Lama tak menulis! Dalam ertikata lainnya, aku sangat super duper bz! Atau pun tak ada benda yang nak di tuliskan..atau nak diluahkan. Ye ke? Hakikatnya terlalu banyak rasanya terpendam di lubuk hati. Dah tak mampu untuk aku luahkan. Lalu aku biarkan saja ia tersemat kemas di suatu sudut nun jauh di ceruk hati.

Aku ibarat berada dalam dunia baru. Terlalu banyak yang telah berubah. Situasi, kerja, teman-teman dan hati. Aku dah terlalu penat untuk berbicara soal itu. Apa saja yang mendatang waktu ini, aku terima saja. Tidak ada perancangan, tidak ada jangkaan malah segalanya aku cuma serahkan pada takdir.

Bohonglah jika aku katakan tiada langsung cebisan ingatanku padanya. Namun, kurang adil pula jika aku terus-terusan mengingatinya. Sesekali bila terkenang, mataku akan berkaca-kaca. Pengalaman itu takkan pernah hilang. Sakit itu takkan pernah kurang. Hatiku tetap robek. Lalu, apa yang terdaya hanya ku lumurkan ubat daripada kesibukan bekerja serta riuh tawa teman-teman yang ada di sekeliling.

Kembali bekerja di branch buatkan aku semakin tak tahu nak mengenal erti penat lelah. Padan muka! Kadang-kadang aku berkata pada diri sendiri. Mana tidak nya, gatal nak apply balik ke branch. Bila dah dapat, mula lah mengeluh. Hmm...hakikatnya aku rindukan tempat lama di HSBC.

Tapi kata orang, bila dah melangkah..jangan sesekali toleh ke belakang. Itulah yang aku lakukan sekarang. Aku akui dulu aku tersilap percaturan. Ghairah mengejar pangkat dunia dan aku menjilat ludahku semula. Semuanya kerana aku sangkakan aku layak. Sangkaan ku benar. Aku sememangnya layak. Cuma dek kerana hasad dengki dan iri hati sesetengah manusia...mencaras aku dari belakang. Dan akhirnya aku tersungkur. Itulah dia manusia yang menikam aku dari belakang..dan yang menabur pasir ke dalam periuk nasi aku. Waktu aku sedang menangis tersedu-sedu, mengenangkan mereka yang berperikebinatangan memperlakukan aku sebegitu..aku sekadar menadah tangan memohon pada DIA, supaya menunjukkan aku ke jalan yang benar, yang di redhainya. Aku memohon supaya aku dijauhi dari hasutan iblis yang berlumba-lumba mengisi kotak amarah dalam hatiku.

Rezeki, jodoh, pertemuan..dan maut semuanya DIA yang tentukan. Dan aku percaya..segala yang berlaku ada hikmahnya. Pemberian dan pembalasan itu pasti ada. Cuma aku perlu bersabar..menantikan percaturan yang telah tuhan tentukan untuk ku...

Dan di waktu ini...aku senang dengan dunia baru ku..
Posted by delacroix
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates