Aku bukanlah seorang penulis blog yang tegar. Makanya sekarang ni, update agak manja-manja. Nak kata malas pun tidak la juga. Cuma, mungkin agaknya tak ada kepentingan untuk aku meluahkan apa-apa perasaan sekarang.

Hidup ternyata berjalan seperti biasa. Pagi ke opis, petang balik rumah. Tak pun lepas opis, aku akan menghabiskan masa di gym. Mengamalkan gaya hidup sihat la kaedahnya. Tapi tu la kata orang, bila kesan dah berbekas dalam diri...susah nak hilang.

Aku baru keluar hospital gara-gara batuk yang berterusan selama sebulan. Sighh..apa lagi. Paru-paru meradang la. 5 hari la jugak aku berkampung lama di hospital. Jenuh telan ubat, jenuh kena cucuk sana sini. Aku pun dah tak lalu nak tengok jarum. Nurse nak buat apa...buatlah. Aku sua kan aja lengan ni. Makan ubat, aku bantai tido tak sedarkan diri. Itu la ubat terbaik...huhu.

Masih dalam tempoh MC di tambah pulak sambung cuti Tahun Baru Cina...aku membawa diri keluar dari KL yang menyesakkan. Seorang teman bermurah hati mengajak balik kampung bersama. Memandangkan kampungnya dan kampung aku tak lah berapa jauh, aku ikut saja. Untuk 2-3 hari je. Lepas tu aku balik kampung aku le. Gila tak balik. Setahun mak aku bebel tak sudah.

Aku dibawa ke tepi pantai. Takda la nak mandi manda segala kan. Cuma nak duduk-duduk bersantai bawah pokok kelapa dan feeling-feeling rambut ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Tapi tu la...kata orang perak..'inke' sangat agaknye, tengah aku seronok ketawa menganga-nganga tu..."gedebukk! Buah kelapa jatuh atas peha aku. Makk..saket tak hengat. Bergenang airmata. Kebas kejap sebelah kaki kiri ni. Belum sempat aku nak bangun...gedebukk! sekali lagi jatuh, tapi kali ni tak kena. Sipi-sipi je.

Apa lagi..meloncat la aku bangun dari kerusi malas tu.

"itu kera manyak cilaka ooo.." pakcik jual lokan naik motor kat situ tiba-tiba menegur. Aku dongak ke atas. Aku nampak seekor kera sedap je bertenggek kat dahan pokok kelapa sambil pulas buah kelapa muda. Gampang! Aku ketap gigi. Kalo dapat..aku pijak-pijak ko sampai lumat. Seumur hidup, mana pernah aku kena hempap dek buah kelapa. Ni la pertama kali. Sueyy betul...

Lepas kejadian, terus balik. Tak sanggup nak tunggu lama. Nasib baik tak kena kat kepala. Mau koma seminggu. Sampai je rumah, aku cari minyak panas dan sapu. Nak urut pon tak boleh sebab dah bengkak.

Malam tak berapa boleh nak tido sebab berdenyut-denyut. Dah menjelang subuh, baru je nak lena..tetiba member sorang ni goncang-goncang bahu aku.

"Ha..kenapanya?" aku respon nak tak nak je dalam gelap tu.

"Kaki saya sakit. Kena gigit tikus."

"Haaa?" terus aku meloncat...bangun meraba dinding dan bukak suis lampu.

Aku nampak dia dah duduk mengurut kaki...jari-jari kakinya dah merah berdarah..meleleh sampai basah toto.

Apa lagi, pukul 5 pagi tu aku heret la dia ke klinik. Kena cucuk sedas. Kalo tak cucuk kang, mau berbuih2 mulut kena kancing gigi. Ishh..mintak simpang.

Sudahnya, dua-dua ekor ni la jalan terhencot-hencot.

Sorang kena timpa buah kelapa, sorang kena gigit tikus. Cukup lengkap!

Waktu aku menulis ni, peha aku makin membiru. Tak tau la berapa kilo beratnya buah kelapa tu. Sampai kena makan panadol la kaedahnya. Tak tahan berdenyut.

Hmm...budak kena gigit tikus tu tengah masak kat dapo. Aku sedap je menghapdet blog kan. Sian dia...meh sini aku tolong sama...
Posted by delacroix

0 comments:

Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates