Huarghhh...ngantuk betul. Padahal bukannya tido lewat pun. Tapi malas betul nak bangun. Kalo tak sebab henpon kat tepi telinga ni berbunyik2 tak reti bahasa minta di angkat, sah2 aku tak bangun. Nasib baik tengok nama yang terpampang merupakan kalangan orang2 yang aku nak layan...kalau tak..sori la. Tido lagi ke? ..
Ehemm ehem..aku pun segera la membetulkan suara. Konon taknak la bagi berbunyi toya sangat. Padahal..aku rasa suara katak tercekik kacang lagi sedap daripada suara aku bila bangun tido..hahaha.

Ok...kaedahnya..teman kesayanganku itu mengejutkan aku bangun tido dan ajak pegi breakfast. Nak tolak? Ko hilang akal apa. Bukan senang dia nak berbaik hati menjemput aku kat rumah. Selalu tu..muka aku je la yang tercongok mengangkat tangan kat pak guard bangla kondo dia tu tiap kali nak ngajak dia kemana2. Siap lah..i datang.. katanya. Maka..secepat kilat aku meloncat turun dari katil. Capai towel, masuk bilik air dan siap. Tak mahu dia menunggu aku bersiap sebab aku juga tak suka kalau nak 'menunggu'...

Ikut kan hati memang la malas nak ke mana2. Hati sakit katanya kan. Duduk umah dan memendam perasaan lagi bagus. Tapi sampai bila? Ahh..buat apa sakit kepala pk pasal orang. Hidup mesti di teruskan. Orang-orang yang dah terkeluar carta tu tak payah di pedulikan lagi.

Mak telefon lagi. Macam biasa..bertanya kan hal R yang duduk dengan aku. Senang cite. Aku jawab dia tak balik umah malam tadi...ntah merayap ke mana. Malas nak mengongkong sangat. Dia lelaki. Dah besar. Tau lah dia jaga diri sendiri. Aku pun tak heran kalo dia nak ke mana2. Kalo dia rasa nak balik sini, dia ada kunci sendiri. Cumanya..yang aku herankan..bila dia balik dan minta duit. Sekarang ni terasa macam nak jadi kedekut pahit pun ada juge. Bukan apa..sebab serik kan. Aku ni nama je kerja bank. Tapi duit dalam bank tu BUKAN aku yang punya ya..harap maklum.
Kalo duit aku berkepuk sekali pun..itu adalah duit aku. Bukan duit korang-korang semua. Jadi, ikut suka aku lah nak buat apa dengan duit aku tu. Nak bagi pinjam ke, bagi terus ke..belanja korang ke..apa2 la..pendek kata..segala kekuasaan penuh terletak di tangan aku..sebab itu duit aku! Jadi kalo ada orang yang nak mintak...hatta mak aku sekali pun..aku pasti akan tanya "Mak nak buat apa dengan duit tu?" dan mak aku akan jawab dengan jujurnya.."Ooo..mak nak bayar duit kain kat Kak Ina kau tu. Hari tu amik 3 pasang..bayar bulan2." Hahh..hambik..panjang lebar explaination mak sampai telinga aku yang tak larat nak dengar dan terus aja aku hulur berapa yang dia nak.

Tapi jujur bukan? Sekurang-kurangnya aku tahu duit itu kemana dan untuk apa. Bukan buta-buta bagi tanpa usul periksa. Contohnya..bila R minta duit poket. Aku bagi je apa yang ada. Tentu2 dia adik aku. Tapi bila dapat tau duit tu dia buat belanja awek dating dan tengok wayang..memang sah2 aku baling kerusi kat kepala dia! Banyak cantekk...ko sedap2 beromen..aku plak yang support duit belanja ko.

Iskk...rasa macam nak jadi sekedekut-kedekut manusia sekarang nih!
Posted by delacroix

2 comments:

annabelle said...

Nasib tak beli tepon 3g lagi...:p

4:42 PM  
besekut balak said...

cepat la apply loan tuh...
aku nak beli kasut reebok 2 pasang!!! 50k bleh consider..takat 1 riban tuh apa la sgt!!!!!!

9:13 PM  
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates