Sampai je rumah, aku terus meluru ke jamban. Dari dalam kereta tadi aku dah menahan. Padan la muka kan. Tadi kat hospital takde nak membuang. Keluar je simpang hospital Pantai kat Bangsar tadi, perut dah mula menggelodak. Nak kata makan pedas, tak jugak. Agaknya sebab sejak dua menjak ni aku amalkan makan minyak zaitun. Asik kena cuci je usus aku ni kan. Cakap pasal minyak zaitun ni, aku start makan sejak aku keluar hospital hari tu. Doktor tak suruh pon. Tapi aku saja ambik as supplement selain daripada aktiviti sihat aku iaitu jogging & swimming kan. Sejak2 kna surgery tulang belakang ni, aku memang kena exercise balik. Amalkan cara hidup sihat katanya! Masa zaman muda remaja dulu rajin la aku jogging. Tapi sejak mengalami masalah percintaan (wahhh..percintaan katanya!), aku asyik smoking tak berhenti. Bila aku start batuk sampai terkencing2 tak hingat, baru la aku berhenti. Tak susah pon nak berhenti. Macam setengah orang, kena makan Niquitin la, minum kopi la. Aku tak payah pon semua tu. Pokok pangkalnya bila dah sakit macam nak mati, baru sedar kannnn. Berbalik pada cerita aku pegi hospital Pantai tadi, aku menghantar housemate aku yang dah hampir pitam sebab bleeding. Kisahnya, dia period dari akhir bulan November tahun lepas sampai la sekarang ni tak berenti. Non stop, heavy flow! Siap bocor-bocor lagi. Aku dah suruh dia pegi check awal-awal lagi. Katanya itu normal sebab dari dulu memang pesennya dia period tak menentu. Degil kan. Semalam, aku bukak pintu je bila dia balik keje..muka dah pucat lesi. Merangkak le mencari katil. Pitam terus kat situ. Hari ni terus ambik decision nak pergi hospital sebab dia dah sampai ke tahap penat bila berjalan. Lepas tu dada berdebar-debar sebab jantung dah pam darah dengan laju. Bahaya kot. Dibuatnya pitam kat tangga lrt tu, sapa nak pikul ko? Memula tu dia nak pegi HUKM. Sebab dekat dengan rumah. Pastu murah. Adoi, dia ni memang kadang2 nak kena backhand dengan aku. Bukan ko yang nak bayar. Comp bayar kot. Aku paksa la dia pegi Pantai sebab dia dah memang ada rekod kat situ. Tahun lepas pon dia berkampung laman kat situ. Operet bisul kau! Kelas...bisul je pon masok spital bayar ribu2. Tup-tup, tahun ni pepek berdarah tak berenti..kau nak pegi HUKM. Aku pulak nak pitam! Dia ni memang pesen tak reti nak uruskan bab2 kemasukan hospital. Aku la yg setelkan. Daripada kol PMcare, kol buat appointment, sampai nak bercakap dengan doktor pon dia tak yakin. Hmm..pepek sendiri pon tak yakin. Macam mana tu? Nasib baik la dapat doktor gynea yang ok. Ala..Doktor Adilah yang selalu masuk paper tu, yang soal jawab sakit puan tu kan. Haa..dia tu la. Kelasss kawan aku sorang ni. Dapat doktor pon doktor selebriti kauu! Aku ni, 2 minggu lagi kena datang balik ke hospital Pantai jugak utk follow up dengan orthopaedic aku tu. nampaknya asik muka aku je la yang ulang alik ke situ kann?
Posted by delacroix
Sunday, September 23, 2012 at 9/23/2012 05:12:00 PM | 1 comments  
Hai hoi....nmpak macam dah bersawang je blog ni kan. Malasnya nak update sejak ada fb, twitter, whatsapp segala kann. Tumpuan lebih terarah ke sana. Wahhh...salahkan fb pulak. Ke kau yang dah takde cerita nak update? Hmmm...lebih kurang gitu la kot. Dolu2 tu kes zaman berendam airmata. Biasa la, meluahkan kisah hati bagai. Tak ke setiap saat kalo boleh nak update. Post lirik lagu pon boleyyy jadijugakk. Kata blog ni umpama diary kannnn. Anyway, kali ni nak cerita pasal swimming. Wahhhh...aku swimming?? Dah bertahun cuba nak swim, tapi tak pandai2 jugak. Dari zaman aku terjun kolam kat kondo si princess tu sampai la ke kondo tah sapa2 lagi. Tapi xjugak pandai2. Tapi aku takde la heran sgt nak belajar masa tu. cuma lebih seronok kepada nak berendam je. Tapi sekarang, aku kna gigih belajar jugak sbb itu je satu2 nye exercise yang aku boleh buat. Jogging ke, work out kat gym ke..no..nooo..noo ye! Dulu2 sbb bronkitis, batok terok mcm nak mampos...nak jogging pe bendanya kan. Lepas tu bila bronkitis dah beransur ok, ingat nak sambung balik aktiviti sihat. Tup tup, mana tau kesan main sport since skolah dulu buatkan disc tulang belakang tergelincir. Zuppp zuppp...operet kaedahnya. Bukan skali ye...tapi 2 kali di kiri dan kanan dalam tempoh 6 bulan. Haaa...ko mampu?? Merangkak aku nak bejalan skrg. Sbb tu aku tak boleh nak exercise melampau. Nak exercise, manje2 je. Lemah lembut gitu. So, terpaksa la kolam renang menjadi pengganti gym ye. Sedihhhh!! Tapi ada anak cina aka coach bidang terjun yg sanggup mengajo aku berenang. Hahahaha. Mak ok je! Kelss setiap sabtu dan ahad. Upah neskepi tarik segelas je..ok? Semua bff aku, aku heret sama terjun pool. Berjemaah katanya. Aku kena belajo, korang pon kena tauuu! Walaupon aku tak pandai lagi, tapi sekurang2nya bila dalam air tu, aku boleh buat exercise kaki utk strengthen muscle yg dah sgt2 weak. Aku memang harap sangat aku boleh berenang tanpa rasa was was, secepat yang boleh. Dapat lepaskan floating board tu setengah lap pon dah bersyukur. I really have to do this! Chaiyokkkkk!
Posted by delacroix
Aku bukanlah seorang penulis blog yang tegar. Makanya sekarang ni, update agak manja-manja. Nak kata malas pun tidak la juga. Cuma, mungkin agaknya tak ada kepentingan untuk aku meluahkan apa-apa perasaan sekarang.

Hidup ternyata berjalan seperti biasa. Pagi ke opis, petang balik rumah. Tak pun lepas opis, aku akan menghabiskan masa di gym. Mengamalkan gaya hidup sihat la kaedahnya. Tapi tu la kata orang, bila kesan dah berbekas dalam diri...susah nak hilang.

Aku baru keluar hospital gara-gara batuk yang berterusan selama sebulan. Sighh..apa lagi. Paru-paru meradang la. 5 hari la jugak aku berkampung lama di hospital. Jenuh telan ubat, jenuh kena cucuk sana sini. Aku pun dah tak lalu nak tengok jarum. Nurse nak buat apa...buatlah. Aku sua kan aja lengan ni. Makan ubat, aku bantai tido tak sedarkan diri. Itu la ubat terbaik...huhu.

Masih dalam tempoh MC di tambah pulak sambung cuti Tahun Baru Cina...aku membawa diri keluar dari KL yang menyesakkan. Seorang teman bermurah hati mengajak balik kampung bersama. Memandangkan kampungnya dan kampung aku tak lah berapa jauh, aku ikut saja. Untuk 2-3 hari je. Lepas tu aku balik kampung aku le. Gila tak balik. Setahun mak aku bebel tak sudah.

Aku dibawa ke tepi pantai. Takda la nak mandi manda segala kan. Cuma nak duduk-duduk bersantai bawah pokok kelapa dan feeling-feeling rambut ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Tapi tu la...kata orang perak..'inke' sangat agaknye, tengah aku seronok ketawa menganga-nganga tu..."gedebukk! Buah kelapa jatuh atas peha aku. Makk..saket tak hengat. Bergenang airmata. Kebas kejap sebelah kaki kiri ni. Belum sempat aku nak bangun...gedebukk! sekali lagi jatuh, tapi kali ni tak kena. Sipi-sipi je.

Apa lagi..meloncat la aku bangun dari kerusi malas tu.

"itu kera manyak cilaka ooo.." pakcik jual lokan naik motor kat situ tiba-tiba menegur. Aku dongak ke atas. Aku nampak seekor kera sedap je bertenggek kat dahan pokok kelapa sambil pulas buah kelapa muda. Gampang! Aku ketap gigi. Kalo dapat..aku pijak-pijak ko sampai lumat. Seumur hidup, mana pernah aku kena hempap dek buah kelapa. Ni la pertama kali. Sueyy betul...

Lepas kejadian, terus balik. Tak sanggup nak tunggu lama. Nasib baik tak kena kat kepala. Mau koma seminggu. Sampai je rumah, aku cari minyak panas dan sapu. Nak urut pon tak boleh sebab dah bengkak.

Malam tak berapa boleh nak tido sebab berdenyut-denyut. Dah menjelang subuh, baru je nak lena..tetiba member sorang ni goncang-goncang bahu aku.

"Ha..kenapanya?" aku respon nak tak nak je dalam gelap tu.

"Kaki saya sakit. Kena gigit tikus."

"Haaa?" terus aku meloncat...bangun meraba dinding dan bukak suis lampu.

Aku nampak dia dah duduk mengurut kaki...jari-jari kakinya dah merah berdarah..meleleh sampai basah toto.

Apa lagi, pukul 5 pagi tu aku heret la dia ke klinik. Kena cucuk sedas. Kalo tak cucuk kang, mau berbuih2 mulut kena kancing gigi. Ishh..mintak simpang.

Sudahnya, dua-dua ekor ni la jalan terhencot-hencot.

Sorang kena timpa buah kelapa, sorang kena gigit tikus. Cukup lengkap!

Waktu aku menulis ni, peha aku makin membiru. Tak tau la berapa kilo beratnya buah kelapa tu. Sampai kena makan panadol la kaedahnya. Tak tahan berdenyut.

Hmm...budak kena gigit tikus tu tengah masak kat dapo. Aku sedap je menghapdet blog kan. Sian dia...meh sini aku tolong sama...
Posted by delacroix
Aku senyum...melihat wajah itu untuk kesekian kalinya. Setiap bait-bait katanya aku dengari, setiap lirikan matanya aku renungi. Seakan seperti pertama kali aku melihatnya dulu. Dan jauh di dalam hati...getaran itu aku rasakan sekali lagi.

Aku pernah memiliki cinta itu dahulu. Sekejap saja. Namun, aku bahagia kerana aku tahu cinta itu tulus. Ya, memang dia mengkhianati seluruh cinta dan kepercayaanku padanya. Tapi jika di takdirkan esok lusa aku bertemunya kembali, aku tidak akan lari mahupun mengelak.

Aku tahu aku rindu. Dan hanya bintang-bintang di langit jadi peneman setia untuk meleburkan rinduku padanya.
Posted by delacroix
"harus slalu kau tahu aku lah hati yang telah kau sakiti..."


Menuruti bait-bait ungkapan di atas rasanya seperti belati tajam menusuk dada. Aku ke yang emo, tak pasal-pasal nak sakit hati? Atau sememangnya dia memang tega menyakiti hati aku sejak dulu?

Aku bosan!
Posted by delacroix
Lama tak menulis! Dalam ertikata lainnya, aku sangat super duper bz! Atau pun tak ada benda yang nak di tuliskan..atau nak diluahkan. Ye ke? Hakikatnya terlalu banyak rasanya terpendam di lubuk hati. Dah tak mampu untuk aku luahkan. Lalu aku biarkan saja ia tersemat kemas di suatu sudut nun jauh di ceruk hati.

Aku ibarat berada dalam dunia baru. Terlalu banyak yang telah berubah. Situasi, kerja, teman-teman dan hati. Aku dah terlalu penat untuk berbicara soal itu. Apa saja yang mendatang waktu ini, aku terima saja. Tidak ada perancangan, tidak ada jangkaan malah segalanya aku cuma serahkan pada takdir.

Bohonglah jika aku katakan tiada langsung cebisan ingatanku padanya. Namun, kurang adil pula jika aku terus-terusan mengingatinya. Sesekali bila terkenang, mataku akan berkaca-kaca. Pengalaman itu takkan pernah hilang. Sakit itu takkan pernah kurang. Hatiku tetap robek. Lalu, apa yang terdaya hanya ku lumurkan ubat daripada kesibukan bekerja serta riuh tawa teman-teman yang ada di sekeliling.

Kembali bekerja di branch buatkan aku semakin tak tahu nak mengenal erti penat lelah. Padan muka! Kadang-kadang aku berkata pada diri sendiri. Mana tidak nya, gatal nak apply balik ke branch. Bila dah dapat, mula lah mengeluh. Hmm...hakikatnya aku rindukan tempat lama di HSBC.

Tapi kata orang, bila dah melangkah..jangan sesekali toleh ke belakang. Itulah yang aku lakukan sekarang. Aku akui dulu aku tersilap percaturan. Ghairah mengejar pangkat dunia dan aku menjilat ludahku semula. Semuanya kerana aku sangkakan aku layak. Sangkaan ku benar. Aku sememangnya layak. Cuma dek kerana hasad dengki dan iri hati sesetengah manusia...mencaras aku dari belakang. Dan akhirnya aku tersungkur. Itulah dia manusia yang menikam aku dari belakang..dan yang menabur pasir ke dalam periuk nasi aku. Waktu aku sedang menangis tersedu-sedu, mengenangkan mereka yang berperikebinatangan memperlakukan aku sebegitu..aku sekadar menadah tangan memohon pada DIA, supaya menunjukkan aku ke jalan yang benar, yang di redhainya. Aku memohon supaya aku dijauhi dari hasutan iblis yang berlumba-lumba mengisi kotak amarah dalam hatiku.

Rezeki, jodoh, pertemuan..dan maut semuanya DIA yang tentukan. Dan aku percaya..segala yang berlaku ada hikmahnya. Pemberian dan pembalasan itu pasti ada. Cuma aku perlu bersabar..menantikan percaturan yang telah tuhan tentukan untuk ku...

Dan di waktu ini...aku senang dengan dunia baru ku..
Posted by delacroix
Mungkin aku takkan merasai lagi rasa seperti itu selepas ini. Kurang adil jika di fikirkan sedalamnya. Tapi apa lagi yang aku boleh buat? Bohong? Aku bukan seorang yang pandai menipu jika ia melibatkan perasaan.

Lupakan soal cinta pertama yang telah membunuhku itu. Saat ini, hatiku sakit dengan kerenah sesetengah manusia yang ternyata terlalu mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan orang lain. Tak tahu lah...mungkin agaknya aku terlalu baik? Atau aku terlalu jahat sehinggakan aku di sakiti sewenang-wenangnya?

Ada baiknya aku menjauh...dari menenggelamkan diri sendiri dalam dunia yang menyesakkan dada. Aku sendiri yang lemas, aku sendiri yang rimas. Mulut tidak pernah berkata yang manis...yang bisa menyejukkan hati..malah apa yang ku terima..makin menambahkan lahar di dada yang terus membuak.

Marahkah aku? Entah lah. Cuma hatiku sakit. Sangat-sangat sakit!

Dan tak salah untuk aku bergumbira bersama yang lain kerana tiada gunanya untuk aku terus menabur setia kepada kamu jika kamu tidak pernah mahu menghargainya. Bukan niat untuk membandingkan...tapi ternyata aku lebih di hargai bila bersama yang lain.

Aku dah penat untuk jadi baik!

Lantak lah!
Posted by delacroix
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates