekak..pedih..dan menyakitkan...
Posted by delacroix
2 hari tak boleh tido. Terkebil2 je mata aku sampai ke pagi. Dan aneh...aku tak rasa mengantuk walau sikitpun. Penat pun tak. Padahal keje kat ofis boleh tahan melambaknya. Balik umah pun takde la aku rehat sangat. Melayan kerenah mereka2 yg ada kat umah tu. Pukul 10 masuk bilik. Konon je golek2 atas katil, tapi tak lena pun.

Begitulah sampai ke hari ni. Aku masih segar bugar. Tak makan sangat, tapi energy sangat2 luar biasa!

wow i likeeee!
Posted by delacroix
Ok..hari ni aku tak berselera langsung untuk makan. Panas satu badan...dan berpeluh secara tiba2. Semua gara2 Reductil Sibutramine itu. Tak tau sama ada sistem badan boleh terima atau tak. Setakat ni, tak ada la lagi simptom2 merbahaya. Sekadar aku rasa degupan jantung lebih pantas daripada biasa, berpeluh, panas dan dehydrate. Tapi aku tau..kesan2nya akan lebih dari itu..seperti insomnia..tekanan darah yang turun naik, muntah2 dan mungkin juga gangguan memori (short term memory disturbance). Kompom aku akan melengung...blur...blank...dan sebagainya. Tapi ok kot..harap2 tak lah teruk mana.

Tak penat...tapi aku dah start blur. Apa ye aku nak tulis tadi?

Aku rasa macam ada tanda soal atas kepala aku ni...iskk..
Posted by delacroix
Tengah aku menelaah paper pagi tadi..tiba2 ada tangan menghulur sesuatu dan letak atas meja. Eh..eh..aku terus angkat muka dan wajah itu senyum. Nak tau apa benda tu? Cup cake! Teeehehe..comel! Lepas bagi..dia terus berlalu. Aku sempat jerit, ucapkan terima kasih. Di kejauhan, dia sekadar senyum. Hehh..aku senyum sorang sambil dok belek cup cake yang terlalu comel tu. Sayang betul nak makan. Takda apa2 occasion..tetiba orang bagi kek..hmm..pelik sungguh. Tapi ada aku kisah? Orang bagi..ambik saja!

Korang penah dapat cup cake? Aku dpt 2 bijik. Sampai petang...aku dok tayang kat atas meja. Tapi akhirnya aku gigit jugak. Tak guna simpan..kang bersemut. Baik aku telan. Emm..sedap..
Posted by delacroix
Lately ni memang aku mengaku...kadar peratusan aku naik hangin sangat tinggi. Baik kat ofis..mau pun kat rumah. Kalau balik rumah..takde orang, then bole cool down la sket. Suka-suka ati nak bogel ke, lari keliling rumah ke, takde sapa nak kacau. Balik keje dah la penat, hati pulak tak seronok je sejak dua menjak ni..pulak tu balik rumah aku tengok...mak datukkk..macam tongkang pecah! Lagi la bertambah darjah kepanasan ati aku.

Itu satu. Aku diam je. Padahal dalam hati..rasa nak protes pun ada. Takpe..sabar..sabar! Aku naik bilik pulak. Hadoiii! Aku lempar beg ke dinding terus. Bilik aku macam kandang babi! Aku rasa nak angkat lemari tu dan baling kat muka R. Tak boleh tahan...panas! Aku tukar baju..pakai short n t-shirt dan turun bawah balik. R buat muka sadin..tengok bola. Aku tak tego langsung. Kaut kunci kete yang tergantung kat dinding dan start enjin. Skali lagi dada aku rasa macam nak pecah bila tengok jarum meter petrol. Menyala-nyala! Oiii..melampau! Aku toleh ke belakang..kapet pulak penuh dengan pasir. Merah padam muka aku! Dah pakai tu satu hal..ntah hangkut awek mana sumbat masuk kete aku...lepas tu sepah2..tak reti pulak nak kemaskan. Adoiiii...tolongggg..aku rasa nak makan orang dah ni!

Aku keluar jugak..dengan marah membuak-buak. Ya allah...bagila aku sabar dengan secukup2nya. Aku berdoa dalam hati supaya marah aku tak meletup.

Balik..sekitar jam 10. Aku naik terus ke bilik. Masih marah. Muka tatau nak cakap la..sekelat-kelatnya. Aku campak diri sendiri atas katil yang macam kubang babi tadi tu..cuba redakan hati. Aku capai laptop. Cuba nak online. Sekali lagi kesabaranku teruji. Belum pun windows tu keluar..dah padam! Bateri habis tak charge! kepala hotakk kau laa! Tak reti ke nak cucuk charger tu masa guna??!

Aku nak bawak kunci kete aku...dengan kunci spare skali ke ofis..walaupun aku tak bawak kete. Aku nak kunci bilik aku. Aku nak cabut bateri laptop aku dan hangkut bawak g ofis skali boleh?? Kali ni aku nak jadi sekedekut pait manusia yang boleh. Duit moto aku takmo bayar dah..duit poket pun aku tak hingin nak bagi lagi. Nak beli laptop..tak hingin aku nak contribute! Duit PTPTN tu joli sorang..pandai. Lepas tu aku la yang kena tanggung semua. Aku pun study gak dulu. Takde la mengada2 nak itu ini. Pakai apa yang ada. Penah juga cuba nasib dan mintak. Tapi jangan harap nak dapat. Aku ingat lagi..masa tu aku teringin sangat nak pakai henfon. Makanya aku suarakan la hasrat kat orang tua tu. Sampai sekarang aku ingat kata-kata tu. Iskk..tak perlu la aku tulis kat sini. Tapi cukup menghiris. Takpe..taknak belikan takpe. Aku kumpul duit dan beli sendiri. 2 hari lepas aku beli henfon pertama aku...Motorola yang berharga 8 ratus..tup2 si sulung itu..kecek orang tua aku. Nak jugak. Dan yang paling best..cukup bulan..dia bawak balik Nokia..yang berharga seribu lebih...untuk si sulung itu! Aku cuma diam memerhati lihat si sulung itu tersenyum girang sambil menayang2 henfon barunya kat aku. Dan tak sedar..airmata aku menitik..lalu aku lari naik atas, kunci bilik dan menangis sepuas2nya.

Aku takde transport masa study. Pegi balik naik bas. Susahnya tak ingat. Tapi aku tak merungut. Aku pun buat assignment. Pakai desktop je. Tu pun lebihan si sulung itu. Mulanya orang tua aku beli yang baru..mmg utk aku. Tapi bila si sulung tu tengok aku punya baru..makanya..dia nak yang itu..dan yang dia punya..dia bagi kat aku. Boleh? Apa yang mampu aku katakan? Terkebil2 saja mata aku bila tengok si sulung itu mengangkut desktop aku yang masa tu boleh di katakan super laju..dan di gantikan dengan dekstop dia yang dah hidup segan mati tak mau tu. Orang tua aku tak cakap apa. Sekadar membiarkan. Sekali lagi hati aku terguris. Tapi aku diamkan saja.

Bila grad..cadangnya aku tak mau kerja lagi. Aku mau sambung lagi. Mulanya orang tua tu dah setuju nak sambung biayai pengajian yang hanya ambik masa lagi 2 tahun. Mmg express. Banyak paper boleh exemption. Dah alang2. Sebulan lagi nak enroll..pada 1 malam..orang tua tu tiba-tiba ketuk pintu bilik dan masuk. "Ada benda nak bincang sikit boleh?" katanya sambil duduk di sisiku. Aku angguk saja dan terus letakkan buku di tepi lalu beri peluang pada orang tua itu untuk bercakap.
Aku lihat orang tu menelan liur 2-3 kali...menarik nafas..mengeluh..macam-macam lah. Aku tidak menyangka yang bukan-bukan sehinggalah dia mula bercakap yang dia tidak mampu untuk biayai pengajian aku yang seterusnya. Hancur hati aku. Kenapa hari tu cakap ok..tp sekarang tak ok pulak? Aku berteka teki sendiri sebab bila aku bertanya sebabnya..orang tua tu cakap dia tak mampu..itu saja.

Makanya..aku yang putus harapan ketika itu..mula bukak surat khabar dan carik kerja. Dah takde pilihan..nak buat macam mana. Sebulan lepas itu...si sulung yang masih dalam semester akhir...pulang ke rumah dengan senyuman bersama kereta barunya. Aku rasa nak bunuh diri masa tu! Ooo..patutlah orang tua tu kata tak mampu nak tanggung aku. Sebabnya...beli kan kereta untuk si haram jadah tu. Lahanat! Entah berapa ribu kali aku menyumpah2 masa tu. Aku tak bertanya pada dia. Sebaliknya..semasa di dapur..aku suarakan rasa tak puas ati pada mak. Mak cuma jawab.."Entah..mak tak tau.." Tapi aku tau..mak pasti tau sebabnya. Lepas seminggu..akhirnya aku berjaya korek cerita. Oh..rupanya si sulung itu mengecek orang tua itu. Kononnya rumah jauh dari fakulti. Takde transpot. Moto takmo naik..panas. Mengada! Kalau takde transpot, tak pegi kelas. Nanti fail..salah sape? ohoo..mengugut? Dek kerana sayang yang melampau dan takutkan ugutan fail itu..makanya orang tua itu pun belikan sebijik kete untuk anak tersayang itu. Aku? terpaksa lupakan hasrat utk sambung pengajian sebab orang tua tu dah kena bayar 2 kete sebulan.

Kecewa tak tau nak cakap. 3 bulan aku tak bertegur dengan diorang. Dengan si sulung itu juga hubungan aku tak berapa baik masa tu. Aku banyak buat hal aku sendiri. Kerja..dan kumpul duit. Cukup duit..aku beli kete sendiri. 1 sen tak pakai duit orang tua tu. Dan hari pertama aku bawak balik kete dari showroom..aku cakap kat diorang.."Ini hasil titik peluh orang sendiri. Sekurang2nya orang tak mintak 1 sen pun duit mak bapak. Bukan macam anak kesayngan mak tu. Apa lagi yg bapak bagi kat dia? Duit, kete, supp card,henfon..lepas ni apa pulak? Belikan rumah? Ha..beli kan la. Esok-esok dia yang nak jaga sakit pening mak bapak kan?" Mak cuma mampu pandang aku dengan genangan air jernih. Bapak aku pulak..sekadar menung jauh. Sesekali dia meraut mukanya dengan perasaan kesal dan serba salah yang bersarang di hati..

Bila si sulung itu berkeluarga dan mula jauh dari diorang..baru terasa. Bila si sulung itu pernah tidak balik raya, barulah sedar. Bila si sulung itu tidak menjaga kebajikan mereka..mulalah sedih. Dan dalam keterasaan itu, orang tua itu pernah menyatakan kekesalannya kerana tidak memberi peluang aku untuk teruskan pengajian. Aku hanya senyum pahit. Kalo up sket je lagi..aku tentu duduk kat kerusi yang Edmund duduk skarang. Sighh..hati aku tetap terguris sampai bila-bila dan tiada ubatnya. Skrg ni nak sambung? Huhh..mana ada masa. Mana aku nak cekau GBP25 untuk satu paper?

Sebab tu skarang...bila R pulak mintak yang bukan-bukan..aku mudah naik angin. Yang paling buat aku histeria..bila R suruh aku beli kete lain..dan kete ni bagi kat dia. Terus aku teringat luka lama. Tak hingin aku nak beli. Biarkan aku pakai kete tu sampai reput. Sebabnya..masa aku susah dulu..tak ada siapa nak tolong. Aku bangun sendiri, usaha sendiri dan cari duit untuk beli apa yang aku mau sebab bila mintak kat orang tua..diorang ternyata lebih dahulukan si sulung itu daripada aku. Jadi aku dah terbiasa untuk tidak meminta apa2 dari mereka sebab aku tau aku takkan dapat. Baik henfon, baju, kasut sampai la beli kete.

Si sulung itu juga tak berani nak komen apa2 dengan aku hingga sekarang. Setakat ini, apa saja yang aku mintak..dia bagi. Tak pernah dia tak tunaikan. Sebabnya..dia sendiri tau. Aku berkorban kerana dia.

R..nak aku berkorban lagi. Minta maaf lah. Aku dah lelah...
Posted by delacroix
Hahaha...nak tergelak pun ada. Macam-macam perangai lah. Bosan! Buat apa nak ikut kerenah orang? Kerenah sendiri pun aku tak terlayan.

Tadi sempat bersembang dengan awek depan rumah. Dia yang panggil. Makanya melompat aku keluar terus ke pintu pagar dengan sengih sampai ke telinga. Apa? Nak panjat Kinabalu? Ya..silakan lah. Tentu-tentu aku tak boleh join. Dan dia offer pulak ke Perhentian bulan 8 ni. Hmm..sangat menarik. Sempat lagi untuk aku mengasah skil berenang. Beria betul dia mengajak. Macam la kalau aku tak pergi...pulau tu tenggelam pulak. Saje je nak bsembang tu..elehh. Ok..kau no issue. Aku layankan je..

Dalam bas...aku sumbat telinga macam biasa dengan earfon. Layan dengar mp3 sambil pejam mata. Tapi sampai je kat Batu 5 tu..bila budak2 balik sekolah naik sama..ya rabbi..aku rasa nak bangun jadi hulk dan baling kusi kat sekor2. Mana taknya..aku increase volume mp3 sampai maximum pun masih boleh dengar diorang memekak2 n terjerit2 dalam bas. Heran betul dengan budak sekolah zaman sekarang ni. Takde sivik langsung. Aku dulu pun sekolah jugak. Naik bas jugak. Tapi takde la nak bergurau senda sampai baling2 beg dari depan bas hingga ke belakang. Lepas tu penggunaan tatabahasa tak hengatt...segala macam jenis kata makian keluar dari mulut. Padahal bersembang sesama sendiri je tu. Pulak tu pakai speaker masjid. Aku pulak yang naik malu dan hangin bila diorang ni memekak kat tepi telinga aku. Takde respek langsung kat penumpang lain yang rata-rata semua orang dewasa yang baru balik kerja. Part paling best..semua pompuan dan bertudung pulak. Lagi lah aku hangin. Kalau lah adik aku..memang aku perambat turun bas. Lepas tu luku-luku kepala bagi dia diam. Sebab dia bukan adik aku la..aku tak hingin nak amik kesah.

Takdenya nak kesian-kesian. Sekarang ni belasah je. Simpati? No way. Orang buat baik dengan aku...yes..aku baik la. Orang sayang aku...ya..aku sayang balik..tatang mcm minyak penuh. Tapi kalo orang buat taik..bukan takat taik tu aku campak balik..tapi dengan kumbahannya skali aku simbah kat kau. Hambikk.

Bukan nak tunjuk aku ni la yang betul..atau aku je la yang pandai. Tapi hakikatnya aku dah sampai ke satu tahap di mana aku dah menyampah yang teramat sangat. Bosan gila babi dan aku dah serik super duper!

Tido lagi bagus. Korang nak bercakar ke apa ke..lantaklah. Ada mak kesahh?
Posted by delacroix
Mungkin tak banyak yang boleh aku ceritakan. Ya..kehidupan tetap berjalan seperti biasa. Aku masih tetap orang yang sama. Tidak banyak perubahan walaupun aku akui..sedikit sebanyak ada yang telah berubah. Namun..aku tetap aku. Aku masih mencintai orang yang sama (walau dia sangat melukakan hati)...masih juga aku menghabiskan masa dan berlibur dengan kesayanganku itu jika ada kelapangan, tetap juga aku berkunjung ke KD dan bergosip bersama sahabat karib ku itu...masih berchatting dan berfacebook dengan teman-teman lain..tak lupa jika tak penat dan aku masih keluar minum bersama dengan yang lain.

Mungkin saat ini, yang boleh buat aku tersenyum dan ketawa...cuma ketika di pejabat. Namun, sebaik kaki melangkah masuk ke dalam rumah..dan saat aku melontar tubuh ke atas katil empuk atau sofa..makanya segala kenangan yang sebelum ini aku lempar jauh2mula berlumba2 dan mengasak masuk semula ke dalam fikiran.

Aku dah muak memikirkan soal hati. Tak pernah habis! Bosan super duper tahap maksimum! Nak muntah! Tapi itulah yang terjadi. Sedih, kecewa, makan ati..eii..takde benda lain ke? Tolonglah..

Soal dendam dan maaf? Oh..minta maaf lah. Terus teranglah aku cakap..aku memang dah mula berdendam. Sebabnya..aku dah tak larat sangat dah nak memberi maaf pada mereka2 yang tak tau nak menilai murah atau mahalnya sebuah kemaafan itu. Orang cakap..memberi maaf itu adalah lebih mulia dari yang meminta maaf. Ahh...kentut lah!
Aku dah malas nak amik port dengan ungkapan2 macam tu. Ada nilai ke untuk orang-orang yang sepatutnya meminta maaf dari aku tu?

Sorilah.Kalau ada di luar sana yang cakap..hati mereka boleh jadi sepejal batu...aku mungkin boleh jadi sekeras itu..seperti berlian mungkin. Batu masih boleh di pecahkan..boleh pakai drill, kasi lubang..masuk dinamit dan letupkan. Nahh..hancur jadi pasir berderai bukan? Tak keras lagi.

Tapi kalau berlian? Bagaimana kerasnya? Macam mana nak pecahkan? Nak potong dengan apa?



Cantik bukan? Baik dalaman mahupun luaran. Perghh..inilah logam yang paling keras di dunia. Hanya permata yang boleh memotong permata...betul kan? Namun..mungkinkah hatiku boleh jadi sekeras itu? Hanya DIA yang maha mengetahui..

Intan payung? Huhh...payung yang dah tak ber'intan' atau pun cik intan yang dah tak pakai payung? Hahaha. Aku tak pakai payung. Payung lipat ke..payung golf ke..kalau ada pun dalam kete tu..cuma buat hiasan je. Kalau hujan..aku redah. Biar basah kuyup, aku tak kisah. Namun..namanya nak bawak payung? Kim salamm...

Kalau ada pun..aku sekadar tumpang payung lipat mickey mouse biru tu. Kecik je. Alahai..tak sampai ati nak tumpang. Tapi aku suka je..walaupun kecik..tapi tuannya berbesar ati memberikan tumpang. Dan aku pun berbesar ati juga la menumpangkan diri..walaupun basah sebelah bahu..tapi tetap muat juga berdua.

Terima kasih...
Posted by delacroix
Ya tuhan..kecewanya aku!

Kenapa kegembiraan itu hanya sekejap? Dan ada saja yang menggugat hati dari untuk terus mengecapi rasa aman damai dan bahagia. Sighhh...aku mengeluh seberat2nya sejak semalam. Terasa bagai ada batu besar yang menghempap dada...dan aku sukar bernafas. Mata berpinar2...dan hasilnya..aku tido macam orang kena tembak hingga tengah hari ini.

Pun begitu...bangun dari tido...benda yang sama menguliti hati dan minda. Aku gagal untuk senyum..seperti pagi semalam tatkala aku menyarung baju pink itu buat pertama kali. Hilang segala kenangan gembira semalam bila aku bersenda bersama teman2. Semuanya hapus di telan ombak besar yang memunah itu.

Aku tersangat kecewa. Tak terungkap. Dan rasa itu lebih teruk dari di tinggalkan bongkang oleh seorang yang pernah aku cintai. Tuhan..moga masih ada jalan untuk aku membuang rasa kecewa itu. Kuatkan hatiku...
Posted by delacroix
Aku mungkin tak faham situasi dan jalan ceritanya bagaimana. Tapi jika ditanya tentang hati yang terluka dan harapan yang putus di tengah jalan..well..u can count on me baby...

Aku tak tau bagaimana mau membantu jika kamu berdiam sebegitu. Ya..kamu kata kamu ok. Tapi dari riak wajah dan airmuka...jelas kamu tak ok dan tidak gembira. Ada airmata yang tertahan2 setiap kali aku berhenti dan menoleh ke arah kamu dan bertanya "Are you ok?" dan kamu...dengan gagalnya...membohongi aku sambil memberi senyuman plastik dan berkata.. "Yeah..im fine."

Kamu tidak beriringan denganku..sebaliknya..2-3 tapak di depan..atau di belakang. Bimbang jika aku terus merenung dan mencari-cari jawapan di sebalik wajah keruh kamu itu. Kenapa sebegini teruk? Dah berapa minggu kamu begini?

Kadang2 bila aku biarkan kamu melayani perasaan sendirian..mata kamu mula berkaca2. Henfon tidak lekang dari genggaman. Mau saja aku rampas henfon itu dan campak ke longkang. Bukan apa..aku benci melihat sesiapa saja yang mengganggu perasaan kamu hingga kamu jadi selonglai ini.

Jika tidak terluah..atau jika kamu tak mahu meluahkannya..tak mengapa. Kamu harus kuat. Jangan biarkan perasaan itu menguasai kamu..sebaliknya kamu yang harus menguasai dan mengawalnya supaya ia tak membunuh kamu.

Aku akan selalu ada..bila2 masa saja..
Posted by delacroix
Kaedahnya...hari ni aku tak banyak keje. Mengangkang tak hengatt! Tak larat nak layan lawak2 bongok kat belakang aku ni..aku sekadar menyengih aja. Tetiba teringat ada lolipop dlm poket. Aku pun seluk dan keluarkan. Sayang pulak nk makan...makanya aku renung dan belek je.
"Yang ko renung lolipop tu kenapa?makan je lah..." tau-tau bahuku kena tepuk. Dan 3-4 org kat belakang pakat ketawakan aku...

"sayang la nk mkn.cantik je bungkusnya.."

Kata-kataku mengundang tawa yang berdekah2 di kalangan mereka. Aitt...salah ke aku ckp?

"Jilat je uols..takde makna nk syg2 ni. Nak mak tunjuk cara-caranya?"

Dan kali ni...aku tersengih lebar...

Bongok!
Posted by delacroix
Aku melayan mata saja dalam bas. Mengantuk! Tiap pagi,memang mcm tu. Sumbat telinga dgn earfon dan terus saja aku pejam mata sehinggalah tiba di ofc. Ok..ceritanya mcm ni. Bas bhenti di 1 bas stop. Sorang mamat ni naik.dia ni dah berapa kali aku nmpk dalam bas yg sama. Pertama kali mata aku terperasan kan dia dalam 2-3 mggu sudah. Dalam bas juga. Kesian dia. Berdiri masa tu. Tepi aku pulak. Aku sekadar menyengih sensorang. Ntah apa kena xtau la. Dia ni takla hensem mana pun. Tp blh dikategorikan dlm lelaki yg smart. Tp biasa je, pakai baju long sleeves, seluar khakis,tie. dan tah kenapa dia sgt menarik mata aku utk terus menjamu pandang.

The best part, dia turun dekat dgn umah aku. Aitt..knp aku xpnh nmpk dia sblm ni? Baru pindah ke? Atau sbnrnya aku yg selalu xmelekat kat umah?

Ok, lupakan soal mamat yg berjaya mcuri phatian aku dlm bas tu. Dia xkan kemana2 aku dah tau kat mana dia tggu bas setiap pagi.

Sakit kepala? Airmata? Tensi?ooo...sume tu aku sdg cuba utk nyah kan dari kamus hidup. Takde maknanya nak bengkak2 mata sbb org sdgkan org pun xherankan kita. Jadi..skrg ni..ada mak kesahhh? Sori la nok...mak rasa nk jd xberperasaan dah. Pegi mampos.

Ooo...utk kesygn ku itu...aku benci tgk airmata kamu itu. Lapkan ia...hargai ia kerana kamu tak patut bazirkan ia utk sesuatu yang tidak menghargai kamu...
Posted by delacroix
Life is full of lots of up and downs,
And the distance feels further when you're headed for the ground,
And there is nothing more painful than to let you're feelings take
you down,
It's so hard to know the way you feel inside,
When there's many thoughts and feelings that you hide,
But you might feel better if you let me walk with you
by your side,

And when you need a shoulder to cry on,
When you need a friend to rely on,
When the whole world is gone,
You won't be alone, cause I'll be there,
I'll be your shoulder to cry on,
I'll be there,
I'll be a friend to rely on,
When the whole world is gone,
you won't be alone, cause I'll be there.

All of the times when everything is wrong
And you're feeling like
There's no use going on
You can't give it up
I hope you work it out and carry on
Side by side,
With you till the end
I'll always be the one to firmly hold your hand
no matter what is said or done
our love will always continue on

Everyone needs a shoulder to cry on
everyone needs a friend to rely on
When the whole world is gone
you won't be alone cause I'll be there
I'll be your shoulder to cry on
I'll be there
I'll be the one you rely on
when the whole world's gone
you won't be alone
cause I'll be there!

And when the whole world is gone
You'll always have my shoulder to cry on....

p/s : Untuk teman yang selalu gusar hatinya. Jangan sedih-sedih. Nanti kita pegi tengok konsert..boleh loncat2 hilangkan stress okeh?
Posted by delacroix
Tak tau nak komen apa. Tapi yang pasti, aku agak susah hati bila tengok teman kesayanganku itu menjadi setoya-toya alam. Apakan daya, tak mampu nak tolong. Kalaulah apa yang dia inginkan itu boleh di beli dengan duit, nescaya aku amik loan bank 50K sekarang jugak dan belikan apa yang dia nak tu (ehemm...ye ke?) dan kalaulah ia boleh di tukar gantikan dengan benda lain..tak kisahlah apa pun..asalkan dia tak lagi setoya itu..pasti aku usahakan juga. Dan kalaulah luka di hatinya itu boleh aku ubati dengan melumurkan ubat dari hatiku..nescaya dah aku lakukan semuanya. Tapi itu hanyalah 'kalau'...

Rasa macam nak bertukar jadi Jean Grey X-men pun ada dan gunakan kuasa untuk baca apa yang dia fikirkan sampai jadi seteruk itu. Tak pun..aku bertukar jadi Wolverine dan siat2 kulit sesapa saja yang tergamak menghiris hati kesayanganku itu. Berani carik pasal? Haa..aku pun dah samseng jugak sekarang ni.

Tapi kalau aku jadik Wolverine...yang pertama-tama sekali yang aku nak siat kulitnya..ooo..dah tentu la kucing siam itteww! Cakaran membalas dendam peringkat ke 7...hahaha. kalo ko tak jadik selembik2 beskut farley kena rendam dengan susu basi..jangan panggil aku B! (cehh..B konon...blah la)..

Aku mungkin blum sampai ke tahap nak melaser depan2. Ohooo...jangan mintak aku berbuat begitu. Sebabnya..kalo aku dah tak dapat nak mengawal kecibaian mulut aku nih..daripada sebaik2 manusia..sekelip mata je aku bleh bertukar jadi sebiadap2nya. Bila aku jadi baik, tak nampak. Kata aku macam2. Haa..dah alang2 orang kata aku kurang ajar kan...meh sini aku tunjukkan kekurangan ajarnya aku...

Jadi..kata orang..lautan dalam tu jangan di duga sbb kita takkan tau tahap kedalamannya sampai mana. Kalau setakat pita pengukur pun pakai pembaris budak darjah 2..rentikan!

Ok..berbalik pada isu kesayanganku yang toya dan masam macam susu terperap dalam tong sebulan tu...apa yang bisa aku bantu sayang? Kalau kamu perlu kan apa saja..hatta bahuku untuk kamu menangis sekalipun...ambiklah. Dua2 skali pun takpe.Biar ia berat dengan tangisan kamu..biar ia basah..becak dan banjir sekalipun..aku tak marah. Kalau basah, aku tolong lapkan. Kalo banjir, aku dayung kamu ke tepi agar kamu tak lemas...

Asalkan saja kamu terus gembira...dan aku tumpang bahagia sama.
Posted by delacroix
I'm walking away, from the troubles in my life
I'm walking away, oh to find a better day
I'm walking away, from the troubles in my life
I'm walking away, oh to find a better day
I'm walking away

Sometimes some people get me wrong, when it's something I've said or done
Sometimes you feel there is no fun, that's why you turn and run
But now I truly realise, some people don't wanna compromise
Well, I saw them with my own eyes spreading those lies, and
Well I don't wanna live a life, too many sleepless nights
Not mentioning the fights, I'm sorry to say lady

I'm walking away, from the troubles in my life
I'm walking away, oh to find a better day
I'm walking away, from the troubles in my life
I'm walking away, oh to find a better day
I'm walking away

Well, I'm so tired baby
Things you say, you're driving me away
Whispers in the powder room baby, don't listen to the games they play
Girl I thought you'd realise, I'm not like them other guys
Cause I saw them with my own eyes, you should've been more wise and
Well I don't wanna live a lie, too many sleepless nights
Not mentioning the fights, I'm sorry to say lady...

I'm walking away...
Posted by delacroix
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates