Tuesday, March 09, 2010 at 3/09/2010 07:46:00 PM | 0 comments  
Aku tak suka nak rasa kecewa. Bagi aku, itu semua dah berlalu. Meski aku tahu rasa itu masih tertinggal, tapi biarlah ia berkubur begitu saja. Itu adalah pengalaman terhebat dalam sejarah hidup aku.

Mungkin saat ini aku penat. Terlalu penat dengan keadaan sekeliling. Semuanya seakan mengambil kesempatan dari atas kebaikan dan kelembutan aku terhadap mereka. Aku tak mahu kan apa-apa sebagai balasan. Aku cuma mahu berkawan dengan semua orang. Dan kesemuanya aku layan seperti seadanya. Salahkah aku untuk berlaku adil demi memuaskan hati semua pihak?

Manusia sememangnya tak pernah berpuas hati dengan apa yang ada. Di beri betis, hendak peha. Sedangkan dah tahu, aku hanya mampu memberi betis saja. Mengapa di pinta peha juga? Tak paham dengan kerenah sesetengah manusia yang hanya pentingkan diri dan kehendak sendiri.

Aku bukan manusia sempurna. Aku tahu itu. Jadi, aku takkan dapat memuaskan hati semua pihak dalam satu masa. Adakalanya aku sendiri kekurangan masa untuk diri ku. Jadi salahkah untuk aku memohon barang seketika untuk aku renung kembali diri sendiri? Dan bila aku bertindak untuk berdiam...salahkah aku?

Aku berterima kasih kepada mereka yang sudi mengisi kekosongan hati ku selama ini. Aku hargai budi kalian. Tapi adakalanya, aku hanya manusia lemah yang tak dapat memberikan apa kalian mahu sebagai balasan. Maafkan aku.

Janganlah kalian bersengketa kerana aku. Aku hanya orang yang paling 'bongsu' di antara semua dan tak selayaknya kalian bermasam muka kerana aku. Aku hanya mahukan yang terbaik antara kita...tapi sekiranya kalian sudah putuskan begini...aku tak mahu berkata apa-apa lagi.

Sebaiknya aku terus berdiam...
Posted by delacroix
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates