Wednesday, September 30, 2009 at 9/30/2009 11:44:00 PM | 4 comments  
Ketara agaknya perubahan di wajah. Atau mungkin di wajahku tertera bahawasanya 'I'm lost!' Atau mungkin bebola mataku berlarian ke sana sini sambil dahi berkerut-kerut bagai memikirkan sesuatu. Atau mungkin juga aku sekadar merenung...tp renungan itu entah ke mana..

Demi tuhan..aku tak sedar. Dan aku tak tahu. Tapi aku akui...sesuatu mengganggu. tapi aku sendiri kurang pasti apa dia.

Teringat? Ya..mungkin hakikatnya aku masih belum dapat melupakan apa yang telah terjadi. Pahit untuk aku kenang, sakit untuk aku buang begitu saja dan kerana itu.. ia terus membunuhku. Lalu bagaimana?
Posted by delacroix
Thursday, September 24, 2009 at 9/24/2009 06:38:00 PM | 4 comments  
Pesona itu memukau pandang
Miliknya dia seorang perawan
Bergetar hati..
Mengisi ruang-ruang yang tak terbilang
Namun yang paling dalam,
Sungguh tak terjangkau dek kaki dan tangan

Aku layarkan kemudi merentasi lautan
Gentar...namun sehabis daya ku lawan
Asalkan ku sampai ke seberang sana
Tidak tewas...tidak merana
Di manakah dia buah hati yang satu?
Tinggal terapung di langit ketujuh
Bersama bintang-bintang di timur jauh
Dan aku memuja bersama hati yang luluh..
Antara kasih dan benci
Antara dendam dan cinta suci..

Tinggal sayang tinggal pujaan
Melayang sudah pesona bintang
Kasih ku limpah pada yang datang
Cukup bahagia walau hanya teman
Ku sayang kamu wahai manjaku
Duhai kasihku puteri yang satu
Garam gula racun dan madu
Penawar hebat luka berparut seribu

Sering ku rindu hilai dan tawa
Nakalnya aduhh tak kurang dari manja
Jelingannya buat ku kata ooh la la setiap masa
Mempersona...dan bergetar dada..
Sesekali..ku terbuai dalam khayalan
Namun sempadan sesekali melintas jangan
Itu janji tersemat di hati dan fikiran
Pada mereka semua..itu juga yang ku pesan
Tak ingin ku lerai kamu dari tangan
Tinggal lah tinggal kamu seorang
Cukup sudah aku kehilangan
Jangan kamu pergi duhai sayang

Bukan ku memujuk bukan ku membeli
Sekadar meneduh kasih tidak menabur budi
Tak punya sesiapa nak dimanjai
Aku memohon..menyusun sepuluh jari
Tak tertanggung rasa derita di hati
Sedar sudah diri dikhianati
Oleh kekasih dan sahabat sendiri
Namun ku membisu..tak ingin ku berdiri

Jika kamu melangkah pergi
Tinggallah aku seorang dan mati
Penawar tiada racun pun jadi
Dan aku tak ingin hidup lagi
Kisah pilu ku..semua pun tahu
Luka di hati? Ku seorang tanggung beban di bahu
Bila kan berakhir dendam dan sendu..
Hanya tuhan..Kau yang tahu..
Posted by delacroix
Sunday, September 13, 2009 at 9/13/2009 01:02:00 AM | 0 comments  
"...kamu yang pertama dan terakhir. Tidak akan ada yang kedua kerna aku tak mahu yang lain selain kamu saja..."

Menyelusuri folder-folder yang berderet dalam laptop buatkan aku kembali membuka 'kisah'. Itu kata terakhir aku untuk dia..dalam email yang kuberikan.

Teringatkan kembali jalan cerita itu, di mana aku menyenaraikan setiap satu langkah yang ku ambil..sewaktu aku jatuh cinta pandang pertama dengannya. Tapi aku tahu...tanganku tak sampai..tak punya wang berkepuk dan tak punya BMW. Aku tiada apa-apa. Cuma yang aku ada...hanya hati yang tulus.

Mulanya aku takut. Aku menjauh..tak mahu cuba bermain api. Tapi akhirnya aku sendiri yang terjun ke dalamnya dan rentung! Salah siapa? Aku tak menyalahkan sesiapa. Cuma aku kesalkan..pengakhirannya sebegini.

Dia kisah terindah dan terburuk dalam sejarah hidupku.Fobia? Tuhan saja yang tahu. Aku masih boleh terasa-rasa sentuhannya, bau rambutnya..hatta bau kulitnya sekalipun. Kalau aku di letakkan di Jalan TAR yang penuh sesak dgn orang shopping raya sekarang ni pun..aku masih bisa mengecam kelibatnya walaupun sepintas lalu.

..."aku tak percaya lagi..dengan apa yang kau beri, aku terdampar di sini, tersudut menunggu mati..."

Memang aku rasa macam nak mati. Menunggu dan menghitung hari..dihantui pula dengan kata-kata nista dan hina...aduhaii sakitnya. Kalau tak waras...harus aku terjun gaung time tu jugak.

Aku rasa macam nak pijak-pijak radio sesiapa saja yang mainkan lagu tu. Hatiku hancur berkeping-keping. Tak terdaya aku nak kutip. Dan kini, bila ada kata-kata yang datang..kononnya ingin mengubat hatiku..aku cuma mampu ketawa.. "Saya sayang awak.." atau... "Tiba-tiba I rasa jatuh cinta dengan u.."

Aku ketawa sungguh-sungguh. Bukan kerana aku suka melihat dan mempermainkan mereka. Tapi kerana aku melindungi hatiku sendiri dari rasa simpati. Sesungguhnya aku tahu bagaimana rasa di kecewakan. Tapi aku sendiri tak mampu untuk membalasnya.

Dalam kekalutan, ada tangan yang menyambar...menarikku semula keluar dari gaung. Dan aku sangat berterima kasih pada sepasang tangan itu, yang tak pernah lupa untuk menghulur tangan ketika aku memerlukan...walaupun sekadar bertanya 'how was your day?" Dan kerana itu, kedua belah tanganku pula sentiasa terbuka untuknya. Apa saja di dalam kemampuanku, pasti aku tunaikan...kerana aku sangat menghargai dan menilainya dengan persepsi 'tidak ternilai'...

.."aku berhenti berharap..dan menunggu datang gelap...aku pulang, tanpa dendam. ku terima kekalahanku..ku salutkan kemenanganmu..."

Aku tak tahu sampai bila aku akan mengenang. Aku dah lama berhenti berharap. Sejak dari penghinaan yang pertama. Namun, rasa kasihku membutakan segalanya. Aku sangat bodoh! Ya..aku mengaku itu. Dan aku meratap..sehingga kini kerana kebodohan itu.

Aku dah tewas dalam permainan ini. Maruahku tergadai, harga diriku merudum macam harga bursa saham di papan BSKL...dan ego serta kredibilitiku...tersembam jatuh ke dalam lubang taik yang paling busuk! Dan dia menang...dalam mempermainkan hatiku, memporak perandakan perasaanku..serta melintangpukangkan hubunganku dengan teman-teman lain..

Tapi tak mengapa. Aku akan pulang. Aku tetap akan melangkah jauh pergi dari hidupnya. Tapi....dengan dendam yang tak pernah padam. Bukan kerana aku tak sayang..tapi kerana mengenangkan betapa hinanya aku pada pandangan matanya...
Posted by delacroix

Jangan lagi kau sesali keputusanku
Ku tak ingin kau semakin kan terluka
Tak ingin ku paksakan cinta ini
Meski tiada sanggup untuk kau terima

Aku memang manusia paling berdosa
Khianati rasa demi keinginan semu
Lebih baik jangan mencintaiku, aku dan semua hatiku
Karena takkan pernah kau temui cinta sejati

Berakhirlah sudah semua kisah ini
Dan jangan kau tangisi lagi
Sekalipun aku takkan pernah mencoba kembali padamu
Sejuta kata maaf terasa kan percuma
Sebab rasa ku telah mati untuk menyadarinya

Semoga saja kan kau dapati
Hati yg tulus mencintaimu
Tapi bukan aku...



P/s:

Kisah-kisah kita telah lama berlalu. Kamu yang dulu pernah menemaniku seketika..namun kita berbeda. Aku tak punya rasa itu. Dan sewaktu pengakhiran segalanya, pernah ku katakan...jangan cuba kamu tanyakan lagi kerna ia telahpun mati.

Kamu kembali dan bertanya semula. Terima kasih untuk semua rasa kamu terhadapku. Terima kasih kerna ingin mengubat hatiku. Namun aku tak dapat beri apa yang kamu mahu.

Semoga kamu bahagia...bersama siapa saja yang dapat membahagiakan kamu. Tapi bukan aku...
Posted by delacroix
Aku mengembara mencari kasih untuk ditaburkan
Lantaran benih cintaku gagal disemai
Kecewa tak bersambut
Namun gigih aku berjuang
Bangkit menebus segala dosa
Dan segala yang menghina..

Di satu sudut aku terperuk dan memeluk lutut
Menangis sendiri..
Dan di bahuku ada jemari yang singgah menyentuh
Lalu ku dongak..
Di situ kamu senyum..menghulur tangan
Membawa aku keluar dari duka yang merenggut hati..

Umpama berlian di dalam kaca..
Begitulah kamu..
Cantik kilauannya..
Cantiknya paras..
Bergetar jemari untuk menyentuhnya
Namun aku tak berani..

Penuh kasih dan hati-hati..
Aku meletakkan kamu di tingkat yang paling tinggi
Kerna aku melihat kamu dari sudut yang berbeda..
Walau kamu bukan kekasih..
Kamu bukan juga sekadar teman biasa..

Kamu bagiku..
Tiada nilainya..
Posted by delacroix
Aku berjalan pantas menuju ke kereta yang aku letakkan secara haram kat depan pintu masuk Kementerian Kebudayaan dan Warisan. Sesekali melirik jam di tangan. 2 minit melewati 5.30 petang. Fuhh..cepat gila aku menyelinap keluar. Bulan-bulan puasa ni tak boleh lambat walau sesaat. Semua tu berharga.

Dalam mengatur langkah sepantas kilat, aku di sapa oleh seorang 'mat pet'. Muka dia ni hari2 aku nampak kat sini & jaga parking la konon. Tapi aku tak pernah bagi sesen pun.

"Kak..boleh tolong saya tak?" si matpet itu menghampiri. Aku segera memperlahankan langkah.

"Ha..apanye?"

Dia sengih. "Saya tak cukup 3posen ni." Dia hulurkan tapak tangan. Di situ aku dapat lihat beberapa keping duit syiling. Sempat mengira dengan pantas. Jumlahnya 7posen.

Memandangkan aku nak cepat, aku tak bertanya nilai 30sen itu untuk apa. Segera saja aku menyeluk kocek..dan memang rezeki dia. Ngam-ngam 30sen!

"Nah..ambik lah." aku letakkan 30sen itu ke dalam genggaman tangannya. Si matpet tersengih riang.

"Terima kasih kak. Selamat berbuka."

Aku mengangguk. Membalas senyumannya..dan meneruskan langkah yang masih tinggal beberapa tapak untuk sampai ke kereta.

Si matpet menghilang. Entah kemana perginya. Ah..biarlah dia. 30sen itu pun tak seberapa. Aku tak heran pun.

Tapi kali ini, sewaktu aku buka pintu dan meloloskan diri masuk ke dalam kereta..aku di sapa sekali lagi. Bukan suara si matpet tadi. Tapi suara seorang perempuan.

"Hello! Hello..." 2-3 kali juga dia berhello2...barulah aku keluar semula menjenguk.

Di hujung pintu belakang..aku dapat lihat seorang wanita...seorang makcik seharusnya kerana dia nampak berusia..berketurunan India, membimbit sebuah beg tangan..dengan wajah keruh dia mengukir senyuman bila melihat aku menjenguk keluar.

Tak mahu di lihat kurang sopan kerana menjenguk begitu saja, aku bangun dari kerusi dan keluar. Pintu kereta terbuka separuh...

Aku senyum..sesekali melirik jam. Sedikit resah kerana aku mengejar waktu. Apa saja lah halangan petang ini. Goshhh...

"Err..yes?" dengan muka penuh terpinga dan tanda tanya..aku cuba sampaikan padanya..dengan harapan..dia mengerti pertanyaan aku itu. Nak apa? Atau..ada apa yang boleh saya bantu?

"Err...hai. I dont know how to explain.." wahh..tetiba makcik@Aci itu speaking dengan aku.

"Ahhaa?" aku cuba mendengar...sesekali memandang di sekeliling. Tiada siapa yang ada di kawasan berhampiran. Kecualilah pak guard kementerian itu yang agaknya kalau aku melolong kat situ pun dia takkan dengar.

"Well..dont get me wrong. I am a retired teacher. I suppose to go to Sg Buloh Hospital. But there was a miscommunication..I heard they told me University Hospital..

Aku mengerutkan dahi. Cuba memahami apa yang makcik@Aci itu cuba sampaikan. Oh..salah hospital gamaknya?

"Someone told me just now..from here to Sg Buloh, I should take commuter."

Aku mengangguk tanda bersetuju.

"But from the station to the hospital..it quite far. I have to take a cab."

Aku mengangguk lagi. So? Apa kena mengena dengan aku?

"So..err..." aku lihat Aci itu kelihatan teragak-agak untuk meneruskan percakapan.

Apa yang dia ni nak sebenarnya?

"Can you help me? I really really need help. My husband was in the emergency room. I have nowhere to turn to now. I need to be there..."

Aku tengok dia macam dah mula nak menangis. Adoiii...jangan pulak dia nak mintak aku tolong hantar dia sampai ke Sg Buloh pulak. Gila!

"Err..actually I'm rushing now. How can I help you?"

"I dont have enough money for cab fare. I'm so sorry to trouble you."

Aci itu tunduk memandang jalan tar. Aku mengeluh. Dalam kepala otak cuba mengimaginekan..berapa banyak cash yang aku ada dalam wallet. Seingat aku..dah seminggu aku tak keluarkan duit. Lebih semalam shopping kat giant ada la RM20. Lepas tu pagi tadi aku topup tangki minyak RM10..makanya tinggal la RM10 je..ngam-ngam!

"You work here?" Aci itu mengerling lanyard yang tergantung di leher aku.

"Aha..ya."

"Where is your office? Which floor?"

"Just across the river. Level 9."

"Do you have any contact no? Give me until Monday, I will pay you back."

Aku menggelengkan kepala. "No need."

Segera aku korek wallet dalam beg..dan keluarkan RM10 aku yang terakhir.

"I promise I will pay you back. Thank you so much." aku lihat wajahnya sedikit cerah bila sekeping duit merah itu bertukar tangan.

"No need auntie.Take the money and go to hospital now. Its ok.." aku sempat genggam tangannya. Ok..aku dah papa kedana sekarang. Satu sen pun dah tak ada dalam poket. 30sen tadi pun si matpet tu dah kebas!

"Thank you...thank you..." entah berapa kali aku dengar dia ucapkan perkataan yang sama. Aku sekadar mengangguk.

Dan selepas itu, aku lihat dia meneruskan perjalanan menuju ke seberang jalan. Perlahan sekali langkah kakinya. Usianya? Mungkin dalam lingkungan 60an. Jalan pun dah tak larat. Macam mana dia boleh tersesat sampai sini? Seorang pulak tu.Dari dalam kereta, aku memandang dia dari jauh. Penuh sabar dia menunggu di tepi lampu isyarat..menanti kereta-kereta berhenti untuk dia melintas jalan. Dan bila lampu bertukar merah, aku lihat dia melangkah. Perlahan.

Mataku segera bergenang. Entah kenapa. Semerta aku teringat mak di kampung. Kalaulah mak aku macam tu...adakah manusia di tengah2 kota ini mahu menolong?

Aku tidak tahu apa motif Aci itu atau sejauh mana kebenaran ceritanya. Sama ada betul atau dia berbohong, tuhan sajalah yang tahu. Aku tidak ralat sedikit pun dengan memberi RM10 itu. Jika dia berkata benar, mungkin RM10 itu sangat berguna untuk dia segera sampai ke hospital.

Dan tidak terlintas di hati aku berharap dia akan memulangkan semula duit itu. Andaikata dia benar-benar perlukan...maka aku halalkan saja.

Aku mengesat mata. Dalam hati sempat berdoa supaya dia cepat sampai ke hospital dan bertemu suaminya...

Moga tuhan merahmati setiap langkah kakinya yang perlahan itu. Aminn...

Dan..aku menghidupkan enjin kereta...meneruskan perjalanan untuk pulang berbuka puasa.
Posted by delacroix
Wednesday, September 02, 2009 at 9/02/2009 08:44:00 PM | 0 comments  
Rasa macam ada yang tak kena sejak 2-3 hari ni. Sedikit resah.

Keje ok. Famili ok..kenkawan pun ok. Semua dalam mode terkawal.

Tapi aku resah juga...sedikit penat barangkali.

Hari ini aku cuti..tak ada sebab-sebab yang khusus untuk bercuti di tengah-tengah minggu. Duduk rumah dan berkurung.

Sesekali aku pejam mata...dan bayang itu akan muncul..menghantui seperti selalu.

Sighhh...

Selamat ulangtahun sayang...
Posted by delacroix
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates