Aku ketawa terlalu banyak! Banyak sangat dalam 2 hari ini sehingga aku sedar ada takungan jernih yang terbit dikelopak mata. Sesekali aku mengesatnya dalam diam, bimbang agar disedari teman-teman dan berlagak seperti dunia ini hanya aku lah yang punya. Dan aku terus ketawa berguling-guling...sehabis daya menyembunyikan rasa sayu yang mencengkam dada.

Dan bila malam menjelang, aku terjun ke kolam yang berair biru itu. Cuba menyejukkan hati yang tak pernah reda panasnya. Sekali dua selam, aku berhenti. Duduk berendam dibirai kolam sambil kepala mendongak ke langit. Tiada bintang walau satu dilangit. Cuma sesekali guruh berdentum dan aku mengerti tanda airmata langit akan tumpah sebentar lagi. Namun aku masih didalam air...sesekali tersenyum melihat telatah teman-teman yang berlumba.

Aku tak pernah lupa. Dan tidak akan lupa harinya di mana aku menyerahkan seluruh hatiku untuk ditakluki tanpa ada rasa was-was kerana aku tahu hatiku tidak berbelah bagi mengasihinya.

Tak tahu apa perlunya catatan ini. Tak tahu apa faedahnya mengingati saat yang berlaku di setiap Januari. Tak tahu apakah perlunya untuk aku mengucapkan 'Selamat Ulangtahun' lagi sedangkan kisah itu telah lama berlalu.

Meskipun aku tahu kisah itu sudah berlalu, tiada yang tersisa di hatinya dan tiada kesan yang tinggal untuk dia mengenanginya...aku tetap mahu mengucapkannya..kerana aku tahu...ruang paling dalam itu tidak pernah akan berganti lagi.

'Selamat Ulangtahun sayang'.

Hujan pun turun...lebat bersama dentuman guruh. Dan...airmata ku turun ..selebat hujan...tanpa disedari sesiapa kerana aku sudahpun basah sekuyup-kuyupnya didalam kolam...
Posted by delacroix
Wednesday, January 13, 2010 at 1/13/2010 01:17:00 AM | 1 comments  
Kepala sakit sejak 2 hari ni. Berdenyut tak berhenti. Urat dan otot terasa keras dan kejang di pangkal tengkuk, bahu serta belikat. Tidak memicitnya keterlaluan kerna aku tak mahu ada tekanan di situ. Sangat sakit. Sudahnya, hanya relaxant yang jadi peneman setia. Mujur stok banyak sebab aku memang tak larat nak ke klinik. Telan 2 biji dan tak sampai setengah jam...flyy bebeh!

Badan pun tak berapa nak sedap. Entah lah, nak demam agaknya. Lagipun dah lama tak demam. Beberapa panggilan mencecah masuk ke handphone hari ni, aku tak berapa nak layan. Tak ada mood. Mungkin sebab kepala masih sakit, buatkan aku rasa nak bersendiri dan tak mahu di ganggu.

Waktu ini, jam mencecah ke 1.30 pagi. Aku masih tak dapat lelapkan mata. Masih siapkan beberapa kerja yang perlu disiapkan. Dan sedikit tersentak bila melihat list YM ku tertera nama dia yang sedang online. Aku sekadar senyum sumbing. Kenapa agaknya nama dia masih di situ sedangkan sepatutnya aku sudah membakulsampahkan namanya?

Biarlah..bukan jadi kudis pun. Dia tak kacau aku..dan aku tak kacau dia. Habis cerita.

Cuma..setiap kali mataku menyinggah ke list YM di sebelah kanan ini..hatiku tercuit rindu padanya...kerana aku tahu..dia ada di situ.

Dan...kepala terasa makin sakit...
Posted by delacroix
Selamat Tahun baru!

Rasanya aku masih dalam mood new year. Segala-galanya baru. Tapi bila masuk ke bulan Januari, aku agak lemah. Semuanya bermula di Januari dan itu meninggalkan kesan yang sangat mendalam dalam hatiku. Ya..parut itu tetap di situ walau tahun silih berganti.

Tapi, walaubagaimanapun..aku sangat bersyukur...di saat hatiku kosong dan tak punya sesiapa untuk menghuninya, aku di kelilingi oleh teman-teman yang tercinta. Malam 31 lepas, hariku terisi oleh mereka yang secara tiba-tiba buat suprise cupcake. Comel sgt! Dan saat menerima pelukan dari mereka..hatiku tersayu secara tiba-tiba. Aku tahu bukan masanya untuk aku bersedih. Tapi aku terkenang kan dia. Aku tak pernah menerima ucapan hari lahir dari dia. Sekali pun tidak..walaupun dulu..dia itu yang teratas dalam carta hatiku.Sighhh...

Ok..lupakan soal itu. Aku dah tak larat nak mengenangnya walau hakikatnya setiap saat dia tak pernah lekang dari hati.


'Kau sedar tak yang sebenarnya...kau tak pernah berhenti dari mengingati dia?'
teguran dari seorang teman buat aku tersentak.

'Eh..mana ada. Aku tak ingat lah. Aku dah buang dia jauh-jauh. Kau pun tahu kan..'

Temanku sekadar senyum..'Ya..itulah yang kau kata berulang-ulang kali. Tapi sekadar di bibir. Bukan lahir dari hati kau..kan?'

Aku terdiam. Tak tahu bagaimana nak menjawab soalan itu. Dan aku sekadar merenung bangku kayu itu...di mana segalanya bermula. (Mulanya aku nak marah sebab diorang gatal nak book resort tu pada tahun baru..tapi aku tak punya pilihan. Sudahnya..aku kembali ke situ..dan semua kenangan menerjah kembali ke layar mata...)

Waktu itu, aku sedar dia asyik saja mencuri pandang..walaupun dia pakai kaca mata hitam..tapi lirikan matanya tak dapat disembunyikan. Aku buat bodoh, buat tak faham walaupun dalam hati timbul rasa sangsi..kenapa dia melirik dengan penuh makna. (Bohong la kalau tak syok bila orang usha kan..cuma agak pelik waktu itu..)

Bila malam menjelma..waktu BBQ...begitu juga...di meja kayu yang sama..dia mencuri pandang lagi sewaktu aku dan 2 orang teman sedang makan di atas tembok batu yang berhampiran. Aku sedar semua itu. Lirikan matanya, jelingannya, senyumannya..semua mengandungi seribu satu makna yang sukar untuk aku tafsirkan. Bimbang jika tersalah tafsir dan aku tak mahu merosakkan semuanya.

Namun, pulang dari percutian itu...dia meluahkan isi hatinya. Aku? Wahhh..bagaikan ada percikan bunga api dalam hati...bila segalanya terungkai. Dan bila dia menghulur tangan..aku menyambutnya dengan penuh yakin dan kasih...kerna aku sudah pun berperasaan begitu sejak kali pertama bertemunya.

Tapi sayang..hubungan itu tak lama. Dan akhirnya, aku terperuk menjeruk rasa. Sighhh..

Ok..back to the topic!

Malam besday dan tahun baru ku terisi dengan hilai tawa 'Princess' nakal itu. Ok..no doubt..dia ada di mana saja dan bebas berlari dalam hatiku serta mewarnainya. I love you Princess..always! Huhu..

Pagi tahun baru...aku ke PD menghabiskan masa bersama teman-teman lain pula. Dan pulang dari PD..aku menerima panggilan dari 'Bulan'. Aku agak terkedu melihat namanya tertera di skrin telefon. Sekian lama aku berdiam diri. Merajuk? Mungkin juga. Tapi rasanya lebih kepada memberi ruang pada diri masing-masing. Aku rindukan masa-masa lalu bersamanya. Tapi rasanya, semua itu sudah berlalu dan tak mungkin berulang. Someone's got to go and its me. I want you to move on and live life. Untuk kebaikan semua pihak..terutamanya kamu..

Dan aku...masih begini..meski usia menginjak ke angka 30. 'Welcome to the 3 series club'...dikelilingi insan-insan yang mencintaiku. Namun..bisakah aku mencintai mereka sepertimana aku mencintai dia?
Posted by delacroix
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates