Wednesday, April 29, 2009 at 4/29/2009 10:45:00 PM | 0 comments  
Coba kau dengar
Coba kau coba
Diam bila ku coba
Untuk berbicara dengan kamu
Pernahkah kau anggap
Bila ku perlu untuk meluahkan rasa hati

Dan bila kau bersuara
Setia ku mendengar
Agar tenang kau merasa

Siapa sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila..
Tiada lagi teman bermain
Kau pulang mendapatkan aku
Itulah aku padamu

Coba kau lihat
Coba kau coba
Renung ke mata aku
Bila ku kaku melihatmu
Pernahkah kau ada
Bila ku perlu untuk menyatakan rasa sakit dalam diri
Dan bila kau perlu
Setia ku menunggu
Agar senang kau merasa

Maafkan kerana ku tak pernah
Terlintas untuk menulis padamu
Salahkan ku
Tak mungkin lagi aku meminta
Untuk kau mendengar
Untuk kau melihat ke mataku...

P/s : Untuk mereka yang tak pernah mengerti..
Posted by delacroix
Tengah hari tadi aku lunch date dengan seorang teman di situ. Memandangkan aku cuti dan tak buat apa...sementara menunggu R sampai petang nanti..aku buat temujanji dgn M. Sembang tak sampai 2 jam, dia meminta diri untuk masuk pejabat semula sebab ada tender nak close. Sibuk..katanya. Aku segera membenarkan dia pergi, maklum dengan statusnya sebagai GM.

Dalam masa yang sama, teman kesayanganku itu pula tetiba menelefon dan bertanya aku di mana. Jujur saja aku bagitau aku di Mont Kiara. Segera saja dia kata mahu datang. Memandangkan dia berada di kawasan berhampiran, aku tunggu saja dia di situ.

Sementara menanti dia tiba, aku sekadar mencuci mata. Dan seketika pandangan mataku berlabuh di satu tempat di hujung sana. Starbucks! Semerta bibirku membuahkan senyuman dan kenangan itu mula menjelma. Di situlah..segalanya bermula. Tempat itu lah permulaannya cinta aku pada yang satu itu. Pertemuan kali pertama...dan seterusnya membawa kepada pertemuan yang berikut..dari tahun ke tahun..hingga lah ke hari ini.

Aku ingat lagi...kali pertama aku menunggu dia di meja itu. Dada rasa macam nak pecah menunggu dia tiba. Debuk debak tak berhenti. Dan sebaik saja dia tiba di hadapan..aku kelu. Erm..dia pakai baju warna merah. Aku ingat lagi. Dia senyum tak senyum. Control cun barangkali. Maklumlah kali pertama bertemu.Dan pandangan mataku segera tunduk...tak berani nak menatap matanya yang tajam.

Aku pandang lagi sudut Starbucks di hujung sana. Ternampak dia duduk di sebelahku. Tanya aku macam2..soal siasat abis. Dan aku...sengih pun tak. Senyum pun tak. Tapi kelu. Nasiblah M ada di depan menemani. Sebenarnya aku tak berani nak jumpa dia seorang diri, lalu aku kol M dan minta dia turun bawah dan temankan aku.

Pertemuan kali pertama itu tak lama. Tak sampai 2 jam pun. Selesai...dia minta diri untuk pulang. Dan sewaktu tanganku dan tangannya bertaut salam..dan saat renungan mataku berlabuh terus ke dalam matanya...aku tahu..aku sudah jatuh hati..

Hmm...sekarang...tiap kali aku lalu di depan meja itu..mataku akan segera berkaca.

"Haii..." satu suara manja kedengaran di belakang. Lamunanku berkecai. Aku menoleh ke belakang...dan teman kesayangan ku yang baru sampai itu senyum...lalu segera menarik kerusi di sebelah.

Aku menarik nafas...mengumpul semula sisa2 tangisan yang hampir keluar tadi lalu sedut semula ke dalam perut..

Perlahan aku merenung semula ke Starbucks di sebelah sana..

Sighhh...
Posted by delacroix
Tenang? Mungkin ada masa2nya aku rasa begitu..bila tiada apa pun yang menganggu fikiran..bila tiada sesiapa pun yang mengacau hidup dan yang paling penting, tak ada yang buatkan perasaan aku berkecamuk. Tapi, untuk dapatkan mode tenang sebegitu..memang teramatlah payahnya. Walau sesibuk mana pun aku menyibukkan diri kat pejabat dan berlibur bersama kawan-kawan..adakalanya bila ada sesuatu yang singgah bertandang secara tiba-tiba..buatkan aku kembali berserabut.

Mungkin aku boleh simpulkan yang sekarang ni, aku cuba untuk menerima keadaan yang datang dengan sebaiknya. Apa pun yang bakal menjelang, aku bersedia. Pro dan kontra nya, aku berusaha untuk jadi sepositif yang boleh. Bukankah cinta itu pengorbanan?

Aku tak nak ambik tahu tentang hati yang kecewa di luar sana..yang menjauh..yang tersinggung..atau apa saja yang sewaktu dengannya kerana aku dah bosan. Aku bosan mengikut kerenah yang tak pernah padam dan akhirnya aku sendiri terbakar. Pedulik lah. Bak kata Yuvie n Nuno..'menjaga hati.' Itu yang aku lebih pentingkan sekarang. Aku tahu siapa dalam hatiku..orang-orang yang hampir denganku..yang berada di sisi ketika susah senang..pendek kata..orang-orang yang mencintaiku dan yang di cintai oleh aku.

Tolak tepi lah rakan-rakan di pejabat. Diorang tu ofismate merangkap penglipurlara dari 9am-5pm. Sesekali ada la terlajak jadi penglipurlara di luar ofis. Tu pun bukan selalu. Masih cuba untuk dapatkan keserasian.

Sedih ke aku sebenarnya? Cuba berpura gembira sedangkan hakikatnya aku menangis tak henti? Entah lah. Cuma tuhan saja yang tahu. Aku tak suka nak menghitung saat atau meniti detik2 gelap. Aku dah pernah merasainya. Tersangat perit. Hampir gila. Sasau. Meroyan. Aku serik. Tak mau melaluinya lagi.

Tapi...macam mana aku nak mengelak? Lari jauh2? Ke mana? Luar Malaysia? Pernah terfikir sekejap dulu. Nak amik cuti barang seminggu dua..pastu terbang ke Indon or Thai. Paling tidak pun, aku ikut cabin crew terlampau aku tu duty on board..gerenti dia mau aja.

Sighhhh..kekasih gelap.. Ini merupakan pengalaman terhebat dalam sejarah hidupku. Mencintai orang yang tak mungkin jadi milikku..walaupun aku sempat memilikinya dulu.

Cinta pertama kah dia? Hmm..ya mungkin. Cintanya tidak terlalu agung padaku..(menurut yang ku tahu)..tapi aku tak pernah mencintai orang lain sehebat aku mencintai dia.

Tongong betul aku nih...! (rasa nak ketuk kepala sendiri. Bodoh!)
Posted by delacroix
All around me are familiar faces
Worn out places, worn out faces
Bright and early for their daily races
Going nowhere, going nowhere
And their tears are filling up their glasses
No expression, no expression
Hide my head I want to drown my sorrow
No tomorrow, no tomorrow
And I find it kind of funny
I find it kind of sad
The dreams in which I'm dying
Are the best I've ever had
I find it hard to tell you
'Cos I find it hard to take
When people run in circles
It's a very, very
Mad World
Children waiting for the day they feel good
Happy Birthday, Happy Birthday
Made to feel the way that every child should
Sit and listen, sit and listen
Went to school and I was very nervous
No one knew me, no one knew me
Hello teacher tell me what's my lesson
Look right through me, look right through me...
Posted by delacroix
Jangan kamu tanya soalan sebegitu. Aku tak tahu bagaimana nak respon. Kamu sudah tahu...dan jangan sesekali menduga mahupun mencabar aku dengan pertanyaan yg berbaur perangkap itu. Aku tiada sesiapa dalam hati selain kamu. Tiada rahsia yang perlu aku simpan kerana segala isi hati dan degupan jantungku..milik kamu. Aku sayang kamu. Kamu tahu itu. Sukar untuk aku lafazkannya kini..tapi aku tahu kamu sentiasa tahu.

Kamu sedikit cengkung dan susut. Penat bekerja kah kamu? Atau makan hati? Aku tak mahu bertanya. Bimbang jika salah soalan. Tetapi bukan bermakna aku tak ambil tahu. Bila2 saja yang kamu mau, aku akan sentiasa ada..walau aku terpaksa ketepikan yang lain..hanya demi kamu. Cukup untuk lihat kamu riang bercerita mengenai kerja kamu, hari-hari kamu yang sibuk, menemani kamu makan..senyum dan ketawa...pendek kata melihat kamu di depan mata..semua itu membahagiakan aku. Namun dalam tawa kamu..aku tak dapat nak baca seluruhnya hati kamu. Ada bening di mata kamu. Wajah kamu sesekali keruh dengan seribu satu persoalan yang buatkan dadaku sesak melihatnya. Aku sangat bimbangkan kamu..

Aku selalu saja rindukan kamu. Tak pernah berhenti sejak dari hari pertama. Kamu sentiasa indah di mata, hati dan jiwaku walau dalam apa jua keadaan. Seadanya kamu bagiku..

Happy working sayang. Jangan tension2 ok..
Posted by delacroix
Tuhan berikan aku kekuatan
Sebelum dia meninggalkan aku
Tuhan beri ku jalan
Karena diriku masih mencintainya

Tak sanggup aku menahan
Perihnya dalam hatiku
Tak sanggup aku bertahan
Dalam kesedihan

Bila waktu malam akan datang
Aku tak mau sendirian
Ingin selalu ditemani kamu
Memelukku dalam kesepian

Bila waktu malam mulai sunyi
Ku tak mau ditinggal sendiri
Ingin selalu sama-sama kamu
Hingga nanti kamu benar-benar telah pergi...
Posted by delacroix
Desir pasir di padang tandus
Segersang pemikiran hati
Terkisah ku di antara
Cinta yang rumit

Bila keyakinan ku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan..

Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu

Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud...
Posted by delacroix
"Tuhan...aku mohon Kau berikan aku kekuatan utk lupakan dia. Terbangkan rasa itu bersama angin kerana aku tak sanggup menguliti malam bersama hati yg penuh rasa cinta padanya. Tetapi Tuhan, jangan Kau ambil kenangan itu...kerana sesungguhnya, itu saja yang aku miliki.

Ya Tuhan..kenapa terlalu hebat ingatanku padanya? Kasihanilah aku...buangkanlah semua ini jauh2. Aku bermohon padaMu...

Tuhan.. Kau permudahkan lah segalanya untuk dia. Dorongkan dia ke jalan yang lurus dan di redhai olehMu. Bentangkan segala kebahagiaan untuknya. Biarkan dia menikmati rahmatMu dan rezekiMu dengan selayaknya. Lindungilah dia dari segala bahaya. Beri dia kekuatan dan ketenangan dalam menghadapi apa jua dugaan dariMu.

Dengan penuh rasa insaf dan berdosa..aku menadah tangan memohon ampun padaMu Ya Tuhan. Dan Kau ampun kan lah juga dosa-dosanya. Sesungguhnya aku hanya hambaMu yang tidak pernah lepas dari kesesatan.

Ya tuhan...hanya Kau yang Maha mengetahui.."
Posted by delacroix
Secara zahirnya dia mmg tidak berada di sisiku. Tapi hakikatnya, dia berada di mana saja aku berada. Hatiku penuh dengan dia saja..

Dan hari ini, hatiku sedikit terusik. Bukan kerana marah atau kecewa..tapi kerana memikirkan cinta yang harus aku lepaskan demi kebahagiaannya yang menjelang.

Sejujurnya, semerta aku hilang selera untuk makan tengah hari kerana itu. Tapi...yang sudah tersurat itu pasti tak dapat dielakkan lagi.

Aku redha..dalam keterpaksaan, kerana aku tahu..cinta dalam hati untuknya tak pernah padam.

Sayang...aku tak tahu macam mana lagi nak cakap bahawa aku sangat mencintai kamu. Aku tahu aku sekadar menyeksa diri dengan terus mencintai kamu..tetapi aku tak mampu buang kamu dari hati.

Mencintai kamu hanya akan membunuhku..tapi aku tak peduli...

Bahagia kamu...bahagia juga untukku...walau menghitung saat melepaskan cinta itu bagai menelan jarum dan melukakan..
Posted by delacroix
Seandainya kau ada di sini denganku
Mungkin ku tak sendiri
Bayanganmu yang selalu menemaniku
Hiasi malam sepiku
Ku ingin bersama dirimu
Ku tak akan pernah berpaling darimu
Walau kini kau jauh dariku
Kan selalu ku nanti
Kerna ku sayang kamu...

Hati ini selalu memanggil namamu
Dengarlah melatiku
Ku berjanji hanyalah untukmu cintaku
Takkan pernah ada yang lain

Adakah rindu dihatimu
Seperti rindu yang ku rasa
Sanggupkah terus ku terlena
Tanpamu di sisiku
Ku kan selalu menantimu

Kan selalu ku nanti
Kerna ku sayang kamu...
Posted by delacroix
Mengingati kamu adalah satu saat yang terindah. Dan itu yang aku lakukan sejak akhir-akhir ini.

Aku rindu kamu. Dan setiap kali ruang paling dalam itu bergetar kerana teringatkan kamu, aku tahu..rasa itu tidak berubah.

Sampai bila-bila pun..
Posted by delacroix
Damn painful! Aku rasa nak tendang je nurse tadi masa dia cabut benang terakhir yg melekat kat leher aku ni. Kaw2 aku jerit. Dah sah2 kulit leher ni lembut. Kena pulak benang tu dah terbenam. Benang yg pertama..aku sekadar 'auwww'. Maintain lg. Benang yg kedua..terasa dah sakitnya bila ia meleret melalui kulit. Aku 'auwwww' lagi. Kali ni panjang sikit. Nurse tu buat selamba. "rilek adik..sikit saja". Mata aku dah bergenang. Dan bila benang ketiga ditarik...aku rasa yg ni panjang sikit dari yg dua tu..nurse tu tak rentap..tapi tarik slow2..apa lagi...aku pun..'arghhhhhhh....'menjerit xingat. Menitik2 airmata...time tu mmg dah genggam penumbuk n rasa nak menendang je dah.

Balik ofis....aku terus demam...
Posted by delacroix
Macam biasa,aku stuck kat persimpangan Jalan Raja Laut - Jalan Sultan Ismail. Mangkok punye polis. Kat sini je masa aku dah habis setengah jam. Memang membuang masa betul.

Lupakan soal traffic jam. Tadi budak admin datang kat meja dan bagi surat. Tgk letter head, dari majikan. Bukak2 je..senyum kat pp terus melebar. Mana taknya, dpt invitation utk beli share hsbc uk @ rate 3.316 (lebih kurang la,xingat). So, andaikata kalo aku letak placement utk 3 tahun dgn contribution setiap bulan sebanyak rm200..dan upon maturity date..selling rate sekitar 6.1 (based on latest rate)..secara matematiknya..brapa rm yg aku boleh dpt? (xde calculator pulak kat sini). Uiii..tetiba mata aku dah bertukar ke simbol rm..heh heh.

Memikirkan itu...buat aku senyum sepanjang hari...
Posted by delacroix
Pancit! Setiap lepas 1 lagu aku asik termengah. Adoi..lama xexercise, tak fit..camni la. But the rest, they are damn good! Matt, Zack, Lan, Watie..(just to name a few).. Uols mmg superb! Mak suka koke dgn korang. Lontaran vokal melatopp!

Walaupun leher mak berjahit2 ni..mak tetap nyanyi 'bertakhta di hati' untuk korang..

Muahssss....mak tdo dulu uolllsss. Besok keje..ciaooo.
Posted by delacroix
Aku tak pernah mengubah apa pun. Hati..perasaan dan komitmen pada semua yang berkaitan masih tetap sama. Cintaku tetap pada yang satu itu, kasihku tidak berbelah bagi pada teman-teman dan sayangku pada semua yang menyayangi.

Namun aku sedar, dalam ramai-ramai itu..pasti ada seorang dua yang terluka hatinya. Khilafku, mungkin kerana tidak memahami dan cuba mengerti apa sebenarnya yang di ingini. Kadangkala ada juga terfikir sejenak. Tapi ia sekadar bermain-main saja di fikiran dan aku tak berani nak membayangkan lebih jauh dari sepatutnya. Bila bayangan itu datang, cepat-cepat aku alihkan perhatian sebab tak mahu ia mempengaruhi diri. Aku kuncikan hati dari semua itu..kerana aku tahu..ruang paling dalam itu tiada siapa yang layak merajainya selain dia..

Persoalan pilihan pertama dan kedua, tidak pernah terlintas di fikiran. Cuma, telah ku katakan..yang pertama itu tetap pertama. Dan jika ia berakhir..maka berakhirlah ia. Tiada yang kedua.

Untuk semua yang pernah berada di hati, kamu tetap kamu..dan tiada siapa yang dapat menandingi kamu mahupun menyamakan kamu. Aku sayang kamu. Dan aku pasti akan lakukan apa saja untuk menggembirakan kamu. Cuma hatiku...bukan untuk kamu. Itu saja.

Maafkan aku...
Posted by delacroix
Penat.Baru je balik dari menonton premiere screening Fast & Furious 4 kat Cineleisure.tiket free..blasah je la..apa lg.tks to Boss!

tak bole nak tido sgt.luka kat leher ni berdenyut2 dan gatal.rasa mcm nak tanggalkan je waterproof plaster ni & garu. Budak2 ofc ckp cute..mcm cover love bite.hahaha..aku menyengih je le.

Sebenarnya aku nak test posting blog dgn enpon ni.test power sket.kira sukses la nih.

Ciaoo...

P/s: kamu baik2 aja kan?aku sedikit bimbangkan kamu,kalau2 kamu tak ok.

Aku rindu kamu..setiap saat..
Posted by delacroix
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates