Macam biasa, setiap pagi aku akan beli senaskhah suratkhabar di tepi pintu masuk stesen. Selesai beli tiket, aku naik ke platform. Baris-baris penumpang yang beratur sudah sedia menunggu dan aku akan berjalan ke hujung sekali untuk beratur. Sementara menunggu tren tiba, aku membelek suratkhabar tadi.

Tren tiba.. dan aku akan meloloskan diri ke dalam gerabak yang sedia padat. Tak kisahlah. Janji aku sampai ke masjid jamek dengan cepat. Boleh lah beli nasi lemak dan bfast di pantry sebelum mulakan kerja. Itulah rutinku setiap pagi. Dan selama 2 minggu ini, di waktu yang sama..tren yang sama, di gerabak yang sama.. aku asyik terserempak dengan orang yang sama. Apa pasal agaknya?

Dia asyik menghimpitku. Mulanya aku ingin nak marah. tapi bila melihatkan keadaan tren yang packed macam sardin, buatkan aku menghentikan niat itu.Bukan aku seorang yang terima nasib sebegitu. semua orang pun sama. Bezanya, aku lebih 'sardin' kerana kiri kananku lebih besar dan tinggi. Adoi..parah. Sesekali, bila tren melalui selekoh, tubuhnya akan terdorong menghimpitku. Aku mengetap bibir. Menyumpah dalam hati. Namun haruman dari tubuhnya buat aku sedikit terlena. Aku tahu bau itu. Bau haruman lelaki kegemaranku dari Carolina Herrera. Nasib baiklah masih pagi. Rata2 semua penumpang dalam tren masih wangi lagi. jangan petang..masya allah..tak sanggup aku nak bayangkannya. Tren melalui selekoh lagi dan sekali lagi dia menghimpitku. aku mengetap bibir. Dia ni harap je wangi..tapi tak kasik can langsung aku nak bernafas... gerutuku dalam hati.namun saat aku mendongak untuk melihat wajahnya.. secara automatik..sumpahan dalam hati itu lebur begitu saja. Mata coklatnya bertentang mata dengan mataku yang tak berapa coklat ini. Dia tidak senyum walau sedikitpun. serius saja mukanya. Tetapi dia berkata 'sorry'. Aduhaii...lemah segala anggota tubuh. Bukan kerana kata-kata maafnya..tetapi bila melihat reaksi dinginnya..lirikan matanya..yang masih dalam landasan gentle dan ego seorang lelaki..buatkan hatiku berkata 'wowww..'

Selepas pertama kali..keesokan harinya dan hari2 seterusnya...aku nampak dia lagi..menaiki tren yang sama. kadang2 dia beratur di depan..kadang2 di belakangku.. kadang2..tau2 dia dah ada dlm tren. setiap kali aku terperasankan dia, mata coklatnya akn bertentang dengan mataku. Aku tidak senyum. Begitu juga dia.
tetapi aku selalu terperasankan di sebalik biasan cermin tren, di situ lirikan matanya terhenti. Dan aku pula akan menyembunyikan senyuman di situ. Melalui bayang cermin itulah aku meneliti setiap struktur wajahnya. Berkulit cerah, rambut yang kemas, berbibir nipis dan merah, hidung mancung..punyai sepasang mata yang tajam dan coklat, berkumis sedikit di atas bibir dan dagu..ala2 macam orang shave tak shave tu..hijau aja aku tengok...susuk tubuh tegap, tinggi lampai orangnya, tak tau nak klasifikasikan dia ni melayu atau cina atau campuran. Yang pasti..dah 2 minggu ni..setiap pagi aku menikmati keindahan ciptaan tuhan yang sangat sempurna..

Sebaik tiba di masjid jamek, aku bergegas keluar dari himpitan yang maha mencengkam. Dan dia akan mengekori dari belakang. Tiba di pintu keluar... aku akan menghala ke masjid jamek di sebelah kanan... manakala dia ke jln perak di sebelah kiri. Sepanjang jalan menuju ke pejabat, aku asyik terbayangkan dia. Kat mana ofis dia agaknya ya?

Posted by delacroix
Sesekali hati berkata...'alangkah indahnya sekiranya dia itu adalah kamu. Tiada persoalan, tiada kongkongan, tiada rahsia..segalanya bebas dan bahagia.'

Kita akan lebih menghargai bila merasa diri diperlukan...

Cukup sekadar 'selamat pagi'...atau..'happy working'. Pasti mood akan lebih ceria bukan?

Apa pun...hari-hari lebih bermakna bila di isi dengan perkara-perkara yang boleh membuatkan kita tersenyum..baik di ofis mahupun di luar..walaupun hanya dengan secawan kopi.
Posted by delacroix
1) Makanan terakhir yang kmu makan? = baru kejap ni..roti+telur+cheese+hashbrown
2) Jenis coklat yang lagi kmu suka? = Toblerone
3) Keadaan hati dan fikiran kamu detik ini? = runsing dan gelisah
4) Suka warna? = hitam
5) Bunga yang paling bagus menurut kamu? = tulip .
6) Pernah di hadiahi bunga tersebut? = mmm..tak pernah rasanya..
7) Buah yang paling kamu suka? = honey dew
8) Selesa dengan kehidupan kamu? = berdoa ke arah itu... .
9) Hal yang buat kamu lega detik ini? = kerjaya yang selesa
10) Punya alamat msn/ym? = ada..ym
11) Teman dalam minggu-minggu ini? =famili dan kenkawan terdekat aje.
12) Binatang yang paling kamu takuti? = Lipas
13) Roti yang paling kamu suka? = roti naan
14) Suka berdoa? = ya..setiap saat
15) Teman lawan jenis kamu yang paling sering kamu ajak sembang = ehm..teman ofis kot..
16) Keadaan keluarga kamu sekarang? = biasa2 je..
17) Khabar pacar kamu? =pacar dah takde...dulu lah
18) Pacar kamu bagaimana orangnya? = indah untuk di pandang
19) Pacar kamu orang biasa? = taklah..luar biasa
20) Kamu sayang dia? = terlalu..
21) Khabar baik yang kamu terima hari ini? = mmm..apa ya...blum terima .
22) Habiskan hari ini di mana? = di rumah aja..
23) Malam minggu dengan siapa? = dgn kenkawan berlibur di luar
24) Teringin makan apa? = Donut JCo
25) Rindu sama siapa? = hahah..kena jawab ke??
26) Yang ingin kamu lakukan jika ada orang yang ingin menembak kamu? = tembak dia dulu..
27) Siapa orang yang kamu inginkan untuk menemani kamu sekarang? = yg menyayangi.... .
28) Bila dia di samping kamu, apa yang akan kamu lakukan? = Belai rambut dan renung matanya..
29) Kalo kamu kehujanan saat kamu kluar rumh? = pasti pening .
30) Rindukan masa-masa apa? = masa2 bahagia yang tinggal kenangan..

Posted by delacroix
Ku membenarkan jiwaku
Untuk mencintaimu
Ku persembahkan hidupku
Untuk bersama kamu
Dan diriku untuk kamu
Belum pernah ku merasai begitu

Semua itu telah berlalu
Harapanku palsu
Dan mungkin hari yang satu
Terus ku tertunggu
Di hatiku masih kamu
Belum pernah ku ingin terus memburu

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu..

Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya satu

Hanya kamu...

Ku membiarkan hatiku
Untuk merinduimu
Ku menghamparkan sakitku
Untuk tatapan kamu
Bersamamu harapanku
Hilang dalam terang yang membutakanku

Dan segala yang ku ada
Ku berikan semua
Untuk dirimu saja
Ku mahu dirimu
Bahagia untuk selamanya
Biar sampai syurga
Aku menunggu cinta darimu
Agar ku sempurna...


Namun aku tetap aku
Yang terbaik untuk diriku
Hanya satu...

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu

Hanya kamu...


p/s:

Lesu saja aku di pejabat semalam. Cuba tumpukan perhatian pada kerja, tetapi panas badan dan selsema yang mengganggu buatkan tumpuan tersasar sama sekali. Masuk kali ke lapan belas aku bersin, ZZ di sebelah menjenguk.

"Hey..teruknya bersin." sambil itu dia hulurkan tisu gulung a.k.a tisu jamban. Aku capai tanpa banyak soal. Sedikit termengah kerana bersin non stop. Hidung mula kemerahan.

"Aha..selsema la.Sengau dah ni. Suara dah tak merdu." aku sengih. Kepala dah terbaring atas meja. ZZ ketawa. Sempat lemparkan cebisan kertas ke arahku.

"Makan la ubat. Ada ubat tak?" dia bertanya sambil mengorek sesuatu dari laci mejanya.

Aku geleng. "Tak makan. Nanti mengantuk."

"Nah..ambik ni. Yang ni tak mengantuk punya ubat. Makan tau. Teruk sgt bersin tu."

Aku senyum saja bila sampul pil bertukar tangan. "Terima kasih. Nanti saya makan."

Tak sampai 2 saat..pil tu dah masuk kedalam tekak. ZZ senyum penuh bermakna.

Lepas makan ubat, bersin dah berkurangan. Tapi kepala mula rasa berat. Aku gagah juga merenung skrin pc di depan. Sesekali Pah Bedah di depan buat lawak bodoh..tergelak juga la di buatnya. Hmm..waktu lunch tiba, aku tak berselera nak makan. Sepatutnya petang itu aku bersantai di Planet bersama seorang teman. Tapi di batalkan pada minit2 terakhir. Bengkak hati bukan kepalang. Dalam masa yang sama, hatiku sarat dengan kerinduan yang tak pernah padam pada dia. Hari ulang tahun pulak tu. Jadi, sebarang gangguan yg kecil pun sudah membuatkan kelopak mataku memberat dengan takungan airmata.

Aku keluar dari bangunan pejabat, berjalan seorang ke Central Market. Tiada hala tuju. Tiada nafsu nak makan. Namun sebaik saja aku melintasi Secret Recipe, langkahku terhenti. Mataku liar memerhati deretan kek di dalam cermin. Dan laju saja mulutku memesan Marble Cheese sepotong. Tak sampai 5 minit, bungkusan ku siap. Aku patah semula naik ke pejabat. Masuk dalam pantry, kebetulan takde orang. Aku keluarkan kek, cucuk lilin di atas dan nyalakan. Aku duduk..renung api lilin yang meliuk lentuk di tiup angin dari penghawa dingin..pejam mata..dan buat hasrat.."Sesungguhnya hari ini adalah hari di mana aku menemui cintaku dahulu. Walau di mana saja dia berada, walau apa saja yang dia lakukan..sekiranya dia tak mengingati sebarang kenangan langsung tentang ku..tidak mengapa. Tetapi tuhan..kau berkatilah dia. Berikanlah kebahagiaan yang tidak berpenghujung padanya. Semoga dia bergembira selalu. Aku sayang padanya..dan sayangku tetap kekal dalam hati sampai ke syurga.."

Aku buka mata..tiup lilin. Serentak itu airmataku jatuh setitis. Aku cubit sedikit kek dan masuk ke mulut. Sesudah itu, cepat2 aku lap airmata dan keluar dari pantry. Dan kek itu..aku edarkan pada kawan2 yang terdekat di meja...

Posted by delacroix
Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu.....

p/s :

Secara sentimentalnya aku sedikit emosi bila hari ini menjelang tiba. Dalam tempoh setahun ini, aku tak tahu apa yang dah jadi dengan diri aku. Seorang pencinta? Seorang yang gagal? Atau tongong?!

Aku pernah berikrar untuk hanya mencintai dia yang satu. Dan jika aku kehilangannya suatu hari nanti..walaupun dihadapkan dengan beribu pengganti..aku tak mahu lagi..kerana aku hanya inginkan dia.

Aku kehilangannya kini..tanpa aku sedari. Dan aku terus meratap tak pernah berhenti walau sesaat. Bukan mengharapkan dia kembali...tetapi kesal kerana aku terlalu mencintai dia.

Aku cuba membenci...tapi tak boleh. Aku hanya boleh menjauh..demi untuk melupakan kamu. Namun hakikatnya..aku gagal.

"Hari ini, setahun yang lalu...kamu buatkan aku yakin sepenuhnya untuk menerima cinta kamu. Kerana kasih, aku turutkan..

Tetapi hari ini, aku dan kamu bagai orang asing yang tak pernah mengenali antara satu sama lain lagi. Itulah kesudahannya cerita aku dan kamu...

Apa pun jua alasan kamu...tak mengapa. Aku tak mahu dengar lagi. Aku tetap mendoakan kebahagiaan kamu dan kesejahteraan kamu. Semoga kamu sentiasa gembira bersama jalan yang kamu pilih...

Selamat ulang tahun sayang..."

'23Jan08-23Jan09'

Posted by delacroix
Sebelas Januari Bertemu
Menjalani Kisah Cinta Ini
Naluri Berkata
Engkaulah Milikku
Bahagia Selalu Dimiliki
Bertahun Menjalani Bersamamu
Kunyatakan bahwa
Engkaulah jiwaku

Akulah Penjagamu
Akulah Pelindungmu
Akulah Pendampingmu
Di setiap langkah-langkahmu
Pernahku Menyakiti Hatimu
Pernah kau melupakan janji ini
Semua Karena kita ini manusia
Akulah Penjagamu
Akulah Pelindungmu
Akulah Pendampingmu
Di setiap langkah-langkahmu

Kau bawa diriku
Kedalam hidupmu
Kau basuh diriku
Dengan rasa sayang
Senyummu juga sedihmu adalah Hidupku
Kau sentuh cintaku dengan lembut
Dengan sejuta warna ......


p/s : Ada apa dengan hari ini? Tarikh ini? Apa istimewanya?

Untuk kesekian kalinya..Selamat Ulang Tahun kepada si pemilik Brabus. Moga dia beroleh kebahagiaan selalu. Apa pun..kesayanganku tetap dia.

Hari ini..roadtax ku mati. Belum berkesempatan tampal yang baru. Nantilah..tunggu malam.

Apa lagi? Oh yaa...tarikh ini...setahun yang lalu...merubah hidupku hingga jadi tunggang langgang.

Lalu apa yang harus ku kenang lagi? Kenangan terindah kah ia? Atau mimpi buruk?

Posted by delacroix
Saturday, January 10, 2009 at 1/10/2009 03:51:00 PM | 2 comments  

hiburan je...

Posted by delacroix
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates