Lately ni memang aku mengaku...kadar peratusan aku naik hangin sangat tinggi. Baik kat ofis..mau pun kat rumah. Kalau balik rumah..takde orang, then bole cool down la sket. Suka-suka ati nak bogel ke, lari keliling rumah ke, takde sapa nak kacau. Balik keje dah la penat, hati pulak tak seronok je sejak dua menjak ni..pulak tu balik rumah aku tengok...mak datukkk..macam tongkang pecah! Lagi la bertambah darjah kepanasan ati aku.

Itu satu. Aku diam je. Padahal dalam hati..rasa nak protes pun ada. Takpe..sabar..sabar! Aku naik bilik pulak. Hadoiii! Aku lempar beg ke dinding terus. Bilik aku macam kandang babi! Aku rasa nak angkat lemari tu dan baling kat muka R. Tak boleh tahan...panas! Aku tukar baju..pakai short n t-shirt dan turun bawah balik. R buat muka sadin..tengok bola. Aku tak tego langsung. Kaut kunci kete yang tergantung kat dinding dan start enjin. Skali lagi dada aku rasa macam nak pecah bila tengok jarum meter petrol. Menyala-nyala! Oiii..melampau! Aku toleh ke belakang..kapet pulak penuh dengan pasir. Merah padam muka aku! Dah pakai tu satu hal..ntah hangkut awek mana sumbat masuk kete aku...lepas tu sepah2..tak reti pulak nak kemaskan. Adoiiii...tolongggg..aku rasa nak makan orang dah ni!

Aku keluar jugak..dengan marah membuak-buak. Ya allah...bagila aku sabar dengan secukup2nya. Aku berdoa dalam hati supaya marah aku tak meletup.

Balik..sekitar jam 10. Aku naik terus ke bilik. Masih marah. Muka tatau nak cakap la..sekelat-kelatnya. Aku campak diri sendiri atas katil yang macam kubang babi tadi tu..cuba redakan hati. Aku capai laptop. Cuba nak online. Sekali lagi kesabaranku teruji. Belum pun windows tu keluar..dah padam! Bateri habis tak charge! kepala hotakk kau laa! Tak reti ke nak cucuk charger tu masa guna??!

Aku nak bawak kunci kete aku...dengan kunci spare skali ke ofis..walaupun aku tak bawak kete. Aku nak kunci bilik aku. Aku nak cabut bateri laptop aku dan hangkut bawak g ofis skali boleh?? Kali ni aku nak jadi sekedekut pait manusia yang boleh. Duit moto aku takmo bayar dah..duit poket pun aku tak hingin nak bagi lagi. Nak beli laptop..tak hingin aku nak contribute! Duit PTPTN tu joli sorang..pandai. Lepas tu aku la yang kena tanggung semua. Aku pun study gak dulu. Takde la mengada2 nak itu ini. Pakai apa yang ada. Penah juga cuba nasib dan mintak. Tapi jangan harap nak dapat. Aku ingat lagi..masa tu aku teringin sangat nak pakai henfon. Makanya aku suarakan la hasrat kat orang tua tu. Sampai sekarang aku ingat kata-kata tu. Iskk..tak perlu la aku tulis kat sini. Tapi cukup menghiris. Takpe..taknak belikan takpe. Aku kumpul duit dan beli sendiri. 2 hari lepas aku beli henfon pertama aku...Motorola yang berharga 8 ratus..tup2 si sulung itu..kecek orang tua aku. Nak jugak. Dan yang paling best..cukup bulan..dia bawak balik Nokia..yang berharga seribu lebih...untuk si sulung itu! Aku cuma diam memerhati lihat si sulung itu tersenyum girang sambil menayang2 henfon barunya kat aku. Dan tak sedar..airmata aku menitik..lalu aku lari naik atas, kunci bilik dan menangis sepuas2nya.

Aku takde transport masa study. Pegi balik naik bas. Susahnya tak ingat. Tapi aku tak merungut. Aku pun buat assignment. Pakai desktop je. Tu pun lebihan si sulung itu. Mulanya orang tua aku beli yang baru..mmg utk aku. Tapi bila si sulung tu tengok aku punya baru..makanya..dia nak yang itu..dan yang dia punya..dia bagi kat aku. Boleh? Apa yang mampu aku katakan? Terkebil2 saja mata aku bila tengok si sulung itu mengangkut desktop aku yang masa tu boleh di katakan super laju..dan di gantikan dengan dekstop dia yang dah hidup segan mati tak mau tu. Orang tua aku tak cakap apa. Sekadar membiarkan. Sekali lagi hati aku terguris. Tapi aku diamkan saja.

Bila grad..cadangnya aku tak mau kerja lagi. Aku mau sambung lagi. Mulanya orang tua tu dah setuju nak sambung biayai pengajian yang hanya ambik masa lagi 2 tahun. Mmg express. Banyak paper boleh exemption. Dah alang2. Sebulan lagi nak enroll..pada 1 malam..orang tua tu tiba-tiba ketuk pintu bilik dan masuk. "Ada benda nak bincang sikit boleh?" katanya sambil duduk di sisiku. Aku angguk saja dan terus letakkan buku di tepi lalu beri peluang pada orang tua itu untuk bercakap.
Aku lihat orang tu menelan liur 2-3 kali...menarik nafas..mengeluh..macam-macam lah. Aku tidak menyangka yang bukan-bukan sehinggalah dia mula bercakap yang dia tidak mampu untuk biayai pengajian aku yang seterusnya. Hancur hati aku. Kenapa hari tu cakap ok..tp sekarang tak ok pulak? Aku berteka teki sendiri sebab bila aku bertanya sebabnya..orang tua tu cakap dia tak mampu..itu saja.

Makanya..aku yang putus harapan ketika itu..mula bukak surat khabar dan carik kerja. Dah takde pilihan..nak buat macam mana. Sebulan lepas itu...si sulung yang masih dalam semester akhir...pulang ke rumah dengan senyuman bersama kereta barunya. Aku rasa nak bunuh diri masa tu! Ooo..patutlah orang tua tu kata tak mampu nak tanggung aku. Sebabnya...beli kan kereta untuk si haram jadah tu. Lahanat! Entah berapa ribu kali aku menyumpah2 masa tu. Aku tak bertanya pada dia. Sebaliknya..semasa di dapur..aku suarakan rasa tak puas ati pada mak. Mak cuma jawab.."Entah..mak tak tau.." Tapi aku tau..mak pasti tau sebabnya. Lepas seminggu..akhirnya aku berjaya korek cerita. Oh..rupanya si sulung itu mengecek orang tua itu. Kononnya rumah jauh dari fakulti. Takde transpot. Moto takmo naik..panas. Mengada! Kalau takde transpot, tak pegi kelas. Nanti fail..salah sape? ohoo..mengugut? Dek kerana sayang yang melampau dan takutkan ugutan fail itu..makanya orang tua itu pun belikan sebijik kete untuk anak tersayang itu. Aku? terpaksa lupakan hasrat utk sambung pengajian sebab orang tua tu dah kena bayar 2 kete sebulan.

Kecewa tak tau nak cakap. 3 bulan aku tak bertegur dengan diorang. Dengan si sulung itu juga hubungan aku tak berapa baik masa tu. Aku banyak buat hal aku sendiri. Kerja..dan kumpul duit. Cukup duit..aku beli kete sendiri. 1 sen tak pakai duit orang tua tu. Dan hari pertama aku bawak balik kete dari showroom..aku cakap kat diorang.."Ini hasil titik peluh orang sendiri. Sekurang2nya orang tak mintak 1 sen pun duit mak bapak. Bukan macam anak kesayngan mak tu. Apa lagi yg bapak bagi kat dia? Duit, kete, supp card,henfon..lepas ni apa pulak? Belikan rumah? Ha..beli kan la. Esok-esok dia yang nak jaga sakit pening mak bapak kan?" Mak cuma mampu pandang aku dengan genangan air jernih. Bapak aku pulak..sekadar menung jauh. Sesekali dia meraut mukanya dengan perasaan kesal dan serba salah yang bersarang di hati..

Bila si sulung itu berkeluarga dan mula jauh dari diorang..baru terasa. Bila si sulung itu pernah tidak balik raya, barulah sedar. Bila si sulung itu tidak menjaga kebajikan mereka..mulalah sedih. Dan dalam keterasaan itu, orang tua itu pernah menyatakan kekesalannya kerana tidak memberi peluang aku untuk teruskan pengajian. Aku hanya senyum pahit. Kalo up sket je lagi..aku tentu duduk kat kerusi yang Edmund duduk skarang. Sighh..hati aku tetap terguris sampai bila-bila dan tiada ubatnya. Skrg ni nak sambung? Huhh..mana ada masa. Mana aku nak cekau GBP25 untuk satu paper?

Sebab tu skarang...bila R pulak mintak yang bukan-bukan..aku mudah naik angin. Yang paling buat aku histeria..bila R suruh aku beli kete lain..dan kete ni bagi kat dia. Terus aku teringat luka lama. Tak hingin aku nak beli. Biarkan aku pakai kete tu sampai reput. Sebabnya..masa aku susah dulu..tak ada siapa nak tolong. Aku bangun sendiri, usaha sendiri dan cari duit untuk beli apa yang aku mau sebab bila mintak kat orang tua..diorang ternyata lebih dahulukan si sulung itu daripada aku. Jadi aku dah terbiasa untuk tidak meminta apa2 dari mereka sebab aku tau aku takkan dapat. Baik henfon, baju, kasut sampai la beli kete.

Si sulung itu juga tak berani nak komen apa2 dengan aku hingga sekarang. Setakat ini, apa saja yang aku mintak..dia bagi. Tak pernah dia tak tunaikan. Sebabnya..dia sendiri tau. Aku berkorban kerana dia.

R..nak aku berkorban lagi. Minta maaf lah. Aku dah lelah...
Posted by delacroix
Hahaha...nak tergelak pun ada. Macam-macam perangai lah. Bosan! Buat apa nak ikut kerenah orang? Kerenah sendiri pun aku tak terlayan.

Tadi sempat bersembang dengan awek depan rumah. Dia yang panggil. Makanya melompat aku keluar terus ke pintu pagar dengan sengih sampai ke telinga. Apa? Nak panjat Kinabalu? Ya..silakan lah. Tentu-tentu aku tak boleh join. Dan dia offer pulak ke Perhentian bulan 8 ni. Hmm..sangat menarik. Sempat lagi untuk aku mengasah skil berenang. Beria betul dia mengajak. Macam la kalau aku tak pergi...pulau tu tenggelam pulak. Saje je nak bsembang tu..elehh. Ok..kau no issue. Aku layankan je..

Dalam bas...aku sumbat telinga macam biasa dengan earfon. Layan dengar mp3 sambil pejam mata. Tapi sampai je kat Batu 5 tu..bila budak2 balik sekolah naik sama..ya rabbi..aku rasa nak bangun jadi hulk dan baling kusi kat sekor2. Mana taknya..aku increase volume mp3 sampai maximum pun masih boleh dengar diorang memekak2 n terjerit2 dalam bas. Heran betul dengan budak sekolah zaman sekarang ni. Takde sivik langsung. Aku dulu pun sekolah jugak. Naik bas jugak. Tapi takde la nak bergurau senda sampai baling2 beg dari depan bas hingga ke belakang. Lepas tu penggunaan tatabahasa tak hengatt...segala macam jenis kata makian keluar dari mulut. Padahal bersembang sesama sendiri je tu. Pulak tu pakai speaker masjid. Aku pulak yang naik malu dan hangin bila diorang ni memekak kat tepi telinga aku. Takde respek langsung kat penumpang lain yang rata-rata semua orang dewasa yang baru balik kerja. Part paling best..semua pompuan dan bertudung pulak. Lagi lah aku hangin. Kalau lah adik aku..memang aku perambat turun bas. Lepas tu luku-luku kepala bagi dia diam. Sebab dia bukan adik aku la..aku tak hingin nak amik kesah.

Takdenya nak kesian-kesian. Sekarang ni belasah je. Simpati? No way. Orang buat baik dengan aku...yes..aku baik la. Orang sayang aku...ya..aku sayang balik..tatang mcm minyak penuh. Tapi kalo orang buat taik..bukan takat taik tu aku campak balik..tapi dengan kumbahannya skali aku simbah kat kau. Hambikk.

Bukan nak tunjuk aku ni la yang betul..atau aku je la yang pandai. Tapi hakikatnya aku dah sampai ke satu tahap di mana aku dah menyampah yang teramat sangat. Bosan gila babi dan aku dah serik super duper!

Tido lagi bagus. Korang nak bercakar ke apa ke..lantaklah. Ada mak kesahh?
Posted by delacroix
Mungkin tak banyak yang boleh aku ceritakan. Ya..kehidupan tetap berjalan seperti biasa. Aku masih tetap orang yang sama. Tidak banyak perubahan walaupun aku akui..sedikit sebanyak ada yang telah berubah. Namun..aku tetap aku. Aku masih mencintai orang yang sama (walau dia sangat melukakan hati)...masih juga aku menghabiskan masa dan berlibur dengan kesayanganku itu jika ada kelapangan, tetap juga aku berkunjung ke KD dan bergosip bersama sahabat karib ku itu...masih berchatting dan berfacebook dengan teman-teman lain..tak lupa jika tak penat dan aku masih keluar minum bersama dengan yang lain.

Mungkin saat ini, yang boleh buat aku tersenyum dan ketawa...cuma ketika di pejabat. Namun, sebaik kaki melangkah masuk ke dalam rumah..dan saat aku melontar tubuh ke atas katil empuk atau sofa..makanya segala kenangan yang sebelum ini aku lempar jauh2mula berlumba2 dan mengasak masuk semula ke dalam fikiran.

Aku dah muak memikirkan soal hati. Tak pernah habis! Bosan super duper tahap maksimum! Nak muntah! Tapi itulah yang terjadi. Sedih, kecewa, makan ati..eii..takde benda lain ke? Tolonglah..

Soal dendam dan maaf? Oh..minta maaf lah. Terus teranglah aku cakap..aku memang dah mula berdendam. Sebabnya..aku dah tak larat sangat dah nak memberi maaf pada mereka2 yang tak tau nak menilai murah atau mahalnya sebuah kemaafan itu. Orang cakap..memberi maaf itu adalah lebih mulia dari yang meminta maaf. Ahh...kentut lah!
Aku dah malas nak amik port dengan ungkapan2 macam tu. Ada nilai ke untuk orang-orang yang sepatutnya meminta maaf dari aku tu?

Sorilah.Kalau ada di luar sana yang cakap..hati mereka boleh jadi sepejal batu...aku mungkin boleh jadi sekeras itu..seperti berlian mungkin. Batu masih boleh di pecahkan..boleh pakai drill, kasi lubang..masuk dinamit dan letupkan. Nahh..hancur jadi pasir berderai bukan? Tak keras lagi.

Tapi kalau berlian? Bagaimana kerasnya? Macam mana nak pecahkan? Nak potong dengan apa?



Cantik bukan? Baik dalaman mahupun luaran. Perghh..inilah logam yang paling keras di dunia. Hanya permata yang boleh memotong permata...betul kan? Namun..mungkinkah hatiku boleh jadi sekeras itu? Hanya DIA yang maha mengetahui..

Intan payung? Huhh...payung yang dah tak ber'intan' atau pun cik intan yang dah tak pakai payung? Hahaha. Aku tak pakai payung. Payung lipat ke..payung golf ke..kalau ada pun dalam kete tu..cuma buat hiasan je. Kalau hujan..aku redah. Biar basah kuyup, aku tak kisah. Namun..namanya nak bawak payung? Kim salamm...

Kalau ada pun..aku sekadar tumpang payung lipat mickey mouse biru tu. Kecik je. Alahai..tak sampai ati nak tumpang. Tapi aku suka je..walaupun kecik..tapi tuannya berbesar ati memberikan tumpang. Dan aku pun berbesar ati juga la menumpangkan diri..walaupun basah sebelah bahu..tapi tetap muat juga berdua.

Terima kasih...
Posted by delacroix
Ya tuhan..kecewanya aku!

Kenapa kegembiraan itu hanya sekejap? Dan ada saja yang menggugat hati dari untuk terus mengecapi rasa aman damai dan bahagia. Sighhh...aku mengeluh seberat2nya sejak semalam. Terasa bagai ada batu besar yang menghempap dada...dan aku sukar bernafas. Mata berpinar2...dan hasilnya..aku tido macam orang kena tembak hingga tengah hari ini.

Pun begitu...bangun dari tido...benda yang sama menguliti hati dan minda. Aku gagal untuk senyum..seperti pagi semalam tatkala aku menyarung baju pink itu buat pertama kali. Hilang segala kenangan gembira semalam bila aku bersenda bersama teman2. Semuanya hapus di telan ombak besar yang memunah itu.

Aku tersangat kecewa. Tak terungkap. Dan rasa itu lebih teruk dari di tinggalkan bongkang oleh seorang yang pernah aku cintai. Tuhan..moga masih ada jalan untuk aku membuang rasa kecewa itu. Kuatkan hatiku...
Posted by delacroix
Aku mungkin tak faham situasi dan jalan ceritanya bagaimana. Tapi jika ditanya tentang hati yang terluka dan harapan yang putus di tengah jalan..well..u can count on me baby...

Aku tak tau bagaimana mau membantu jika kamu berdiam sebegitu. Ya..kamu kata kamu ok. Tapi dari riak wajah dan airmuka...jelas kamu tak ok dan tidak gembira. Ada airmata yang tertahan2 setiap kali aku berhenti dan menoleh ke arah kamu dan bertanya "Are you ok?" dan kamu...dengan gagalnya...membohongi aku sambil memberi senyuman plastik dan berkata.. "Yeah..im fine."

Kamu tidak beriringan denganku..sebaliknya..2-3 tapak di depan..atau di belakang. Bimbang jika aku terus merenung dan mencari-cari jawapan di sebalik wajah keruh kamu itu. Kenapa sebegini teruk? Dah berapa minggu kamu begini?

Kadang2 bila aku biarkan kamu melayani perasaan sendirian..mata kamu mula berkaca2. Henfon tidak lekang dari genggaman. Mau saja aku rampas henfon itu dan campak ke longkang. Bukan apa..aku benci melihat sesiapa saja yang mengganggu perasaan kamu hingga kamu jadi selonglai ini.

Jika tidak terluah..atau jika kamu tak mahu meluahkannya..tak mengapa. Kamu harus kuat. Jangan biarkan perasaan itu menguasai kamu..sebaliknya kamu yang harus menguasai dan mengawalnya supaya ia tak membunuh kamu.

Aku akan selalu ada..bila2 masa saja..
Posted by delacroix
Kaedahnya...hari ni aku tak banyak keje. Mengangkang tak hengatt! Tak larat nak layan lawak2 bongok kat belakang aku ni..aku sekadar menyengih aja. Tetiba teringat ada lolipop dlm poket. Aku pun seluk dan keluarkan. Sayang pulak nk makan...makanya aku renung dan belek je.
"Yang ko renung lolipop tu kenapa?makan je lah..." tau-tau bahuku kena tepuk. Dan 3-4 org kat belakang pakat ketawakan aku...

"sayang la nk mkn.cantik je bungkusnya.."

Kata-kataku mengundang tawa yang berdekah2 di kalangan mereka. Aitt...salah ke aku ckp?

"Jilat je uols..takde makna nk syg2 ni. Nak mak tunjuk cara-caranya?"

Dan kali ni...aku tersengih lebar...

Bongok!
Posted by delacroix
Aku melayan mata saja dalam bas. Mengantuk! Tiap pagi,memang mcm tu. Sumbat telinga dgn earfon dan terus saja aku pejam mata sehinggalah tiba di ofc. Ok..ceritanya mcm ni. Bas bhenti di 1 bas stop. Sorang mamat ni naik.dia ni dah berapa kali aku nmpk dalam bas yg sama. Pertama kali mata aku terperasan kan dia dalam 2-3 mggu sudah. Dalam bas juga. Kesian dia. Berdiri masa tu. Tepi aku pulak. Aku sekadar menyengih sensorang. Ntah apa kena xtau la. Dia ni takla hensem mana pun. Tp blh dikategorikan dlm lelaki yg smart. Tp biasa je, pakai baju long sleeves, seluar khakis,tie. dan tah kenapa dia sgt menarik mata aku utk terus menjamu pandang.

The best part, dia turun dekat dgn umah aku. Aitt..knp aku xpnh nmpk dia sblm ni? Baru pindah ke? Atau sbnrnya aku yg selalu xmelekat kat umah?

Ok, lupakan soal mamat yg berjaya mcuri phatian aku dlm bas tu. Dia xkan kemana2 aku dah tau kat mana dia tggu bas setiap pagi.

Sakit kepala? Airmata? Tensi?ooo...sume tu aku sdg cuba utk nyah kan dari kamus hidup. Takde maknanya nak bengkak2 mata sbb org sdgkan org pun xherankan kita. Jadi..skrg ni..ada mak kesahhh? Sori la nok...mak rasa nk jd xberperasaan dah. Pegi mampos.

Ooo...utk kesygn ku itu...aku benci tgk airmata kamu itu. Lapkan ia...hargai ia kerana kamu tak patut bazirkan ia utk sesuatu yang tidak menghargai kamu...
Posted by delacroix
Life is full of lots of up and downs,
And the distance feels further when you're headed for the ground,
And there is nothing more painful than to let you're feelings take
you down,
It's so hard to know the way you feel inside,
When there's many thoughts and feelings that you hide,
But you might feel better if you let me walk with you
by your side,

And when you need a shoulder to cry on,
When you need a friend to rely on,
When the whole world is gone,
You won't be alone, cause I'll be there,
I'll be your shoulder to cry on,
I'll be there,
I'll be a friend to rely on,
When the whole world is gone,
you won't be alone, cause I'll be there.

All of the times when everything is wrong
And you're feeling like
There's no use going on
You can't give it up
I hope you work it out and carry on
Side by side,
With you till the end
I'll always be the one to firmly hold your hand
no matter what is said or done
our love will always continue on

Everyone needs a shoulder to cry on
everyone needs a friend to rely on
When the whole world is gone
you won't be alone cause I'll be there
I'll be your shoulder to cry on
I'll be there
I'll be the one you rely on
when the whole world's gone
you won't be alone
cause I'll be there!

And when the whole world is gone
You'll always have my shoulder to cry on....

p/s : Untuk teman yang selalu gusar hatinya. Jangan sedih-sedih. Nanti kita pegi tengok konsert..boleh loncat2 hilangkan stress okeh?
Posted by delacroix
Tak tau nak komen apa. Tapi yang pasti, aku agak susah hati bila tengok teman kesayanganku itu menjadi setoya-toya alam. Apakan daya, tak mampu nak tolong. Kalaulah apa yang dia inginkan itu boleh di beli dengan duit, nescaya aku amik loan bank 50K sekarang jugak dan belikan apa yang dia nak tu (ehemm...ye ke?) dan kalaulah ia boleh di tukar gantikan dengan benda lain..tak kisahlah apa pun..asalkan dia tak lagi setoya itu..pasti aku usahakan juga. Dan kalaulah luka di hatinya itu boleh aku ubati dengan melumurkan ubat dari hatiku..nescaya dah aku lakukan semuanya. Tapi itu hanyalah 'kalau'...

Rasa macam nak bertukar jadi Jean Grey X-men pun ada dan gunakan kuasa untuk baca apa yang dia fikirkan sampai jadi seteruk itu. Tak pun..aku bertukar jadi Wolverine dan siat2 kulit sesapa saja yang tergamak menghiris hati kesayanganku itu. Berani carik pasal? Haa..aku pun dah samseng jugak sekarang ni.

Tapi kalau aku jadik Wolverine...yang pertama-tama sekali yang aku nak siat kulitnya..ooo..dah tentu la kucing siam itteww! Cakaran membalas dendam peringkat ke 7...hahaha. kalo ko tak jadik selembik2 beskut farley kena rendam dengan susu basi..jangan panggil aku B! (cehh..B konon...blah la)..

Aku mungkin blum sampai ke tahap nak melaser depan2. Ohooo...jangan mintak aku berbuat begitu. Sebabnya..kalo aku dah tak dapat nak mengawal kecibaian mulut aku nih..daripada sebaik2 manusia..sekelip mata je aku bleh bertukar jadi sebiadap2nya. Bila aku jadi baik, tak nampak. Kata aku macam2. Haa..dah alang2 orang kata aku kurang ajar kan...meh sini aku tunjukkan kekurangan ajarnya aku...

Jadi..kata orang..lautan dalam tu jangan di duga sbb kita takkan tau tahap kedalamannya sampai mana. Kalau setakat pita pengukur pun pakai pembaris budak darjah 2..rentikan!

Ok..berbalik pada isu kesayanganku yang toya dan masam macam susu terperap dalam tong sebulan tu...apa yang bisa aku bantu sayang? Kalau kamu perlu kan apa saja..hatta bahuku untuk kamu menangis sekalipun...ambiklah. Dua2 skali pun takpe.Biar ia berat dengan tangisan kamu..biar ia basah..becak dan banjir sekalipun..aku tak marah. Kalau basah, aku tolong lapkan. Kalo banjir, aku dayung kamu ke tepi agar kamu tak lemas...

Asalkan saja kamu terus gembira...dan aku tumpang bahagia sama.
Posted by delacroix
I'm walking away, from the troubles in my life
I'm walking away, oh to find a better day
I'm walking away, from the troubles in my life
I'm walking away, oh to find a better day
I'm walking away

Sometimes some people get me wrong, when it's something I've said or done
Sometimes you feel there is no fun, that's why you turn and run
But now I truly realise, some people don't wanna compromise
Well, I saw them with my own eyes spreading those lies, and
Well I don't wanna live a life, too many sleepless nights
Not mentioning the fights, I'm sorry to say lady

I'm walking away, from the troubles in my life
I'm walking away, oh to find a better day
I'm walking away, from the troubles in my life
I'm walking away, oh to find a better day
I'm walking away

Well, I'm so tired baby
Things you say, you're driving me away
Whispers in the powder room baby, don't listen to the games they play
Girl I thought you'd realise, I'm not like them other guys
Cause I saw them with my own eyes, you should've been more wise and
Well I don't wanna live a lie, too many sleepless nights
Not mentioning the fights, I'm sorry to say lady...

I'm walking away...
Posted by delacroix
Huarghhh...ngantuk betul. Padahal bukannya tido lewat pun. Tapi malas betul nak bangun. Kalo tak sebab henpon kat tepi telinga ni berbunyik2 tak reti bahasa minta di angkat, sah2 aku tak bangun. Nasib baik tengok nama yang terpampang merupakan kalangan orang2 yang aku nak layan...kalau tak..sori la. Tido lagi ke? ..
Ehemm ehem..aku pun segera la membetulkan suara. Konon taknak la bagi berbunyi toya sangat. Padahal..aku rasa suara katak tercekik kacang lagi sedap daripada suara aku bila bangun tido..hahaha.

Ok...kaedahnya..teman kesayanganku itu mengejutkan aku bangun tido dan ajak pegi breakfast. Nak tolak? Ko hilang akal apa. Bukan senang dia nak berbaik hati menjemput aku kat rumah. Selalu tu..muka aku je la yang tercongok mengangkat tangan kat pak guard bangla kondo dia tu tiap kali nak ngajak dia kemana2. Siap lah..i datang.. katanya. Maka..secepat kilat aku meloncat turun dari katil. Capai towel, masuk bilik air dan siap. Tak mahu dia menunggu aku bersiap sebab aku juga tak suka kalau nak 'menunggu'...

Ikut kan hati memang la malas nak ke mana2. Hati sakit katanya kan. Duduk umah dan memendam perasaan lagi bagus. Tapi sampai bila? Ahh..buat apa sakit kepala pk pasal orang. Hidup mesti di teruskan. Orang-orang yang dah terkeluar carta tu tak payah di pedulikan lagi.

Mak telefon lagi. Macam biasa..bertanya kan hal R yang duduk dengan aku. Senang cite. Aku jawab dia tak balik umah malam tadi...ntah merayap ke mana. Malas nak mengongkong sangat. Dia lelaki. Dah besar. Tau lah dia jaga diri sendiri. Aku pun tak heran kalo dia nak ke mana2. Kalo dia rasa nak balik sini, dia ada kunci sendiri. Cumanya..yang aku herankan..bila dia balik dan minta duit. Sekarang ni terasa macam nak jadi kedekut pahit pun ada juge. Bukan apa..sebab serik kan. Aku ni nama je kerja bank. Tapi duit dalam bank tu BUKAN aku yang punya ya..harap maklum.
Kalo duit aku berkepuk sekali pun..itu adalah duit aku. Bukan duit korang-korang semua. Jadi, ikut suka aku lah nak buat apa dengan duit aku tu. Nak bagi pinjam ke, bagi terus ke..belanja korang ke..apa2 la..pendek kata..segala kekuasaan penuh terletak di tangan aku..sebab itu duit aku! Jadi kalo ada orang yang nak mintak...hatta mak aku sekali pun..aku pasti akan tanya "Mak nak buat apa dengan duit tu?" dan mak aku akan jawab dengan jujurnya.."Ooo..mak nak bayar duit kain kat Kak Ina kau tu. Hari tu amik 3 pasang..bayar bulan2." Hahh..hambik..panjang lebar explaination mak sampai telinga aku yang tak larat nak dengar dan terus aja aku hulur berapa yang dia nak.

Tapi jujur bukan? Sekurang-kurangnya aku tahu duit itu kemana dan untuk apa. Bukan buta-buta bagi tanpa usul periksa. Contohnya..bila R minta duit poket. Aku bagi je apa yang ada. Tentu2 dia adik aku. Tapi bila dapat tau duit tu dia buat belanja awek dating dan tengok wayang..memang sah2 aku baling kerusi kat kepala dia! Banyak cantekk...ko sedap2 beromen..aku plak yang support duit belanja ko.

Iskk...rasa macam nak jadi sekedekut-kedekut manusia sekarang nih!
Posted by delacroix
Marah? Itu ke perkataan paling sesuai? Ntah la. Tapi lebih kepada dissapointed, upset, kecewa atau apa saja yang sewaktu dengannya. Kesabaran aku dah sampai ke kemuncak! That's it! I had enough! Aku tau aku tidak setaraf...tidak selayaknya untuk berdiri sama tinggi..bodoh..biadap, kurang ajar, kasar, berlagak, sengkek..apa pun takda. Tapi itu bukan bermakna aku boleh di caci sewenang2nya dengan sesedap rasa! I'm trying to be nice... ya la..nice kepala hotak kau! Nice hapanya kalau sesedap mulut nak kata aku macam2? Ini bukan kali pertama ya. Dulu dah pernah, dan aku sekadar membutakan mata hati jiwa. Konon sebab sayang. Lepas tu kau tinggalkan aku bongkang..putus macam tu je. Aku yang sasau separuh gila. Ada kau pedulik? Ko tak heran pun. Aku terlantar kat hospital pun ko tak tanya! Meroyan aku! Lepas tu, bila aku dah mula aman...kau datang balik. Yang aku ni pun, bangang..konon sebab sisa sayang yg masih tinggal...lembut hati terima ko balik. I tot of giving you and myself a chance. Tapi kau...sia2kan semua tu. Tak pernah sedar yang selama ni aku cuba beri yang terbaik...tapi ko ikut kepala ko jek! Bloody hell!

Apa masalah ko sebenarnya? Apa lagi yang ko tak puas ati? Ko jangan nak saiko2 la. kalo ko rasa ko tu betul sentiasa...suka hati ko lah. Aku dah abis ikhtiar utk jadi yang terbaik, utk beri yang termampu..tapi ko tak pernah hargai. Kalau nak di kutip rasa marah aku ni, tak terhitung banyaknya. Ko yang tak tahan nak dengar kang. Jangan duga kesabaran aku. Jangan nak cucuh2 aku dengan api. Aku diam dan tak ungkit pun dah cukup baik.

Sapa tuduh sapa sekarang? Ko jangan nak pusing2 kan cita! Kalo ko dah tak heran dengan aku..jangan nak hegeh2 kat aku lagi. Tak payah buat alasan, ikhlas dengan aku konon. Boleh blah! Nak hubungan yang berpanjangan? Tuiiii...! Sapa yang putuskan relation tu dulu? Aku ke kau? Aku bukan budak2 yang ko boleh main tarik tali, main acah2 sentiasa. Bila ko nak, ko tarik. Bila taknak..ko campak.

Ko jangan ingat ko sorang yang boleh temper. Aku ni apa? Tunggul kayu? Batu? Naik darah ko sorang je yang ko pikir. Orang lain takleh naik darah? Kalo aku nak kasar dengan kau, tak payah tunggu sekarang..dari dulu pun aku boleh buat. Eii..pikir la sikit dengan kepala otak kau tu.

Luka dulu pun tak baik lagi. Ko tambah lagi yang ni. Ko ingat senang2 aku boleh lupa ke? Jangan ingat aku lupa ya. Aku cuma berdiam sebab aku taknak timbulkan isu. Tapi yang ko pegi bakar2 aku apahal? You started it in the first place. Aku dah elok2 diam..nak jadi budak baik..nak terima ko balik macam biasa...tapi ko buta!

Cukup la tu! Ko cakap ko tak nak jadi budak2..asyik nak bergaduh. Fine! Aku pun tak hingin nak bergado dgn ko. Its not that I dont need you..you are the one who doesnt need me like I do..betul kan? Bila ko dah takde teman bermain, ko balik pada aku. Tapi bila ko senang,ko dah dapat apa yang ko nak...aku ni dah takde nilai di mata ko. Ye la..aku ni sengkek pon. Tak kaya, miskin..cokia je. Mana layak nak kawan dengan ko.

Hati aku dah cukup2 terluka dah. Ko tak payah datang pujuk2 lagi..saiko ke apa ke..ko simpan je lah. Aku dah tak sudi nak dengar dan tak sudi nak tengok muka ko sekalipun. Dengar nama ko pun aku dah tak hingin!

Dah aku katakan dulu, kita tak mungkin bersatu walau atas nama teman sekalipun. Jadi, ko boleh pergi teruskan cara hidup ko..dan aku dengan cara aku. Jangan pernah fikir untuk sebut nama aku lagi.

Aku tak pernah mahukan semua ni. Tapi ko yang meminta dan buat semua ni terjadi. Jadi, lepas ni kalo ko tertonggeng ke, tergolek ke...apa ke..jangan pernah mimpi dan terlintas dalam hati untuk datang pada aku. Aku tak nak tau apa2 lagi pasal ko.

Kau bukan untuk selamanya...kau cuma singgah. Dan aku tak sudi lagi untuk sediakan ruang persinggahan yang seterusnya...sebab...setiap kali ko singgah...ko tinggalkan taik untuk aku!
Posted by delacroix
Apa yang terusik? Aku usik barang ko ke? Usik ko ke? Eh..mana ada. Pegang pun tak..cam mana pulak boleh claim terusik.

Bodoh! Memang la tak pegang. Tapi dulu ko memang penah pegang hati aku ni. Ko genggam sepenuhnya. Lepas ko bosan..ko campak..ko pijak2 sampai hancur.

Aku kutip balik serpihan yang hancur tu..cantumkan balik...tapi parutnya..retakk!
Tapi takpelah..aku cuba ubati ia. Pelan2..insya allah..satu hari nanti baik la dia.

Tapi sekarang..bila hati tu dalam proses nak baik...ko datang balik dan usik dia. Ko tak pegang..tapi ko cuit dengan hujung2 jari je. Dan hati itu...dah pun bergetar.

Untuk apa?!!! Arghhhhhhh....
Posted by delacroix
Masih lagi dalam mode sakit kepala. Banyaknya benda yang nak kena pikir. Ada kes pulak kat ofis semalam. Cust komplen kaw2. Setengah hari..aku mengadap yang itu satu aja. Tak dapat buat keje lain. Sepapan panadol jugalah aku kerjakan. Samporna, jangan cakaplah. Berkepuk2. Dah 2 kotak aku tibai sejak semalam.

Dapat la email dari ZZ. Bagi gambar bongok. Ngok ngek! balasku dalam email. Dia ketawa. Ala...saja je nak bagi awak gelak. Awak tensi tu kan..saya tau...katanya lagi. Aku hanya mampu tersengih je. Tak sampai ati pulak nak tunjuk muka toya kat dia yang nampak decent tu..alahaiii..

Hari ni W terbang ke Bandung. Hmm..sunyinya dia takda kat ofis. Tak dapat nak menyakat selama seminggu. Baru aku balik cuti, dia pulak cuti.

Aku? Sakit kepala lagi...rasa nak amik shot..lepas tu tergolek kaw2 tak bangun. Im in heaven. Fly bebeh fly...
Posted by delacroix
"What is troubling you little one?

You can be happy only when you decide to be happy. Only then you can release all the unhappiness. The unhappy emotion cannot stay when you choose happiness and happy thoughts.

Keep saying to yourself, "I choose to let go all the pain.
I choose to let go all unhappiness.
I choose to let go all frustrations.
I willingly surrender all negative emotions.
I choose to forgive myself.
I choose to love myself.

When unhappy thoughts come back, be alert. Purposely do things that will make you happy.

Soon you will find that you are happier. It is not that the world has changed. It is you that have changed."


And I cried...when my so called GM say that to me.

"Ma'am..how I wish you could understand the whole story and the heartache. I do have changed ma'am...very much changed. I'm trying to get myself back on track now...to be happy and to live life to the fullest even when I knw the pain's still there. Its hard and hurt. But do I have a choice? No!

And to let go off the pain...is the hardest thing for me now.

Thanks anyway for your thoughts ma'am...really appreciate it."
Posted by delacroix
Wednesday, May 06, 2009 at 5/06/2009 08:16:00 PM | 0 comments  
"No need to count the days. Decide to be happy, this very minute! Let go of the pain, give it away to God."

A very meaningful quote from someone used to be my GM when I was with MAS. Thanx ma'am..i wish i cud be happier than what i am now..
Posted by delacroix
Menjelang hari bahagiamu
Kau tak pernah aku bersedih
Kau lupakan semua kenangan lalu
Lalu kau campakkan begitu saja
Tega...

Aku tahu dirimu kini
Telah ada yang memiliki
Tapi bagaimanakah dengan diriku
Tak mungkin ku sanggup untuk kehilangan dirimu

Aku tahu bukan saatnya
Untuk mengharap cintamu lagi
Tapi bagaimanakah dengan hatiku
Tak mungkin ku sanggup hidup begini
Tanpa cintamu..

Tak ingatkah kau dulu pernah berjanji
Bahagiakan diriku slamanya
Tak berartikah cinta kita yang lalu
Hingga kau bersama dengan dirinya
Tega....

Aku tahu bukan saatnya
Untuk mengharap cintamu lagi
Tapi bagaimanakah dengan hatiku
Tak mungkin ku sanggup hidup begini
Tanpa cinta darimu

Aku tahu dirimu kini
Ada yang lain
Tapi bagaimanakah dengan aku
Tak mungkin sanggup kehilangan

Tanpa cintamu...

p/s: Sambil lagu ini berkumandang, aku duduk atas sofa..berseorangan..memeluk lutut..dan menangis semahu-mahunya...
Posted by delacroix
Hari ni hari terakhir aku bercuti. Ada la jugak dapat SMS dari budak2 ofis. Semua bertanyakan bila aku nak mula kerja. Rindu la tu..hehe.

Walaupun aku tak ke ofis, standard aku akan terjaga bila jam tepat pukul 6 pagi. Lepas tutup alarm..makanya aku akan berguling balik tido sampailah pukul 11. Lepas tu rutin biasa aku, check henpon. Kot2 ada miskol ke, msg masuk ke. Apa2 yang patut di balas..aku balas dulu. Lepas tu, baru la nak toilet ke, buat sarapan ke..blablabla. Selalunya aku breakfast yang ringan2 je..macam roti ke,biskut ke. Nasik lemak ni...jarang sgt la. Seminggu sekali ada la kot. Lepas buat nescafe secawan, aku lepak depan tv...tgk apa cerita yang menarik..layan aje. Kalau tak, aku duduk kat meja laptop ni dan godek la apa yang patut.

Nak keluar? Uii..tgk kat luar tu panas merelit. Tak sanggup. Duduk kat dalam rumah ni pun aku dah rasa macam nak bogel je. Nasib baik la ruang tamu rumah aku ni di kategorikan sejuk jugak. Bak kata arwah nenek aku dulu 'Uii..umah hang ni sejuk cam ada ekon.' Aku ketawa je. Hmm...rindu pulak aku dengan wajah tua tu. Al-fatihah...

Apa nak buat hari ni? Main 7sins? Hmm..rasa cam berdosa je. Hehehe. Mode gambar2 simpanan? Cun juga tu. Tv kat sebelah ni aku biarkan terpasang je. Cita hantu tengah hari buta apa jadahnya. Tak selera nak tengok.

Ada yang aku berguling tido balik ni...
Posted by delacroix
Mungkin salahku..
Membiarkan hatiku terus mencintainya
Dan salahku...
Kerna berpaling padanya
Lalu kamu?
Antara insan-insan yang mewarnai hari
Berdiri di sisi..
Saat tersungkurnya aku

Terima kasih sayang..
Aku tidak akan lupa semua itu.

Dan kini..
Bersalahkah aku..
Kerna tidak memahami kamu?
Rutin kamu,hidup kamu, situasi kamu?
Berubahkah kamu?
Atau aku yang berubah?

Hatiku tetap miliknya..
Namun kamu...
Tak bisa ku tepis..
Kerna kamu yang selalu temani hidupku..
Posted by delacroix

Penatnya aku. Penat hati, perasaan..penat badan..semua sekalilah. Kalau penat badan, koman2 aku bungkang tido 2 hari tak bangun..lega la lepas tu. Ni bila melibatkan penat hati dan perasaan ni. Adoi laa...mintak hampunn!

Sejujurnya aku tak berapa nak happy sejak akhir-akhir ni.Ye lah..bila tengok jam, tengok kalendar..semua tu cukup menggayatkan hati aku. Ishh..entah lah. Tak tau dah nak komen apa. Hari itu pasti akan tiba...(*tuhann...kuatkan lah hati aku..)

Dalam masa yang sama, demi mengalihkan perhatian dan perasaan aku yg terganggu dek hitungan dan bilangan hari pada kalendar..aku cuba berlibur. Apa aja bentuk hiburan yang boleh melalikan aku daripada hitungan itu...aku buat. Koke sampai lebam,godek laptop, tgk movie sampai bengkok...main 7sins (*terasa berdosanya...hahaha)

Buat luahan hati? Ermm..tak terluah dah rasanya. Sesi kaunseling? Pun rasanya tak terkaunsel dah kot.

Tengah hari tadi...waktu aku tengah berperang hebat dengan perasaan aku sendiri.(*kenapa ye? tah la..ada beberapa benda yang buat hati aku membengkak dengan jayanya sehari dua ni..) aku dapat satu panggilan telefon. Nombornya..sumpah tak kenal. Tapi aku angkat jugak.'Oitt..' gitu la bunyinya, Lagi la aku mendidih. Dah la aku tengah hangin satu badan...dapat pulak call mcm tu. Tapi bila yang empunya suara tu perkenalkan diri, baru la aku sejuk sikit. Ooo..dia ni rupanya. Sempat aku menyengih dalam hati (*skandal lama masa study dulu). Baru aku teringat, hari tu mmg dia ada call aku 2-3 kali, tapi aku tak angkat dan tak pulak sms dia balik. Terasa bersalah pulak. (*Maaf ye cik J...i'll call u later abt that thing ok. Promised!)

Bila balik umah tadi, waktu aku nak tutup gate lepas me'reverse kete masuk ke garaj..aku terperasankan garaj aku tetiba terang. Aku sempat dongak ke langit. Tuu dia..bulan. Walau pun tak penuh, tapi terang. (*apa khabar kamu wahai bulan? aku rindu kamu. tetapi aku benci untuk memulakan langkah untuk kesekian kalinya kerna aku dah terlalu penat dengan kamu...)

Aku penat dengan keadaan sekeliling jugak. Kalaulah ada seorang doktor yang boleh menurun preskripsi ubat tido untuk sebulan tak bangun2 kat aku demi untuk melalui hari yang bakal meremukkan hati aku tu...nescaya..aku bayar berapa saja yang dia mintak. At least bila aku bangun...semua tu dah berlalu. Tolong lah. Aku penat! Penatttt...!
Posted by delacroix
Aku rasa nak marah. Kesedihan aku yang meluap2 sejak 2-3 hari ni meletup dengan genangan air jernih di kelopak mata. Gara-gara menahan hati yang penuh dengan rasa kecewa, marah, dendam...dan segalanya bersilih ganti. Arghh...rasa macam nak gila pun ada.

Sesungguhnya, aku masih dalam proses rehabilitasi. Luka itu tak pernah padam. Lalu aku cuba mengulitinya sendiri dengan ubat dari hatiku...namun keadaan sekeliling seakan berlaku kejam dengan menores luka itu makin dalam...dan dalam. Sakit la bodoh!

Aduhaiii...tolonglah. Janganlah di sebut-sebut walau sepatah. Singkirkan ia terus dari bibir dan dari fikiran kerana aku tak ingin tahu walau sekuman sekalipun kerana semua itu hanya akan menambah parah di hatiku.

Aku relakan...namun jangan di sebut lagi sampai bila-bila.
Posted by delacroix
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates