Sunday, February 14, 2010 at 2/14/2010 02:42:00 AM | 0 comments  
Terasa seperti segala-galanya pernah berlaku suatu waktu dulu. Dan ia berlaku lagi. Seakan sama...cuma tak serupa.

Mungkin agaknya aku takkan dapat lari dari takdir yang telah menentukan aku bertemu dengan mereka-mereka yang sebegini. Melukakan, main sorong tarik dan seterusnya buatkan aku rasa diri tak dihargai.

Hati bengkak, bengang, bergaduh, menonton konsert di Istana Budaya dan teman menonton yang sama. Semua itu berlaku hampir 8 bulan lalu. Waktu hati tengah menangis kaw-kaw. Waktu hati sedang hancur lebur. Waktu hendak menangis sungguh-sungguh di riba yang kita harapkan.

Bukan sengaja mahu mengenang saat yang melukakan, tapi kadang-kadang persekitaran di sekeliling yang seakan serupa buatkan secara automatiknya ia terimbas kembali.

Aku rasa macam nak putus asa. Macam nak lari dari semua orang. Nak lari dari kenyataan..dan nak lari dari melihat semua kenangan yang tak pernah padam. Sakitnya untuk bangun bila jatuh tersungkur. Bukan semua yang bernama teman itu jujur untuk menghulur tangan. Bukan semua yang sanggup untuk memimpin dan mengajak untuk bertatih kembali.

Aku jatuh cinta hanya sekali! Aku tak berani nak kata yang aku takkan jatuh cinta lagi di masa akan datang. Itu semua kerja Tuhan. Tapi buat masa ini, ruang paling dalam itu tidak pernah bergetar lagi. Tak ku nafikan ada yang cuba mengetuk pintu hati, menjenguk dan cuba masuk. Tapi entah la. Perasaan seperti bersama dia dulu dah berkubur.

Aku teruskan kehidupan, berjalan tanpa henti walau sesekali aku menoleh ke belakang dan melihat kenangan. Mata akan mula berkaca bila aku sedar, ada rindu mengasak dada. Aku mencintai semua kenangan itu. Seperti mana aku mengatakan yang aku mencintai dia...waktu 14Feb dulu. Tak pernah berubah. Cuma kali ini, aku tiada sesiapa nak ucapkan..'Happy Valentine Sayang'. Thanks to Princess. Dia saja yang sudi wish dan bersamaku di malam Valentine ini. I love you...!

Tadi, waktu aku baru pulang dari Istana Budaya...terkial-kial nak buka pintu pagar, aku terdongak ke langit. Dan di atas sana...beribu bintang bertaburan. Aku terkenang lagi. Tak berupaya untuk senyum kerna aku tahu jika aku terus mendongak..airmataku akan jatuh.

Cuma...hatiku sekadar berkata.."Keadaan terlalu jauh berbeza..dan jurang sudahpun terlalu dalam antara kita. Tapi aku takkan berhenti dari terus menyayangi kamu walaupun dengan hanya mendongak ke langit. Happy Valentine Sayang..walau di mana kamu berada..."

...dan mataku basah...
Posted by delacroix
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates