Aku jatuh cinta bila mendengar namanya buat pertama kali. Bila aku melihat gambarnya di media cetak..tak kiralah akhbar atau majalah..aku jatuh hati. Kadang-kadang bila dia muncul di kaca tv, dadaku mula berdegup kencang. Tuhan..apakah perasaan ini? Kadang-kadang bila aku berjalan..di kiri kananku..orang tak henti menyebut namanya, membincangkan isunya dan bila mereka memegang gambarnya dan melihat...aku jadi cemburu. Dia menjadi bintang. Hampir setiap hari dia muncul di media cetak dan elektronik. Belum campur di internet lagi...

Aku benar-benar menggilainya. Tak tahu kenapa. Walau di hadapkan dengan pelbagai pilihan di hadapan mata, aku mahu yang itu juga. Tapi bagaimana? Aku pasang angan-angan untuk memilikinya. Dan akhirnya..pada satu hari..waktu pertama kali aku bertentang wajah dengannya..terus hatiku berkata..'ya..dialah yang ku cari selama ini.'

Secara fizikal dan zahirnya, dia sangat menawan. Keghairahan yang ada padanya buat aku mabuk dan tak ingin berenggang dengannya walau sesaat. Dia nyawaku. Segala rahsia hatiku..miliknya. Aku sangat bahagia bersamanya. Aku curahkah segala rasa cinta dan sayangku padanya..

Namun..cinta itu tidak kekal. Aku kehilangan dia juga akhirnya. Rasa ingin nak meratap..tapi tiada airmata. Puas aku pujuk, pertahankan, buat segala apa yang terdaya untuk menyelamatkannya..tapi dia tetap pergi juga dan tinggalkan aku. Sampainya hati kamu M...iskk..iskk..iskk..

Korang ingat M tu sapa? Memey? Mieda? Milah? Jangan perasan...

Kronologinya :

Aku rasa terlalu panas. Bahang sungguh. Berpeluh2 dibuatnya..lalu aku bingkas bangun..heret dia sekali turun ke bawah dengan harapan..di bawah itu mungkin sejuk sikit. Baru la sedap nak tido.Turun tangga..sebelum sempat ke bahagian ruang tamu..aku menyelinap masuk ke jamban. Silapnya..sebab aku tak lepaskan dia dan heret sekali masuk. Malang sungguh..waktu aku nak bukak seluar dan mulakan aktiviti..dia terlepas dan jatuh...tung tanggg tanggg tangggg...pluppp! Macam tu lah bunyinya. Shitt! Aku yang tengah menonggek baru separuh jalan bukak seluar..terus tarik balik seluar naik atas.

Aku jenguk ke bawah. Gelap! Shitt..shit...shitt! aku menyumpah lagi. Aku keluar dari jamban...tarik laci kabinet..selongkar...dan cari lampu suluh. Jumpa! Aku masuk balik. Suluh ke bawah. Di situ dia tersadai..diam..tak lagi bernyawa. Dengan sepenuh kudrat..aku menonggeng..dan seluk tangan ke bawah.
Sebaik saja jariku sentuh dia..segera aku capai dan tarik dia keluar dari situ. Aku capai kain..dan lapkan tubuhnya yang basah. Lepas tu aku lari naik bilik..selongkar lagi laci almari..capai hairdryer...cucuk kat plug..dan cuba keringkan dia..

Peluh mula menitik di dahi..'Please sayang..baby..honey..sweetheart..darling..please wake up. Dont leave me..' aku merayu bila melihat dia tak bagi respon. Kalau CPR tu boleh aku aplikasikan..dah lama aku buat..

Hampir sejam aku mencuba..dia tetap diam kaku.

Akhirnya aku tersandar di dinding..merenung ke arah jasadnya yang tak lagi bernyawa. Aku pasrah..

Motorola ku mati lemas dalam lubang jamban...huwaaaaaa!

Posted by delacroix
What is so special about her? Nobody can give me the answer. We met almost more than 2 years ago...when she first came to TDI. She immediately befriended me and my best buddy.

Wanna know what I like most about her?

She smiles when I looked stressed. She understands when I am down. She never condemn me when I do something wrong but allows me space to correct and change my ways. But most important, she's accepting me as who I am.

She works hard for a living and always place work above of all matters. But still she never fail to spend time with me when I need a listening ear.

Perfection. She knows it is not achievable..like some people dying for it..but yet..she's on her way to strive for it. She does not see it as a destination..but as a journey. Not wanting to walk this journey alone, she encourages people close to her heart to walk with her. Through ups and downs...we laugh and cry. When we fall, we help each other. We encourage when others feels like giving up.

She never give up in searching for love. Sometimes she play with their heart..and in the end..she lost. Still, she never see it as the end of the world.

She inspires me a lot in every ways of life, count my blessing, learn from my mistakes and be optimistic.

Is she perfect? No..definitely. She is not perfect to others...but to me..she is perfect enough.
Posted by delacroix
1) Antara yang paling hot. Kalau ranking jatuh pun, tak banyak beza. Masih dalam top 3.
2) Kepelbagaian warna mata. Pan asia pun kalah beb. Macam² kaler ada..biru, coklat, kelabu. Esok² aku nak suruh dia pakai warna kuning pulak.
3) Inai di jari. Pergh..juling mata budak meja hujung tu tengok sepuluh² jari M merah dgn inai. Tu belum tgk kat kaki lagi..terbalik terus mata dia agaknya..heheh. Wehh budak meja hujung..jgn marah eh.
4) Gelak gatal. Salah satu sebab favourite budak meja hujung tu. Hmm..apa yang sedap agaknya..kurang pasti pulak aku. Mungkin bunyi bass dia tu ada ala2 'hikhok' sket kot...yo..yo..!
5) Kuku kilat beb. Kalah Vios yang pegi hantar wax tiap2 minggu tu...
6) Lontaran vokal. Lelebih lagi masa nyanyi lagu 'tabah'...mak oiii.. terus aku panjatkan doa 'tuhan..tabahkan la hatiku seadanya...'
7) Kebolehan menggulung lidah. gegegegegeerrgrgrgrr...mcm kena renjatan letrik bervoltan tinggi.
8) Kesungguhan dalam mengecilkan saiz. Saiz apa tu? Hahaha..boleh bagi kredit la yg ni. Bangga mak jalan sebelah ko nok..
9) Memasak? Hmm...boleh juga di beri kredit. Masa masak rendang ayam lepas raya hari tu..sape ke yang bertungkus lumus tolong basuh ayam tu? Amboiii..
10) Hobi barunya..yang jarang2 sekali kita dengar di zaman alaf baru ni. Jahit manik! Alahaii...(mampu senyum je)
Posted by delacroix
Hujan turun lebat. Aku duduk mengadap laptop sambil melepaskan sisa penat pulang dari pejabat. Terasa nak makan. Tapi tiada nafsu. Lalu aku layan mp3 saja..duduk sambil berangan dan mengenang masa2 lalu. Terasa sedikit mengantuk..lalu aku lontar tubuh atas sofa dan pejam mata. Fikiran melayang-layang lagi tanpa henti.

Tiba-tiba aku terdengar seperti hp ku menjerit. Aku mendengus. Sapa aja yang menganggu petang2 gini. Kalau tak L, mesti R, tak pun N. Hishh...Tanpa melihat skrin, aku segera capai dan buka flip.

"Hello.." lesu saja suaraku.

"Err...hello." dan sebaik saja suara itu mencecah telinga, terus saja mataku terbuka...secara automatiknya aku melompat bangun. Dan fikiranku yang melayang tadi kembali berpijak di bumi nyata!

********
Aku duduk memeluk lutut di atas sofa. Pandanganku berlabuh pada titik hujan di luar yang mencurah lebat. Sesekali mataku bertentang dengan awek depan rumah yang terkial2 baru nak angkat baju di ampaian. Dia melempar senyum. Aku senyum kembali. Namun hatiku tetap juga gundah. Apa yang aku buat ni? Betul ke tindakan aku ini?Tiba-tiba aku di landa serba salah, takut dan segala macam perasaan bercampur aduk. Yang nyata aku tidak bersedia dalam keadaan skrg.


1 jam menanti terasakan bagai setahun. Dadaku macam nak pecah. Gedebuk gedebak tak berhenti macam orang nak dating buat pertama kali. Dan saat deruman enjin keretanya mengaum di hadapan pintu rumah, aku rasakan degupan jantungku hampir memecahkan dada. Tuhan...kuatkan hatiku. Tolonglah!

Aku cuba mengawal perasaan supaya tidak ketara di wajah. Dan sebaik saja melangkahkan kaki ke dalam kereta, aku menangkap bau itu. Ya...haruman miliknyayang sudah sebati dalam deria hiduku ini. Aku cuba untuk tidak menatap wajahnya...tetapi aku tak mampu. Secara perlahan, aku kuatkan hati dan perasaan..lalu aku dongak..menatap wajah yang sekian lama aku rindu. Di situ..pandanganku bersatu dengan mata coklat miliknya.

"How are you?" dia senyum. Wajah itu masih tetap seperti dulu..indah untuk di tatap.

Aku angguk. Cuba senyum juga .."Ok.." tetapi ada getaran pada suaraku...cuma mengawal gelodak jiwa.

Dan terus saja dia memelukku.

Semerta aku longlai..di situ.

***********
Menghabiskan masa bersamanya...buatkan aku sedar, walau apa terjadi...hatiku tetap miliknya. Biarpun dia berlaku kejam, meninggalkan aku bongkang dan terkontang kanting suatu ketika dulu..tetapi aku tetap cintakan dia. Entahlah kenapa tongong sangat aku ni. Bukan tak ada insan lain yang menghulur tangan, tapi aku tak dapat nak memberikan hatiku sebagaimana aku berikan hatiku padanya.


Sejujurnya aku sedikit keliru dengan pertemuan mendadak itu. Ya lah..aku tidak pernah mengimpikan atau berharap untuk bertemu dia lagi. Aku masih dalam proses untuk melupakan dia..dan sedikit demi sedikit..cuba membuang dia dari hati. Mana tahu, tiba-tiba dia call dan tanpa aku sedari..aku mengangkat panggilan itu.

"Tuhan...jika Kau sudah menentukan takdirku bertemu dengannya untuk kali kedua..aku redha. Jika Kau sudah tetapkan bahawa takdir untuk aku terus berada di sisinya...aku redha juga. Aku tahu dia bukan untukku..dan dia tak akan jadi milikku. Tetapi, hatiku dan kedua belah tanganku ini..tetap milliknya. Andai dia tersungkur jatuh..aku pasti akan menggapainya supaya dia berdiri semula.

Sayang, aku takkan sampai hati dan sanggup melihat kamu keseorangan dan berduka. Telah ku katakan, aku hanya inginkan kamu bahagia..kerana kebahagiaan kamu..merupakan kebahagiaanku juga.

Aku akan selalu ada untuk kamu...berdiri di belakang kamu..jika itu yang kamu mahu. Asalkan saja kamu terus bahagia..kerana aku terlalu sayangkan kamu.."



Posted by delacroix
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates