Minggu lepas, di satu pagi...

Jam menunjukkan 7.45 pagi. Aku bergegas mengunci pintu kereta dan berjalan naik ke atas menuju ke pintu masuk stesen. Kebiasaannya, aku malas nak beratur di kaunter. Jadi aku terus ke mesin layan diri..tekan destinasi yg aku mau..masukkan duit..dan tiketnya tersedia. Sebaik saja aku melepasi pintu stesen.. aku terperasankan kelibat wajah itu lagi..berjalan beriringan di sebelah kiri. Pantas saja mataku terhenti di situ. Secara tak langsungnya, aku terasa urat² saraf senyum di kedua belah pipi kembang kuncup. Wahh..dia lagi! Pandangan matanya juga secara automatiknya berlabuh bila di sisi kanannya ada insan perasan yg sedang kontrol senyum tak senyum..hehehe..aku la tu. Kedua² nya melepasi pintu masuk dengan serentak. Tetapi memandangkan hati aku dah jadi tak tentu arah..maka aku mempercepatkan kelajuan langkah. Tak mahu beriringan dengannya. Tetapi dia mengekori dari belakang dengan selamba.

Tiba di platform..dia tidak beratur di belakangku..tetapi mengambil tempat di barisan sebelah..bersebelahan denganku. Aku cuba baca paper..menyembunyikan senyuman..dan aku lihat..dia juga baca paper sementara tunggu tren tiba. 10 minit menunggu bagaikan 10 jam..lambat pulak tren ni..saja je nak buat hati aku gedebuk gedebak...

Tren tiba..dan lazimnya..'sardin' lah. aku menyelusup masuk. Lepas! Tetapi malang..tiba gilirannya..dah tak ada ruang untuk dia menyelit. Dia terpaksa berundur setapak..dan sebaik saja pintu tren di tutup..aku sempat menoleh ke arahnya melalui cermin. Pandanganku terhenti di situ..dan dia senyum. Perlahan-lahan wajahnya hilang di sebalik tren yang bergerak laju..

Semerta batuk yg berongga di dada, selsema yang bersarang di hidung...dan kantuk yang masih bersisa setiap awal pagi..hilang begitu saja dan terus berganti dengan biasan cahaya matahari yang terang dan segar...

Sepanjang perjalanan ke masjid jamek..aku senyum sendirian.

Dan pagiku..terus indah...seindah karya ciptaan tuhan itu.

Posted by delacroix
Semalam aku di kunjungi buah hati pengarang jantung kesayanganku itu. Aku sangat memanjakan dia. Dan kerana itu, dia asyik melekat dan tak mahu berenggang. Aku cempung tubuh kecilnya lalu keluar ke porch. Mulutnya becok bertanya itu ini dalam bahasa yang kadang2 aku sendiri tak faham. Tapi layankan aje.

Namun, bila dia bertanya tentang yang satu ini...segera saja telingaku dapat menangkapnya..dan semerta aku memeluknya erat. Sayu...

"Its star..." si kecil itu meluruskan telunjuknya ke langit. Aku mendongak. Dan di situ..taburan bintang jelas kelihatan. Sudah lama aku tidak melihatnya.

"Yes sweetheart..its a star. How many stars can you see up there?"

"One star.." dia tunjuk lagi..pada bintang yang paling cerah sinarnya. Dan serentak itu, mataku bergenangan. Terus saja aku cempung semula tubuh kecilnya lalu masuk ke dalam. Tak sanggup nak mendongak lihat lebih lama. Dan si kecil itu meronta..merengek meminta aku mendukungnya ke luar semula..

Sighhh...

P/s :

Tiba-tiba aku risaukan kamu. Aku tak dapat lari dari memikirkan kamu..keadaan kamu. Kerisauan hatiku bertambah² bila macam² yang aku dengar tentang kamu. Kamu ok? Kamu sihat kan? Bagaimana kerja kamu? Kehidupan kamu? Yang paling penting, diri kamu itu. Kamu happy? Kamu tak apa² kan?

Sejak akhir² ini, aku sering terjaga di tengah malam. Dan terus saja otakku berpusing teringatkan kamu..

Jika semuanya ok..tak mengapa. Bagus lah.

Dan sebelum tidur..aku titipkan doa agar kamu sejahtera. Moga perjalanan hidup kamu teratur dan bahagia. Moga kamu hadapi apa jua dengan tenang...

Kamu jaga diri baik² ya... aku selalu risaukan kamu..dan rindukan kamu.

Selamat tidur. Moga kamu mimpi yang indah²...

Posted by delacroix
Lepas lunch tengah hari tadi, aku sempat singgah dan menebeng kat meja W. Mulanya aku refer pasal keje. Lepas tu mula la melarat sembang benda lain. Tgh sembang tu...tiba2..takde sebarang signal..dia bertanya..."Cantik tak rambut i?"

Sambil2 tu..dia kibas2kan rambut dia..sambil senyum tgk cermin atas meja dia. Semerta aku terasa macam kena kejutan elektrik. Tak pasal2 tergamam dalam 2-3 saat. Secara automatiknya, semerta itu juga pandangan mataku berlabuh pada rambutnya...dan secara tiba2 aku teringatkan seseorang.

"Hello..i tanya ni. cantik tak rambut i?"

Dan aku tersedar dari tergamam tadi. "Err..cantik..cantik."

W senyum lagi. "Kalo i buat cam ni..cantik tak?" dia belek2, kibaskan..pegang2 rambutnya...pusing sana sini..

Aku sekadar angguk. Mataku tak lepas dari meneliti setiap inci rambutnya. Ada persamaan di situ. Aku senyum sendiri. Terus hatiku berbisik..kenapa aku tak pernah perasan akan persamaan itu sebelum ini? Hmm..mungkin aku jarang melintasi meja W..makanya dia kurang menyerlah di mataku.Hmm..barangkali juga.

"Hey..cantik tak?" dia tanya lagi. kali ini merenung aku yang tiba-tiba kaku di depannya. Pelik kot tgk aku tak pasal2 keras kat situ.

"Err cantik la. I tak penah perasan yg u mmg ada rambut yg nice mcm ni. Kena dgn kaler..highlightnya, panjangnya..well..remind me of someone."

W jeling.."Manis mulut.."

"Dah u tanya cantik ke tak..mesti la nak suruh i puji kan.." aku sengih-sengih saja. W jeling lagi. Eleh..korek biji mata tu baru tau.

Sampai ke petang..kejap2 aku tgk dia kibas2 rambut dia, sepit la..lepas tu kejap ikat..kejap kang..lepas pulak. Iskk..tak paham aku.

Dan setiap kali aku merenung rambutnya..ada rindu yang berlabuh di situ...
Posted by delacroix
Zaman kegemilangan? aku pasti 100% semua orang pernah melalui fasa ni. Bezanya cuma masa dan waktu yang berlainan. Korang pernah ada zaman kegemilangan? Aku?...tentulah masa sekolah menengah terutamanya waktu tingkatan 3-5.

Tingkatan 3 aku mulakan persekolahan pada sesi pagi. Waktu ni la aku kenal dengan senior di tingkatan 4 dan 5. paling bes, bila rapat dengan senior form 5 yang paling cun dan vogue dalam sekolah tu. A namanya. Macam mana eh aku blh rapat dengan dia ni? Ooo..masa form 3, aku jadi ketua kelas. A pun ketua kelas dia jugak. Masa tu ada meeting di antara semua ketua kelas seluruh tingkatan dengan guru disiplin. Kat sini la aku start kenal dia n terus melekat. Punya la aku close dengan dia sampaikan hari-hari nak balik sama. kalo aku keluar dulu dari kelas, aku mesti akan melepak kat bawah pokok tepi pintu pagar, sambil2 selesaikan Algebra atau Pengamiran..aku tunggu dia. Tak pun kalo dia keluar dulu, dia yg akan tggu aku. Lepas tu balik sama. Satu sekolah la tau aku dengan A macam belangkas. Baik batch dia..mahu pun batch aku. Kenkadang aku tgk budak2 batch aku mcm takut2 je nak tegur A..nak2 kalo aku ada berhampiran. Padahal aku tak buat apa pun...jeling pun tak. Tapi diorang yg segan kot. Hehehe..Tapi, kalo ada yg menggedik tu mmg la. Makan penumbuk la jawabnya.

Lepas A tamat SPM, aku naik form 4. Terasa sangat kehilangan sbb tiap2 hari aku balik dgn dia. Masuk je penggal persekolahan baru, A dah takda. Kdg2 tersasul juga aku. Loceng bunyi je, aku berlari ke bawah pokok tepi pagar.Lepas tu baru aku sedar, A tak ada lagi. Jenuh juga nak biasa kan diri dengan ketiadaan A kat sekolah. Dia selalu jadi tempat rujukan Matematik. Bila naik form 4, aku amik add math pulak. menggagau juga la. tapi sementara A tggu result SPM, rajin juga dia jumpa aku lepas sekolah. Mana lagi. McD la...

Dalam usaha aku mengubati sepi selepas ketiadaan A di sekolah, aku berlibur dengan kawan2 se'batch' dengan aku. Tak kira la budak sains ke, art ke..aku tak pilih bulu. Budak kelas aku ramai cina. 5-6 kerat je melayu. Jadi bila masa masuk kelas agama, aku kena join kelas budak2 art. Ada la sebahagian dari diorang ni tak suka budak2 kelas aku. Kononnya kiteorg ni mcm berlagak bagus n pandai. Hahaha..aku ketawa macam nak mati. Lantaklah situ. Janji aku bahagia n tak kacau orang. Masuk pertengahan tahun, kelas aku dan 2 lagi kelas sains terpilih untuk join acara padang hari merdeka tahun tu. Ha..hambik ko. 2 bulan takde kelas. Mana taknya, hari2 training kat padang sekolah cochrane sampai kan kulit kiteorg sume bertukar warna dan rupa. Heh heh. Tapi syok habis. Masa ni la aku jumpa balik kenkawan masa sekolah rendah. acara padang tu JV dengan beberapa buah sekolah yang terpilih sekitar KL. Ada juga yang buat kawan baru. Menariknya, sampai sekarang aku masih keep in touch dengan diorang. Sapa ye yg aku masih ingat? Ehm..Nelly..budak taman maluri tu. Kerryln, budak separuh cina matsaleh tu, Andy..budak st john tu..hmm..sape lagi..Alice..CBN..dia ni kawan skolah rendah aku masa kat La Salle. Wujud lagi dia ni..hehe. Adalah beberapa orang lagi di CBN, banyak budak cina la. Kenkawan melayu ramai yg aku buat kawan baru kat sini. Macam mana tak kenal n rapat? Dalam 2 bulan tu.. hari2 tgk muka yg sama. Duduk dalam barisan bendera..pun muka tu jugak yg dok melentok kat bahu aku bila letih n mengantuk. Masa kat cochrane, si kerryln tu pitam sebab panas terik sgt..pun kat tepi aku. mcm mana aku tak ketawa? Adoi. sudahnya aku kena baling dengan kasut sbb ketawakan dia kaw2. Lepas hari merdeka, aku masuk balik kelas..dan belajar macam biasa. Join la balik budak2 batch aku dari kelas art tu. konsentrasi tak berapa tajam sbb honeymoon year katakan..jadi..seluruh kelas aku belajar pun so so je. Ada satu hari tu..aku bosan dalam makmal Fizik. Masa tu tengah buat eksperiman halaju. Ada satu radas dalam makmal ni di panggil Pita Detik. Punyala banyak bekalan pita detik ni sampaikan aku bawak keluar 1 gulung. Lepas tu, konon2 tulis 'surat cinta'.. dan gulung kecik2. Adala besar ibu jari. Lepas tu aku pegi kantin, mintak abang kantin tu punya kotak rokok..kan ada kertas kuning yg dalam kotak tu. Ha..aku balut gulungan pita detik tu dalam kertas kuning tu...ikat dengan dawai halus..lepas tu naik ke blok budak form 5..cari kelas ekonomi..jumpa meja sasaran. terus aku letakkan atas meja. Budak ni namanya S. Masa tu kelas diorang kosong sbb ada latihan amali kat makmal. Masa tu la aku menyelusup masuk. Senang je nak buat operasi pun. Balik je S dari makmal, melompat dia tgk benda tu atas meja. Mula la terpusing2 kepala 360 darjah...tercari2 sapa yg bagi benda tu. Lepas dia bukak pita detik tu..hah..hambik..berjurai-juraian la menatang tu atas lantai. Jenuh la dia nak membacanya. dekat 4 meter juga la benda tu aku gulung. hehehe..mengamuk dia bila tau aku yg bagi. Eleh..mengamuk tipu2 je tu. padahal suka..konon2 admirer la bagi tu. piidahh.. Lepas peristiwa aku bagi pita detik tu..mula la dia dok sengih2 kat aku asalkan nampak aku kat kantin. aku buat bodo je. ala..saje je nak menyakat..sbb aku tgk dia tu mcm ala2 lemah lembut sgt. letih aku tgk. saje la nak gertak2 sket..bagi dia cergas..hehehe.

Naik Form 5? Tingkatan 5 merupakan zaman kegemilangan. Ya..aku senior! Dan aku boleh buat apa saja yang aku suka. Pun begitu, aku tidaklah menunjukkan kesenioritian aku itu pada budak2 junior. Cuma entah ...mungkin sbb aku ada klik sendiri yang buatkan diorng tak berani nak carik pasal. Saat yg aku tak boleh lupa..
masa PAFA. Korang ingat lagi apa PAFA tu? Panduan Asas Fardhu Ain. Ala..korang kena hafal satu buku kaler hijau yg kecik tu. Lepas tu kena baca depan ustazah..untuk di rekodkan markahnya untuk SPM. Part paling aku tahan perut nak gelak, masa nak demonstrate sembahyang jenazah. Sembahyang jenazah ni mana ada rukuk, mana ada sujud. Kawan aku si Nor tu..dengan konfidennya rukuk n sujud. Melompat ustazah tgk.Macam nak pecah satu surau di buatnya.Lepas tu buat muka tak bersalah...cover malu la tu. hehehe.

Masa tingkatan 5 aku sgt bz dgn dunia sekolah. Mana dengan nak tumpu kat SPM, mana dengan hoki, netball, kelab kebudayaan...gila..semua nak suruh aku masuk. Mana tidaknya...rata-rata presiden kelab..semua kenkawan sendiri...dah berebut..nak suruh aku main itu ini. Hoki..aku cuma sempat main secara main-main je
sebab masa tu aku dah bz buat preparation untuk netball interzone. Sorry ms presiden..1st come 1st serve lah..heh heh. Tournament netball tu buat kat Seri Puteri. Heh..time ni la nak tunjuk terer. Walaupun kiteorang ada pemain import dari Australia (exchange student), tapi tetap tewas di tangan Seri Puteri. Diorang ni mengerikan. Siap terbang-terbang lagi. Laju gila. Tapi 2nd place..not bad la kan. Lepas tu presiden kelab kebudayaan L pulak sibuk nak suruh aku masuk dikir barat dengan kompang. Ya allah...tak menang tangan aku. Kompang ok la..mmg ada basic main benda tu. Dikir barat? Eooww...apa jadahnye aku nak bertepuk tangan kiri kanan..nyanyi lagu kelantan? ooo tidak...! Tapi bespren punye pasal kan..jadi..tak sampai ati pulak nak menolak... hehehe.Tapi dengan syarat..aku takmo tepuk-tepuk tangan di barisan hadapan. Hahaha..last-last aku kena main rebana. Hambik ko..!

Penah la kejap skandal secara sulit dengan budak ni. Asal lepas sekolah..mesti muka dia dah tercongok tunggu aku kat kantin. Kenkadang tu buat2 tak nampak je dia. Tapi kang..dalam ramai2 tu mesti dia menyelit2 kat aku. pastu sibuk tanya aku balik kul brapa. Jawapan standard aku biasa la..selagi tak abis homework, aku takkan balik. Dan2 tu jugak dia keluarkan buku2 dia n buat homework. heh heh. Tak pun kalo aku ada training netball, dia akan melangut sama tengok aku training sampai petang. Tapi kalo dia ada training kebudayaan dia tu..aku pulak yg akan melangut n menganga tggu dia. Sambil tu cuci mata tgk budak2 menari, berlakon..koman2 pun aku ketuk rebana le..hehe. Sampai lepas SPM pun aku masih keep in touch dgn dia.Mana aku pegi, ada je dia ni.
Sampai la keje kat Malaysia Airlines..pun dia ada jugak. Tapi dia jadi cabin crew la..orang cun la katakan. Kalau aku terserempak kat waiting lounge kat SZB, sume opis mate aku menjeling je nengok aku bertepuk tampar dengan dia. Hahaha..kenkadang bila dia balik dari flight duty dia..sempat juga dia naik opis dan carik aku dengan kebaya ketat dia tu. Adoi. Penah dia ajak aku ikut flight dia ke LHR..stay sana seminggu sebelum flight balik KUL. Semua cabin crew dapat bilik hotel sorang. Dia bosan takde kawan..tu yg ajak aku tu. Tiket dah FOC. Hotel pun FOC juge. Dok dgn cabin crew lak tu..uiii bestnye. Terlampau! Korang rasa aku pegi ke? Hehehe...pikir la sendiri ye.

Hari terakhir persekolahan..iaitu kertas terakhir SPM (tak ingat dah subjek apa) buatkan aku sayu. Rata2 kenkawan aku sume bertangis-tangisan. Ala..standard la. Bunga2 kan. Lazimnya macam tu lah. Sedih juga. Tapi aku tak menangis pun sbb aku fikir, bukannya aku tak jumpa diorang lagi dah. Kehidupan akan di teruskan. Lepas tamat SPM maknanya akan bermula lah fasa baru kehidupan sebagai sorang pelajar IPT(untuk yg sambung belajar), sebagai seorang pekerja(utk yg terus bekerja) atau sebagai seorang isteri,ibu atau surirumah (bagi yg tak nyempat nak kawin lepas sekolah)

Jadi, lepas tamat sekolah...masing2 bawa haluan sendiri. A..aku jumpa dia balik lepas dia grad dari UPM..dalam tahun 2001 rasanya. Lepas tu, dia menghilang tanpa khabar berita. No tipon pun tukar. tak tau apa jadi dengan dia. Ada yg nampak dia kat Sepang, Melaka, Cheras. Ntah la. Aku harap sgt dpt jumpa dia.
L? heheh..stewardess terlampau itu..bahagia je dia di awan biru. Biarlah dia terbang dengan dunianya. S? hmm..budak ni tah hape jadi. Dari lemah lembut, dulu aku penah nampak dia bonceng moto tonggeng tah sape punya..wewww..ranggi siot. Sape lagi? Huhh..penuh page ni kalo aku cite pasal sorang2.

Kalau aku diberi peluang untuk putar balik masa ke belakang, pasti zaman sekolah yang akan aku pinta. Segala2nya seronok dan bebas. Fikir pasal belajar je. Tak perlu fikir pasal lain. Bestkan? Tapi itu cuma angan2. Hakikatnya itu semua takkan berlaku. Dan kita perlu terus memandang ke hadapan dan berjalan tanpa menoleh ke belakang...

Bukan begitu?


Posted by delacroix
Sejak kebelakangan ini, ingatanku sarat dengan kenangan2 bersamanya. Adakala ia buat aku sayu, adakalanya aku senyum sendirian bila sesuatu yang membahagiakan terbayang di layar mata. Semalam aku singgah ke Pavillion sebentar. Teringin benar nak makan Jco. Lalu aku beli setengah dozen. Waktu ingin mengigit donut kesukaan ramai itu, secara automatik wajahnya muncul. Sayu rasa hati. Dia suka benar dengan Jco. Kalau dia masih ada di sisi, pasti aku tapaw dan hantar padanya.

Bagaimanakah agaknya dengan kehidupannya kini? Sibukkah dia? Gembirakah dia? Dan yang paling penting.. bahagiakah dia? Secara jujurnya, aku tidak ambil peduli dan tak ambik tahu lagi tentangnya. Tapi melalui teman2..aku tetap tahu sedikit sebanyak tentangnya biarpun tanpa aku pinta. Pernah aku bertanya pada seorang teman "Bahagiakah dia?"

Lalu temanku itu jawab.. "Kebahagiaan itu adalah subjektif. Jika kita lihat dan dengar seseorang itu bahagia, maka bahagialah dia. Siapa kita untuk menilainya."

Aku terdiam. Ada kebenaran di sebalik kata-kata itu. Namun, yang menjadi persoalan dan kerisauan hatiku.. jika ia adalah sebaliknya.

Aku tak sanggup untuk mendengar apa saja kemungkinan yang berlaku di kemudian hari. Aku hanya mahu dia gembira dengan jalan yang dipilihnya. Dan kerana itu, aku tidak pernah jemu mendoakan kebahagiaanya.

Malam tadi, aku mimpikan dia. Tiada kata-kata. Senyap sepi. Diam membisu seribu bahasa. Cuma renungan matanya..sarat dengan genangan air jernih.

Pagi..aku bangun, fikiranku masih melekat padanya. Aku sedar, walau apa jua keadaan dan kondisinya, biarpun dia bukan lagi dia..tidak kira apa statusnya atau latar belakangnya...aku tetap sayang dia...kerana jujur aku akui..aku tak dapat membuang dia dari hati sampai bila2.

'Dear God..if you cannot make me happy, pls make the one I love happy.'
Posted by delacroix
Tiada kata-kata yang boleh aku gambarkan untuk membayangkan perasaannya tika ini. Pastinya dia teresak ataupun duduk termenung dan sesekali airmatanya mengalir laju membasahi pipi. Aku juga turut tergamam bila mendengar berita itu dan wajahnya semerta bermain di layar mata.

Secara peribadinya, aku tidak berapa mengenali arwah. Tetapi setiap kali aku menghadirkan diri di majlis yang di anjurkan mereka, arwah pasti ada. Dan, di mata 'dia'..terpancar cahaya betapa dia sangat mencintai arwah...iaitu bapa, ayah, abah..atau apa saja panggilannya..

Aku tahu, pasti dia sudah berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk arwah..sejak dari dulu..hinggalah arwah menghembuskan nafas yang terakhir. Dia sudah menunaikan tanggungjawabnya...membalas budi, menjaga, dan apa saja yang dia mampu untuk menyenangkan hati orang tua itu.

'Tabahlah menghadapi kehilangan yang pasti ini wahai si pemilik Brabus. Aku pasti akan turut serta mendoakan. Salam takziah...'

Al-fatihah....

Moga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.


Posted by delacroix
Friday, February 06, 2009 at 2/06/2009 10:20:00 PM | 0 comments  
If only you could see the tears in the world you left behind
If only you could heal my heart just one more time
Even when I close my eyes
There's an image of your face
And once again I come to realise
You're a loss I can't replace

Soledad
It's a keeping for the lonely
Since the day that you were gone
Why did you leave me
Soledad
In my heart you were the only
And your memory lives on
Why did you leave me
Soledad

Walking down the streets of Nothingville
Where our love was young and free
Can't believe just what an empty place
It has come to be
I would give my life away
If it could only be the same
Cause I can't still the voice inside of me
That is calling out your name

Soledad
It's a keeping for the lonely
Since the day that you were gone
Why did you leave me
Soledad
In my heart you were the only
And your memory lives on
Why did you leave me
Soledad

Time will never change the things you told me
After all we're meant to be love will bring us back to you and me
If only you could see...

p/s: kalaulah aku bisa menggantikan nama Soledad itu...sighhh
Posted by delacroix
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates